Rate

Bab 3

Romance Series 2222

Anna menceritakan peristiwa yang berlaku ketika pendaftaran semalam kepada Arienna,kawan baiknya sejak dia memasuki UM tahun lepas.

"Wei,aku rasa kau dah start nak angau ngan mamat tu"tegur Arienna apabila melihat Anna asyik memerhati Saffri yang sedang makan di meja hadapan mereka.

"Suka hati aku lah nak angau ngan sapa pun,yang kau tu boleh pulak suka dengan.....jap apa nama mamat tu?"Anna cuba mengingati nama lelaki yang disukai oleh Arienna.

"Ha...aku dah ingat,nama laki tu Izzat Ariffin kan?"teka Anna.Tiba-tiba mulut nya ditutup oleh Arienna.

"Shhh...mulut kau memang tak pandai cover kan.Slow lah sikit kau cakap.Nanti orang dengar,aku yang kena kecam.Dah lah Izzat tu budak famous kat sini."Arienna tidak mahu orang lain tahu yang dia suka Izzat Ariffin.

"Laaa..kalau pasal Izzat tu budak famous tu satu kolej tau tapi budak Izzat tu memang baik.Hari.. tu aku tegur dia dgn geng dia,diorang balas balik"terang Anna sengaja membuat Arienna cemburu.

"Habis tu kau nak aku sebarkan satu kolej yang aku suka dengan Izzat"marah Arienna dengan perangai Anna yang suka menyakitkan hati nya.Kata-kata Arienna hanya dibalas dengan senyuman nakal Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience