BAB 2

Romance Completed 7323

Satu keunikkan sekolahku ini, diantara dua padang di sini terdapat sebuah tanah perkuburan islam. Jika disebut SAMURA pasti semua orang akan terbayangkan tanah perkuburan ini. Aku masih ingat ketika aku memperkenalkan diri dan sekolahku semasa menyertai kem Bahasa Inggeris peringkat sekolah berasrama penuh.

“Oh, I see. So you came from the school that has a graveyard. Is it really haunted?” antara reaksi yang aku terima.

Aku sendiri seram sewaktu mula-mula menjejakan kaki di sekolah ini, apatah lagi dimomokkan dengan pelbagai cerita seram oleh senior. Namun lama-kelamaan aku sudah terbiasa dengan suasana ini. Malah aku, Alisa dan Wana memang gemar melepak di gazebo yang terletak bersebelahan kawasan perkuburan itu.

Lorong ke kawasan taman itu dinamakan Lorong Taubat. Aku dapat merasakan ketenangan ketika berada di situ. Aku teringat Apek atau Hazri rakan sekelasku pernah bercerita bahawa pagar kubur adalah laluan paling selamat untuk fly atau keluar malam secara haram.

Aku letakkan keretaku di Dataran SAMURA atau lebih dikenali sebagai SAMURA Squares. Di sinilah biasanya para pelajar berlatih kawad.Aku masih ingat semasa aku menyertai pertandingan kawad peringkat daerah mewakili Persatuan Puteri Islam,aku, Alisa, Sarah dan Suria berlatih sehingga lewat malam, kadangkala sehingga tengah malam.

Memang memenatkan namun ia secara tidak langsung merapatkan hubungan kami apatahlagi kami satu kelas sehingga dikenali sebagai pinky girls.

Sebenarnya aku datang untuk menghadiri perjumpaan pelajar SAMURA untuk genersai 23 atau dikenali sebagai batch 23. Kulihat jam tanganku, jarum baru menunjukkan pukul 8.30 pagi, majlis hanya akan bermula pukul9.30 pagi.

Kehadiranku aku rahsiakan dari pengetahuan semua teman-temanku termasuk Alisa.Aku mahu memberi kejutan kepada mereka. Aku tahu selama ini mereka tertanya-tanya ke mana aku menghilang.Aku terus menyepikan diri selepas aku mendapat keputusan SPM yang agak teruk.Hatiku bagai dihampas kaca apabila aku tak layak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian tinggi awam atau kolej matrikulasi.

Aku hanya mampu mengambil program asasi di kolej swasta.Sejak itu aku berjanji aku takkan menjejakkan kaki ke SAMURA selagi aku tidak berjaya.Aku hanya berhubung dengan Alisa melalui e-mail, daripada Alisa jugalah aku mendapat jemputan majlis ini.

Alisa adalah salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.Dia juga kini sudah menjadi guru bahasa Inggeris di SAMURA, namun kukatakan padanya bahawa aku tak pasti samaada aku dapat menghadiri majlis ini atau tidak.

Aku melangkah ke dewan besar aku mahu menjengah ke situ sebentar, aku mahu mencari Alisa.Dari kejauhan aku melihat Alisa sedang berbual mesra dengan Hafiz atau Macha yang kini sudah bergelar suaminya sambil mengendong anak sulung mereka.Aku mengambil keputusan membiarkan mereka, aku akan menegur mereka sebelum majlis bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience