“Week days jammed, weekend pulak banyak kereta. Entah bilalah jalan ni nak clear,” rungut Abigail, namun tidak mendapat balasan daripada Miya.
Toleh, dia melihat Miya melongo memandang ke satu arah. Abigail turut melontar pandangan ke arah yang sama sebelum bibirnya mengukir senyum. Miya masih tidak berkutik. Mungkin terlalu terkejut dan terpegun dengan apa yang dilihat di depannya.
Mana tidak, sebuah papan iklan digital yang berdiri megah di tepi lebuh raya memaparkan gambar Miya dengan kapsyen ‘Be my wife forever, Miya Liany.’
“What’s this…” Miya menggumam.
“Adrian is such a sweet husband, huh?” ujar Abigail.
Miya tertawa perlahan. Terasa merah wajahnya entah kenapa. Fikirannya menerawang mengingat jika hari ini adalah hari istimewa, namun dia yakin tidak ada. Hanya hujung minggu biasa.
“Why did he plan this?”
“Anggaplah dia nak appreciate isteri dia.”
Miya tersenyum, namun seketika kemudian senyumnya sirna. Itu kerana dia melihat sebuah lagi papan iklan digital memaparkan gambarnya dengan kapsyen yang sama.
“Ya Allah sabar jelah…” Miya tidak tahu harus memberikan reaksi bagaimana. Teruja, terharu, gembira, tetapi pada masa yang sama malu juga. Entah orang yang melihat papan iklan itu tertanya-tanya seberapa istimewa dirinya sehingga dihargai sebegitu rupa. Sedangkan dia hanya wanita biasa. Anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu bapa angkat yang tidak bertanggungjawab. Dia bukan anak orang ternama seperti Dahlia. Bukan. Dia wanita biasa yang secara kebetulan bertemu dengan lelaki ternama seperti Adrian. Jika tidak, dia tetap Miya Liany. Pengurus Pemasaran di DayMond Jewels yang masih bujang dan mungkin akan terus membujang.
Tidak hanya dua itu, ada tiga kali papan iklan digital di sepanjang lebuh raya yang memaparkan gambar Miya.
Melewati papan iklan digital ketiga yang memaparkan wajahnya, sempat dia mengambil gambar lalu dihantar kepada Adrian.
-Are you doing promotion?-
Sebaik sahaja menekan hantar, hanya beberapa saat selepas itu dia melihat Adrian menaip balasan.
-Nope. I’m telling the whole world that you’re taken, you’re mine and will always be mine.-
Miya terseyum sebelum membalas mesej itu dengan emoji love sahaja. Jika berdepan sekali pun, rasanya dia juga tidak mampu berkata apa-apa.
“Dekat mana wedding venue tu?” tanya Miya setelah menyimpan semula telefonnya di dalam tas tangan.
“Puncak Rimba.”
“Wow, what a prefect place for an outdoor wedding.”
“Right? He really has good taste and knows what his bride wants.”
“Yeah. That’s what we call true love.”
Abigail tersenyum. “You’re right.”
MEREKA sampai di Puncak Rimba setengah jam kemudian. Suasana hijau dan menyejukkan membuat Miya menarik nafas panjang, menyedut sebanyak mungkin udara segar dari kawasan pergunungan itu.
Mengekori langkah Abigail, Miya melilau kagum melihat panorama indah alam semula jadi itu. Kehijauannya masih terpelihara dengan pokok-pokok menjulang tinggi serta kabus yang menyelaputi kawasan sekitarnya. Benar-benar menyegarkan.
“So, this is our wedding venue.” Abigail menunjukkan sebuah kawasan lapang dengan berlatar belakangkan Bukit Tinggi. Empat buah meja panjang dengan alas berwarna putih serta bunga lili menjadi hiasan utama disusun selari bersama 20 buah kerusi berwarna putih setiap satunya.
“Eh…Dah susun kerusi meja? You kata datang nak tengok venue je,” ujar Miya. Pelik. Seingatnya Abigail memberitahu majlisnya dua bulan lagi. Hari ini mereka hanya datang untuk melihat tempat sahaja. Mengapa kerusi meja sudah disusun? Atau kebetulan hari ini ada majlis lain yang akan berlangsung?
“Ya. Datang tengok. Do you like it?” tanya Abigail.
“Yeah, I like it. Perfect. Green sceneries contras with all these white decos. It’s…amazing…”
“Really?”
“Yeah.”
“She likes it, guys!!” Abigaol tiba-tiba menjerit membuat Miya terlonjak kaget. Dipandang Abigail dengan wajah bingung.
Bertambah bingung apabila mendengar tepukan dan soarakan sebelum dia melihat beberapa orang yang cukup dikenalinya keluar dari dalam bangunan berdekatan dengan tempat mereka berdiri. Mentuanya, ibu bapa Dahlia, Lora, Dhia, Balqis, dan Adam.
Saat dia masih terpinga-pinga tdak tahu apa yang harus ditanya atau diperkatakan, Adrian tiba-tiba muncul.
“You like it?” soal Adrian sambil melangkah mendekati Miya.
Ragu Miya mengangguk dengan wajah masih tertanya-tanya. Tegak dia memandang Adrian yang kini sudah berdiri di depannya. Kedua-dua tangannya digenggam sebelum dia merasakan ada sesuatu disarungkan ke jari manis kirinya.
Tunduk, dia melihat sebentuk cincin berlian berkilau indah di jarinya.
“Be my wife forever,” ujar Adrian sambil menatap tepat ke dalam anak mata Miya.
“I want you to be mine. I want you to be my everything. I want you to own all that I have. I want you to be my wife. Forever.”
Mendengar suara Adrian yang lembut dan melihat wajahnya yang penuh mengharap itu, membuat kolam mata Miya mula bergenang. Dia dan Adrian sudah berkahwin hampir setahun, tetapi dia tidak menyangka Adrian akan melamarnya seperti ini. Aneh bukan? Dilamar selepas berkahwin.
Adrian tersenyum. Dipandang cincin dengan ukiran berbentuk bunga lili dan di tengah-tengah kelopak bunga lili itu, terletak sebutir berlian yang bersinar. Cincin yang direka oleh salah seorang pereka DayMond Jewels atas permintaan Adrian, dibuat khas untuk Miya dan diberi nama Loveliany. Nama itu diukir di bahagian dalam cincin itu.
“Will you be my wife forever, Miya?”
Dengan mata berkaca, perlahan bibir Miya mengukir senyum sebelum dia mengangguk.
“Thank you. I love you.”
“Tapi…Sekarang ni kan…Kita…Kan Abby…” Tergaagp-gagap Miya mengatur kata kerana terkejut dan gugup.
“Ni majlis kita.”
“W…What?”
“Ni majlis kita.”
Miya melongo. Lama dia menatap wajah Adrian dengan mata tidak berkedip.
“T…Tapi…”
“Tak ada tapi. Today is our day. Masih awal lagi ni. Majlis start pukul lima. Ada apa-apa yang awak nak ubah?”
“N…No…Everything is just perfect. Tapi saya masih tak faham.”
“Abby bukan plan majlis dia. Dia plan untuk majlis kita. This a surprise for you. From me. Dulu kan kita kahwin koboi je.”
Miya kelu. Bagaimana semua ini dirancang tanpa pengetahuannya dan dia sedikit pun tidak menaruh perasaan curiga. Yang dia curiga, kedekatan Adrian dengan Abigail. Ah, benar-benar dia terpedaya kali ini.
MAJLIS pada petang ini berjalan lancar. Majlis resepsi yang dirancang Adrian bersama mama papanya, ibu bapa Dahlia dan Balqis dengan bantuan Abigail. Dibuat secara tertutup dan hanya mengundang keluarga dan sahabat terdekat. Adrian mahu Miya merasai pengalaman menjadi pengantin dan menyarungkan gaun perkahwinan. Gaun yang direka atas pilihan Miya sendiri dan diberi nama Angeliany. Sesuai nama gaun itu, Miya benar-benar kelihatan seperti bidadari pada hari bahagianya.
Adrian harus berterima kasih kepada keluarganya, keluarga Dahlia, dan Balqis yang sangat membantu. Sederhana tetapi Miya gembira. Jelas terlihat pada raut wajahnya sepanjang majlis itu berlangsung. Senyuman tidak luput dari wajah Miya membuat Adrian benar-benar bahagia.
Dia tahu dia telah memilih wanita yang tepat untuk menggantikan Dahlia. Bukan hanya untuk dia, tetapi juga untuk Lora. Lora yang awalnya sukar menerima kehadiran Miya, akhirnya seperti tidak boleh berpisah dengan ibu tirinya itu. Malah ucapan Lora pada majlis resepsi itu jelas menggambarkan perasaannya.
“Omma, I'm glad my daddy married you and I’m proud to tell the whole world that you’re my mom. I love you, omma.”
Selesai Lora memberikan ucapan, Miya berdiri lalu mendepangkan tangannya sebelum Lora menghambur ke dalam pelukannya.
Dia terharu dengan ketulusan Miya menyayangi Lora sehingga anaknya itu tidak lagi kehausan kasih sayang seorang ibu. Miya bukan ibu kandung Lora, tetapi dia mampu memberi apa yang Dahlia tidak sempat berikan.
Sehari selepas majlis resepsi itu, Adrian membawa Miya ke Switzerland sebelum ke Kaukenhauf, sesuatu yang dia sudah rancang sejak lama dan sekarang baru tertunai. Bukan musim bunga lili berbunga tetapi dia mahu menunaikan impian Miya yang mahu ke Kaukenhauf untuk melihat lautan bunga terbesar di dunia. Jika ada kepalapangan dia akan membawa Miya pada musim bunga lili iaitu pada bulan Mei. Dua minggu mereka menghabiskan masa di sana sebelum pulang dan Miya kembali menjalankan tugasnya sebagai Pembantu Peribadi Adrian.
“Saya sayangkan kerjaya saya sebagai Pengurus Pemasaran DayMond, tapi saya lebih sayangkan suami saya.” Kata-kata Miya saat mengambil keputusan meletak jawatan, benar-benar membuat Adrian tersenyum saat teringatkannya.
Bila ditanya adakah dia menyesal dengan keputusan itu, dengan yakin dia menjawab tidak. Malah, dia gembira untuk sentiasa berada di sisi Adrian dan menguruskan lelaki itu di rumah dan di pejabat. Sekurang-kurangnya dia boleh mengelakkan wanita-wanita miang di luar sana yang kehausan kasih sayang lelaki kacak dan berduit daripada mendekati Adrian.
Pulang dari Kaukenhauf, Adrian dan Miya ke klinik untuk mengambil keputusan ujian HSG. Sudah lama klinik menghubunginya untuk mengambil keputusan itu, tetapi Miya takut. Takut tidak dapat menerima hakikat andai keputusan tidak memihak kepadanya. Sungguh, dia nekad melakukan ujian, tetapi dia tidak cukup kuat untuk mendengar keputusannya.
Menggenggam erat tangan Adrian, mereka sama-sama melangkah masuk menemui Doktor Mazni. Tersenyum doktor itu menyambut kedatangan mereka. Sampul putih dibuka sebelum dia menarik keluar isi di dalamnya.
“Tahniah. Daripada hasil ujian ni tiup fallopian puan tak ada apa-apa masalah. Tak ada tersumbat dan semuanya baik. Kalau tengok rekod ni, kandungan FSH dan LH ni pun normal. Jadi kalau ada rezeki dan kalau diizinkan Tuhan, Inshaa’Allah puan boleh mengandung.”
Miya seperti mahu bersujud syukur di situ sebaik sahaja mendengar kata-kata Doktor Mazni. Kalaulah dia tahu keputusannya begini, sudah lama dia datang mengambilnya. Sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu dia bimbangkan. Andai dia dan Adrian tidak dikurniakan anak, setidaknya dia boleh berikhtiar dengan cara lain kerana dia tahu dia tidak mandul.
“Dah lega?” soal Adrian ketika dia dan Miya beriringan keluar dari klinik.
Miya mengangguk dengan senyum yang tidak surut dari wajahnya.
“So, apa dah jadi dengan perempuan yang dulu yang ambik anak angkat perempuan sebab takut sakit nak lahirkan anak?”
“She’s gone. Now the new brand Miya Liany is not afraid of everything.”
“Are you sure?”
“Yeah. I’m sure.”
“Good. This is Adrian’s wife.”
.
.
.
Hari lahir Adrian yang ke 38, Miya telah mempersiapkan hadiah paling istimewa untuk lelaki itu. Gambar USG bayi mereka yang pertama. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan gembiranya. Berkali-kali dia mengucap syukur kerana diberi peluang untuk mengandung sekali lagi setelah keguguran kandungan pertama dulu.
Dua minggu lamanya dia menyembunyikan berita itu demi mahu memberi kejutan kepada Adrian pada hari lahirnya.
“Thank you, baby. I love you.This is the best birthday gift ever,” ucap Adrian lalu mengucup belakang tangan Miya.
“Are you happy?” tanya Miya.
“Of course I’m happy.” Adrian menarik Miya ke dalam pelukannya. “Masa awak pregnant kali pertama dulu, saya risau.”
“Eryna kata awak banyak search article about slipped disc and pregnancies.”
“She told you that?”
Miya angguk.
“Patutlah dia tahu awak ada slipped disc padahal saya tak pernah cerita. Tapi…memang betul. Saya risau bila awak pregnant and at the same time awak ada slipped disc. Saya search articles tentang tu and saya ada call pakar jugak. Doktor kata, tak ada masalah untuk mengandung walaupun ada slipped disc selagi awak tak ambil apa-apa medication. Mungkin akan experienced sakit belakang yang melampau, tapi selagi awak jaga kesihatan, should be no problem.”
Miya tersenyum. Terasa lengkap sudah hidupnya walaupun makhluk kecil di dalam rahimnya masih belum lahir, malah usianya masih dalam hitungan minggu. Namun, apa yang dia miliki saat ini, sudah cukup buatnya. Dia bahagia.
“Thank you for being very concern about me.”
“There’s another way to thank your husband, my dear.”
“You’re right.” Tidak bercakap banyak, Miya mengucup bibir suaminya itu sebelum Adrian bertindak memperdalamkan ciuman mereka seperti selalunya.
KEESOKANNYA, Adrian meminta Miya membalas kad ucapan hari lahir yang dihantar kepadanya dengan ucapan terima kasih sebelum diberikan kepadanya untuk ditandatangan.
Miya membaca satu persatu kad yang dihantar, namun saat dia mengambil sekeping kad berwarna pink, matanya membuntang sempurna. Mana tidak, ucapan yang tertulis pada kad itu membuat darahnya menyirap naik sampai ke kepala.
‘You are handsome, smart, funny, strong, and incredibly sweet. May you have a birthday that is as awesome as you are.’ –Helen Tan-
Tanpa sedar Miya meramas kad itu dengan bibir terketap-ketap menahan marah.
“Berani-berani dia puji suami orang macam tu. Apa, dia tak tahu Adrian dah kahwin? You are handsome, smart, funny…Huh…Dia handsome ke, smart ke, funny ke, dia dah kahwin…DAH KAHWIN!” Miya membebel-bebel sambil mengepal tangannya.
“What should I reply to her?” Miya berfikir-fikir. Orang lain dibalas dengan ucapan terima kasih. Untuk Helen Tan ni, apa pula mahu dibalas?
Dicapai botol hand sanitizer di atas mejanya, lalu diketuk-ketuk bagi melepas geram.
“You, Helen Tan, if you dare to play with my husband, I’ll send you to Nirvana Memorial Center,” ujarnya dengan gigi terketap-ketap sambil menggoyang-goyangkan telunjuknya ke arah botol tidak berdosa itu.
“Don’t forget to leave a note at her thombstone,” ujar satu suara.
“Yes, I will leave a note at her thombstone. If you don’t play with Miya’s husband, you will live longer,” ujar Miya lagi. Masih belum surut amarahnya.
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Siapa yang bersuara tadi? Sontak dia mengangkat muka, dan melihat Adrian berdiri di depan mejanya dengan tangan bersilang ke dada. Salah tingkah Miya jadinya. Cepat-cepat dia meletakkan semula botol hand sanitizer yang masih berada di tangannya.
“Yes, Mr Adrian. How can I help you?” tanyanya seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Helen Tan is my best friend. I once introduced her to you during our reception.”
Miya mengerutkan dahi sambil cuba mengingat-ingat. Terlalu ramai yang diperkenalkan oleh Adrian pada majlis itu sehingga dia lupa.
“I don’t remember.”
“Should I restore your memories?”
“No, thanks.”
“Cepat sambung kerja and don’t talk to yourself. It’s not good for the baby,” ujar Adrian dan terus berlalu ke biliknya. Dia berada di dalam pejabatnya tadi apabila melalui cermin yang memisahkan bilik mereka, dia melihat Miya bercakap seorang diri sambil memarahi botol hand sanitizer. Dia lalu keluar dan melalui pintu bilik Miya yang terbuka, dia mendengar Miya menyebut nama Helen Tan. Helen Tan adalah kawan zaman kecilnya dan mereka sangat rapat. Wanita itu juga sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Tersenyum dia sambil menggeleng mengingat tingkah Miya. Cemburu sungguh.
.
.
.
Sembilan bulan kemudian, Miya melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan kerana kedudukan bayinya yang songsang. Adrian menamakan bayi comel itu Aisy Altair. Lengkap sudah kehidupannya. Isteri yang baik dan cantik, serta sepasang anak yang comel dan sempurna.
Meskipun sudah memiliki Aisy, kasih sayang Miya pada Lora tetap tidak berkurang. Kasih sayangnya pada Lora sama seperti dulu, walaupun sesekali Lora menunjukkan rasa cemburu kerana perhatian Miya terpaksa terbahagi kepada Aisy. Namun Miya akan memujuk gadis kecil itu semula dengan menemaninya selepas Aisy tertidur.
Masa yang ada, dia bahagikan sebaik-baiknya antara kerjaya, suami, dan anak-anak. Tidak akan pernah sempurna, namun dia berusaha untuk memastikan semua mendapat hak mereka seadil-adilnya.
Bagi Adrian, memiliki isteri yang sekaligus adalah pembantu peribadinya satu kelebihan yang tidak akan dia lupa syukuri. Semua keperluannya di rumah dan di pejabat dipenuhi tanpa ada yang terkurang. Miya menjalankan kedua-dua tugasnya dengan baik dan dia juga tahu membezakan peranan antara isteri dan pembantu peribadi. Bekerja dengan suami tidak membuat Miya mengada-ada. Professionalism sebagai pembantu peribadi seorang lelaki korporat seperti Adrian tetap dia jaga meskpiun sebelum itu ada perselisihan faham antara mereka di rumah. Di pejabat, Adrian tetap bossnya. Sebaik sahaja sampai di rumah, dia akan menyambung rajuknya semula. Namun rajuk Miya selalunya tidak lama. Setelah Adrian meminta maaf dan memujuknya, dia akan sejuk semula. Itu yang membuat Adrian benar-benar sayang. Isteri yang menyenangkan dan tidak membuat fikirannya berserabut dengan perkara remeh, apa lagi yang dia mahukan?
Share this novel