* * *
"Hah aku terlelap." Tina terjaga dari lena. Dia masih di atas kerusi meja tulisnya.
Perut berkeriuk lapar. Apa lah nak dikunyah malam buta ni, fikirnya.
Matanya buntang ke arah jam yang dah menunjukkan pukul 3 pagi.
Melangkah ke dapur, tangannya terus mencapai mug dan sudu.
"Kedum!!!"
Terperanjat Tina lalu terlepas mug dan jatuh ke lantai.
Dia terus berlari meninjau ibunya di dalam bilik yang sedang sakit misteri sudah tiga bulan lamanya.
Mata ibu tepat memandang mata Tina sambil kepala mendongak ke arah Tina yang berdiri di kepala ibunya.
"Hantu tu! Tadi 'dia' lama kat tingkap." Ibu bersuara tegas. Dia tahu Tina ingin bertanya apa.
"Sabar ye ibu. Banyakkan istighfar. Tidurlah, Tina ada ni." Balas Tina walaupun terasa meremang.
"Kesian ibu..." Bisik hatinya.
Pada siang hari ibu kelihatan lemah dan belah malam pula ibu berjaga seperti menanti tetamu yang tak diundang.
Semua sendi ibu berasa sakit. Hampir setiap malam tak boleh lena tidur dek kerana makhluk mengganggu.
Fizikal pula semakin kurus.
Selama sakit jugalah, bermacam perkara seram berlaku di rumah Tina.
Pernah kaki ibu diusik. Pipi ditampar.
Jug air minuman ibu atas meja bilik pun ada saja yang mengalihkan tempatnya.
Sehinggakan ibu sentiasa mahu tukar-tukar bilik tidur setiap malam.
Dan di setiap bilik tu juga makhluk halus itu tetap mengusiknya.
Kalau tidak tahan ibu akan menempik marah.
Ibunya seorang penjawat awam kini dalam cuti sakit. Hanya berehat di rumah dan tidak berapa mampu untuk melakukan kerja-kerja di pejabat mahupun di rumah.
Padahal ibu Tina dulunya sangat rajin bekerja dan jarang sekali mengambil cuti sakit. Sehingga telah dikuniakan Anugerah Khidmat Cemerlang.
Sudah dibawa berjumpa doktor tapi masih tak tahu apa sakit ibunya yang sebenar.
Bapa Tina pula tak pernah penat mencari penawar penyakit ibunya.
Asal ada saja didengar ustad atau pawang yang bagus, pasti dibawa ibu pergi untuk dirawat.
Setiap malam Selasa dan Jumaat bapanya akan bawa ibu ke rumah Pak Din. Dikatakan seorang pawang terkenal yang boleh merawat sakit dan sihir.
Hanya berharap ibunya akan sembuh dan kuat bekerja seperti dulu.
Sampai di rumah dari perubatan jam lebih 3 pagi, bapanya langsung mengangkat pasu bunga di tepi pagar rumah dan dibawa masuk ke dalam kereta. Dibaringkan atas kerusi belakang kerana pasu itu agak besar.
Tina tinggal menemani ibunya. "Kau lancar dan permudahkan segalanya Ya Allah. Sesungguhnya aku redha dengan ketentuanMu." Doanya.
Pak Din mengarahkan supaya membuang satu pasu pokok kemboja di tepi pagar rumah sejurus tiba dirumah.
Dalam perjalanan ke sebatang sungai, bapanya
ternampak bayang-bayang yang bergerak.
"Allahu akbar!", jeritnya.
Tinjaunya ke cermin pandang belakang. Alangkah terperanjatnya bayang itu adalah pasu tadi telah duduk tegak di atas kerusi.
Kedengaran suara mengilai-ilai di telinganya. Semakin kuat dan kuat. Dia sangat takut dan meremang.
Sempat toleh ke belakang seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Perhentiannya hampir tiba. Dalam panik takut tangan memaut stereng mulutnya beristighfar banyak.
Sejurus sampai di tepi sungai dia memberanikan diri mengangkat pasu tersebut dan terus membuangnya ke dalam sungai.
Kederatnya tidak terasa berat mengangkat dek kerana perasaan takutnya yang lebih melampau. Kekuatan terus datang dengan niat pasu itu dapat di buang juga walau apa cara sekalipun.
Matanya hanya tertumpu dengan tujuan. Tidak berani pandang ke lain. Teruskan perjalanan pulang ke rumah. Khuatir yang tinggal di rumah.
Allahu akbar. Hanya berserah kepadaNya. Keluarga Tina percaya ini adalah ujian besar kepada mereka.
Sehabis ikhtiar dan bermacam kejadian seram yang mereka lalui dalam usaha penyembuhan ibu Tina 2 tahun lamanya. Mereka tetap redha dengan pemergian insan terpenting yang tersayang.
Percaya dan tidak. Keluarga Tina telah melalui semuanya dengan tabah. Jadikan ikhtibar di masa akan datang.
* * *
Share this novel