Rate

Ep 1

Fanfiction Series 1310

Macam biasa,BTS sedang bersiap di bilik menunggu.Hari ini mereka akan mengadakan persembahan di Mnet Countdown.

"Weyh,korang lepas habis show nanti kita pergi makan aiskrim nak?"
tanya V kepada ahli BTS yang lain.

"Nak!Suga hyung belanja."
jawab si Jungkook pula.Suga yang sedang tidur,tersedar apabila mendengar namanya disebut oleh Jungkook.

"Apahal JK?"
Jungkook dan V yang sedang bergurau senda itu jadi gelabah kerana mereka secara tak sengaja membuatkan Suga terbangun.

"Dorang nak kau belanja aiskrim tu."
Jin yang kebetulan terdengar perbualan mereka,menyampuk pula.

"Oh,itu je ke?Yang korang gelabah semacam ni kenapa?"
Suga memandang V dan JK.
"Korang betul nak aku belanja?"

"Nak!Nak!"
V dan Jungkook mengangguk kepala serentak.Bukan selalu Suga belanja dorang.Peluang keemasan ni.

"Boleh,tapi tunggu tahun depanlah.Hahahaha."
Suga gelak tak ingat dunia.Bahagia betul dia bila dia dapat kenakan V dan Jungkook.V dan Jungook buat muka kesian sebab merajuk dengan hyung mereka itu.

####

Akhirnya,giliran BTS hampir tiba.BTS sudah 'standby' untuk melakukan persembahan.Sekarang,kumpulan TWICE sedang melakukan persembahan.V,Jungkook,Jimin dan Jhope menyanyi lagu Heart Shaker sambil menari-menari.Suga hanya menggeleng kepala melihat kerenah mereka.Selepas membuat persembahan Twice turun dari pentas.Ahli BTS apalagi mulalah mengggedik dengan ahli Twice.

"One in a million.Annyeonghaseyo,Twice imnida."

"Hai,jangan lupa sokong oppa lepas ni."
kata Jimin kepada Tzuyu.

"Mestilah kita orang sokong oppa."
Jawab semua ahli Twice.Tersengih-sengih BTS selepas Twice berkata begitu.Hanya Suga saja yang diam.Dia bahkan tak senyum apabila melihat ahli Twice itu.BTS pun naik ke pentas untuk melakukan persembahan lagu DNA.

#####

BTS selesai melakukan persembahan.Mereka masuk semula ke bilik menunggu tadi.

"Hyung,aku tak fahamlah.Hyung memang takde perasaan ke apa?Masa Twice tegur kita tadi,hyung buat tak tahu aje."
Jimin meluahkan apa yang dia rasa.Sebagai seorang lelaki mestilah kita gembira bila perempuan lawa tegur kita kan?

"Aku tak suka girl group macam dorang tu.Dorang tu bukannya betul-betul berbakat.Setakat jual muka aje.Memalukan industri seni aje.Kau tahu kenapa industri Kpop makin 'down'?Sebab orang macam doranglah.Dah tahu takde bakat,nak jugak jadi artis.Benci betullah aku ngan orang macam tu."
Terdiam ahli BTS mendengar kata-kata Suga.Tapi,ada betulnya juga kata-kata Suga itu.

"But,hyung tak semua macm tu.Ada sesetengah je kot?Ada jugak yang memang berbakat."
Rapmon yamg dari tadi diam pun mula berbicara.Memang agak tidak adil jika Suga beranggapan semua girl group begitu.

"Suka hati koranglah nak kata apa.Tapi aku tetap tak suka dengan girl group.Menggedik je lebih."
Akhirnya ahli BTS yang lain hanya mampu diam.Mereka tahu mereka takkan menang kalau nak bertikam lidah denga Suga yang memang terkenal dengan mulut laser itu.

#####

Dalam bilik menunggu Twice pula..

"OMG Suga oppa so cool."
Kedengaran Dahyun memuji-muji Suga.Dia sedang menonton semula persembahan BTS tadi di telefonnya.

"Kau ni minat betul kau ngan dia ye?Tapi kan,aku tengok dia tu dingin semacam aje.Tadi,masa kita tegur BTS oppa,dia sorang je tak senyum.Takut aku tengok muka dia.Serius gilerr.Macam nak makan orang je aku tengok."
kata Nayeon.Nayeon siap meniru memek muka Suga yang serius itu tadi.

"Ish kau ni.Janganlah cakap macam tu pasal Suga oppa aku.Di memang macam tulah.Tapi kalau kau nak tahu,dialah yang paling sweet dalam BTS.Sebab tulah nama dia Suga."
Dahyun hanya tersengih sambil menonton semula video tadi.Rasanya dah lebih berapa kali dia mengulang semula video yang sama semata-mata nak tengok Suga.

####

BTS bertolak pulang ke rumah selepas selesai  pengambaran di Mnet Countdown tadi.Nasib baik hari ini jadual mereka tak sibuk seperti biasa.Kebanyakan mereka membuat keputusan untuk berehat di rumah.Rapmon dan Suga pula terperap dalam studio masing-masing untuk menulis lagu.Rapmon sedang dalam proses menyiapkan lagu untuk album BTS yang akan datang.Suga pula sibuk menyiapkan lagu untuk album solo yang akan direlease pada hujung tahun nanti.

"Weyh,boringlah.Kita pergi tengok hyung buat lagu nak?"
Cadang Jimin kepada Jungkook dan V yang ada di ruang tamu itu.Jhope dan Jin sedang tidur dalam bilik.

"Ok jugak tu.Tapi aku tak berani nak kacau Yoongi hyung."
kata Jungkook pula.Semua ahli BTS tahu bahawa Suga tak suka diganggu terutamnya jika dia ingin menulis lagu.Oleh sebab itu,studio Suga bukan di dalam rumah mereka.Hanya studio Rapmon dan Hobi sahaja yang ada di tingkat bawah tanah rumah mereka.Suga membeli sebuah bangunan di tempat lain untuk dijadikan studionya.V,Jungkook dan Jimin pun menuju ke studio Rapmon.

####

"Kamu semua akan ada sesi pengambaran next week."
kata manager Twice kepada mereka.

"Photoshoot apa tu noona?"
tanya Jihyo selaku ketua kumpulan itu.

"Untuk cover majalah."
jawab manager mereka yang dipanggil Miss M itu.Miss M memeriksa jadual Twice sekali lagi sebelum berkata sesuatu.
"Tapi,ada special photoshoot untuk kamu,Dahyun.Kamu kena buat couple photoshoot."

Terbeliak mata Dahyun mendengar kata-kata Miss.
"Dengan siapa,Miss M?"

"Tak pasti lagi.Tapi,yang pasti salah seorang ahli BTS.Syarikat Big Hit Entertainment belum buat keputusan nak gandingkan kamu dengan siapa."

"Seriously?BTS?Kalau saya yang pilih partner saya boleh?"
Dengan muka teruja Dahyun berkata.

"Bagus juga cadangan kamu tu.Kamu nak digandingkan dengan siapa?"

Ahli Twice yang lain mula bersorak nama Suga bagi mengusik Dahyun.Semua ahli Twice tahu bahawa Dahyun sangat meminati Suga.

"Suga!Suga!Suga!"

Dahyun tersengih-sengih bila diusik sedemikian.
"Kalau boleh,saya nak Suga."

Miss M menulis nama Suga dalam buku catatannya.

"Ok,nanti saya bincang dengan pihak pengurusan."

Dahyun pun bersorak kegembiraan.Akhirnya,dia dapat peluang untuk mendekati idolanya itu.

####

Seminggu kemudian...

Ahli Twice berasa di lokasi photoshoot seperti yang dimaklumkan oleh Miss M minggu lalu.Satu persatu gambar mereka diambil oleh jurukamera profesional.Sebagai seorang artis,sudah tentu mereka pandai 'posing' yang sesuai.

"Ok,senyum sikit lagi.Ha,bagus."

Ahli Twice masih lagi sibuk dengan sesi photoshoot mereka.

"Ok,that's all for today.Kamu semua boleh balik.Dahyun kamu rehat dulu,petang nanti sesi photoshoot kamu pula.Dalam pukul 2 macam tu,kamu stanby ye."
Ahli Twice bersurai kerana ada aktiviti di tempat lain.Dahyun pula masuk ke bilik persalinan untuk berehat.

Tak lama kemudian,Miss M masuk.
"Dahyun ah,kamu nak keluar lunch?"

"Takpelah.Miss tapaukan untuk saya.Malas nak keluar."
Miss M keluar untuk membeli makanan buat Dahyun.Sementara itu,Dahyun sedang menonton Youtube.Memang tiada video yang lain yang ditontonnya,pasti video BTS.Peminat setia Suga memang macam ni.

#####

"Hyung,kau kena gerak sekarang."
Tiba-tiba Rapmon berkata begitu kepada Suga.Suga yang bingung dengan situasi itu buat muka tak faham dengan kata-kata Rapmon.

"Nak pergi mana pulak?Aku nak produce lagu lepas habis rancangan ni."
BTS sedang berada di tempat pengambaran untuk Running Man.Memang Suga sudah bercadang mahu menghasilkan lagu selepas habis pengambaran nanti.

"Macam mana aku nak cakap ni?Aku baru dapat berita ni semalam.Manager kita cakap,hari ni kau ada photoshoot."

"What?Photoshoot?Kenapa last minute baru nak inform?"
Merah muka Suga yang putih itu kerana menahan marah.

"Rilekslah hyung.Aku dah cuba suruh manager tukar kau dengan yang lain sebab aku tahu kau busy nak siapkan kau punya mixtape.Tapi,manager kata benda ni tak dapat nak ubah.Sebab ni special collaboration syarikat kita ngan JYP Entertainment."
Rapmon memegang bahu Suga agar lelaki itu lebih tenang.

"Huh..takpelah.Kalau melibatkan company,aku tak boleh nak cakap apa."
Selepas selesai pengambaran Running Man,Suga pun bertolak ke lokasi photoshoot.

BERSAMBUNG..

*sori ep 1 ni bosan sikit...hehe...tq kpd yang sudi baca and komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience