ABD 47: IT'S ADRIAN IN...

Romance Completed 1572856

SESAMPAI di Acassia Villa, Adrian terus membawa Miya ke presidential suite yang terletak di tingkat 20. Di dalam lif, Miya menjeling Adrian yang sejak keluar dari kereta tadi sibuk dengan telefonnya. Laju sahaja ibu jarinya mengetuk skrin menaip entah apa.

Geram juga Miya dengan tingkah Adrian itu. Dia yang mempercepatkan tarikh penerbangan mereka, dia yang tergesa-gesa ke pejabat agama untuk pengesahan rujuk, justeru sekarang dia pula seolah-olah bersikap acuh tak acuh. Terlalu asyik dengan telefon sehingga terlupa isteri di sebelah yang baru diruju’.

Ah, tak boleh jadi!

Jika dulu Miya boleh terima jika dia diacuhkan kerana dia tahu Adrian tidak mencintainya. Tetapi sekarang sudah berbeza. Adrian sudah berkali-kali melafazkan cinta. Malah lelaki itu juga sudah membuktikannya. Jadi Miya tidak boleh terima jika dia diabaikan seperti ini. Apa mesej seseorang ke telefonnya itu lebih penting?

“Siapa yang mesej?” tanya Miya dengan nada sedikit berbisik. Sengaja didekatkan bibirnya ke telinga Adrian.

“Richard.” Adrian menjawab singkat tanpa mengalihkan fokusnya dari skrin telefon.

Ah, bertambah sebal Miya jadinya. Ketap bibir, dia mencengkam lembut rahang Adrian lantas dipusingkan wajah lelaki itu supaya menatapnya. Teralih seketika fokus Adrian.

“Richard lagi penting dari saya ke?” soal Miya. Perlahan dan gemersik suaranya, membuat bulu tengkuk Adrian mula meremang.

Adrian tertawa perlahan. “Richard tak penting. Tapi mesej antara saya dengan dia tu yang penting.”

“Oohhh…” Miya mengangguk-angguk. “Jadi awak nak abaikan saya kerana mesej penting antara awak dengan Richard tu?” Masih menggunakan nada yang sama sambil jari runcingnya bergerak liar di dada Adrian yang masih berlapik kemeja.

“Mestilah tak…”

“Jadi kenapa awak acuhkan saya?”

“Bukan ma…”

“Awak nak cari pasal dengan saya, hmmm?”

“Awak yang cari pasal dengan saya.” Menyimpan telefonnya di dalam saku seluar, satu tangannya meraih pinggang Miya, sementara satu tangan lagi meraih tengkuk isterinya itu lantas menyatukan bibur mereka. Tidak dia peduli jika di dalam lif itu ada CCTV dan aksi mereka menjadi tontotan para pengawal keselamatan. Hanya bercium.

Miya tidak menolak ciuman itu. Malah dalam hati dia bersorak girang kerana dirasakan memperoleh kemenangan.

Bunyi ting yang singgah di gegendang telinga, menandakan pintu lif akan terbuka membuat Adrian melepaskan tautan bibir mereka.

Berusaha meneutralkan nafas masing-masing, mereka melangkah keluar dari lif dengan berpegangan tangan. terkedek-kedek Miya mengejar langkah Adrian yang laju sebelum berhenti di depan sebuah bilik. Menyentuh kad pada sensor pintu, Adrian menarik tangan Miya melangkah masuk ke dalam bilik itu sebelum menolak tubuh Miya ke belakang pintu. Tidak memberi ruang untuk Miya berkata atau berbuat apa-apa, dia kembali meraup ulas bibir yang telah membuat dia ketagihan itu.

Di saat mereka masih menikmati ciuman itu, bunyi telefon Adrian membuat tautan bibir mereka terlepas. Tanpa berganjak dari posisinya, Adrian menyeluk saku seluar lantas mengeluarkan telefonnya dan melihat nama pemanggil.

“Richard,” ujarnya sambil menunjukkan skrin telefonnya kepada Miya.

Miya berdecit. Kenapa di saat seperti ini juga Richard mahu mengganggu? Tidak bolehkah menunggu esok?

“I’m sorry, I have to take this call,” ujar Adrian dengan nafas yang terdengar masih terengah. Dia tahu Miya tidak rela dan keberatan, namun dia benar-benar perlu menjawab panggilan itu.

Menekan ikon answer call pada skrin, segera Adrian melekapkan telefon ke telinga. Satu tangannya mengelus pipi Miya, seolah memujuk isterinya itu yang nampak tidak berpuas hati apabila dia menjawab panggilan.

“Hallo.”

“…”

Miya hanya memandang dengan hati yang sebal. Dia tidak tahu apa yang diperkatakan oleh pihak sana, namun dia tidak juga bertanya meskipun rasa ingin tahunya membuak-buak. Entah apa urusan penting antara Adrian dengn Richard. Dia yakin bukan urusan pejabat kerana Richard tidak kelihatan seperti pekerja pejabat.

“Hmmm…Okay.” Adrian mengakhiri panggilan sebelum memasukkan semula telefonnya ke dalam saku seluar.

Dengan rasa bersalah, dia memandang Miya yang rona wajahnya sudah bertukar masam.

“I’m sorry. Saya kena keluar sekejap. Betul-betul penting. Sekejap je. Tunggu saya, okey?” Menghadiahkan kucupan singkat pada pipi Miya, Adrian melangkah keluar. Berat hati sebenarnya mahu meninggalkan Miya, namun urusan dengan Richard perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Miya yang ditinggalkan setelah sebentar tadi di bawa ke puncak tertinggi, hanya memandang sebal pintu yang sudah tertutup rapat.

“Geramnya…” Miya menghentak-hentak kakinya saking geram. Terasa seperti pengantin yang ditinggalkan pada malam pertama.

“Benci! Benci!” Masih dengan menghentak kaki, Miya membawa langkahnya masuk ke ruang utama presidential suite itu. Sejenak, rasa sebalnya pada Adrian terganti dengan rasa kagum melihat perhiasan mewah dan susun atur perabot di dalam ruang itu.

Namun saat mengingat semula tujuan asal dia di bawa ke sini, perasaan geramnya pada Adrian kembali meluap. Dia sudah bersedia mental dan fizikal, alih-alih Adrian meninggalkannya kerana satu panggilan daripada Richard.

Ketika dia masih mengitari ruang di dalam presidential suite itu, bunyi notifikasi mesej dari telefonnya membuat Miya tersentak. Tarik keluar telefon dari saku seluar, dia menggeser skrin.

I’m sorry, okay? Saya tak boleh tangguhkan urusan ni tapi saya cuba selesaikan secepat mungkin. Love you. -Adrian-

Sejuk sedikit bahang panas dalam hati saat membaca mesej Adrian. Namun tidak mahu menunjukkan dia terlalu mudah memaafkan, dia hanya membalas k.

Beberapa saat, dia memerhati skrin jika ada balasan daripada Adrian, namun tidak ada. Ah, bertambah sebal jadinya. Mungkin Adrian menghantar mesej sekadar untuk memberitahu, tetapi tidak mengharapkan balasan. Menyesal pula dia membalas mesej itu. Sepatutnya dia hanya memberikan blue tick sahaja.

Kesal, dia berbaring di katil sambil memilih gambar yang diambil semasa keluar bersnorkeling bersama Adam dan PS Bethanie tempoh hari untuk dimuat naik di Instagram miliknya. Berhati-hati dia memilih gambar kerana bimbang termuat naik gambar yang ada wajah Adam. Sehingga kini, tidak ada sesiapa yang tahu Adam adalah adik Adrian kecuali Balqis. Adam masih berkeras mahu merahsiakan identitinya. Video-video yang diambil dari bawah air semasa snorkeling disatukan menggunakan reels Instagram sebelum dimuat naik. Sudah lama juga dia tidak menjenguk dan berkongsi apa-apa di laman sosialnya itu. Entah itu kerana dia terlalu sibuk atau kerana hidupnya terlalu datar dan hambar untuk dikongsikan.

Tanpa sedar, lebih sejam dia berselancar di rangkaian sosial perkongsian gambar dan video itu sebelum matanya mula pedih dan berair. Mencampak telefonnya ke tepi, Miya bangkit lalu menggeliat membetulkan urat-urat tubuhnya, sebelum mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi.

HAMPIR sejam berendam di dalam air hangat, Miya membilas badannya. Aroma gel mandian dengan haruman lavender dan daisy membuat tubuhnya terasa lebih segar. Keluar dari bilik mandi, Miya memilih pakaian tidurnya di dalam bagasi. Sayangnya tidak ada yang seksi kerana beberapa hari lalu dia ke Bahamas sebagai bekas isteri Adrian. Semua baju yang dibawanya tebal dan berlengan panjang.

“Macam mana nak goda dia kalau semua baju macam ni…” Miya mencampak baju tidur lengan panjang dari bahan cotton itu.

Sudah bersepah lantai dengan baju-baju yang dia keluarkan dari bagasi. Bertinggung dengan jubah mandi masih membaluti tubuhnya, Miya berfikir-fikir. Sakit hatinya pada Adrian perlu dibalas. Dan dia akan pastikan lelaki itu menyesal kerana meninggalkannya tadi.

“Atau tak payah pakai baju? Pakai bath robe ni je?” Miya masih menggumam sebelum tiba-tiba satu idea terlintas di benaknya.

Menarik bagasi milik Adrian, dia membuka zip lantas mengeluarkan semua pakaiannya sebelum menggantungnya satu persatu di dalam almari. Setelah selesai, dia capai sehelai kemeja putih milik Adrian lantas disarungkan ke tubuhnya. Hanya memasang satu butang, dia melangkah ke katil. Mencapai telefon di atas meja di sisi katil, dia berbaring mengiring dengan satu tangan menongkat kepala. Menggunakan kamera telefon, dia membetulkan kemeja di tubuhnya. Dijatuhkan sedikit kolar baju ke belakang sehingga menampakkan tulang selangka dan sebahagian dadanya. Setelah berpuas hati, dia tersenyum sebelum menekan ikon snap.

“Perfect…” gumamnya lalu menghantar gambar itu ke telefon Adrian.

‘Dah lama tunggu. Bila nak balik?’

Setelah menghantar mesej itu, Miya bangkit berniat mahu menukar baju. Dia tidak berhajat untuk tidur dengan kemeja Adrian. Tentu tidak selesa tidur dengan baju oversized seperti itu.

Namun belum sempat dia mengangkat punggung, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dicapai telefon sebelum laju jemarinya menggeser skrin.

‘Saya dah ada depan pintu.’

Belum habis rasa terkejut menerima mesej Adrian itu, lagi-lagi jantungnya berpacu hebat apabila mendengar bunyi sensor pintu.

Cepat-cepat dia membutangkan kemeja di tubuhnya, namun kerja tergesa-gesa memang selalunya tidak akan berhasil. Buktinya ketika dia belum berjaya memasukkan walau satu butang ke lubang butang, Adrian sudah tercegat di depannya.

“Wow, right timing huh,” ujar Adrian. Mata menatap lekat Miya yang bersimpuh di atas katil sambil menarik rapat kemeja di tubuhnya. Entah apa yang dimalukannya sedangkan gambar tadi sudah cukup untuk membuat Adrian membayangkan apa yang ada di sebelik kemeja itu.

“Yeah, right timing. Sebab saya baru nak tukar baju.”

“Kenapa nak tukar baju?” tanya Adrian. Selangkah demi selangkah dia membawa kakinya mendekati Miya.

“Baju ni untuk photoshoot dan display je.”

“Oh…Display untuk apa?”

“Supaya awak balik cepat.”

“Sekarang saya dah balik.”

“Yeah, faster than I expected.”

Adrian semakin dekat, membuat Miya ligat berfikir bagaimana mahu membuat lelaki itu berhenti. Adrian perlu diajar kerana telah membuatnya tertunggu-tunggu.

“Stop! Stop!” Satu tangan Miya terangkat, menahan Adrian daripada maju.

Langkah Adrian terhenti. “Kenapa saya kena berhenti?”

“Sebab awak dah buat saya tertunggu-tunggu selama lebih tiga jam dengan SABAR.” Sengaja Miya menekan perkataan sabar dengan gigi bergemertak. “So, saya pun nak buat awak menunggu sampai awak hilang sabar.”

Adrian memicingkan mata. “I don’t understand.”

“Saya akan sebut satu dialog famous dalam filem, then awak kena teka tajuk filem, nama watak dan nama pelakon yang bawa watak tu. Satu jawapan betul, satu langkah ke hadapan. Kalau salah, dua langkah ke belakang.”

“That’s unfair.”

“My game, my rule.”

“Okay. I’m not a movie fan, but I’ll try.” Adrian menyanggupi. Ya, membuat Miya menunggu hampir tiga jam tentu membuat isterinya itu menahan sebal. Jadi dia akan turutkan saja.

“Masa 10 saat untuk jawab setiap soalan.”

“Okay.”

“I don’t bite, you know… unless it’s called for.” Miya menyebut dialog itu dengan nada lirih dan menggoda, membuat Adrian sontak mengusap tengkuknya.

“Itu dialog dalam filem ke atau awak reka sendiri?”

“Filemlah. Saya tak pandai buat dialog macam tu. Cepat, masa berjalan.” Miay menunjukkan skrin telefon yang memaparkan kiraan detik.

Adrian berdecit. Dia jarang menonton filem dan jika ada pun, dia tidak menghafal dialognya. Ah, Miya memang sengaja mahu mengujinya.

“Time’s up. It’s Audrey Hepburn as Regina Lampert in Charade 1963.”

Adrian tertawa. “Saya tak tengok filem yang ditayangkan sebelum saya lahir.”

“So?”

Adrian menengadah. Sakit pula hatinya melihat riak sinis pada wajah Miya itu.

“Undur dua langkah ke belakang.”

Mahu tidak mahu terpaksalah Adrian akur lalu membuka dua langkah kecil ke belakang.

“Keciknya langkah.”

“Awak tak spesifikkan keluasan langkah. Awak cuma kata dua langkah. So dua langkahlah ni.”

“Okay. Next is… So, where you gonna stay tonight, man?”

“What?” Adrian melongo.

“Salah. It’s André Holland as Kevin in Moonlight 2016.”

Adrian menganga tidak percaya. “Saya belum jawab.”

“Oh, I consider it as an answer. Take two steps back, sir.”

Adrian akur lagi. Tak apa. Dia masih ada sedikit sisa kesabaran.

“Next…I don’t exactly know what I am required to say in order for you to have intercourse with me. But could we assume that I said all that? I mean, essentially, we are talking about fluid exchange, right? So, we could just go straight to the sex?”

Astaga! Terasa suhu tubuh Adrian sudah sampai ke tahap didih mendengar dialog yang keluar dari mulut Miya. Kenapa semua dialog yang dituturkan menjurus ke arah itu? Malah ekspresi wajah, nada dan ton suara, serta bahasa tubuhnya ditutur sesuai dialog.

“Of course.” Tidak tahu tajuk filem, apatah lagi nama pelakon dan wataknya, Adrian akhirnya hanya menjawab pertanyaan dari dialog itu.

Miya terkekeh. “It’s Russell Crowe as John Nash in A Beautiful Mind.”

"Oh my God." Haba yang mula menyelaputi seluruh tubuh membuat Adrian membuka satu butang kemejanya. Lalu tanpa perlu disuruh, dia mengundur dua langkah ke belakang. Entah apa yang membuat dia menjadi sesabar ini. Mungkin kerana dia berdepan Miya?

“Take me to bed or lose me forever.”

“My pleasure.” Adrian menjawab sebarang.

“Meg Ryan as Carole Bradshaw in Top Gun 1986.”

Adrian undur dua langkah lagi ke belakang sambil satu tangan menanggalkan satu lagi butang kemejanya.

“You need kissing badly. That's what's wrong with you. You should be kissed often, and by someone who knows how."

Lagi-lagi Adrian mengusap tengkuk. Sudahlah dialognya mengundang haba, gerak bibir dan nada Miya serta kaki panjangnya yang dilunjurkan di atas katil membuat Adrian semakin panas. Kali ini dua butang kemejanya ditanggalkan.

“I bet you don’t know the answer. It’s Clark Gable as Rhett Butler in Gone With The Wind.”

Adrian memandang Miya dengan jantung yang sudah menghentam dada dengan kelajuan Formula One.

“Undur dua langkah, tuan.”

Adrian masih akur. Tak apa. Tidak selamanya dia akan kecundang.

“I really wish you'd come home with me. You're so cute, and I'm really good in bed, too, believe me."

Sejuk pendingin hawa sepertinya tidak memberi kesan untuk meredakan kepanasan Adrian, membuat dia membuka satu lagi butang kemejanya.

“Nicolas Cage, Leaving Las Vegas.” Kali ini dia dapat menjawab dengan betul kerana dia pernah sekali menonton filem itu bersama Dahlia.

“Wow. Nama watak.”

“I don’t remember.”

“Kalau macam tu, satu kaki je ke depan, kaki satu lagi stay.”

“What?”

“Next…I want you. I want all of you. Forever. You and me. Every day." Miya tidak mahu mendengar alasan ataupun bertolak ansur.

Adrian tersenyum. “Ryan Gosling, The Not.”

“Nice. Now satu kaki lagi boleh ke depan.”

I’m closer.”

Miya berdecit tidak suka. "Tak adil bila awak cuma tunggu sekejap je.”

“Tapi saya akan buat penantian awak berbaloi.”

“We’ll see…”

“Ada berapa soalan?”

“Sampai saya boleh jauhkan awak sampai ke luar pintu.”

“Kejamnya.”

“Next… You're good-looking. You got a beautiful body, beautiful legs, beautiful face, all these guys in love with you. Only you've got a look in your eye like you haven't been fucked in a year."

“Miya!” Menganga Adrian dengan dialog yang meluncur dari mulut Miya.

“Wrong, It’s not Miya. It’s Al Pacino in Scarface.” Dengan mengibas tangannya, Miya mengarahkan Adrian mengundur dua tapak ke belakang.

“Gimme’ some sugar, baby.” Tidak langsung memberi peluang untuk Adrian mengambil nafas, Miya menuturkan dialog lain pula.

“Excuse me?”

“Wrong! It’s Bruce Campbell in Army of Darkness. Undur…Undur…”

Adrian masih akur, namun satu tangan menanggalkan cufflink pada lengan kemeja.

“You were hoping to get a goodnight kiss? I was hoping to get goodnight laid."

“Matt Damon, Good Will Hunting.” Kali ketiga Adrian dapat menjawab dengan betul.

“Correct. Satu kaki ke depan."

Adrian membuka langkah selebar-lebarnya membuat Miya menatapnya tidak suka, namun dia mengacuhkannya.

"Next question please..." ujarnya yakin.

"You know what I heard when I first met you? Beeeeoooo! Beeeeoooo! Beeeeoooo! Beeeeoooo. That's an ambulance, come to take me away, cause the sight of you stopped my heart. Beeeeoooooooooooo."

Pecah tawa Adrian apabila Miya membuat bunyi ambulans itu. Menggeleng dia sebelum memberikan jawapan. Dia tahu filem itu. “Will Ferrell, Night at the Roxbury”

“Brilliant!”

Adrian membawa satu lagi kaki ke depan membuat dia semakin tidak berjarak dengan Miya yang sedang melunjur di katil.

“I want you. I want all of you. Forever. You and me. Every day."

“Ryan Gosling, The Not.”

“Correct.”

“One more question and it will take me closer to you.”

“Are you sure?”

“I’m confident.”

“Okay…” Miya berfikir sejenak. “You know what you are? You're polymorphously perverse."

“Says who?” Kali ini Adrian sudah berhasil menanggalkan semua butang kemejanya. “Woody Allen, Annie Hall 1977.”

“Senang sangat ke soalan tadi? Okay, betul.”

“Ada lagi ke?”

“Yalah.”

“Sampai bila ni?”

“Sampai awak hilang sabar.”

“Masalahnya…”

“Next… I hear voices, too. Voices that say, If you don't kiss her soon, you're a chump.”

Kali ini Adrian tidak menjawab, sebaliknya dia menolak tubuh Miya sehingga jatuh ke katil membuat Miya terjerit. Tidak memberi celah untuk Miya melepaskan diri, cepat-cepat dia mengunci kedua-dua tangan isterinya itu.

“Jimmy Stewart, You Can't Take It with You,” ujarnya lalu menghadiahkan satu kucupan pada bibir Miya. “I don’t want to be a chump.”

“Wow…Correct!”

“Jangan suruh saya sabar lagi.”

“Saya boleh sabar tunggu awak tiga jam.” Miya masih tidak berpuas hati. “Atau sebenarnya awak bukan jumpa Richard, tapi perempuan lain yang namanya awak save sebagai Richard?”

“Excuse me, miss. I just want you to know that I don't intend to sleep with another woman until I'm back here in your arms with my head resting between your creamy thighs.”

“What?” Merah wajah Miya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Adrian.

“Wrong. It’s Curtis Armstrong, Revenge of the Nerds II: Nerds in Paradise.” Ah, rupa-rupanya itu dialog daripada filem. Kenapa begitu kotor bunyinya?

“Your husband had told me you were the most beautiful woman he'd ever met.”

Tersenyum Miya menerima pujian itu dari Adrian. “Really?”

“Wrong! It’s George Clooney in Intolerable Cruelty.”

Ah, Adrian membalas dendam rupanya. Memicingkan mata, disusuli dengan dengusan sebal, Miya cuba menolak Adrian yang sedang menindihnya, namun sedikit pun tidak bergerak.

“Don't try to push me away because it will get me closer to you.”

Miya berfikir-fikir, filem mana dan watak apa serta siapa pelakon yang menuturkan watak itu.

“It’s Adrian in I want to spend the whole night with you.” Lalu tanpa menunggu jawapan Miya, dia sekali lagi mendaratkan bibirnya pada bibir Miya. Ciuman lembut dan penuh kesabaran kerana dia tidak mahu malam ini berakhir dengan cepat.

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2022-11-10 09:33:43 

wow.. panasss pulak chapter ni.. hahahahahaha.... tq dear

DgR
2022-11-10 07:01:55 

tq author

DgR
2022-11-10 07:01:47 

hahahahahhaha panas weiiiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience