BAB 9

Horror & Thriller Completed 401

“Ha! Tak nampak?!” balas Lan.

“Ya. Bintang-bintang tu aku nampaklah,” jawab aku, beredar ke motosikal. Dalam hati leganya Tuhan saja yang tahu.

“Hoi! Aku memang boleh nampak hantu. Aku akan buktikan juga nanti,” kata Lan sambil mengejar aku ke motosikal.

Sekarang ni umur kami sudah mencecah 19 tahun. SPM teruk, jadi kami bekerja di 7E di bandar. Berulang alik ke kampung setiap hari bersama. Dan Lan masih dengan kegilaannya. Selalu sahaja cerita dia nampak hantu pada aku. Aku pula masih sanggup menadah telinga mendengar kegilaannya itu. Dan masih juga menyimpan rahsianya itu. Sesuatu yang aku tak faham sampai sekarang.

“Kalau betullah kau boleh nampak hantu, macam mana kau dapat kelebihan tu?” tanya aku tiba-tiba ketika kami berdua menjaga kaunter bayaran. Seorang gro yang baru membeli cokelat Cadbury Hazelnut menoleh sepintas lalu kepada aku dan segera menolak pintu dan beredar.

“Aku pun pelik tapi memang semuanya bermula pada hari kematian atuk aku tu,” jawab Lan, memeriksa stok rokok. “Aku laparlah. Kejap lagi nak beli apa-apa kat Rahim Mohamed. Kau nak apa?”

“Nasi kandar lagi! Tak ada tempat lain ke nak pergi? Kata lapar tapi sanggup pergi kedai jauh. Kau ni memang pelik,” balas aku.

“Dah situ yang kena dengan selera aku,” jawab Lan.

“Belikan aku nasi dengan ayam goreng sudahlah. Kuah banjir. Mesti ada kuah pedas. Jangan lupa tu,” kata aku.

Lan mengangguk.

“Takkan kebolehan tu datang tiba-tiba saja? Mesti ada penyebab,” kata aku, berbalik kepada persoalan tadi. “Sebelum kau timbang bola tu kau buat apa?”

“Sebelum tu aku… “ Lan cuba mengingati kenangan tujuh tahun itu. “Ha! Aku pergi Kedai Ah Seng. Beli Ding Dang!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience