Bab 1

Fanfiction - KPOP Completed 15536

Pagi pagi lagi meja Lisa dihentak kuat.
Mahu je Lisa terangkat. Kepalanya mendongak memang tak salah lagi. Awal awal dah kacau.
"Mana makanan aku..?" kata Jungkook dingin.
"A..ada kat atas meja.."
"Pergi ambil bawa sini..."
"Kan boleh makan kat bilik abang..kenapa makan kat sini.."
"Aku bukan abang kau..cepat bawa kat sini.."
Lisa hanya menurut lalu keluar dari bilik menuju ke meja makan.

"Tahulah aku ni adik tiri dia..tapi tak payahlah nak marah marah.." bebel Lisa sendiri.
Lisa menatang dulang yang berisi makanan naik ke biliknya.
"Abang ni maka...haih tidur pula.." Dulang diletakkan diatas meja belajarnya.
Perlahan kaki menuju kearah Jungkook yang terlena diatas katilnya.
Raut wajah Jungkook ditatap lama. Lena.
"Abang bangun tadi kata nak makan.." tiada tindak balas.

"Jungkook ni adik baru kamu..." Lisa menguntum senyum. Tetapi Jungkook membalas senyuman Lisa dengan jelingan yang tajam.
"Kenapa baru sekarang appa balik.."
"Kookie kenapa cakap macam tu pada appa kamu.."
"Biarkan..lepas apa yang dia dah buat.. tinggalkan kita tetiba datang balik kat sini kenapa tak duduk kat London tu lama lama..." kata Jungkook geram.
"Appa nak minta maaf..Kookie appa tak ada maksud nakbtinggalkan kamu.."
"Sudahlah..appa sekarang nak susahkan omma pula ke..nak jaga budak tu yang datang dari mana tah..."
"Jungkook..hormat sikit dia ni appa kamu.."
"Perlu ke dia ni dihormati dan layak ke dia dipanggil appa..?" Jungkook terus berlalu keluar dari rumah.
"Jungkook-ah..."

Lisa memandang wajah Jungkook. Mesti hati Jungkook tengah menangis mengigatkan perkara silam. Walaupun diluarnya keras tapi hatinya...terlalu lembut.
Lisa menghusap lembut kepala Jungkook.
"I'm so sorry.."

Jungkook mula tersedar dari lenanya.
Terlihat Lisa didepan mata.
"Macam mana aku boleh tidur kat sini pula ni.." terus Jungkook turun dari katil.
Menuju ke pintu.
Namun Jungkook menoleh kebelakang.
Jungkook menghela nafas panjang.
Tubuh kecil Lisa digendong naik keatas katil. Diselimut rapi.
Wajah Lisa ditenung lama.
Jungkook terpandang parut didahi Lisa.
Patutlah Lisa membiarkan rambutnya menutup bahagian dahi...rupanya untuk menyembunyikan parut itu.
"Tak hilang rupanya parut ni..."
Parut itu ialah kesan luka daripada serpihan kaca yang dilempar oleh Jungkook kerana Lisa masuk kebiliknya senyap senyap.
Tapi Lisa hanya berdiam diri.
"Kenapa sampai berdarah ni..."
"Jatuh tadi..." tipu Lisa.
Jungkook terkejut.
"Dia tak mengadu kat omma yang aku dah lukakan dia.."

"Aku...sebenarnya sayang kau..lebih..lebih dari seorang adik..tapi aku tak tahu macam mana nak luahkan...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience