Rate

BAB1:Kawan Baru

Romance Series 1409

"Rina aku dengar ada budak baru nak masuk kelas kita betul ke?" tanya Aina kepada Rina.Kedengaran Rina dan Aina sedang berbual.Ayumi yang baru masuk terdengar perbualan mereka segera menyampuk."Rina betul ke ada budak baru nak masuk kelas kita?"tanya Ayumi pula."Aku dengar orang cakap jer."ujar Rina.Ayumi pun berlalu ke tempatnya yang bersebelahan dengan Tasya."Haii, good morning Ayumi."tegur Tasya."Good morning, hai jugak."balas Ayumi sambil tersenyum."Tasya tadi aku dengar, Rina kata ada budak baru masuk kelas kita."sambung Ayumi lagi."Biar betul!Kau rasa lelaki atau perempuan"Tasya bertanya kepada Ayumi."Kalau aku, aku rasa perempuan.Mesti kau ingat lelaki kan?"jawab Ayumi lalu mengajukan soalan kepada Tasya.Tasya sekadar tersenyum, lalu berkata"Wait and see."
Tiba-tiba kedengaran suara ketua kelas menyuruh semua berdiri menandakan guru matapelajaran telah masuk. Cikgu Suraya melangkah masuk berasama dua orang pelajar perempuan."Assalamualaikum semua..Hari ni kita bakal terima dua orang pelajar baru.Okey, sila perkenalkan diri kamu."ujar cikgu Suraya kepada kedua pelajar perempuan tersebut."Hai nama saya Amira Balqis,korang boleh panggil saya Mira jer."ujar salah seorang pelajar perempuan itu."Hai nama saya Nur Atyrah Syafinaz..Just call me Tyrah."ujar seorang lagi pelajar perempuan. "Okey, awak berdua boleh duduk di hujung sana." ujar cikgu Suraya. Sesi pembelajaran pun bermula sehingga pukul 10.45 pagi.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula.Ayumi dan Tasya menuju ke kantin.Semasa dalam perjalanan ke kantin tiba-tiba mereka disekat oleh dua orang pelajar lelaki yang mereka tidak kenali."Hai Ayumi, nak pergi mana ni?"tanya Haq salah seorang dari lelaki tersebut."Korang siapa yerk?"tanya Ayumi kembali."Haa, siapa korang?kitorang kenal korang kerr?"Tasya bertanya pula."Hek eleh buat-buat tak kenal kitorang pulak."kata Izz kepada Tasya dan Ayumi. "Whatever lah kitorang tak kenal korang and kitorang nak pergi kantin." ujar Ayumi. "Siapa nak bagi korang pegi kantin?" kata Haq."Kalau korang tak bagi kitorang pergi, kitorang menjerit."kata Tasya pula. "Jeritlah kalau berani." kata Izz kepada Tasya.
Tiba-tiba guru disiplin datang ke arah mereka."Ayumi,Tasya kenapa tak keluar rehat?"tanya Cikgu Laila sambil memandang ke arah Izz dan Haq."Err...kitorang nak pergi rehat tapi diorang..."belum sempat Ayumi menghabiskan kata,Haq terus menyampuk"Takpelah cikgu kitorang balik kelas dulu."kata Haq smbil berlari pergi bersama Izz."Kenapa dengan mereka berdua tu Ayumi,Tasya?"tanya Cikgu Laila."Entahlaa cikgu.."jawab Ayumi. Lalu Cikgu Laila pun pergi dengan muka yang berkerut.Ayumi dan Tasya tergelak kecil sambil membayangkan muka dua orang budak lelaki itu."Agaknya diorang terkejut kot dengan Cikgu Laila."kata Tasya."Hmm...padan muka diorang, tu laa suka hati je sekat orang."kata Ayumi pula."Tapikan siapa diorang tu yerk?"tanya Tasya. "Entahlaa.." jawab Ayumi."Eh,loceng dah bunyi jom laa masuk kelas."ajak Tasya. Ketika Ayumi dan Tasya masuk ke kelas,Zarul menulis sesuatu di papan putih."Cikgu Farah tidak hadir.Buat latihan muka surat 41 hingga 50."baca Ayumi dan Tasya di dalam hati."Yess!!Akhirnya cikgu tak datang."sorak riang satu kelas 5 Anggerik.Kebanyakkan pelajar berkumpul untuk bergosip tentang berita tergempar.Manakala Ayumi dan Tasya melakukan tugasan yang diberi.
Sedang Ayumi dan Tasya melakukan tugasan yang diberi, dua orang pelajar perempuan datang kepada mereka."Hoii,perempuan tak tahu malu!!"kata salah seorang daripada pelajar tersebut. "Eh Tyrah, Mira kenapa ni?" tanya Ayumi kepada Tyrah dan Mira."Heii perempuan kami datang sini nak bagi amaran dekat korang.Jangan berani kacau pakwe kami."kata Mira."Eh apa ni tetiba jer kata kitorang kacau pakwe korang."kata Tasya. "Jap aku nak tanya,pakwe korang siapa?Kitorang kenal ke?" tanya Ayumi kepada Tyrah dan Mira."Hek eleh...korang tak payah la nak buat-buat tak kenal.Tak payah berlagak baik sangat boleh tak."kata Mira. Semasa Ayumi,Tasya,Mira dan Tyrah bertengkar Cikgu Laila datang kepada mereka bersama ketua kelas 5 Anggerik iaitu Muhammad Rayyan Danish."Tyrah dengan Mira ni kenapa bergaduh dengan Ayumi dan Tasya hah.Danish panggil saya tadi dia beritahu yang kamu cari pasal dengan mereka betul ke?"tanya Cikgu Laila dengan berang."Err..ta..tak ada apa-apa cikgu."kata Tyrah dengan tergagap-gagap.
"Diorang tipu cikgu saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang diorang ni cari pasal dengan Ayumi dan Tasya." beritahu Danish sambil memandang ke arah Mira dan Tyrah. "Diam ah kau ,menyibuk jer kerja." kata Tyrah kepada Danish dengan sebuah jelingan tajam."Tyrah, Mira ikut saya sekarang jugak."arah Cikgu Laila sebelum berlalu keluar dari kelas."Baik cikgu.. Siap kau Danish."gertak Mira dan Tyrah kepada Danish sebelum berlalu mengikut Cikgu Laila."I don't care."kata Danish pula."Thanks Danish sebab tolong kitorang tadi. Kalau tak..Tak tahu la apa yang jadi."kata Ayumi tanpa sedar telah memegang tangan Danish. "Woi..Ayumi kau buat apa tu?" tanya Tasya separuh berbisik."Err..Aku buat apa."balas Ayumi kurang faham."Your hand!!"kata Tasya sambil menjeling ke arah Danish."Oh..Err..Sorry."kata Ayumi sambil menarik tangannya dari genggaman Danish."Sokey.."balas Danish sambil tersengih."Yumi kalau esok saya nak jumpa awak sekejap boleh tak!!"tanya Danish sambil memandang ke arah Ayumi."Boleh..Tapi pukul berapa?"tanya Ayumi sambil tersenyum."Lepas sekolah boleh?"tanya Danish."Okey."kata Ayumi pula."Eh kejap kita nak jumpa kat mana?"tanya Ayumi."Taman."jawab Danish ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience