MELANGKAH masuk ke bilik, mata Adrian menancap pada sebentuk cincin bertatah permata biru di atas meja solek. Berkerut dahi kerana dia cam cincin itu. Cincin lamaran daripada papa kepada mamanya.
Capai cincin itu, Adrian merenungnya lama. Hati mula rasa tidak sedap. Otak bijaknya boleh mengagak mengapa cincin itu berada di sini. Mamanya pernah memberitahu akan memberikan cincin itu kepada isterinya. Tetapi enam tahun dia berkahwin dengan Dahlia, tidak pernah sekali mamanya menyebut tentang cincin itu. Dia juga tidak bertanya kerana mamanya seperti tidak begitu menyukai Dahlia.
Tetapi mengapa dengan Miya, mengapa begitu mudah sekali mamanya memberikan cincin itu? Baru dua kali berjumpa, tetapi rapatnya seperti sudah kenal bertahun-tahun.
Apa yang Miya lakukan sehingga mama memberikan cincin itu kepadanya? Apa istimewanya Miya berbanding Dahlia? Kenapa ibunya membeza-bezakan mereka berdua? Padahal jika dihitung, mamanya lebih lama mengenali Dahlia berbanding Miya.
Ketika dia masih berfikir-fikir, kedengaran pintu bilik air dibuka dan susuk yang sedang memenuhi ruang kepalanya itu keluar dari sana.
“You’re back,” ujar Miya. Sempat terhenti langkahnya kerana terkejut melihat Adrian berada di bilik. Tatapannya terus tertuju pada cincin yang berada di tangan Adrian.
“Mama paksa saya ambil cincin tu,” kata Miya sebelum Adrian bertanya; tidak mahu Adrian menuduhnya bukan-bukan.
Adrian diam. Diletakkan semula cincin itu di atas meja. Dia faham ibunya yang suka mendesak. Dalam kelembutan, dan senyuman dia boleh membuat semua orang patuh cakapnya. Tetapi, kenapa Miya tidak bersungguh-sungguh menolak? Tidakkah Miya tahu cincin itu akan menyebabkan Miya terikat dengan keluarganya? Seboleh-bolehnya perkara itu yang dia mahu elakkan.
“Then, awak terus ambik je?” soalnya
Berubah wajah Miya dengan pertanyaan Adrian. Sudah dia agak, Adrian akan menuduhnya sengaja mengambil cincin itu, sedangkan dia boleh menolaknya. Kalau dia mampu menolak, tentu cincin itu tidak akan berada di sini.
“Saya dah tolak, tapi mama paksa saya ambik. I’ve no choice.”
Adrian mendesah kasar. Dia tahu Miya tidak bersalah. Cuma dia bimbang jika Miya terlalu rapat dengan ibunya, akan menyukarkan proses perceraian mereka kelak. Untuk memisahkan Miya dengan Lora pun dia sudah puas berfikir. Ini muncul pula ibunya.
“She’s my mother and I know her well. I don’t blame you. But, you know what it means when you took this ring, right?”
“Yes, I know. But….” Miya terhenti. Dia bingung dan fikirannya kusut. Dia malas memikirkan tentang perkara itu lagi buat masa ini. Masih tinggal lebih kurang sembilan bulan lagi sebelum mereka bercerai. Terlalu awal untuk difikirkan.
“Malaslah saya nak fikir. Dah cerai nanti, saya pulangkan semula cincin tu,” sambungnya.
“She doesn’t expect the divorce,” tingkah Adrian.
“Nanti awak rekalah cerita buruk-buruk pasal saya sampai mama percaya.” Spontan sahaja idea itu keluar dari mulut Miya membuat Adrian terpana.
“Percaya apa?”
“Percaya yang berbaloi awak ceraikan saya,” jawab Miya dan terus keluar, menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam.
"Excuse me?" Panas pula hati dengan penuturan Miya. Dia tidaklah sampai terfikir untuk melakukan begitu. Tidak mungkin dia akan memburuk-burukkan Miya di depan ibunya sekalipun dia terdesak mencari alasan untuk menceraikan Miya. Apa Miya menganggap dia seburuk itu?
Tidak berpuas hati dengan kata-kata Miya, dia mengekori langkah isterinya itu ke dapur.
“Apa maksud awak? Awak ingat saya jenis orang yang sanggup menipu ke untuk rasionalkan semua tindakan saya?” soalnya. Tegang suaranya tetapi masih terkawal kerana tidak mahu Lora mendengar perdebatan dia dan Miya
“That’s not what I mean,” jawab Miya sambil mengeluarkan ayam yang telah dinyah beku dari bekas untuk dipotong.
“So what do you mean? Your words insulting me.”
“What I mean is….” Miya terhenti. Dia pun tidak tahu mengapa dia berkata begitu tadi. Barangkali fikirannya sudah bercelaru, apa yang terlintas di otak, keluar begitu sahaja dari bibirnya. Tidak sangka pula Adrian akan marah.
“I don’t know. Saya kadang-kadang cakap tak guna otak. Just forget it.” Akhirnya Miya malas memikirkannya. Ayam yang sudah nyah beku dipotong kecil supaya senang dimasak dan dimakan.
Adrian berdecit; tidak berpuas hati dengan jawapan Miya yang acuh tidak acuh. Apatah lagi melihat Miya yang tidak berminat untuk melayannya. ‘How dare you ignore me Miya Liany.’
“I need an explaination.”
Miya merengus geram. Tanpa memandang Adrian dia berkata, “Nothing to explain. Kan saya kata lupakan je. Memang kadang-kadang mulut mendahului otak saya. What can I say.”
“Miya Liany! Mentang-mentang mama sukakan awak, awak berani buat perangai macam ni dengan saya?”
“Perangai apa?” Miya meneruskan kerjanya tanpa memandang Adrian.
“Okay, kalau saya salah cakap, saya minta maaf. Saya tak berniat nak kata awak macam tu,” sambungnya.
“I don’t need your apology. I need an explaination! Apa sebenarnya yang awak fikir tentang saya? Awak beranggapan buruk pada saya.”
“No, I’m not!”
“Yes you are. Kalau tidak, kenapa awak kata macam tu?”
Miya sudah mula geram. Pisau pemotong ayam diangkat tinggi lalu paha ayam di atas papan pemotong ditetak sekuat hati. Terpotong dua paha ayam itu sebelum terpelanting ke lantai.
Merengus kasar, Miya toleh lalu memandang Adrian dengan tatapan tajam.
Turun naik halkum Adrian menelan ludah. Miya sekarang kelihatan begitu menakutkan.
“Kan saya kata saya tak berniat nak kata macam tu. Awak nak saya explain apa lagi? I have no bad impression towards you,” ujar Miya. Sebelah tangan bercekak pinggang, sebelah tangan lagi masih memegang pisau. Sengaja dia menekan suaranya supaya Adrian tahu yang dia benar-benar sudah hilang sabar.
“Well….” Kali ini Adrian pula yang gugup. Apatah lagi apabila melihat pisau pemotong ayam tadi masih berada di tangan Miya.
“...kalau you dah cakap macam tu, then it’s okay." Berjongkok, dia mengambil paha ayam yang terpelanting ke lantai tadi dan meletakkannya di dalam bekas di tepi sinki. Dipandang Miya yang sudah kembali menyambung kerjanya. Seperti sengaja menetak ayam itu dengan kuat sebagai tanda protes.
Adrian tidak berani berkata apa-apa lagi.
‘Ada angin jugak dia ni rupanya. Ingatkan tak ada perasaan.’ Desisnya dalam hati.
Bersandar pada sinki, tangan disilangkan ke dada sambil memandang Miya; mengamati gerak geri isterinya itu.
Miya tidak selincah dan seperamah Dahlia, tetapi kenapa ramai orang sukakannya? Datin Fauziah juga nampaknya semakin menyenangi Miya. Malah ibu dan ayahnya juga sukakan Miya. Lora juga. Dia? Entahlah. Dia tak sukakan Miya, dan tidak juga membencinya. Apa lagi mencintai. Apa yang dia rasa terhadap Miya adalah atas dasar tanggungjawab sebagai suami. Mungkin.
“Mama tak suka Dahlia.” Adrian bersuara apabila melihat Miya sudah agak tenang berbanding tadi.
“She told you that?” tanya Miya. Adrian dikerling sekilas sebelum dia membongkok membuka pintu kabinet di bawah dapur, mengambil kuali dan memanaskan minyak.
“No.” Adrian menjawab sepatah.
“Then macam mana you tahu mama tak sukakan dia?” Walaupun Puan Sri Bethanie ada memberitahunya bahawa dia tidak begitu sukakan Dahlia, tetapi Miya tidak mahu Adrian berprasangka begitu terhadap ibunya. Sekurang-kurangnya Puan Sri Bethanie tidak pernah mengganggu rumah tangga mereka.
“I just knew it.”
“It’s unfair that you judge people based on how you feel. Let alone that person is your mom,” ujar Miya.
Suaranya tenang dan bersahaja, tetapi bagaikan satu tamparan bagi Adrian. Tamparan yang kuat yang membuatkan dia tiba-tiba sedar yang selama ini dia telah menghakimi mamanya.
Mama tidak pernah berkata tidak sukakan Dahlia. Dia cuma menganggapnya begitu kerana Dahlia memberitahunya begitu. Dia percaya kerana setiap kali dia dan Dahlia berkunjung ke Vila ibu bapanya, ibunya hanya diam dan tidak pernah bertegur sapa dengan Dahlia walaupun ekspresi wajahnya tidak pula menunjukkan dia tidak sukakan Dahlia. Disebabkan andaian itu juga hubungan dia dan ibu bapanya agak renggang selepas dia berkahwin dengan Dahlia.
“Kalau mama tak suka Dahlia, dia takkan benarkan awak kahwin dengan dia.” Kata-kata Miya membuat lamunan Adrian segera buyar.
Lirik Miya sekilas, dia merasakan kata-kata isterinya itu ada benarnya. Mungkin Dahlia hanya bersangka begitu kerana mama tidak banyak bercakap ketika kali pertama dia mempertemukan mereka. Sedangkan ketika itu mamanya kepenatan menjaga datuknya yang dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. Dahlia juga tidak pernah cuba untuk mendekati dan mengambil hati ibunya.
“She’s a wonderful mom. You’re blessed to have a mom like her. Not everyone is blessed with such a mother.”
Kata-kata Miya membuat Adrian berfikir. Miya betul. Ibunya seorang yang lemah lembut, penyayang, dan bertimbang rasa walaupun kadang-kadang suka mendominasi. Tidak pernah sekali meninggi suara kepada dia dan adiknya. Semua kesilapan, ditegur dengan lembut. Marah jarang sekali. Tingkat kesabarannya harus diberi pujian. Malah, ibunya tidak pernah merungut walaupun dia dan Dahlia jarang pulang berjumpa dengannya sejak berkahwin. Sesekali dia akan menelefon dan bertanya khabar. Tidak pernah juga dia mendengar ibunya memburuk-burukkan Dahlia walaupun dia tidak sukakannya.
Ah, kenapa dia tidak terfikir tentang itu sebelum ini? Kenapa perlu Miya yang menyedarkannya tentang perkara itu?
“What about your mom?” tanya Adrian. Kata-kata Miya tadi seolah-olah dia kecewa dengan ibu kandungnya.
“Dia jahat.”
Spontan jawapan Miya. Mendatar, tanpa nada, tanpa ekspresi dan kedengaran sungguh jujur. Berkerut dahi merenung Miya. Mengharap Miya meneruskan cerita, tetapi isterinya itu hanya diam.
“Kenapa awak cakap macam tu? She’s your mom,” ujar Adrian.
“She’s not. I’m an orphan. Dia ambik saya jadi anak angkat sebab dia nak bantuan bulanan dari JKM."
Tergamam Adrian mendengarnya. Patutlah tidak ada seorang pun ahli keluarga Miya hadir semasa majlis pernikahan mereka.
“Appreciate your mom. Wife can be replaced but not the mother,” ujar Miya.
Kata-kata Miya bagaikan satu petir yang memanah tubuh Adrian. Terbakar hatinya tidak semena-mena. Apa maksud Miya? Siapa dia untuk menasihatinya begitu? Apa yang Miya tahu tentang hubungan dia dengan ibunya? Miya tidak layak untuk menasihatinya begitu. Dan apa maksudnya apabila dia mengatakan ‘Wife can be replaced?’ Adakah Miya merasakan dia sudah berjaya menggantikan tempat Dahlia? Huh, perempuan ini sudah berfikir terlalu jauh.
"You think you can replace Dahlia?” Suara Adrian kedengaran dingin.
Baru sahaja Miya mahu membuka mulut untuk menjawab, Adrian terus menyambung, “You know the reason I marry you right? It’s because of Lora. Don’t ever think you can replace Dahlia. Never! You’re nothing compared to her. Just because my mom likes you, don’t think that you’re better than Dahlia!”
Miya terpana. Dia tahu dan dia sedar hakikat itu, tetapi hatinya tetap terluka pedih dengan kata-kata Adrian. Dia sedar dia takkan mampu menggantikan tempat Dahlia di hati Adrian dan juga Lora. Tetapi perlukah Adrian mengingatkannya? Dia berkata begitu tadi bukan bermaksud dia sudah cukup bagus untuk menggantikan Dahlia. Bukan! Dia cuma mahu Adrian menghargai ibunya. Tetapi perlukan dia menjelaskan tentang itu? Perlukah dia menjelaskan niatnya? Mahukah Adrian mendengarnya?
“I know, and I will bear it in my mind. I’m sorry for saying that,” ujar Miya. Dia malas bergaduh atau bertekak. Tiada gunanya. Dia bukan Dahlia. Adrian tidak akan mengambil tahu perasaannya, jauh sekali untuk meminta maaf atau memujuk.
Adrian yang masih tersulut marah, berlalu meninggalkan Miya menuju bilik. Sesampai di bilik, tuala untuknya sudah disediakan Miya, diletakkan di hujung katil. Itu memang rutin Miya. Pagi dan petang. Hati yang panas dengan Miya jadi berbolak-balik; mula merasakan kata-katanya tadi agak kasar dan mungkin melukakan hati Miya. Tetapi Miya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Seolah kata-kata itu langsung tidak berbekas di hatinya. Perasaan marah membuak-buak terganti pula dengan rasa bersalah.
Ah, biarlah. Sesekali Miya perlu diingatkan tentang siapa dirinya.’
Share this novel