Rate

Full

Short Story Completed 13883

Aku datang ke kota ini untuk mengubah nasib diri yang hidup sebatang kara semenjak nenek meninggal. Nenek meninggal bulan lepas kerana sakit tua. Ayah dan ibu meninggalkanku sejak aku berusia 3 tahun. Mereka pergi bekerja di Eropah lalu meninggalkanku dengan nenek. Sehingga kini mereka masih belum kembali, entah masih hidup atau tidak. Kini, aku sudah berusia 18 tahun. Aku baru saja tamat pelajaran di tingkatan 5.
  Aku datang ke kota besar ini untuk mencari pekerjaan. Aku menggunakan wang simpananku untuk biaya ke sini. Tanpa hala tuju aku berjalan. Aku baru tiba petang tadi. Setelah letih berjalan, aku berhenti untuk mengisi perut di sebuah kedai mamak. Aku ternampak kertas notis yang ditampal di dinding kedai itu. Tertulis bahawa seorang penjaga kanak-kanak diperlukan dan disertakan juga nombor telefon untuk dihubungi. Aku segera mendail nombor tersebut dan alhamdullilah panggilannya dijawab. Sebuah alamat diberikan. Aku segera ke sana dengan menaiki sebuah teksi. Nasib baik wang simpananku lumayan banyak kerana semasa bersekolah dahulu, aku bekerja sambilan.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam sambil mengetuk pintu rumah beberapa kali.
"Walaikumsalam. Siapa ya?" Seorang wanita yang sudah berumur membuka pintu.
"Saya Kaira, yang minta kerja jadi babysitter tadi, mak cik." Aku memberitahu wanita itu.
"Oh, Kaira. Saya, Mak Jah. Masuklah. Nanti saya tunjukkan bilik kamu." Wanita itu menunjukkan kamarku.
  Aku bersyukur kerana mendapat pekerjaan secepat ini. Kalau tidak, aku tidak tahu aku harus tinggal di mana. Mak Jah menerangkan tugasku. Mak Jah ialah pembantu rumah di sana. Bos kami ialah seorang usahawan berjaya, Tengku Khalish Adam dan mempunyai dua orang anak. Kedua-duanya lelaki. Seorang namanya Mohammad Haqiem dan seorang lagi Mohammad Harris. Haqiem berusia empat tahun dan Harris berusia tiga tahun. Haqiem lebih pandai berkata daripada Harris.
  Haqiem dan Harris sudah tidur semasa aku sampai tadi. Aku sampai tadi jam sudah hampir pukul 10 malam. Tengku Khalish masih belum pulang dari pejabat. Agaknya bos aku ni seorang yang kuat kerja agaknya. Aku masuk tidur kerana sudah mengantuk.
  Keesokan pagi, aku bangun awal. Pada pukul 6 pagi, aku membantu Mak Jah menyediakan sarapan. Kemudian, aku mengurus Haqiem dan Harris. Haqiem dan Harris sangat nakal. Susah sekali untuk menguruskan mereka. Untuk memandikan mereka sahaja aku perlu berkejaran dengan mereka satu rumah.
"Haqiem, Harris, jangan lari. Hati-hati nanti jatuh." Aku mengejar Haqiem dan Harris.
  Selepas memandikan mereka, aku bersusah-payah memakaikan mereka pakaian pula. Mereka asyik berlari-lari dalam bilik.
"Ha, dapat. Dah jangan lari-lari lagi. Letih tau akak kejar korang." Aku berjaya menangkap Haqiem dan Harris.
  Selepas siap memakaikan mereka pakaian, aku membawa mereka ke dapur untuk bersarapan. Aku menyuapkan mereka. Agak susah juga kerana mereka susah mahu mendengar kata.
"Heh, ingat! Urus anak-anak aku dengan baik. Jangan nak macam orang yang dulu daripada kau." Tengku Khalish mengingatkanku.
  Masya Allah, garangnya. Kata Mak Jah, ranaj babysitter sebelum aku yang bekerja di sini. Semuanya tidak tahan dengan kenakalan Haqiem dan Harris serta kegarangan Tengku Khalish. Ada juga yang sampai memukul budak-budak tu sebab tak mahu dengar calap. Kalau bukan sebab aku perlu duit untuk sara hidup aku, aku rasa aku pun tak tahan kerja kat sini. Aku akan bertahan dengan kenakalan Haqiem dan Harris. Aku akan membuat mereka menjadi anak yang mendengar kata dan baik. Soal bos, lantaklah. Dia nak marah, suka hati dia. Aku tak kisah. Aku kerja kat sini dan digaji. Jadi, aku harus jalankan tanggungjawab aku sebaik mungkin.
  Sudah seminggu aku bekerja di sini. Kenakalan Haqiem dan Harris semakin menjadi-jadi. Aku sudah pening kepala dengan perangai mereka. Rumah yang sudah dikemas pun berselerak lagi sebab mereka. Bilik mereka? Usah dikata lagi. Mainan yang sudah diletakkan di rak diambil dan diselerakkan semula. Aku tetap bersabar demi kelangsungan hidupku. Kalau aku berhenti, aku nak tinggal di mana? Kerja di mana? Bukannya senang cari kerja. Lagipun, gajiku di sini lumayan. Bukannya senang nak jaga budak berdua tu. Perangai mereka ya Allah. Susah nak cakap.
"Kak Ira, abang kacau adik!" Harris datang lalu mengadu kepadaku.
"Ya Allah korang ni. Dahlah tu. Korang boleh tak, tak nakal dalam sehari? Pening tau akak ni." Aku mengutip mainan dan kusyen yang bertaburan di atas lantai ruang tamu.
"Akak marah ke?" Haqiem memegang lenganku.
"Taklah, sayang. Abang dan adik janganlah nakal sangat. Janganlah selerakkan barang macam ni. Kasihan Mak Jah dah kemas elok-elok, korang selerakkan pula. Tak kasihan kat akak dan Mak Jah ke?" Aku susah hati memikirkan budak berdua ni.
  Haqiem dan Harris naik ke atas sofa lalu duduk di sana memerhatikanku. Aku mengemas ruang tamu. Letih juga jaga budak berdua tu. Tidak lama kemudian, Haqiem dan Harris berlari ke kamar mereka di tingkat atas. See, masih juga nakal. Aku mengikuti mereka. Aku melihat Haqiem dan Harris bermain di bilik ayah mereka. Mereka melompat-lompat di atas katil Tengku Khalish.
"Haqiem, Harris, meh turun. Jangan lompat-lompat atas katil daddy korang. Nanti dia marah." Aku menegur mereka.
  Haqiem dan Harris melompat turun dari katil. Mereka berlari-lari lagi. Haqiem memegang sebiji bola golf ayahnya lalu membalingnya ke arah cermin besar segi empat tepat yang terletak di sebelah almari pakaian Tengku Khalish dan pranngggg! Aku segera berlari lalu memeluk Haqiem. Aku menyeringai kesakitan apabila belakangku ditimpa kaca yang pecah. Bajuku koyak dan ada luka yang agak dalam. Bahuku juga terkena kaca dan berdarah. Haqiem menangis dalam pelukanku.
"Haqiem sayang, dah jangan nangis ya?" Aku mengusap belakang Haqiem yang kelihatan sangat takut.
"Kak Ira, darah." Harris menunjuk ke arah belakangku.
"Kak Ira, sorry. Abang janji tak nakal lagi." Haqiem memeluk lalu mencium pipiku.
"Dah jangan nangis lagi ya? Akak tak apa-apa. Sekarang, pergi masuk bilik." Aku menyuruh mereka masuk ke bilik.
"Adik pun janji tak nakal lagi." Harris memelukku lalu mencium pipiku.
"Ya, sayang."
  Aku beredar ke tingkat bawah. Mak Jah terkejut melihat bajuku yang koyak dan ada darah.
"Ya Allah, Kaira. Apa terjadi ni? Banyaknya luka ni. Meh Mak Jah ubatkan." Mak Jah terus mengambil kotak ubat.
  Selepas itu, aku membersihkan kaca cermin di bilik Tengku Khalish. Aku yakin dia akan sangat marah. Pada malam itu, kedengaran suara Tengku Khalish bergema dari tingkat atas.
"Kenapa cermin ni boleh pecah? Mak Jah buat apa?" Tengku Khalish marah.
"Maaf, Tengku. Ini bukan salah Mak Jah." Aku tidak mahu Mak Jah disalahkan.
"Jadi, ini salah kau?! Kau ni baru kerja dah buat hal! Gaji kau bulan ni aku potong!!" Tengku Khalish membentakku.
"Baik Tengku." Aku rela asalkan Mak Jah tidak dimarahi, begitu juga anak-anak.
"Daddy, ini salah Aqiem. Aqiem yang pecahkan cermin tu. Sorry." Haqiem tiba-tiba datang.
"What?! Qiem, daddy dah cakap jangan main kat bilik daddy kan? Kenapa degil sangat?" Tengku Khalish mahu memukul Haqiem dan aku segera melindungi Haqiem.
  Aku tidak mahu Haqiem disakiti. Dia masih anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Tamparan Tengku Khalish terkena belakangku.
"Auchh!!" Luka tadi terkena pukulan Tengku Khalish.
"Kau tak payah nak bela dia! Aku tahu macam mana nak ajar anak aku!" Tengku Khalish menolak badanku lalu menarik tangan Haqiem dengan kasar.
"Tengku, kalau Tengku nak marah, marah saya. Kalau Tengku nak pukul, pukul saya. Tapi, jangan Haqiem atau Harris. Mereka budak-budak lagi. Salahkan saya." Aku segera bangun lalu memeluk Haqiem.
  Tengku Khalish seperti orang kerasukan melibas belakangku dengan tali pinggangnya. Luka tadi berdarah lagi.
"Daddy, stop!!" Harris berteriak.
  Haqiem dan Harris memang diajar berbahasa Inggeris. Harris memelukku. Dia menjerit apabila tali pinggang Tengku Khalish terkenanya. Khalish berhenti. Dia memandang belakangku yang berdarah.
"Dah puas?" Aku mengajak Haqiem dan Harris keluar dari kamar ayah mereka.
  Mak Jah menangis melihatku yang rela sakit demi melindungi Haqiem dan Harris. Mak Jah mengubati luka di belakang dan bahuku yang berdarah lagi tadi. Haqiem masih menangis. Begitu juga Harris.
"Daddy jahat!" Harris menangis dalam pelukanku.
"Harris sayang, listen. Daddy tak jahat. Dia nak Haqiem dan Harris jadi orang yang berdisiplin dan dengar cakap. Cuma, cara daddy salah. Maafkan daddy ya? Meh akak ubatkan belakang adik." Aku menyelak baju Harris ke atas lalu menyapu minyak gamat pada kesan terkena tali pinggang Khalish tadi.
  Belakangku terdapat kesan merah yang berbirat-berbirat terkena libasan tali pinggang Tengku Khalish tadi, sudah disapu minyak gamat oleh Mak Jah tadi.
"Kak Ira, sorry. Sebab abang Kak Ira kena pukul." Haqiem menangis lagi.
  Haqiem dan Harris kemudian tidur. Aku mengelap kesan air mata di pipi mereka. Kemudian, aku kembali ke kamarku. Belakangku terasa perih sekali apabila aku berbaring. Aku menukar bajuku dengan baju tidur yang lebih besar dan berzip di belakang. Zipnya tidak kututup kerana belakangku sangat sakit. Aku tidur meniarap.
  Selepas semua orang tidur, Khalish diam-diam masuk ke bilik anaknya. Harris tidur tanpa memakai baju. Dia melihat kesan merah di belakang anaknya itu. Air matanya mengalir. Dia sangat tidak menyangka tadi apabila Kaira memeluk Haqiem untuk melindungi Haqiem daripadanya. Selama ini, babysitter yang dia upah menyakiti anak-anaknya tetapi Kaira sebaliknya. Kaira sanggup menanggung kesakitan demi anaknya. Dia tertanya-tanya melihat darah di belakang Kaira tadi. Dia sakit hati apabila cermin hiasnya pecah. Bukannya dia tidak mampu beli tetapi cermin itu ditempah khas dan rekaannya unik. Cermin itu hadiah daripada arwah kakaknya semasa hari jadinya yang ke-20 tahun lalu. Pasti tertanya-tanya kan pada usia yang muda Khalish sudah menjadi usahawan berjaya. Dia menjinak-jinakkan diri dalam dunia perniagaan sejak berusia 17 tahun. Perusahaannya itu adalah milik ayahnya, Tengku Arman. Ibunya sudah lama meninggal kerana barah hati.
  Selepas memeriksa keadaan anaknya, Khalish beredar ke tingkat bawah. Dia pergi ke bilik Kaira untuk memeriksa keadaan Kaira. Khalish melihat belakang Kaira yang berbirat dan berbalut. Pada bandage itu ada kesan darah yang masih basah. Selepas itu dia kembali ke kamarnya.
  Kejamkah aku? Terlalu kasarkah aku? Aku cuma mahu anak-anakku menjadi orang yang berdisiplin. Mereka sangat degil dan tidak mahu mendengar kata. Dia cuma mahu memberi pengajaran kepada anak-anaknya. Namun, barannya menguasai dirinya sehingga dia sekasar itu dengan mereka. Dia sangat menyayangi Haqiem dan Harris walaupun mereka hanya anak buahnya. Kakak dan abang iparnya meninggal dalam sebuah kemalangan. Pada waktu itu, Haqiem dan Harris tinggal di rumah bersamanya. Kakak dan abang iparnya pula dalam perjalanan pulang dari airport selepas percutian di Turki. Waktu itu, Haqiem baru berusia dua tahun dan Harris berusia setahun. Khalish mengalami banyak kesukaran semasa menjaga Haqiem dan Harris mula-mula dulu. Mak Jah banyak membantunya dalam menguruskan Haqiem dan Harris. Walaupun sudah banyak babysitter sebelum Kaira, tidak ada yang seperti Kaira. Babysitter sebelum ini kebanyakannya menyakiti Haqiem dan Harris. Mereka tidak tahan dengan perangai Haqiem dan Harris yang sangat nakal. Kaira pula sudah setengah tahun menjaga Haqiem dan Harris. Babysitter yang dahulu cuma mampu bertahan selama dua tiga minggu sahaja.
  Aku terbangun semasa azan dari masjid berdekatan berkumandang. Selepaa selesai solat, aku menyediakan sarapan. Semalam, Haqiem dan Harris sempat memberitahuku bahawa mereka teringin makan pancake. Selepas selesai, aku membancuh susu dan minuman coklat. Selama aku bekerja di sini, aku sudah arif tentang makanan dan minuman kegemaran keluarga ini. Tengku Khalish tidak suka minum kopi. Hanya Mak Jah yang suka minum kopi. Aku lebih suka minum air putih dan jus. Selama aku tinggal di rumah ini, aku sudah seperti keluarga bagi mereka, kecuali Tengku Khalish. Tengku Khalish agak dingin terhadapku. Dia turun kerja awal pagi dan pulang lewat malam. Semenjak kejadian beberapa bulan yang lalu, Haqiem dan Harris sudah tidak nakal lagi dan menurut kata. Aku mengajar mereka membaca dan menulis supaya kelak mudah apabila mereka sudah mula bersekolah. Aku sudah jatuh sayang pada mereka. Mereka sekarang ini kurang rapat dengan Tengku Khalish kerana kejadian itu. Harris berkeras mengatakan bahawa Tengku Khalish jahat, begitu juga Haqiem. Mereka takut terhadap ayah mereka itu. Aku pula keras mengatakan bahawa ayah mereka seorang yang baik. Aku tidak mahu mereka membenci ayah mereka sendiri. Mereka sangat rapat denganku sekarang.
  Luka di belakang dan lenganku meninggalkan parut. Namun, sudah kurang kelihatan kerana aku menggunakan ubat untuk menghilangkan parut. Selama hampir setahun bekerja di sini baru aku tertanya-tanya, mana isteri Tengku Khalish? Takkan ada anak tapi tak ada isteri. Ah, dahlah. Kenapa pula aku nak menyibuk? Tak baik sibuk hal orang.

Lima tahun berlalu....
  Aku masih bekerja di sini. Haqiem sekarang sudah Darjah 3 manakala Harris Darjah 2. Mereka sangat bijak. Mereka mudah diajar dan cepat faham. Selama lima tahun bekerja di sini, aku berasa bahagia walaupun kadang-kadang berasa jengkel dengan sikap Tengku Khalish yang garang dan dingin. Tengku Arman, ayahnya sangat baik orangnya dan peramah. Aku pernah beberapa kali berjumpa dengannya semasa dia ke sini. Aku jarang keluar rumah. Kalau keluar rumah pun cuma semasa aku menghantar dan menjemput Haqiem dan Harris dari sekolah serta menemani mereka jalan-jalan. Tengku Khalish jarang sekali ada masa untuk anak-anaknya. Selama lima tahun ini juga aku tidak pernah melihat Tengku Khalish bersama mana-mana perempuan. Pelik kan? Dia ada anak tapi tak ada isteri. Kalau isteri dia dah meninggal, takkanlah dia tak ada kekasih. Dia dah tak nak kahwin lagi kot? Kay, wake up! Tak payah nak sibuk hal Tengku. Aku menampar-nampar pipiku beberapa kali.
  Suatu hari, Tengku Arman meminta Khalish menikahi Kaira. Dia melihat bahawa Kaira mampu menjadi ibu yang baik untuk Haqiem dan Harris. Khalish terpaksa setuju kerana tidak mahu mengecewakan ayahnya. Tambahan pula, ayahnya sering sakit kebelakangan ini. Tengku Arman menghidap penyakit jantung. Khalish dan Kaira dinikahkan dalam sebuah majlis yang besar-besaran. Ramai kaum kerabat yang hadir. Ramai yang memuji keserasian mereka. Mereka berdua? Senyuman palsu dipamerkan dan kemesraan dibuat-buat. Selepas semua tetamu pulang, Khalish terus masuk ke kamarnya. Tengku Arman sudah pulang selepas majlis tadi selesai. Kaira masuk ke kamarnya. Mana mungkin dia berpindah ke bilik Khalish jika Khalish tidak sudi. Haqiem dan Harris sangat gembira kerana mendapat mummy baharu. Kaira baru tahu bahawa Haqiem dan Harris bukan anak-anak Khalish tetapi merupakan anak-anak arwah kakak Khalish.
  Selepas makan malam itu, Khalish menyuruhku berpindah ke biliknya. Mak Jah tidak mahu masuk campur.
"Kita buat hal masing-masing. Bila aku nak kau, kau harus layan aku. Kau mesti ikut semua perintah aku. Faham? Ingat, kau hanya isteri atas kertas!" Khalish membentakku.
"Faham Tengku." Aku mengangguk.
  Usia pernikahan kami sudah seminggu. Sekali pun Khalish tidak pernah melayanku dengan baik. Dia sangat kasar terhadapku. Malah, kata-katanya juga sering kali menusuk ke dalam hati dan menyayat kalbu menghancurkan jiwa. Kami memang menikah atas permintaan ayahnya tetapi tidak bermakna dia boleh memperlakukanku sesuka hatinya. Aku juga punya hati dan perasaan. Aku juga ingin bahagia seperti perempuan lain. Walaupun aku dilayan dengan teruk oleh suamiku, aku tetap menguruskan anak-anak dengan baik. Haqiem dan Harris tempatku mencurahkan kasih sayangku.
  Suatu malam, Khalish balik dihantar oleh seorang wanita.
"Kay, ni kunci kereta Khalish. Aku balik dulu." Wanita itu menyerahkan kunci kereta Khalish kepadaku.
"Wait. Cik siapa? Mana jumpa Khalish?" Aku bertanya.
"Saya Maya. Kawan Khalish. Saya jumpa dia kat night club. I got to go." Maya memboloskan diri ke dalam teksi yang menunggunya.
  Aku memapah Khalish ke kamar. Bau badan Khalish? Masya Allah. He is drunk! Semasa aku membaringkan Khalish di atas katil, dia memeluk pinggangku dan menyebabkanku menindihnya dari atas. Kemudian, Khalish menindihku dari atas.
"I want you, now." Khalish membuka butang baju tidurku.
  Kejadian itu begitu cepat sekali berlaku. Khalish telah memiliki diriku seutuhnya. Ya Allah, bukalah pintu hati suamiku agar dia menerimaku sebagai isterinya. Aku tidak sanggup menjadi isteri atas kertas. Dia menidakkan hakku sebagai isterinya yang sah. Dia membenciku tanpa ku tahu sebabnya. Adakah aku yang merupakan orang kampung sebegitu rendah darjat di matanya? Tidak layakkah aku mendapatkan cintanya?
  Keesokan paginya, aku bangun awal. Dalam keadaan diri tanpa seutas benang, aku mencuba untuk bangun. Ya Allah, sakitnya pinggangku. Khalish turut bangun kerana merasa tidurnya terganggu apabila isterinya bergerak-gerak.
"What happened last night?" Khalish bertanya.
"Tengku tak ingat?" Sungguh aku kecewa.
  Diriku disetubuhi tanpa sedar oleh suamiku sendiri. Betapa sakit hati ini. Sungguh aku isteri yang tak diakui. Aku bangun dengan berbalut gebar dan beredar ke bilik mandi. Di bilik mandi, aku menangis sepuas-puasnya. Khalish memandang tompokan darah pada cadar tilam.
  What I am doing?!! Aku paksa dia semalam? Oh my God!! Ish, you're so stupid! Stupid! Stupid! Stupid! Khalish memukul kepalanya. Dia marah kepada dirinya sendiri.
  Ish, she is your wife. Halal. Kata hati Khalish. But, you don't love her. Fikir Khalish pula.
  Selepas membasuh cadar tilam, aku beredar ke bilik Haqiem dan Harris. Mereka sudah bangun. Mereka ada aktiviti di sekolah walaupun hari ini hari Sabtu. Pinggangku terasa sangat sakit. Aku terpaksa berjalan perlahan-lahan.
"Mum, are you okay?" Haqiem bertanya kepadaku.
"I'm okay sayang. Dah mandi? Adik mana?" Aku bertanya sambil mengusap kepala Haqiem.
"Adik masih mandi. Mummy, abang nak breakfast nasi goreng, boleh?" Haqiem memegang tanganku.
"Boleh sayang. Nanti ajak adik turun tau." Aku mencium dahi Haqiem.
  Haqiem masuk ke kamar lalu menyediakan begnya dan adiknya. Haqiem sangat berdikari. Dia selalu membantu adiknya mengemas buku ke dalam beg sekolah mereka. Dia sangat menyayangi adiknya. Aku pergi ke dapur lalu memasak nasi goreng yang Haqiem minta. Semenjak aku sudah menikah dengan Khalish, tugas memasak aku yang ambil alih. Mak Jah hanya mengemas rumah dan memastikan persekitaran rumah bersih dibantu oleh suaminya, Pak Hamid yang bekerja sebagai tukang kebun.
  Selepas selesai sarapan, aku mengajak Haqiem dan Harris berangkat ke sekolah. Mereka ada aktiviti sukan hari ini. Haqiem dan Harris aktif melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dan pelbagai pertandingan. Aku tidak pernah menghalang mereka menyertai apa-apa aktiviti sekolah. Aku mahu mereka bergaul dengan ramai orang agar mereka ramai kawan dan menimba pengalaman.
"Abang, adik, tak salam daddy dulu ke?" Khalish bertanya apabila melihat Haqiem dan Harris beredar tanpa menyalam tangannya.
  Haqiem dan Harris saling berpandangan. Kemudian, mereka menyalam tangan ayah mereka. Mereka tidak berapa dekat dengan Khalish sekarang kerana Khalish sering tiada di rumah. Awal pagi, dia sudah berangkat ke pejabat dan balik lewat malam apabila anak-anak sudah tidur. Mereka merasa bahawa Khalish tidak menyayangi mereka lagi. Dalam perjalanan ke sekolah, aku menyedari bahawa Haqiem yang duduk di tempat duduk sebelahku dan Harris yang duduk di tempat duduk belakang hanya mendiamkan diri.
"Abang, adik, kenapa muka monyok je sejak tadi?" Aku bertanya.
"Mummy, daddy dah tak sayang kita ke? Daddy selalu tak ada kat rumah. Daddy juga jarang bersama kita. Hujung minggu pun daddy kerja." Harris bertanya.
  Ya Allah, anak sekecil Harris saja sedar perubahan Khalish. Khalish memang sudah banyak berubah sejak kami sudah berkahwin. Dia sudah tiada masa untuk anak-anak. Hujung minggu pun dia tiada di rumah.
"Adik, daddy kerja untuk kita juga. Kan daddy nak kita hidup senang. Daddy sayang kita. Dia cuma sibuk kerja."
  Sayang kita? Mustahil dia sayang aku, isteri atas kertasnya. Aku tidak mahu anak-anak membenci ayah mereka. Biarlah aku sengsara asalkan anak-anakku bahagia. Mereka ibarat darah dagingku sendiri. Sebaik sahaja tiba ke sekolah, aku menghantar mereka sehingga ke kelas. Belum ramai yang sudah datang ke sekolah. Aku sangat mementingkan waktu. Selama aku mengurus Haqiem dan Harris bersekolah, mereka tidak pernah lewat ke sekolah. Aku mahu anak-anakku menepati masa. Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita, kataku kepada mereka.
"Mummy, abang dan adik sayang mummy tau." Haqiem menarik leherku agar aku menunduk lalu mencium pipiku.
"Ya, mummy pun." Aku mencium dahi mereka.
  Kemudian, aku pulang. Setibanya ke rumah, aku dikejutkan dengan kedatangan seorang wanita yang pakaiannya, ketat dan pendek sangat. Tak cukup kain ke?
"Hai, I'm Sara. I girlfriend Khalish. I nak you tahu yang you're nothing compared to me." Sara berkata dengan angkuhnya.
"Ya, I know that. So, why are you coming here?" Aku menjawab selamba.
"I nak beritahu yang Khalish and I akan kahwin tak lama lagi. He loves me, Kaira." Sara senyum sinis, banggalah tu sebab Khalish mencintainya, katanya.
"Okey, silakan. Nak cakap tu je? You may leave now." Aku menutup pintu rumah.
  Pada malam itu, Khalish balik awal. Dia masuk ke kamar lalu marah-marah.
"Kau tak sedar diri sangat kan? Kau tu cuma isteri atas kertas. I love Sara and I'll marry her soon. Kau tak layak hina-hina dia sebab kau lebih hina daripada dia! You are so cheap, ha? You're nothing compared to her!! You're nothing!" Khalish membentakku.
  Aku menghina Sara? Sara yang datang hina aku. Pasti perempuan tu memutarbelitkan fakta.
"I'm cheap? I'm nothing? Apa lagi? Kalau awak nak hina saya, silakan. Kalau awak nak kata saya murah, silakan. Katakan apa yang awak nak. Buat je apa yang awak nak. Dalam hal ni, siapa yang lebih hina? Siapa yang lebih murah? Awak teguk air kencing syaitan. Awak berhubungan dengan perempuan bukan muhrim awak. Awak tak anggap saya isteri awak. Awak dah janji kepada Allah, Tengku Khalish Adam. Awak mungkir janji. Dia? Aurat terdedah sana sini. Berhubungan dengan suami orang. Siapa yang lebih hina, siapa yang lebih murah?!! Siapa?!" Ya Allah, maafkanlah aku. Aku berdosa meninggikan suara terhadap suamiku.
  Panggg!!! Satu tamparan hinggap di pipiku. Darah mengalir dari hujung bibirku. Sakitnya hanya aku dan Allah yang tahu.
"Watch your mouth!!" Khalish menampar pipiku berulang kali dan sepak terajangnya hinggap ke badanku.
  Aku hanya menerima sahaja. Apalah kudratku untuk melawan.
"Daddy, enough!!" Haqiem meluru masuk lalu memelukku.
"Abang buat apa kat sini? Kenapa belum tidur?" Aku tidak mahu Haqiem atau Harris melihat situasi ini.
  Aku sebolehnya tidak mahu Haqiem dan Harris melihat kekerasan yang Khalish lakukan terhadapku. Mereka masih kecil. Aku tidak mahu mereka terpengaruh. Mereka masih muda dan perasaan ingin mencuba dalam diri mereka akan membuak-buak.
"Aqiem!! Pergi balik bilik." Khalish marah.
"Daddy, cukup. Jangan pukul mummy lagi. You're too much. Abang benci daddy! Daddy jahat!" Haqiem membelaku.
"Abang, tak baik cakap macam tu. Mummy dah ajar kan? Abang dan adik mesti hormat orang yang lebih tua." Aku mengusap kepala Haqiem.
"Mummy, jom." Haqiem membantuku untuk bangun.
  Aku tidur di bilik Haqiem dan Harris pada malam itu. Keesokan paginya, Mak Jah terkejut melihat kesan lebam di wajahku. Kesan lebam di badan aku sembunyikan dengan memakai baju dan seluar panjang. Haqiem tidak berbicara kepada Khalish langsung. Dia membenci ayahnya. Dia tidak suka Khalish menyakitiku.
"Qiem." Khalish menyapa Haqiem.
  Haqiem tidak mempedulikan ayahnya. Aku mengusap belakang Haqiem. Aku tidak mahu dia berterusan membenci ayahnya. Haqiem agak panas baran, seperti Khalish. Ya~ Walaupun Khalish bukan ayah kandung Haqiem dan Harris tetapi mereka tetap mempunyai pertalian darah. Di sekolah, Haqiem mudah marah apabila diejek. Kawan-kawan selalu mengejek mengatakan bahawa dia anak mummy kerana aku selalu menghantarnya sehingga ke kelas dan mencium dahi serta mengusap kepalanya sebelum aku pergi. Harris pula penyelamat keadaan. Setiap kali abangnya naik angin, dialah penawarnya. Setiap kali abangnya mahu bergaduh, dialah yang menghalangnya. Mereka saling melengkapi satu sama lain. Haqiem paling pantang apabila adiknya juga diejek begitu. Harris pula jenis yang tak ambil peduli. Dia membiarkan saja dirinya diejek. Baginya, dia datang ke sekolah untuk menuntut ilmu bukannya memikirkan kata-kata orang.
  Pada pagi itu, aku menghantar Haqiem dan Harris ke sekolah seperti biasa. Selepas aku menemani Harris ke kelasnya, aku menemani Haqiem ke kelasnya pula. Rakan-rakannya sudah ramai yang datang.
"Eeee anak mummy dah sampai." Ejek rakan-rakan Haqiem.
"Anak-anak, Haqiem memang anak mummy tapi dia tak manja. Dia seorang yang berdikari dan baik. Tak baik ejek-ejek orang." Aku menasihati rakan-rakan Haqiem.
"Dengar tu." Haqiem meletakkan begnya di atas kerusinya.
"Qiem, mummy balik dulu ya. Kamu belajar baik-baik. Jangan buat masalah. Kalau kamu buat masalah, mummy akan hukum kamu." Aku mencium dahi dan mengusap kepala Haqiem selepas dia menyalam lalu mencium tanganku.
"Tak janji. Kalau orang cari masalah dulu, takkan abang tahan?" Haqiem memang panas baran.
"Qiem, mummy tak nak anak mummy dapat masalah. Mummy tak nak anak mummy jadi jahat. Qiem pasti tak nak kecewakan mummy dan daddy kan?"
"Abang takkan kecewakan mummy. Daddy~abang tak pasti. Tengoklah macam mana." Haqiem duduk di kerusinya.
  Aku beredar. Haqiem benar-benar marah terhadap Khalish kali ini. Susah sekali untuk memujuknya. Lebam-lebam di wajah sudah kututupi menggunakan concealer dan foundation.
  Semasa waktu rehat sekolah hari itu, guru besar sekolah tempat anak-anak belajar menelefonku. Cikgu Hana memberitahu bahawa Haqiem membuat masalah di sekolah dan meminta aku segera ke sekolah menemuinya. Dia bergaduh dengan budak Darjah Enam. Aku pening. Perangai Haqiem menjadi-jadi. Barannya seperti gunung berapi yang meledak bila-bila masa. Soal Harris, aku pun tidak tahu bagaimana dia boleh terlibat dalam masalah bersama abangnya. Aku menelefon Khalish dan memberitahu soal Haqiem dan Harris. Khalish datang tidak lama selepas aku sampai ke sekolah.
"Kami orang tua Haqiem, cikgu." Khalish dan aku duduk di kerusi berhadapan dengan Cikgu Hana.
"Encik Khalish, Puan Kaira, tadi anak encik dan puan bergaduh dengan beberapa orang budak Darjah Enam. Saya sudah beberapa kali menerima aduan daripada para pelajar bahawa Haqiem sekarang agak bermasalah. Dia selalu tidur dalam kelas, tidak menyiapkan kerja sekolah dan suka bergaduh. Harris pula menbantu abangnya. Ada apa-apa masalah di rumah ke?" Cikgu Hana mengeluh.
  Selama ini, Haqiem tiada masalah di sekolah. Kebelakangan ini saja dia menjadi bermasalah.
"Maaf cikgu. Saya janji perkara ni takkan terjadi lagi. Saya minta kebenaran bawa Haqiem dan Harris balik." Khalish memandang Haqiem dan Harris yang duduk di sebelahnya.
"Baiklah. Saya harap perkara ini tidak terjadi lagi." Cikgu Hana berjabat tangan dengan Khalish dan Kaira.
  Setibanya ke rumah, Khalish mengheret Haqiem dan Harris masuk ke dalam rumah. Haqiem dan Harris duduk di atas sofa ruang tamu. Khalish berdiri di hadapan mereka dengan tangan di belakang. Haqiem dan Harris sudah seperti pesalah menanti hukuman dijatuhkan ke atas mereka.
"Aqiem, Arris!! Kamu berdua dah buat daddy malu, tahu tak?!! Mana daddy nak letak muka? Apa orang kata? Anak-anak Tengku Khalish terlibat masalah disiplin di sekolah. Don't you think before you make this problem?" Khalish marah.
"Awak, tak payahlah tengking anak-anak. Cakap baik-baik." Aku menegur Khalish.
"Kau tak payah masuk campur. Ini semua salah kau sebab terlalu manjakan mereka!!! Khalish menyalahkanku pula.
"Daddy, tak payah nak marah mummy. Ini salah abang. Abang salah." Haqiem tidak suka Kaira dibentak.
"Aqiem dah berani lawan daddy? Siapa ajar? Pasti kau!" Aku disalahkan lagi.
"Dad, mum have nothing to do with this." Harris juga membela Kaira.
"Mulai esok, tak payah pergi sekolah! Kamu berdua home schooling lepas ni. Daddy tak nak ada apa-apa masalah lagi lepas ni." Khalish memutuskan.
"Awak, they need friends." Aku tidak mahu anak-anak terkurung di rumah dan tidak bergaul dengan orang.
"Do I care? Aqiem, Arris, kalau korang buat masalah lagi, daddy akan beri hukuman lebih berat." Khalish beredar ke kamar.
  Haqiem dan Harris beredar masuk ke kamar. Aku mengeluh kasar. Khalish sudah keterlaluan. Aku mengekori Haqiem dan Harris. Haqiem dan Harris terus memelukku sebaik sahaja aku duduk di antara mereka.
"Dah, jangan nangis. Nanti mummy cuba bincang dengan daddy lagi, ya? Dah, shhh, jangan nangis." Aku mengusap kepala Haqiem dan Harris.
  Semasa makan malam, Haqiem dan Harris tidak berselera makan. Aku berusaha memujuk mereka makan. Khalish pula hanya memandangku jengkel. Selepas makan malam, aku berusaha untuk berbicara kepada Khalish.
"Awak, anak-anak perlukan kawan. Kalau home schooling, mereka akan kesunyian. Lama-lama anak-anak boleh tertekan." Aku berhati-hati menyusun bicara, takut ada tamparan melayang ke muka pula nanti.
"Aku dah cakap kau tak payah masuk campur. Aku tahu yang terbaik untuk anak-anak. Tak payah nak bela mereka lagi. Mereka berani pijak kepala sebab kau terlalu memanjakan mereka." Khalish menyalahkanku lagi.
"Cukup! Cukup!! Cukup awak salahkan saya. Cukup awak hina saya selama ni. Saya dah tak tahan dengan perangai awak. Kalau awak nak kahwin dengan Sara, silakan! Saya akan undurkan diri. Cukup saya tersakiti selama setahun lebih bersama awak." Aku sudah tidak tahan dengan sikap Khalish.
"No. Aku belum puas seksa kau." Khalish senyum sinis.
"Okey. Awak nak apa? Nak kasar dengan saya? Nak hina saya, nak pukul saya atau nak bunuh saya? Silakan. Suka hati awak tapi ingat satu hal, jangan pernah sakiti anak-anak." Aku mahu beredar.
"Nak ke mana?" Khalish menarik lenganku dan menyebabkan aku terjatuh.
  Perutku terkena bucu katil. Aku merasa perutku memulas-mulas. Cecair panas berwarna merah mulai mengalir dari celah kelengkangku. Apa ni? Aku tak datang bulan. Ya Allah, aku lupa! Dah dua bulan aku tak datang haid. Khalish resah melihat darah yang mulai membasahi baju tidurku. Khalish segera mendukungku dan membawaku ke hospital. Di hospital, Khalish resah menunggu di luar ruang rawatan. Seorang doktor perempuan yang menangani Kaira keluar.
"Dia kenapa, doktor? Sakit apa? Kenapa darah banyak sangat?" Khalish bertanya.
"Encik tenang dulu. Isteri encik tak apa-apa. Pendarahan sudah berhenti. Puan Kaira hamil dua bulan seminggu. Jadi, Puan Kaira mesti berhati-hati. Kandungannya masih lemah. Tadi, dia hampir keguguran. Nasib baik kandungannya baik-baik saja." Doktor itu memberitahu Khalish.
  Khalish meraup wajahnya dan menguak rambutnya ke belakang dengan kasar. Dia telah menyebabkan nyawa isterinya terancam. Begitu juga zuriatnya. Adakah Khalish akan mencintai Kaira dengan hadirnya zuriat mereka?
  Setelah beberapa hari, aku dibenarkan pulang. Kaira pulang menaiki teksi. Selama aku dirawat di hospital, Haqiem dan Harris setiap hari datang menjengukku. Khalish pula tidak pernah datang. Anak-anak datang bersama Mak Jah dan Pak Hamid. Aku sedih. Adakah statusku akan tetap isteri atas kertas walaupun kami mempunyai zuriat? Memang aku isteri yang tidak diiktiraf di mata Khalish. Sejujurnya aku telah jatuh cinta kepada Khalish. Bila? Percaya tak kalau aku kata sejak aku bekerja di sini? Ya, aku jatuh cinta pandang pertama pada Khalish. Namun, setelah aku tahu perangai sebenarnya, aku tawar hati. Dia benar-benar telah menyakiti hati dan melukai perasaanku. Diriku hanya isteri atas kertas baginya.
  Semasa aku tiba ke rumah pada pagi itu, Haqiem dan Harris sedang berehat di ruang tamu. Mereka sangat gembira melihatku lalu memelukku.
"Mummy." Haqiem dan Harris mencium pipiku, seorang sebelah.
"Bila sampai?" Khalish bertanya.
  Aku terkejut. Hari ni hari Sabtu. Selalunya Khalish tiada di rumah. Hari ni ada pula. Pelik kan?
"Baru sampai." Aku beredar ke kamar bersama beg pakaianku.
"Biar aku bawa." Khalish mengambil beg pakaianku.
  Lagi pelik. Dia tiba-tiba baik pulak hari ni. Dia dah boleh terima aku ke? Ah Kay, mana mungkin. Tapi kalau betul? Alhamdullilah lah.

5 bulan kemudian...
  Kandunganku sudah sarat. Tidak lama lagi aku akan bersalin. Selama aku hamil, Khalish masih seperti dulu. Dia tidak mempedulikanku. Walaupun dia sudah tidak berkasar denganku, dia tidak mempedulikanku. Tambahan pula, sekarang dia sudah menikah dengan Sara. Khalish semakin jarang pulang.
  Suatu pagi, Sara datang menemuiku. Waktu itu, seminggu sebelum due date ku bersalin.
"Tandatangan surat ni." Sara melemparkan sebuah fail ke atas meja ruang tamu.
"Sorry, aku tak ada hak tandatangan surat ni. Kau mintalah kat Khalish sendiri." Aku terkejut juga dengan isi surat penyerahan semua harta Khalish kepada Sara.
"Kalau macam tu, aku nak korang semua keluar dari rumah ni! Sekarang!!!" Sara mengusirku, anak-anak, Mak Jah dan Pak Hamid.
  Ya Allah, ke mana aku harus pergi selepas ini? Bagaimana nasib anak-anakku nanti? Aku, anak-anak, Mak Jah dan Pak Hamid keluar dari rumah itu. Kami membawa barang-barang kami. Semasa kami sedang berjalan, sebuah kereta Toyota Alphard berhenti di tepi kami.
"Kaira Ashraf?" Seorang lelaki dan wanita keluar dari kereta itu.
"Ya saya?" Aku takut juga kalau mereka orang jahat.
"Ya Allah, anakku." Wanita itu memelukku lalu mencium pipiku berulang kali.
"Ini papa dan mama, nak." Wanita itu memperkenalkan diri.
"Papa? Mama?" Aku sudah menangis.
"Ya sayang." Mereka memelukku.
  Ayahku, Dato' Ashraf manakala ibuku, Datin Kirana. Mereka sudah lama mencariku. Aku bersyukur dapat berjumpa dengan ayah dan ibuku. Kami pulang bersama papa dan mama. Mak Jah dan Pak Hamid diberikan kerja di rumah papa. Aku sudah menceritakan semuanya kepada papa dan mama.
  Kini, aku selamat melahirkan sepasang anak lelaki kembar. Papa dan mama sangat gembira. Mereka juga menyayangi Haqiem dan Harris walaupun mereka bukan darah dagingku. Aku menamakan anakku, Muhammad Alif dan Muhammad Arif. Beza masa mereka lahir hanya beberapa detik. Papa yang mengazankan mereka tadi. Aku bersendirian dalam ruang bersalin.
  Mama yang menjagaku selama aku berpantang. Mak Jah turut membantu. Haqiem dan Harris juga membantu. Mereka membantu Mak Jah membasuh pinggan mangkuk selepas makan dan membantu Pak Hamid membersihkan kawasan rumah.
  Kini, sudah setahun aku digantung tidak bertali. Aku kini membantu papa mengurus hotelnya, Golden Hotel. Mama membantuku mengurus anak-anak dengan bantuan Mak Jah. Haqiem dan Harris bersekolah semula di sebuah sekolah rendah. Haqiem kini berusia 10 tahun manakala Harris berusia 9 tahun. Alif dan Arif tidak banyak kerenah. Mama senang menjaga mereka. Rumah papa dikawal oleh sistem keselamatan yang sangat canggih. Papa tidak mahu apa-apa terjadi kepada kami. Aku bersyukur Allah mendatangkan papa dan mama saat aku dibuang oleh suamiku.
  Khalish mencari Kaira dan anak-anak. Dia telah bercerai dengan Sara. Dia sangat marah apabila mendapat tahu Sara mengusir mereka.
Khalish baru sedar bahawa dia mencintai Kaira. Selama ini dia menyakiti Kaira kerana dia berusaha menafikan rasa cinta terhadap Kaira yang telah lama bercambah di hatinya. Setelah sekian lama mencari, akhirnya Khalish menemui Kaira. Waktu itu, Kaira berada di shopping mall bersama seorang lelaki tua.
"Kaira." Khalish memegang tangan Kaira.
"Khalish?" Aku merentap tangannya.
  Luka lama di hatiku berdarah kembali apabila melihat Khalish.
"Kay, I'm sorry. Saya dah khilaf. Saya nak awak dan anak-anak kembali." Khalish melutut di hadapanku.
"Sorry Khal. Awak dah terlalu menyakiti saya. I need time. Papa, jom." Aku memeluk lengan papa dan beredar.
  Semasa kami tiba ke rumah, aku terkejut melihat Khalish di ruang tamu, bermain bersama Haqiem dan Harris. Mereka kelihatan gembira. Beberapa bulan yang lalu, Harris pernah memberitahuku bahawa dia merindui ayahnya dan meminta untuk bertemu dengan Khalish. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, Haqiem dan Harris terus berlari ke arahku dan memelukku.
"Mummy, daddy is here." Harris memegang tanganku.
"Ya, sayang. Abang dan adik dah makan?" Aku mengusap kepala mereka.
"Belum. Mummy ada beli piza yang abang dan adik minta tak?" Haqiem bertanya.
"Ada, ni. Mummy juga ada belikan stik dan spaghetti untuk abang dan adik. Nanti bagi-bagi dengan nenek, Mak Jah dan Pak Hamid, ya sayang?" Aku senyum.
"Okey mummy. Thanks mum. We love you." Haqiem dan Harris mencium pipiku.
  Aku beredar ke kamar. Khalish mengikutiku.
"Awak nak apa lagi?!" Aku naik angin.
"Saya nak awaklah. Kay, I'm sorry. Awak hukumlah saya. Saya janji takkan buat hal lagi. I love you, Kay." Khalish bersungguh-sungguh minta maaf.
"Okey, saya maafkan awak tapi demi anak-anak because they need their daddy." Aku melakukan ini demi anak-anakku.
  Khalish bersyukur Kaira memaafkannya. Kaira berasa terkejut juga apabila Khalish mengatakan cintanya tadi. Dia mencintai Khalish tetapi dia takut jika Khalish menyakiti dan melukainya lagi. Dia menginginkan kebahagiaan seperti wanita-wanita lain.
  Pada malam itu selepas makan malam, aku menemani Haqiem dan Harris menyiapkan kerja sekolah mereka. Papa dan mama menerima Khalish walaupun mereka tahu Khalish telah menyakitiku. Mereka tetap melayan Khalish dengan baik.
  Hubunganku dengan Khalish membaik. Khalish sangat mengambil berat tentangku dan anak-anak. Dia sangat gembira melihat anak kembar kami. Aku bersyukur walaupun kami sempat mempunyai banyak masalah pada awal pernikahan kami, sekarang kami bahagia. Kami akan sama-sama membesarkan anak-anak kami dan sekarang aku hamil lagi. Status isteri atas kertas tiada lagi. Khalish mencintaiku setulusnya dan berjanji akan membahagiakan kami anak-beranak. Semoga cinta kami berpanjangan dan pernikahan kami berkekalan.
                                ??DONE??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience