ABD 30: CINNAMON ROLL WITHOUT CINNAMON

Romance Completed 1572856

Dengan wajah segar, Adam turun bersarapan bersama mama dan papanya.

“Morning mama, papa,” ujarnya lalu menarik kerusi dan melabuhkan duduk setentang mamanya.

“Wow, getting excited on your first day, huh?” seloroh PS Bethanie.

“Yup…Can’t wait to see Mi…I…I mean, can’t wait to start my first working experience in Marketing Department.” Nyaris dia tersasul menyebut nama Miya, tetapi mujurlah otaknya cepat bertindak menahan lidahnya.

Hari ini adalah hari pertama dia akan menjejakkan kaki di DayMond Jewels. Tetapi bukan sebagai Pengerusi, CEO, atau pengarah. Dia diletakkan di Jabatan Pemasaran dan Pengurusan Acara DayMond Jewels sebagai Penolong Pengurus II. Tidak ada jawatan itu, tetapi sengaja diadakan untuknya dengan bantuan daripada mama kesayangan yang berjaya memujuk atau tepatnya memaksa Adrian menempatkannya di situ.

Dia tahu Adrian keberatan kerana khuatir dia akan mendekati Miya, tetapi peduli apa dia. Dia tidak akan mengganggu rumah tangga abangnya. Dia cuma mahu melihat Miya, di samping mencari jodoh yang sesuai. Kata orang, wanita dalam bidang pemasaran ni bijak berkomunikasi, dan pandai membawa diri, selain pandai bergaya. Marketable, bak kata pensyarahnya dulu.

Papanya pula agak marah dan kecewa kerana dia lebih memilih untuk menjadi pekerja biasa, berbanding sama-sama menguruskan syarikat itu bersama Adrian. Tetapi, dia punya alasan yang kukuh. Dia mahu mencari pengalaman, belajar dari bawah, sebelum dia mempertimbangkan untuk mengurus syarikat itu.

“Don’t tell anyone in the company that I’m your son,” ujar Adam sambil menyumbat sandwich Victoria sekaligus ke dalam mulutnya.

“Don’t worry. I’m also ashamed to admit that you’re my son,” balas Tan Sri Alexander membuatkan Adam hampir tersedak.

Puan Sri Bethanie pula mengekeh. Dia tahu suaminya masih tidak berpuas hati dengan keputusan Adam yang tidak mahu membantu Adrian menguruskan DayMond Jewels.

“Oohh hhooooo…My baby. Kesian…Papa tak mengaku anak…” Memajukan sedikt tubuhnya ke depan, Puan Sri Bethanie menarik pipi Adam lalu menggoyangkan muka anaknya itu. Hanya dengan Adam dia boleh bergurau begitu, kerana Adam lebih sporting. Kalau dengan Adrian? Boleh jadi setahun tak bertegur.

Adam meringis. Mamanya kadangkala keterlaluan bila bergurau. Sepertinya dia masih anak lima tahun.

“Berapa lama you nak kerja dekat marketing department tu?” tanya TS Alexander.

“Ermmmm..I don’t know. I’ll let you know when I’m ready,” balas Adam. Dia menghabiskan kopinya lalu bangun. “I pergi dulu.”

Tan Sri Alexander dan Puan Sri Bethanie memerhati anak bongsu mereka itu. Adam dan Adrian sungguh berbeza. Bagai langit dengan bumi. Adam tidak begitu suka terikat dengan status keluarga mereka. Malah, sejak dari zaman persekolahannya, dia tidak mahu dihantar ke sekolah elit di London seperti abangnya. Dia mahu bersekolah di sekolah kebangsaan dan kemudian ke sekolah menengah kebangsaan. Selepas itu dia menyambung pengajian di tingkatan enam, sekolah yang sama. Entah apa sebabnya, mereka tidak tahu kerana keputusan SPMnya cemerlang dan melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara. Tamat STPM dengan keputusan 4.0, Adam meyambung pengajian di universiti tempatan dalam bidang pemasaran sebelum menyambung ijazah sarjana dalam bidang pemasaran digital di universiti yang sama. Tamat sarjana, dia menyambung pengajian ke peringkat PhD di University Rochester, New York dalam bidang pemasaran. Tidak segera pulang, anak mereka itu menjelajah dari satu negara ke satu negara sehingga kadangkala sungguh sukar untuk dihubungi. Pernah mereka terpaksa menghubungi kedutaan Mesir setelah Adam tidak dapat dihubungi lebih dua minggu. Rupa-rupanya dia menyertai misi kemanusiaan di Palestin dan telefonnya tertinggal di tempat penginapan. Jangan ditanya betapa marah mereka saat itu, namun Adam dengan santai berkata, ‘Kalau dia mati, dia akan pastikan berita kematiannya menjadi viral beberapa hari.’ Kalaulah Adam itu lahir dari buluh betung, sudah lama ditebang, rebungnya mereka ambil buat sayur. Sungguh mereka tidak habis fikir dengan jalan fikiran anak mereka yang satu itu.

“Belajar sampai PhD, balik Malaysia, masuk company I, jadi kuli.”

Tertawa PS Bethanie dengan omelan suaminya.

“Tak apalah. Kita bagi peluang dia cari pengalaman,” ujarnya sedikit memujuk.

ADAM memarkir Myvi hitam second hand yang dibelinya beberapa hari lepas di tempat letak kereta DayMond Jewels. Tidak memandu kereta mewah miliknya, tidak juga menggunakan khidmat pemandu,dia tidak mahu sesiapa tahu dia adalah anak Tan Sri Alexander. Dia tidak suka jika dia dihormati atau disanjung hanya kerana status sosialnya, atau tepatnya dia tidak suka manusia hipokrit yang berpura-pura menyanjung atau menghormatinya hanya kerana dia anak Tan Sri Alexander.

Memasuki lobi, dia melihat susuk yang cukup dikenalinya sedang menunggu lif. Susuk yang walau dari belakang, tetap kelihatan anggun dan menawan. Segera dilebarkan langkahnya ke arah itu.

“Morning, Miya. Or should I call you, Manager Miya,” sapanya.

Miya menoleh dan tersenyum nipis.
“Hmmm…Morning.”

Hening. Kebisuan Miya itu menjadikan Adam salah tingkah, sedangkan banyak yang ingin dia bicarakan dengan Miya. Dia tahu Miya sedang membataskan komunikasi antara mereka. Entah itu kerana Adrian, atau Miya masih menyimpan sedikit kebencian padanya.

Pintu lif terbuka, mereka sama-sama melangkah masuk ke lif bersama beberapa staf yang lain. Sampai di tingkat sepuluh, Miya melangkah keluar diikuti oleh Adam.

“Adam, tu tempat awak,” ujar Miya sambil menunjuk ke arah sebuah kubikel kosong di sebelah Nina.

“Thank you.” Adam menjawab senang. Dia sukakan susun atur ruang jabatan ini. Moden dan ringkas. Gabungan warna kuning dan kelabu menghasilkan susasana yang ceria tetapi elegan pada masa yang sama. Benar kata Miya. Kondusif.

Miya berlalu ke biliknya, Adam mengambil tempat di kubikel kosong tadi. Menunduk sedikit, dia tersenyum pada Nina yang juga tersenyum padanya.

“Saya Nina,” ujar Nina.

“Adam.” Adam turut memperkenalkan dirinya. Namun, ketika dia baru hendak melabuhkan punggung, dia terpandang susuk yang sangat dikenalinya baru keluar dari lif. Gadis yang dikenali sama seperti dia mengenali Miya.

“Balqis? Bee...?”

Balqis menoleh. Sesaat dia kaget, tetapi tidak lama kemudian, senyum sinis tersungging di bibirnya.

“Hai, Mr Adam. I haven’t see you since the last time I hoped to never see you again.” Balqis membalas celupar. Sedikit pun tidak menyembunyikan perasaan kurang senangnya terhadap Adam. Ya, dia juga seperti Miya. Marah apabila Adam tertangkap bersama teman serumah mereka, Shirley.

Nina yang baru saja berniat mahu memperkenalkan mereka berdua, membatalkan hasratnya. Dipandang Adam dan Balqis silih berganti. Tidak mahu ikut campur kerana melihat seperti ada dendam lama antara mereka, dia akhirnya memilih duduk.

“Oh ho..Bee..Did you know that a sharp tongue and dull mind are usually found in the same head,” balas Adam. Pedas.

“Well, I try to be a nice person but sometimes my mouth doesn’t cooperate.” Balqis tidak mengalah.

Adam memicingkan matanya. Balqis kawan baik Miya, tetapi kenapa Balqis tidak mencontohi sikap Miya yang lemah lembut? Sifat Balqis yang kasar, membuat tiada lelaki yang berani mendekati walaupun sebenarnya Balqis agak cantik juga. Tidak tahulah kalau sekarang Balqis sudah mempunyai teman lelaki atau berkahwin.

“Ok guys…Miya nak buat meeting pukul lapan setengah nanti dekat meja tengah sana tu,” ujar Hafiz yang tiba-tiba sahaja muncul tanpa salam, sekaligus menamatkan perang mulut antara Adam dan Balqis.

“Hai, you must be Adam. I’m Hafiz, satu-satunya lelaki kat sini sebelum you datang. I finally got a real friend.,” ujar Hafiz sambil menghulurkan tangannya ke arah Adam.

Tertawa Adam sambil menyambut huluran tangan Hafiz.

“So, they’re not real friend?” tanya Adam sambil menunjuk ke arah beberapa starf wanita yang kelihatan sedang menyiapkan fail masing-masing untuk mesyuarat.

“Nope! Dia orang semua ni plastik and full of discrimination. So, you better be careful,” ujar Hafiz tanpa mempedulikan jelingan-jelingan tajam di sekelilingnya.

Tepat jam lapan setengah pagi, semua staf sudah berkumpul di meja tengah untuk memulakan mesyuarat. Miya duduk di hujung meja. Di kirinya Hafiz, penolong pengurus, dan di kanannya Sherry, setiausahanya.

Diam-diam, Adam memerhatikan penampilan Miya. Dengan menyarungkan professional suit berwarna merah gelap yang membalut tubuhnya dengan sempurna, dia kelihatan begitu anggun. Anting-anting kecil yang menghiasi telinganya melengkapi penampilan Miya. Rambutnya yang panjang itu pula diikat rendah. Nampak elegan dan bergaya, sesuai dengan statusnya sebagai pengurus pemasaran..

“Ok guys. I promise this meeting won’t be long. As we’ve planned, for the next three months, we first stop profit-oriented marketing strategies, and but we will continue with the strategy in the form of charity work.” Miya memulakan mesyuarat dan Adam bersama staf yang lain mula menumpukan perhatian.

“Kita mula dengan aktiviti hujung minggu ni, iaitu jualan amal sempena ulang tahun DayMond. Seperti yang kita dah persetujui, department kita akan jual kek and desert. Lebih senang sebab kita boleh prepare sehari atau dua hari sebelum, so hari kejadian tu kita cuma fokus menjual. I ada berita baik that I would like to share with you.”

Mendengar kata-kata Miya itu, semua yang tekun mencatat, mengangkat muka masing-masing, memandang Miya dengan wajah ingin tahu.
“Dengan bantuan daripada Arianna Chan, kita akan ada satu booth selebriti and they will sell their used branded items such as handbags, shoes, clutches, wallets, ermm...scarves and so on, from various famous brands such as chanel, YSL, Gucci, Polene, Jimmy Choo, Dior…Banyaklah…So, I think that’s a good that is something good for our activity and is an attraction for people to come…”

“Wow…I’m excited…” Hafiz tepuk tangan dengan wajah teruja.

“Yeah…Me too,” ujar Miya.

“Ni buat aku tak sabar ni,” timpal Nina.

“Yup, sabar tak sabar, hari Sabtu nanti jangan tinggal booth sendiri, pergi serbu booth selebriti pulak.” Miya mengingatkan.

“Tahu…Tahu…Kita boleh gilir-gilir jaga booth,” sampuk Sherry.

Bermulalah perbincangan tentang giliran menjaga booth Sabtu nanti. Berbagai cadangan dan pendapat sehingga kecoh seketika meja mesyuarat itu kerana masing-masing tidak mahu mengalah sehingga Miya akhirnya terpaksa ikut campur.

“Okay, jualan amal tu nanti pukul lapan pagi sampai pukul sepuluh malam. Maknanya 14 jam. Kita ada lapan orang. I rasa satu sesi kena dua orang jaga booth, means that each pair kena jaga tiga jam setengah. Tapi tak bermakna orang lain tak perlu berada kat situ. Semua orang kena ada kat booth, cuma kalau bukan waktu bertugas dia, dibolehkan untuk merayau-rayau dan berpeleseran di booth lain.”

Cemberut muka masing-masing apabila Miya menyebut merayau dan berpeleseran.

Adam pula tersenyum memandang Miya. Ah, Miya sentiasa bijak mengawal situasi. Buktinya suasana yang tegang tadi kembali tenang dan kendur.

“Okay, aku nak 8 pagi sampai 11.30 tengah hari.” Cepat Balqis menawarkan diri.

“Aku partner dengan kau, Bee,” ujar Hafiz.

“Eh, mana boleh. Aku cop Bee dulu,” tingkah Nina.

“Bila kau cop?”

“Tadi.”

“Tak ada…Tak ada…aku cakap dulu. Bee, kau pilih. Aku atau Nina?”

Miya menggeleng tidak berdaya. Selesai satu masalah, masalah lain pula yang timbul.

“Okaylah, kita undi,” ujar Miya.

“Macam mana undi?” tanya Sherry.

“Sherry, you tulis nombor satu hingga empat dekat kertas, lepas tu gulung. Setiap nombor tu mesti ada dua. Jadi, siapa dapat nombor yang sama, dia akan jadi partner,” ujar Miya. “And, nombor satu akan jaga booth dari pukul 8 sampai 11.30, nombor dua 11.30 sampai 3, nombor tiga 3 sampai 6.30, nombor empat 6.30 sampai 10 malam. Kalau nak tukar, boleh tukar suka sama suka, asal jangan sampai bertetak.”

“Wow, brilliant,” ujar Adam.

Miya hanya tersenyum dengan pujian itu.

Proses undian berjalan. Masing-masing teruja mencabut satu kertas nombor; tidak sabar mahu tahu siapa pasangan mereka.

“Aku nombor tiga! Siapa nombor tiga?” Hafiz menjerit terlebih dahulu.

“Aku! Aku!” Sherry angkat tangan.

“Aku nombor dua. Siapa nombor dua?” Nina pula bersuara.

“Me!” Balqis angkat tangan.

Melihat semua teruja, Miya turut membuka kertas yang dicabutnya. Nombor satu!

“Siapa nombor satu?” ujarnya. Berharap dapat berpasangan dengan Carol atau Didi.

“Wow, it’s an honor to be paired with the manager.” Adam menunjukkan nombor pada kertas yang dicabutnya.

Miya ketap bibir. Sebolehnya dia mahu mengelak daripada terlalu rapat dengan Adam, tetapi mahu membantah, terasa tidak professional pula sedangkan cadangan itu datang daripadanya.

“Well, I dengan Adam akan jaga tiga jam setengah yang pertama,” ujar Miya.

Setelah semua berpuas hati dengan hasil undian itu, barulah Miya dapat meneruskan dengan agenda yang kedua.

“Okay next…Early next month, we will start our second charity work this year with selected hospitals. A total of 161 DayMond Jewels staff including the management members and 50 volunteers will spend a total of 666 hours doing charity work at 5 selected hospitals around the Klang Valley. We will sponsor the provision of a reading corner and waiting area for children in the main lobby of the hospital. We will also organize a free health screening program in addition to tidying up and cleaning the hospital surau as well as presenting donations and gifts to patients in the pediatric ward as well as nurses and doctors on duty.”

Adam memanggut-manggut. Dia sukakan kerja-kerja kebajikan seperti itu. Ada satu kepuasan saat melihat orang lain tersenyum dengan sedikit bantuan yang dihulurkan.

Mesyuarat berjalan lebih satu jam, dan selesai apabila Miya mengagihkan stafnya untuk mengetuai setiap aktiviti kebajikan di 5 hospital terpilih di sekitar Lembah Klang. Semua staff ibu pejabat DayMond Jewels akan terlibat, tetapi dua hingga tiga orang staff jabatan pemasaran akan mengetuai aktiviti itu.

Atas sokongan majoriti, mereka berpasangan mengikut undian tadi. Semua menyukai pasangan masing-masing kecuali Miya. Namun, dia tidak mahu terlalu menunjukkannya sehingga menimbulkan perasaan curiga dalam kalangan rakan-rakan sekerjanya. Toh, di pejabat dia sepatutnya bersikap professional tanpa perlu mencampur-adukkan dengan hal peribadi.

“Hujung minggu ni DayMond buat jualan amal and marketing department decide to sell cakes and desserts,” ujar Adam saat makan malam bersama mama dan papanya.

“Oh really? Cake and desserts tu siapa yang nak supply?” tanya PS Bethanie.

“Buat sendiri. Ada yang buat pudding, ada yang buat soft cookies, kek, ermmm Miya buat cup cakes.”

“Dia memang pandai buat kek.”

“Yup.” Adam mengangguk, mengiakan.

“Suruh dia datang buat kat sini. Dapur mama lagi besar, selesa, perkakas semua cukup. Lagipun kat sini ramai boleh tolong.” PS Bethanie memberi cadangan.

“Ermm…good idea.” Adam bersetuju.

“Nanti mama call Adrian.”

“Kenapa call Adrian? Call Miyalah,” tingkah TS Alexander.

“Macam mana nak cakap ya? Adrian pernah beritahu I, kalau nak keluar dengan Miya, nak ajak Miya ke mana-mana mesti beritahu dia.”

“Kenapa macam tu?”

PS Bethanie angkat bahu.

“Macam mengongkong,” desis Adam.

“Miya cantik, kot. Dia takut ada orang attracted to his wife,” balas PS Bethanie lalu terkekeh perlahan.

‘Adrian, Adam told me the Marketing Deparrment sells cakes and desserts untuk jualan amal nanti. Suruh Miya datang buat cup cakes kat rumah mama. This is an order!’

Mencampak perlahan telefonnya ke atas meja, Adrian mendengus perlahan. Dipicit pelipisnya, melegakan kepalanya yang berdenyut sakit.

Segalanya semakin kacau. Dengan mamanya yang menyenangis Miya, ditambah Adam pula bekas teman lelaki Miya, Lora pula semakin menyayangi Miya, Adrian tidak tahu bagaimana nanti jika dia menceraikan Miya. Mamanya tentu marah, Adam pula tentu akan mengambil kesempatan mendekati Miya, dan Lora tentu juga akan kecewa.

Entahlah. Semuanya semakin kusut dan tidak terurai.

Ketika dia masih memicit-micit kepalanya, telefonnya berbunyi. Nama Miya berkelip pada skrin. Segera dicapai telefonnya dan menjawab panggilan itu. Miya jarang sekali menelefonnya jika tidak ada perkara penting. Malah seingatnya, ini kali kedua Miya menelefon sejak mereka berkahwin. Kali pertama, ketika dia Shanghai. Itupun Miya menghubunginya semula kerana panggilannya sebelum itu tidak berjawab.

“Hallo.”

“Boleh saya jumpa awak kat office sekarang? Saya nak ambik fail proposal projek Carerity..”

“Ya, sure.”

“Okay, saya naik sekarang.”

Talian diputuskan tanpa pamit, membuat Adrian memandang skrin telefonnya dengan hati mendongkol.

Menyandarkan tubuhnya ke kerusi, Adrian cuba melelapkan mata sejenak. Selesema dan batuk yang dialaminya beberapa hari ini membuat kepalanya berdenyut sakit. Seperti ada gumpalan mukus yang semakin membesar dan mengambil ruang dalam kepalanya.

Beberapa minit kemudian, terdengar pintu biliknya dibuka. Tanpa mengangkat muka, dia membiarkan saja Miya melangkah masuk.

“Fail kat sana,” ujarnya tanpa membuka mata. Hanya diluruskan telunjuknya ke arah fail yang terletak di hujung meja

Hanya mendengar derap langkah, Adrian benar-benar malas membuka mata. Miya juga tidak berkata apa-apa.

Namun sesaat kemudian, Adrian merasakan urutan lembut pada bahunya. Tidak menolak, Adrian membiarkan sahaja tangan halus itu memicit bahu sebelum butang kemejanya dibuka satu persatu sehingga memberi akses kepada tangan itu bergerak ke lehernya. Leretan ibu jari dari belakang telinga sehingga ke pangkal leher membuat dia benar-benar selesa.

Ah Miya, walaupun marah namun masih mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik.

“Thanks Miya,” ujarnya.

Perlahan-lahan kesedarannya mulai hilang sebelum dia benar-benar lena. Namun, bunyi ketukan pada pintu biliknya membuat dia tersedar. Dan belum sempat dia benar-benar memperolehi kesedarannya semula, dia melihat Miya melangkah masuk.

Terpinga-pinga dia memandang Miya, sebelum dia menoleh dan melihat Eryna di belakangnya.

“Eryna, you buat apa kat sini?” tanyanya.

“Tadi you sakit kepala, itu yang I tolong picit,” jawab Eryna.

Adrian berdecit tidak suka. Fikirnya Miya, rupa-rupanya Eryna.
“You keluar dulu, boleh?” ujarnya sebelum kembali memandang Miya yang tercegat di depannya dengan wajah yang…entah. Riak wajah yang sangat sukar untuk menebak isi hatinya.

“Tak apa. Saya cuma nak ambik fail tu,” ujar Miya. Cuba seboleh mungkin untuk tidak memandang ke arah kemeja Adrian yang sudah terbuka tiga butang atasnya.

“Eryna, you keluar dulu.” Suara Adrian kedengaran lebih tegas.

“Oh okey,” ujar Eryna. Tersenyum kepada Miya, dia melangkah keluar.

“Saya nak ambik fail tu,” ujar Miya, setelah Eryna keluar dari bilik Adrian.

Menegakkan tubuhnya, Adrian mencapai fail di hujung meja lalu dihulurkan kepada Miya.

“Have you checked on it?” tanya Miya.

“Yup. Saya dah sign,” balas Adrian sambl menelisik wajah Miya yang kelihatan membelek-belek kertas kerja di tangannya.

Setelah insiden di villa datuknya tempoh hari, Miya tetap melayannya seperti biasa. Agak dingin, namun Miya tidak mengabaikannya dan Lora. Beberapa kali dia cuba meminta maaf, namun lidahnya bagai kelu. Tenggorokannya bagai disekat dengan blok konkrit sehingga satu perkataan maaf pun tidak mampu dia luahkan.

“Okay, thanks. Saya keluar dulu.” Memutar tubuhnya, Miya mula mengatur langkah ke pintu.

“Miya!” Cepat-cepat Adrian memanggil sebelum Miya keluar dari biliknya.

Miya toleh. Tidak bertanya, dia hanya menunggu apa yang mahu disampaikan Adrian.

“Tadi tu…Eryna…” Adrian tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan. “…I thought it was…Saya tak tahu yang…”

“You don’t have to explain anything,” ujar Miya, memotong bicara Adrian.

Terkedu Adrian dengan halkum turun naik. Sesaat, tatapan mereka berserobok, sebelum Miya yang terlebih dahulu mengalihkan tatapannya.

“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu.” Tanpa menunggu jawapan Adrian, Miya memusingkan tubuhnya menuju ke pintu.

“Miya wait!”

Lagi-lagi langkah Miya terhenti. Menghela nafas, dengan satu tangan sudah memegang kenop pintu, dia menoleh.

“Sabtu ni mama suruh awak datang buat cup cake kat rumah dia. It’s an order.” Mujurlah perkara itu cepat terlintas di kepalanya sehingga dia punya alasan untuk menahan Miya daripada keluar.

“Okey.” Menarik kenop pintu, Miya melangkah keluar meninggalkan Adrian yang memandang pintu dengan mata terkebil-kebil.

PAGI Sabtu itu, Adrian menghantar Miya dan Lora ke rumah ibunya, sementara dia perlu menghadiri satu persidangan di PICC.

“Wow…Look who’s here.” Adam menyambut kedatangan Lora dengan senyum lebar. Depang tangan, anak saudaranya itu segera menerpa ke dalam pelukannya.

Namun entah mengapa Adrian kurang senang dengan reaksi Adam itu. Terasa seolah-olah kegembiraan yang ditunjukkan Adam itu bukan kerana menyambut Lora, tetapi Miya.

“Mama, I tinggalkan isteri dan anak I kat sini.” Sengaja dia menekan perkataan isteri supaya Adam mendengarnya. “Take good care of them.”

“I know la. I can take care of them better than you.”

Tajam jawapan mamanya, membuat Adrian terdiam.

“Okay, saya pergi dulu.” Merangkul pinggang Miya, satu ciuman dia hadiahkan ke pipi isterinya itu. Sengaja mahu mengingatkan Adam yang Miya adalah miliknya.

Miya hanya tersenyum seadanya; mengikut rentak Adrian. Lagipun dia tidak mahu menjatuhkan air muka Adrian di depan mama dan adiknya.

“Lora, daddy pergi dulu. Have fun okay?” ujarnya, pamit kepada Lora pula.

“Okay daddy.”

TIDAK bertangguh, Miya segera ke dapur ditemani PS Bethanie. Rancangan asal, dia hanya mahu menyediakan 200 biji kek cawan sahaja kerana peralatan membakarnya terhad. Namun, alang-alang PS Bethanie sudah mempelawanya ke sini, seribu kek cawan dengan pelbagai perisa tentu tidak sukar.

Menjelang petang, dia akhirnya berjaya menyiapkan seribu kek cawan dengan dibantu oleh tukang masak PS Bethanie. Hanya tinggal dua dulang terakhir di dalam ketuhar, Miya menyediakan krim pula.

Ketika itu dia sudah bersendirian di dapur kering itu kerana tukang masak PS Bethanie perlu menyediakan makan malam.

“Dah siap?” Kemunculan Adam yang tiba-tiba itu membuat Miya terkejut. Tersentak tangannya membuat krim yang dituang ke dalam bekas di atas penimbang, tertumpah ke meja.

Berdecit kesal, diletakkan kotak krim itu ke tepi sebelum dia mengambil kain pengelap dan mengelap tumpahan krim di atas meja.

“Sorry,” ujar Adam.

“Dah membazir half mililiter,” rungut Miya.

Adam tertawa. “I akan bayar kerugian setengah mililiter tu,” ujarnya sebelum meletakkan sebuah kotak dengan logo bakery yang agak terkenal.

Dibuka kotak itu sebelum disodorkan kepada Miya.

“Cinnamon roll without cinnamon…your favourite,” ujarnya.

Kata-kata Adam itu membuat Miya tertawa. Ya, dulu Adam pernah membawanya ke kedai roti itu. Cinnamon pada roti itu kelihatan seperti coklat membuat Miya tertarik membelinya. Namun, apabila dimakan, rasa kayu manis itu terlalu kuat, membuat Miya tidak dapat menelannya. Saat melihat wajah kecewanya dengan rasa kayu manis itu, Adam memberitahu kepada pemilik bakery supaya menyediakan cinnamon roll tanpa cinnamon untuknya.

“Macam mana nak sediakan cinnamon roll tanpa cinnamon,” soal pemilik bakery itu dengan tawa sinis.

“You masih kurang ilmu dalam bakery tapi bercita-cita besar buka kedai. You can replace it with other spices like nutmeg, for example…”

Ya, apabila mereka mengunjungi bakery itu beberapa minggu berikutnya, terdapat satu menu cinnamon roll without cinnamon terpamer di dalam rak pameran. Kata pemilik bakery, dia mempertimbangkan cadangan Adam menggantikan serbuk kayu manis dengan serbuk buah pala. Rupa-rupanya ramai yang tidak menggemari rasa kayu manis, boleh menerima rasa cinnamon roll yang digantikan dengan serbuk buah pala itu kerana rasa rempahnya tidak begitu kuat.

“Tercengang boss kedai tu bila you mintak buatkan cinnamon roll tanpa cinnamon,” ujar Miya.

“Tapi sekarang roti tu dah jadi signature kedai dia. Bila orang nampak, cinnamon roll without cinnamon, orang tertanya-tanya…Eh macam mana tu? It’s an attraction you know,” jawab Adam.

“Yeah. Good marketing strategy.” Mengambil sebiji roti itu, Miya menggigitnya penuh nikmat.

"They should pay you royalty," ujar Miya.

Tertawa Adam mendengarnya. "Betul jugak kan?"

Tiada jawapn daripada Miya kerana dia sibuk menikmati rasa roti itu.

“Rasanya masih sama," ujarnya.

“Right?”

“Macam mana you boleh terfikir nak suruh bakery tu gantikan kayu manis dengan buah pala?”

“Entah. Tiba-tiba terfikir. Tak sangka dia jadikan kenyataan.” Adam tertawa. Senang melihat Miya tidak menolak pemberiannya.

“You know what, owner bakery tu masih cam muka I,” ujar Adam.

Miya hanya tersenyum nipis. Tidak mahu terlalu dilihat ramah.

“He asked me, where’s your girlfriend who doesn’t like cinnamon? Did you marry her? I said…”

“Ehem…”
Suara deheman yang kuat itu membuat Miya dan Adam serentak menoleh.

Dengan wajah berkerut tanpa segarit senyum, Adrian berdiri di muka pintu dapur menatap datar dua orang di depannya.
. .
. .
.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-09-12 12:24:54 

terbakar letew

Roshasniah Mustafa
2022-09-11 06:15:31 

cemburulah tu..Adan uke..buat miya sedih

Suhaiza Art
2022-09-10 23:12:23 

padan muka Adrian.hahaha...


NovelPlus Premium

The best ads free experience