[3: FiRsT DaTe]

Other Completed 35770

“HAPPY birthday, Maya,” ucap Ieka padaku.

“Thanks,” hanya itu yang mampu kujawab.

Ieka, salah seorang pelajar pertama yang kukenali ketika masuk ke sini. Nuzul Syafieqa, seorang yang peramah dan pandai menjaga hati seorang kawan. Teringat ketika hari pertama persekolahan di sini.

“Assalamualaikum. Nama saya Ieka,” tegurnya, ramah.

“Saya Maya.”jawabku, ringkas.

“Ni Shima, Nahzatul Shima. Yang duduk tu,Eliz. Nama dia Shalyza Lyana. Awak duduklah sebelah dia,” pelawanya.

Pelajar yang bernama Eliz itu tersenyum dan mengangguk.

“Korang nie dah lama kenal ke?” tanyaku.

“Takdela, baru kenal tadi. Masa beratur,”jawab Shima.

Sejak itu kami juga menjadi kawan baik. Mereka bertiga adalah kawan-kawan yang baik dan sangat memahami. Dan aku merasa beruntung mendapat kawan seperti mereka.

“Maya!” panggilan Alan mencantas lamunanku.

Segera aku berpaling ke arahnya. Kulihat dia terseyum, menampakkan barisan giginya yang putih menawan.

“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Maya, happy birthday to you,” tergelak aku mendengarkan Alan menyanyikan lagu ‘Happy birthday’ buatku.

“Thanks,” jawabku tersenyum.

Hari itu, aku menerima ucapan hari lahir daripada kawan-kawan sekelasku. Sejurus aku teringatkan senior-senior lelaki yang satu unit beruniform denganku. Kami telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan kawad kaki hari sukan tempoh hari.

Namun, disebabkan beberapa hal ramai di antara mereka telah digantung asrama dan dibuang sekolah. Namun begitu, setiap kali mereka datang ke sekolah mereka tidak lupa untuk berjumpa denganku.

“Maya, Mirul kirim salam. Dia kata Happy birthday,” kata Pa’e sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bilik.

“Mirul? Dia tau birthday aku?” tanyaku, agak terkejut.

“Yela, kalau tak takkanla dia wish,” jawapan Pa’e membuatkan aku tersenyum sendiri, menyedari kesilapanku.

Mirul atau nama sebenarnya Amirul Hakeem adalah pelajar jurusan kejuruteraan elektrik dan sekelas dengan Pa’e. Aku mengenalinya semasa perjumpaan rumah sukan, malah kami berada dalam unit beruniform yang sama.

Gayanya yang bersahaja dan agak comel menarik pandanganku. Malahan, kami menggelarkannya ‘budak comel’.

“Erm, Maya. Amir kirim salam happy birthday gak. Dia kata kalau nak hadiah pergila jumpa dia,” kata Pa’e.

“Amir?” tanyaku, agak terperanjat.

Amir atau Amir Izwan juga merupakan seorang pelajar sekelas dengan Pa’e. Selama ini kami tidak pernah bertegur walaupun kami sering terserempak. Tambahan lagi apabila aku belajar di kelas Shasha kerana dia rajin turun ke kelas Shasha berjumpa kawan-kawannya. Didorong dengan perasaan ingin tahu, aku melayangkan sekeping nota buatnya.

‘Thanks for your wish. Kata nak bagi hadiah.’

Petang esoknya, aku dikejutkan dengan kehadirannya sewaktu kelas petang di kelas Shasha. Aku terus memandang ke arah Shasha namun dia sengaja tidak mahu mengendahkanku. Terpaksalah aku menghadapi Amir seorang diri.

“Assalamualaikum,” tegurnya, lantas menarik kerusi dan duduk di hadapanku.

“Waalaikumussalam,” jawabku yang masih terpinga-pinga.

“Erm, dah dapat kan wish saya?” tanya Amir.

“Dah, terima kasih. Erm…”belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, dia memotong.

“Kenapa tak datang jumpa saya? Bagi note je,”tenang dia menuturkan kata-kata tersebut.

“Erm, saya…”buat pertama kalinya aku kehilangan kata-kata untuk berbicara.

Amir hanya mempamerkan riak selamba sambil membelek-belek buku yang ada di atas mejaku. Aku yang masih termati bicara hanya mengharapkan agar dia segera bangun dan berlalu pergi.

Namun, nasibku kurang baik apabila dia masih di situ. Lama dia membiarkan suasana begitu. Tiba-tiba dia menarik sehelai kertas dari dalam failku dan mencoret sesuatu di atasnya.

“Jumpa Maya kat KLCC Sabtu nie. Pukul 2 petang. Amir tunggu sampai Maya datang,” ujarnya sambil menghulurkan kertas yang diambilnya tadi.

Aku yang tidak sempat berkata apa-apa hanya mampu memandang sehingga dia hilang dari pandanganku. Lama aku termenung sehingga aku dikejutkan dengan jeritan halus Shasha. Kulihat dia memegang kertas yang dihulurkan Amir tadi. Lantas aku menarik kertas tersebut dari pegangannya.

‘Tak sangka awak nampak sangat sweet bila tengok dekat-dekat.’

Aku menceritakan apa yang berlaku tadi kepada Shasha. Shasha mencadangkan agar aku pergi berjumpa dengan Amir hari Sabtu ini. Namun aku masih tidak memutuskan samada mahu bersetuju dengan cadangan Shasha atau tidak.

“Maya, apa yang kau takut sangat nak jumpa Amir tu? Bukannya dia makan orang,”kata Shasha sewaktu kami pulang dari kelas tengah hari itu.

Hari ini hari Khamis. Bermakna aku hanya ada satu hari lagi untuk memutuskan samada mahu berjumpa dengan Amir atau tidak.

“Aku takutlah. Nanti orang cakap ape pulak,”luahku.

“Ala, apa yang kau nak takutkan. Kan dia yang ajak kau keluar. Lagipun, dia tu bukannya jenis yang suka kacau perempuan. Perempuan kacau dia, adalah. Dia suka kat kau kot,” kata Shasha.

“Banyakla kau punya suka. Ok, aku boleh pergi. Tapi kau kenala temankan aku. Aku dahla tak pernah cakap ngan dia,”akhirnya aku memutuskan untuk pergi berjumpa dengannya.

Shasha hanya tersenyum sambil mengangguk.

Petang Sabtu itu, aku ditemani Shasha ke KLCC. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 2 petang. Terdapat ramai pelajar sekolahku yang berada di sini. Mirul tidak terkecuali. Sementara menunggu Amir, kami berbual-bual dengan beberapa orang yang kami kenali. Aku mengambil kesempatan ini untuk berbual dengan Mirul. Sememangnya telah lama aku nantikan peluang untuk berbual dengannya.

Jam hampir menunjukkan pukul tiga setengah petang. Bayang Amir masih tidak kelihatan. Aku mulai bosan untuk menunggu lagi lalu aku mengajak Shasha pulang. Pada mulanya, Shasha enggan namun setelah aku mendesak akhirnya dia bersetuju.

Setibanya di pintu utama, barulah kelihatan Amir bersama seorang kawannya. Sewaktu melintasinya, aku benar-benar berhasrat untuk terus pulang. Namun, langkahku terhenti apabila Amir memegang tanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience