Rate

BAB 3

Family Series 1639

"Azatie!!" panggil abangnya Azrie yang berada didalam kamar tidurnya itu.Azatie yang berada di beranda biliknya terus menyahut dan datang ke bilik abangnya itu, didalam hatinya berkata "Ada emergency ke tu..panggil sampai keluar anak tekak" kemudian Azatie pun memasuki bilik abangnya itu, lalu bertanya.."Ada apa bang?? emergency ke??"

Lalu Azrie berkata bahawa dia hendak Azatie menjadi Michael Jackson seketika dengan nada mahu ketawa, maklumlah rambut Azatie curl seperti rambut Michael Jackson.Bukan sahaja Abang Azrie yang berkata sedemikian malah, semua orang kata begitu.Mahu tidaknya,Azatie mempunyai kulit yang cerah, tidak hairanlah jika dipanggil "Michael Jackson"

Pada tanggal, 14 April 2012, Adian dan Azrie menyambut hari kelahiran mereka bersama.Walaupun, hari lahir Azrie pada 22 April, mereka tetap akan sambut bersama pada tarikh lahir Adian.Adian yang kini berumur 20 dan Azrie berumur 23 tahun.Mereka tidaklah jauh sangat umur dan mereka juga sangat atau terlalu rapat kot.

Papa dan Mama mereka memberikan Adian sebuah gitar yang sangat cantik, siap ada nama dan tarikh.Manakala Azrie juga ada bertanya pada Mama dan Papa "Azrie punya ada tak?" Mama pun berkata "Alah..Azriekan dah kerja..mana boleh ada hadiah dah.." Papa cuma menganggukkan kepala sahaja.

Di sudut hati Azrie, dia sungguh berkecil hati kerana mengapa Adian seorang sahaja yang selalu dapat hadiah. Mahunya pun, Adian memang selalu diutamakan apa sahaja yang dia pinta mesti dapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience