Rate

CHAPTER 1

True Story Series 683

Selepas hari lahir ayah kesayangan kami..aku kini telah menemukan seorang jejaka yang begitu istimewa bagiku.Bagi dia biasa-biasa saja,namun bagi aku dia adalah sangat istimewa.Dahlah hesmes(hensem),baik pula tu..aku yang disini memang tak menyangka akan jumpa dengan dia.Tapi aku tak tau lah ini adalah jodoh dari Allah ataupun ujian dari Allah SWT.Tapi aku harapkan agar lelaki tu menjadi jodoh dunia akhirat aku.

Aku tak sangka pula lelaki yang aku kagum tu ada kembar..aku juga ada kembar ..memang pada mulanya aku tak percaya dia ada kembar tapi bila tengok betul-betul ..Yerrr memang dia ada kembar ..kembar seiras ...Sama doh muka dorang...dua-dua pun hesmes .....

Cerita dia mula macamni...malam tu aku ..macam biasa layan tiktok lah...tengok tiktok kat henpon aku..masa tu malam kot kalau tak silap aku tengok tiktok pastu ada satu trend ni..dia trend glow up..banyak lah orang ikut trend tu lagi-lagi yang bergelar artis media sosial..aku orang biasa ..nak juga cuba trend tu ..tak lah nak post video kat tiktok..sendiri-sendiri jer ...suka-suka orang kata.
Jadi aku tekan lah musik yang kat bawah tu adakan satu macam dvd kat situ yang tengah pusing-pusing aku tekan lah sebab gaya aku ni kalau nak ikut atau nak ambil lagu trend aku akan cari video yang sama lagu jugak tapi lain gambar/video..kalau lagu tu seronok tapi gambar/video tak bagus ...aku tak layan dah

Kesimpulanya...jangan like atau share video yang tak menutup aurat,dll.

Sedang aku cari-cari mana video yang aku akan simpan kat phone untuk ambil lagu tu..tiba-tiba aku tergerak hati pula bila ada satu video ni aku tengok dia ada 4 orang lelaki ..disusun dalam jadual(grid) ..semuanya hesmes belaka..aku pada mulanya tak sangka kenapa aku boleh simpan video ni sedangkan punyalah banyak lagi video yang ada di bawah tu..banyak juga lelaki yang ikut trend tu tapi aku tak sangka pula video tu jugak yang aku sangkut.
Aku simpan lah video tu niat aku nak ambil lagu tu jer lepastu padam.

Malam tu aku sebelum tidur akan main phone dulu...lebih kurang 15 minit macamtu aku tak on data ..aku padam dan aku tengok video yang aku download dari tiktok ...tak kira lah video trend ke,dakwah ke,drama ke,apalahh...
Aku tengok lah ..pastu aku teringat satu trend tu yang popular kat tiktok ..aku pun cari lah video tu..
Aku tengok video tu ..ulang-ulang..tak lama lepastu aku main dengan gaya aku..
...gaya aku bila sorang-sorang kat bilik aku akan mengkhayalkan satu situasi yang sukar dicapai tau -tau lah pompuan..tapi aku khayalkan situasi positif bukan negatif kesian lah kat dorang kalau aku khayalkan benda negatif kat dorang aduii ..gaya aku bukan macamtu.
Dah mulalah gaya aku...
"ehh ehhhh...hesmes juga dorang ni..boleh jer jadi keluarga aku..sebab keluarga aku belum ada lagi yang berkacukan melayu ni"..
Aku mula pada satu orang lelaki ni yang di atas sebelah kiri..
"Okey ini adik kembar aku punya ..konon -konon lah dorang ni dah berkenan lepas tu kawin..."
Okey lepastu lelaki yang ada di bawah grid lelaki tu pun sebelah kiri gak.
"Okey ini kakak sepupu aku punya..dorang dah ada anak satu"
Lepas tu lelaki sebelah kanan yang kat bawah
"Okey ini adik aku punya..dorang dah nak kawin bulan depan"
Lepas tu yang lelaki akhir tu kat sebelah kanan atas itu konon aku punya.
"Ya...lelaki ni tunang aku ...milik aku hahhaha"

Mulanya aku main-main jer semua tu ...tapi tak sangka pula dalam beberapa hari tu ..aku teringat-ingat muka lelaki yang aku pilih tu.
Aku ambil henpon aku balik lepastu aku tengok video tu ..aku tengok lelaki tu..

Jujurlah aku kata memang lelaki tu hensem.Aku serious ni..Dia hensem ....tapi yang peliknya..aku hairan kenapa lelaki yang ada di grid atas sebelah kiri dan kanan ni sama muka....dah lah tak ada username tiktok sebab ini dalam bentuk grid bosss
..sedih gak tak dapat tau nama tiktok.

Aku pun termenung napa sama muka ehh??Pastu aku tengok kat komen...banyak juga orang cakap yang kenapa muka dorang sama..kata owner video tu dorang semua tu cousins..ohh cousins takde hal kalau sama muka..dah namanya cousins ..datang dari keluarga yang sama ...memang tak ada masalah lah...aku pun okeyyy jerr..

Tapi lama-kelamaan aku makin hari..makin ada jer perasaan rindu kat dia..What the?Aku ni dah kenapa tetiba rindu kat dia..dah lah orang biasa jer ada hati nak miliki tiktokers..Aduhhhh..aku lupakan jer semua tu.Sebab aku tau ..aku takkan dapat miliki dia.
Tidak lama selepas tu..aku bawa lah adik aku ikut trend tu untuk suka-suka jer..pastu aku tunjukka video yang aku simpan kat henpon aku.Adik aku okey jer cuma kami tak pandai nak edit.
Adikku yang nombor 3 jer harapan sebab dia ni artis media sosial kalau pasal edit video ke apa semua..mesti dia akan maju.

Malam tu..Aku dan adikku tengok video tu sama-sama konon lah nak tengok preset tu mcamana.Pasti aku cakap lah pasal lelaki yang aku sangkut tu..awak tak rasa lelaki ni hensem ke?Kata aku.Adik aku tengok lelaki tu..Hensem lah ..napa awak jatuh ke?Aku tipu dia masa tu.
"Tak lahh..cuma aku nampak hensem jer ..siapalah jodoh dia tu kan..mesti cantik"
Dalam hati aku kata"yelah...aku punya lah..suamiku masa depan aku tu..ya ...jodoh dia aku lah"
"Eitsss..menipu jer dia ni ..padahal dah jatuh cinta"
Perli adikku.
"Mana ada..salah ke kalau aku cakap ciptaan Allah tu hensem?"
"Elehh...ni mesti kes jatuh cinta ni..kau jarang-jarang ni cerita pasal lelaki yang kau minat"Balas adikku.
"Biasalah aku ni...tengok hati lah"

Aku masuk bilik lepastu ..sengaja potong cerita..konon alasan aku nak buang air besar masa tu..Padahal tak ..sebenarnya aku nak lari dari cerita tu..aku takut aku terbocor rahsia aku sendiri.Aku lari masuk bilik aku ...pastu lompat kat katil sambil cakap "Ya Allahhh..Astagfirullahhaladzim.....dah kenapa dengan aku ni..kata tak sangkut..kenapa gaya kau macamni...aduiiiii..."
Lantas aku terfikir...Adakah aku sudah terjatuh cinta kat dia ...adakah aku sangkut kat dia?

Aku mula termenung..

KEEP WAITINGG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience