Rate

Bab 21 Membeli Baju Untuk Nikah

Drama Completed 203288

Hari ini Haziq akan datang ke kampung Wan. Kerana hari ini Haziq akan membawa Izara mencari baju untuk majlis pernikahan mereka yang akan berlangsung lagi sebulan. Izara sudah mengambil khursus kahwin. Haziq pula sudah lama mengambil khursus kahwin semasa ia bertunang dengan bekas tunangnya dahulu.

Izara memang agak teruja bila Haziq memberitahu akan pulang ke kampung pada hari ini. Borang-borang nikah sudah pun siap tinggal mengisi nama saksi untuk sebelah pengatin perempuan sahaja.Urusan saksi semuanya Kamal ayah Izara yang akan uruskan.

Hari ini Izara tidak akan ke bengkel kerana telah berjanji dengan Pak Cik Haziq kesayangannya. Pak Cik sudah memberitahu pada Izara jika ia akan datang mengambil Izara dalam pukul 11.00 pagi.

Dalam pukul 9.00 pagi Izara sudah pun bersiap untuk memilih baju yang akan ia pakai pada hari ini. Kerana ini kali pertama Izara akan keluar bersama Pak Cik Haziq pujaan hatinya.

"Nak pakai seluar jin dengan baju t-shirt atau nak pakai baju kurung je ni" Bebel mulut Izara sambil matanya memadang pada bajunya yang bergantung didalam almari.

"Adui,tak tau la nak pilih pakai baju apa ni...Haa,jalan terbaik aku tanya pendapat ibu je la." Kata Izara sambil mula melangkah kakinya keluar dari biliknya. Dan mula mencari ibu tirinya.

Izara melihat ibu tirinya berada di dapur sedang membuat tempahan kuih untuk pelangannya. Izara melangkah kakinya menghampiri ibu tirinya itu.

"Ibu,ibu rasa baju apa yang sesuai Izara pakai nak keluar dengan Pak Cik Haziq nanti?"Tanya Izara pada ibu tirinya itu.

" Terpulang Izara lah nak pakai baju apa. Yang penting Izara rasa selesa."Jawab ibu tiri Izara.

"Izara tak tahu nak pakai baju apa. Rasa nak pakai baju kurung biar nampak ayu sikit. Tapi Zara rasa kalau pakai seluar jin dengan baju t-shirt lagi selesa...Mmm ibu rasa mana lagi sesuai?" Kata Izara.

"Ibu rasa kamu sesuai pakai baju kurung je. Sebab barulah nampak lembut sikit. Kalau pakai seluar dengan baju t-shirt nampak macam jantan pula bila kamu berjalan." Kata Ibu tiri Izara sambil memerhatikan wajah Izara.

"Iya lah,Zara pakai baju kurung je la." Kata Izara sambil kakinya mula ingin melangkah kembali ke biliknya.

"Zara tunggu dulu...Zara nak keluar dengan Haziq pukul berapa?" tanya ibu tiri Izara tiba-tiba.

"Pak Cik Haziq kata dia akan datang ambil Zara dalam pukul 11.00 pagi. Kanapa ibu?" Jawab Izara dan kemudian ia bertanya kembali pada ibu tirinya itu.

"Abah suruh Zara bawa adik bongsu kamu tu sekali. Kerana tak elok la kalau kamu keluar berdua je dengan Haziq tu. Kamu berdua tu belum sah jadi suami isteri lagi." Kata ibu tiri Izara.

"Yalah,Mail pergi cepat mandi siap-siap nanti ikut kakak" Kata Izara sambil memadang pada adik bongsunya bernama Ismail,yang berada di dapur bersama ibu tirinya itu.

"Yey,dapat ikut kak Zara" Kata Ismail sambil tersenyum gembira.

Tapi hati Izara berasa sedih kerana ia sudah berangan-berangan akan keluar berdua sahaja dengan Pak Cik pujaan hatinya itu. Angan-angan Izara musnah bila mengetahui dia kena bawa adik bongsunya.

"Kacau daun sungguh la Mail ni. Orang baru je berangan nak mesra-mesra dengan Pak Cik pujaan hati macam pasangan bercinta lain. Tapi nampaknya tak kesampaian la. Tapi tak pa,sebulan lagi aku akan sah jadi isteri Pak Cik,lepas tu boleh la aku keluar berdua je dengan Pak Cik." Bisik hati Izara.

Seperti yang di janjikan dalam pukul 11.00 pagi kereta Honda Jazz kepunyaan Pak Cik Haziq sampai di halaman rumah Izara. Ismail yang melihat Pak Cik Haziq sudah sampai tidak sabar ingin masuk ke dalam kereta. Tapi Izara nampak bingung kerana Izara ingatkan Pak Cik Haziq akan bawa motor macam selalu bila datang.Pada mulanya Izara ingatkan mereka akan naik motor masing-masing. Kerana Izara paling tidak suka berada di dalam kereta. Sebab setiap kali naik kereta Izara pasti akan alami mabuk kenderaan.

"Rasanya tak pa la kut naik kereta hari ni. Lagi pun bukan jauh mana pun,setakat nak cari baju untuk nikah je" Bisik hati Izara pada dirinya sendiri.

Haziq keluar dari kereta untuk berjumpa dengan orang tua Izara terlebih dahulu untuk meminta izin. Tapi Kamal ayah Izara tidak ada kerana kerja shif pagi hari ni. Jadi Haziq hanya meminta izin pada ibu tiri Izara sahaja. Haziq di beritahu supaya membawa Ismail adik bongsu Izara. Haziq setuju dengan permintaan ibu tiri Izara tersebut.

Selesai berbasa basi dengan ibu tiri Izara. Haziq mengajak Izara dan Ismail masuk ke dalam keretanya. Paling tak sabar Ismail la yang agak teruja dapat naik kereta yang belum pernah ia naiki. Kerana Kamal ayah Izara hanya ada kereta Nissan Sani lama yang sudah agak pudar warnanya. Pak Ngah mereka pula hanya ada kereta Proton Wira sahaja.

Hati Izara semakin sakit melihat Ismail dengan selambanya duit di bangku sebelah pemandu. Izara menjeling pada adiknya itu supaya duduk dibangku penumpang di bahagian belakang. Tapi Ismail buat tak endah sahaja.

"Sakit hati sungguh aku dengan si pengancau ni"Bisik hati Izara dengan perasaan geram melihat adik bongsunya itu.

"Izara kenapa tak masuk dalam kereta lagi?" Tanya Haziq sambil memadang Izara yang tercegat berdiri di tepi kereta.

"Sebab Pak Cik tak bukakan pintu untuk kak Zara tu yang kak Zara tak mahu masuk dalam kereta." Kata Ismail mengusik kakaknya. Sedangkan Ismail tahu kakaknya itu tidak tahan berada di dalam kenderaan yang tertutup. Mesti akan pening dan muntah. Izara pernah pergi rombongan sekolah dengan menaikki bas. Akibatnya badan Izara lemah dan lembik kerana mabuk kenderaan. Balik dari rombongan sekolah 2 hari Izara tidak datang ke sekolah.

"Mail mulut kau tu jaga sikit ya... Ni Izara nak masuk la ni" kata Izara sambil tangannya mula membuka pintu kereta kepunyaan Haziq.

"Macam mana la nanti lepas nikah kena pergi Selangor ni. Dah la lama perjalanan ke Selangor dari kampung hampir 3 jam lebih. Mahu pitam aku dibuatnya dalam kereta Pak Cik nanti" Bisik hati Izara semasa sudah masuk ke dalam kereta.

"Pak Cik kita pergi butik pakaian yang dekat-dekat je la. Tak payah la pergi jauh-jauh." Kata Izara bila melihat Haziq yang mula memandu kereta.

"Kita beli dekat dalam Shopping Mall je la." Kata Haziq pada Izara.

"Ala jauh juga la" Kata Izara.

"Eh,mana ada jauh cuma dalam 20 minit je dah sampai la." Kata Haziq pada Izara.

"Pak Cik nak tahu tak?Sebenarnya kak Zara dia tak tahan naik kenderaan yang ada bumbung. Sebab tu Kak Zara ni suka naik motor je pergi ke mana-mana." Kata Ismail sambil tersengih pada kakaknya yang berada di tempat duduk belakang.

"Oo, Izara mabuk kenderaan ya. Macam mana la nanti, lepas nikah Izara kena ikut Pak Cik pergi Selangor... Sekarang ni Izara rasa okay tak ni?"Tanya Haziq pada Izara.

" Rasa okay je ,cuma rasa pening sikit"Jawab Izara dengan malu-malu.

Sampai di Shopping Mall Izara meminta Haziq terus pergi ke butik kerana kepalanya sudah mula rasa pening. Masuk ke dalam Shopping Mall Haziq menyuruh Izara duduk dahulu di bangku yang ada didalam Shopping Mall. Haziq pergi membeli air dan berapa biji buah limau. Supaya boleh melegakan sedikit pening kepala yang dialami oleh Izara.

Selepas itu mereka bertiga masuk ke dalam butik pakaian yang ada di Shopping Mall tersebut. Sebenarnya Izara tidaklah pantai memilih pakaian untuk hari pernikahannya. Ia meminta pendapat Haziq tentang baju mana yang sesuai. Mereka memilih membeli pakaian yang sudah siap di jahit. Haziq juga membeli baju melayu yang sedodon dengan Izara untuk hari pernikahan mereka nanti.

Bersambung...

Boleh follow Instargram saya Rafizahn dan Fac Rafizah Noor.

Share this novel

esther marcus
2020-09-22 11:52:41 

kesian izara..mabuk kta ekkk...


NovelPlus Premium

The best ads free experience