Rate

Chapter 1

Fantasy Series 650

Caroline atau lebih dikenali dengan panggilan "Line" yang merupakan seorang gadis berumur 22 tahun merupakan seorang ahli sihir, namun identitinya kekal menjadi rahsia keluarganya di mana ayahnya merupakan seorang ketua kampung bagi puak Air. Line merupakan anak tunggal dan sering bersendirian di kediaman rumahnya bersama orang gajinya yang dikenali sebagai "Jessy" seumur dengan nya. Suatu hari, titah ibu maharaja untuk menghantar seorang calon gundik dari keturunan setiap ketua puak memaksa Caroline untuk berpisah dari keluarganya. Setiap wakil puak adalah terdiri dari air, tanah, angin dan api ala-ala Avatar gitewww...Kekuatan puak terdiri daripada Api,Air, Tanah dan Angin.

Segala penceritaan dalam ini adalah dongeng semata-mata, di setiap perkampungan yang didiami oleh puak-puak tertentu meliputi kawasan yang amat luas dan besar. Di zaman moden kita kini, perkampungan Puak ini ibarat sebuah negeri. Dari segi pembelian untuk kehidupan seharian pula tidak memerlukan ?? wang, malahan mereka akan melakukan pertukaran melalui bebola tenaga (kuasa). Untuk mendapatkan tenaga tersebut sudah semestinya mereka harus bekerja dan cara lainnya pula dengan bertapa 3 hari=0.2% sukar bukan, dan tenaga mereka tidak boleh kurang dari 0.2% dan sekiranya kurang mereka akan lenyap menjadi abu. Dari segi umur pula sudah semestinya berlaku penuaan seperti manusia biasa dan pemakanan mereka juga seperti manusia. Penjelasan akan diberi dari semasa ke semasa.

[Perkampungan Puak Air]
Suasana yang damai di pagi hari...

Kedengaran suara-suara penjaja riuh rendah pada pagi itu menjual keperluan-keperluan harian pengguna. Namun sebaliknya pula keadaan di kedai kain batik yang hening.
"Selamat pagi Cik Line, seperti kebiasaanya kedai kami sentiasa menyediakan corak kain baharu sebelum kedatangan cik ke kedai kami" ujar Linda yang merupakan pengurus kedai batik tersebut. Matanya terpana memerhati keanggunan rupa paras anak ketua kampung tersebut sambil menunggu jawapan darinya.

"Ini bukan seperti mana yang saya harapkan" luah Caroline dengan sedikit kekecewaan. Kain batik di tangannya dibelek lembut.

"Cik...kalau cik nak..." belum sempat Linda menghabiskan ayatnya "Tidak mengapa, kalau begitu saya akan membeli satu gulung kain batik kosong yang berwarna biru" membuat sebuah baju yang berunsurkan hanbok adalah hobinya, kebanyakkan baju yang dipakainya merupakan hasil tangannya sendiri.

"Baik cik" dengan segera Linda mengarahkan anak buahnya untuk mempersiapkan permintaan Cik Caroline.

"Terima kasih Linda, boleh saya tahu harganya" sambil tangan kanannya dihulurkan untuk pemindahan tenaga melalui jabat tangan.

"Cik harga satu gulung kain tersebut 2.5%" dengan menyambut perjabatan tangan dari Caroline.

[Apa yang menarik dalam cerita ini adalah apabila melakukan pertukaran tenaga sama jantina atau suami isteri hanyalah melalui jabat tangan. Manakala bagi yang berlainan jantina atau belum mempunyai ikatan sebagai suami isteri hanyalah dapat melalui bebola kuasa sahaja]

Kemana-mana sahaja Caroline pergi, wajahnya yang anggun itu sungguh menjadi perhatian. Oleh itu, dia sering mengenakan penutup muka bagi bahagian hidung dan bibir nya bagi mengelakkan dirinya sukar dikenali. Jumlah tenaganya kini berbaki 50.5% setelah penolakan harga kain yang dibelinya sebentar tadi. Setelah keluar dari kedai kain, Caroline berniat untuk menghirup udara segar di taman umum yang terkenal dengan ikan koi emas tengah perkampungan Puak Air itu.

[Sementara itu...di kediaman keluarga Caroline yang lebih dikenali sebagai Alta Air]

"Mana pula pergi Line nie? lama sudah dia keluar" Keluh si ibu sambil mundar mandir di taman depan pintu masuk rumahnya itu, ibu caroline dikenali sebagai Permaisuri Alta Air manakala ayahnya dikenali sebagai Ketua Alta Air yang memimpin perkampungan Puak Air.

"Awak jangan risau...Line tahu bagaimana cara untuk mempertahankan dirinya sekiranya dalam bahaya" pujuk si suami

"Macam mana saya tak risau? Awak lupa yang Line tu...."

"Permaisuri Alta Air! Jangan berani ujar siapa Line! ingat itu anak perempuan kita" Si suami meninggikan suara bila melihat telatah isterinya yang cuai itu...kelihatan dayang-dayang yang berdekatan dengan taman itu mula mengundur diri bila mendengar nada suara si ketua meninggi.

"Iya...saya tahu itu, saya sebagai ibu risau." Pandangan nya masih tertumpu ke arah pintu masuk

"Hmmm, cepat atau lambat Line akan berpisah juga dengan kita. Awak jangan lupa dia itu anak perempuan dan bakal meninggalkan kita juga bila dia bersuami"
Renungnya tajam ke arah si isteri.

[Jadi, apa yang menyebabkan si ketua puak ini sensitif sangat bila isterinya cuba mengujar identiti Caroline?]

Nantikan kisah selanjutnya....silakan komen kepada para pembaca saya akan berusaha melakukan penambahan dan pengubahan cerita berdasarkan pandangan para pembaca...enjoyyy... ????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience