Rate

two

Short Story Completed 1510

"Subaru."

Aku melihat doktor yang berada di hadapanku. "Kemungkinan kamu tidak akan boleh berjalan." Doktor tersebut mengeluh perlahan. "Oh." Tanpa aku sedar air mataku jatuh. Aku cuba untuk menyeka air mata namun air mata ini tetap jatuh. "Maafkan saya doktor. Maafkan saya.. Hiks hiks...."

"Kamu boleh menangis... It's okay..."

"Arigatou."

Atas permintaan aku, doktor itu membawa aku ke belakang hospital kerana di sana ada taman bunga. "Wahh! Cantiknya" Dia menolak kerusi roda ke hadapan bunga-bunga itu. "Terima kasih doktor..." Kataku sambil tersenyum lebar. "Sama-sama."

"Doktok, boleh tak saya nak kopi?" Ujarku, dah lama tak minum kopi. "Boleh... Kejap saya belikan. Awak tunggu kat sini." Doktor itu berlalu pergi untuk membeli kopi. Aku menunggu doktor itu di bangku.

"Aru!"

Eh? Macam mana ibu ada kat sini? Aku memaksa diriku untuk berdiri. "Ughh..." Beberapa kali aku cuba akhirnya berjaya.

"Aru!"

"Ibu, Aru kat sini!" Aku mencari-cari di mana suara ibu. Aku melihat sosok figura ibu berjalan ke arah aku. "Ib—"

PAK!

"Apa maksud wasiat ni yang kamu akan warisi harta ayah?!" Huh? Ibu tampar aku? "Apa maksud ibu...?"

"Kau patut mati dengan bapak kau!"

Ibu menolak aku dengan kuat. Badan aku terlanggar ke dinding belakang. Terasa seperti ada cecair yang mengalir dari kepala aku.

"Hikk! Bukan! Bukan aku yang bunuh dia!"

Ibu melarikan diri. "I...ibu?"

Penglihatanku mula kabur. "Sesiapa..."

"Tolong aku... aku... masih ada benda yang aku nak capai..."

Air mataku jatuh. Nafasku tidak teratur.

"Tolong aku..."

Doktor yang membeli kopi kepadaku masih tidak nampak batang hidungnya. Mungkin dia busy... Busy apanya tinggalkan pesakit!

Aku dah penat... penat hidup.. badanku rebah ke atas tanah.

"I see... Tak semua orang hidup dia happy ending..."

Beberapa jam aku menunggu orang untuk selamatkan aku. Namun tiada siapa yang datang ke menolongku.

"Terima kasih..."

Akibat kekurangan darah, akhirnya aku menutup mata aku. Selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience