Rate

9

Fantasy Completed 3891

"aira bangun kita dah sampai"faiq mengejutkan aira yang sedang lena dibuai mimpi.."sayang bangun la"faiq mengejutkannya lagi.. "nanti la aku turun...aku nak tido dulu"kata aira sambil menutup mata.."tido kat hotel tu la... cepat la bangun.. nanti aq kiss kau kang baru tahu... "kata faiq sambil ketawa kecil... "apa kiss? ok ok aku bangun sekarang jugak"kata aira sambil membuka mata... "ha tahu pun takut.. k jom"kata faiq... sampai di lobby hotel faiq menyuruh aira duduk di sofa yang disediakan hotel tersebut...selepas selesai faiq mengambil kunci Aira bertanya kepada faiq"kunci bilik aku mana".."bilik semua dah penuh tinggal satu je"kata faiq... aira sedikit hampa.. "so kita kene sebilik la ni... "kata aira...faiq menganguk lalu berkata"kalau kau taknak kau tido kat lobby ni... "faiq mengangkat barang untuk membawa masuk ke dalam bilik.. "erk weh tunggu ah aku.. aku takut"kata aira sambil berjalan laju untuk mengejar faiq.. faiq hanya tersenyum...sampai di depan bilik faiq mengambil kunci untuk membuka pintu bilik itu..."aira aq nak g kat kereta jap.. nak amek barang... kau masuk la dulu"kata faiq sambil berlalu pergi...aira menganguk lalu masuk ke dalam bilik sambil membawa barang barang.. alangkah terkejut apabila diatas katil tersebut terdapat kelopak bunga mawar.. aira sedikit tersenyum... "wahh romantik juga faiq rupanya.. dulu aku ingatkan lepas aku kahwin dengan budak berlagak tu hidup aku akan hancur dengan seksaan dia.. tapi rupanya tak... "getus hati aira... faiq datang lalu membawa sejambak bunga.. dan diadalam itu juga ada gula gula lolipop.. "nah aira.. "faiq memberi sejambak bunga dan lolipop itu kepada aira..."wah serius ni untuk aku"kata aira sambil tersenyum.. "eh tak la ni untuk makcik india yang kat bawah tu"faiq ketawa..aira cubit manja dekat faiq... "eh sorry sorry.. ni memang untuk sayang"kata faiq sambil mengenyitkan sebelah matanya.."terima kasih faiq"kata aira... "aik terima kasih je"kata faiq sambil tersenyum nakal.. "terima kasih je la yang mampu aku ucapkan"aira senyum"maksud aku takda ke kiss"kata faiq sambil ketawa... "ish...tak payah nak gatal sangat"kata aira lalu mengambil pakaian nya untuk dimasukkan ke dalam almari..."aira... kau nak keluar jalan jalan petang ni ke ataupun esok je... "faiq bertanya kepada aira... "aku ikut je..tapi sekarang aku ngantuk"kata aira.."ouh kalau macamtu esok je la kita jalan jalan jauh sikit.. malam ni kita pergi pasar malam depan tu... "kata faiq.. "pasar malam? kau boleh ke pergi setahu aku budak berlagak tak pergi pasar malam.. "aira seakan terkejut lalu mengejek faiq... "eh ada je budak berlagak tambah hensem macam aq ni pergi pasar malam"kata faiq sambil membuat gaya lagak macho.."eiii... perasan lebih...k la aku nak tido nanti kejut aku"kata aira sambil mengemas katil yang dipenuhi dengan kelopak bunga mawar... "ok sayang"faiq tersenyum...

..............................

"faiq bangun jadi tak pergi keluar? "aira mengejutkan faiq... "eh mestilah jadi.. kau siap la dulu..jangan pakai selekeh sangat"kata faiq lalu berbaring sambil bermain talifon..."hurmm ye la"kata aira... aira memakai baju berwarna biru skirt berwarna hitam dan tudung berwarna biru... faiq keluar daripada bilik mandi dan terkejut melihat aira... "cantiknya kau aira malam ni...aira aku janji akan buat kau jatuh cinta dengan aku.. "getus hati faiq.. "woi faiq asal pandang aku macam tu... aku tahu la aku cantik"aira ketawa.. faiq bercakap perlahan "kau memang cantik pun".."ha apa yang kau cakap.. cakap la kuat sikit"kata kata faiq tidak didengari aira.. "aq kata jangan nak perasan... dah siap? "kata faiq yang memakai baju t-shirt berwarna biru... "dh.. k jom"kata aira sambil tersenyum... sewaktu hendak turun ke lobby hotel...faiq memegang tangan aira..aira terkejut lalu tersenyum... "weh asal kau pegang tangan aku ni"aira ingin melepaskan tangannya.. "saja.. kita kan dah kahwin tak salah kan aq pegang tangan kau"kata faiq sambil tersenyum.. "memang la tak salah tapi orang pandang la malu la... "kata aira... "biar la orang tu"faiq tersenyum..aira hanya mendiamkan diri..sewaktu di pasar malam aira ternampak satu gerai yang menjual pelbagai manisan...aira ternampak lolipop..faiq seakan akan tahu apa yang dipandang aira... faiq membawa aira ke gerai tersebut.."faiq buat apa pergi sini"kata aira... "beli lolipop la"kata faiq sambil tersenyum..."sejak bila kau makan lolipop"kata aira.. "aq makan sejak aq jatuh cinta dengan kau... lagipun aq beli ni untuk kau"kata faiq sambil tersenyum.. aira terkejut lalu berkata"jatuh cinta dengan aku? ".."ehh aq saja je cakap.. agak la aku jatuh cinta dengan budak selekeh macam kau ni"kata faiq tersenyum.. "pakcik ni semua berapa"tanya faiq... "rm5"kata penjual itu.. "faiq banyaknya kau beli.. kat bilik pun ada lagi lolipop"aira terkejut.. "ala biar je la.. kalau kau taknak biar aq makan sorang"kata faiq... mereka berjalan ke kedai yang menjual makanan.. tiba tiba.. ada orang melanggar faiq... "sorry sorry"kata perempuan itu kepada faiq.. "eh takpe takpe..."faiq melihat wajah perempuan itu berkata"syika? "..."faiq... dah lama kita tak berjumpa sejak kita break"kata syika... dengar sahaja perkataan break aira sedikit terkejut lalu memandang faiq.. faiq membalas padangan aira sambil tersenyum.. "ni sape faiq"tanya syika.."ni wife saya.. aira.. aira ni syika.. syika ni kawan abang"kata faiq.. faiq sengaja menggunakan panggilan abang... "corection i ni bekas tunang faiq... "kat syika lalu bersalaman dengan aira lalu tersenyum... "k la i nak pergi dulu... sebab kawan i mesti dah lama tunggu... "kata syika... faiq dengan aira hanya menganguk..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience