BAB 3

Drama Completed 437

Kemudian, kami dikejutkan dengan pengumuman. Semua pelajar dikehendaki menuju ke tapak perhimpunan. Ketika berada di tapak perhimpunan, bahuku disentuh orang. Sebaik aku menoleh, Reina dan Ernah sedang tersenyum ke arah aku. “Penat aku cari engkau. Ke mana? Kenapa lambat.” Pada masa yang sama Suhana sudah bersapa dengan rakannya. Mereka mesra sekali. Aku mengagak, mungkin teman lamanya. Suasana pada pagi itu sejuk dan mendamaikan. Satu perasaan sayu menyelinap masuk ke dalam sanubari. Asingnya tempat ini. Ralit sungguh aku dengan duniaku. Sehinggakan suara kakak yang mengendalikan perhimpunan pada pagi itu hanya sayup-sayup menampar telingaku. Seorang pengawas perempuan mengatur kami dalam satu barisan. Dia bersuara dengan lembut sekali. Jika dahulu, itulah kerja aku pada hari pertama persekolahan. Kagum juga aku melihat pelajar-pelajar cemerlang sekolah ini yang sedang berada di hadapan. Wajah mereka menggambarkan kegembiraan. Suatu hari nanti, mungkinkah aku akan berada di sana juga, menjadi kebanggaan sekolah.
Seminggu kemudian, aku sudah mendapatkan tempat dalam kelasku. Minggu orientasi berlalu dengan begitu lambat dan membosankan. Tetapi, aku sudah mempunyai beberapa kenalan baharu. Seronokkan? Aku masih ingat lagi hari yang mana aku disuruh memperkenalkan diri dihadapan seluruh pelajar baharu tingkatan satu sesi pagi. Reina mati-mati tidak mahu ke hadapan. Dalam bilik seminar yang lapang dan lebar itu, aku dengan lancar memberitahu mereka namaku, alamatku, nama sekolah lama, dan tentu sahaja keputusan peperiksaan UPSR yang aku perolehi. Meja-meja dalam bilik itu disusun menjadi dua baris. Satu baris, atau lebih tepatnya, satu meja hanya memuatkan empat orang sahaja.
Hari itu, telah menjadi titik tolak kepada perubahan hidup aku. Perkenalan dengan seorang yang biasa sahaja, malah dia kelihatan malu-malu bernama Izah. Ketika, aku meminjam gamnya, dia hanya tersenyum dan mengatakan, “Ambillah, kita tak kisah.”. aku seolah-olah tertarik kepadanya. Kebetulan kami sekelas. Aku tidak tahu mengapa, tetapi aku begitu menyenanginya. Kami (aku, Reina , dan Izah) duduk bersama di bahagian belakang kelas. Kecergasannya dan sifat humblenya membuatkan aku suka dengannya. Dia juga gemar bercerita. Satu perkara yang menarik tentang dirinya ialah, dia membahasakan dirinya dengan panggilan ‘kita’, sesuatu yang aneh dan aku tidak pernah mempunyai rakan yang sepertinya. Sehinggakan selepas tiga tahun kami berkenalan pun, dia masih sama, sedikitpun tidah berubah.
Setahun berlalu. Pada suatu tengah hari yang mendebarkan, kami semua pelajar tingkatan dua sesi pagi mendengar dan menanti nama masing-masing disebut. Aku duduk semeja dengan sahabat-sahabatku, Reina , Adi, Nadia, dan Izah. Aku tidak menyangka, tahun hadapan kami bakal berhadapan dengan sebuah lagi peperiksaan besar. Begitu juga halnya dengan masa yang berlalu dengan begitu cepat. Sebelum itu, kami sudah mengatur-atur kedudukan kami dalam kelas untuk tahun hadapan. Adi dan Izah berkeras untuk duduk di baris yang paling hadapan. Aku hanya ketawa mendengar rancangan mereka untuk menghalau sesiapapun yang ingin duduk di baris hadapan. “Ingat, haritu nanti, semua mesti datang sebelum pukul tujuh.”, aku kehairanan. Seingat aku, Izah terkenal dengan gelaran on time. Setiap hari, dia akan sampai lewat di sekolah. Masakan dia akan setuju dengan rancangan Adi itu. “Setuju. Apa, haritu ayah kita hantarla.”. Oh, patutlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience