Rate

Prolog

Drama Series 2510

NurAlyaa'Nisa, gemar dipanggil sebagai Alyaa atau Aly. Seorang biasiswi yang mengambil bidang pertanian. Dia juga seorang biasiswi yang lemah lembut, sopan santun malah disenangi rakan sekolejnya. Rakannya yang begitu rapat sekali dengan dia, Nurul Arifah atau Fah. Dia juga seorang biasiswi yang mengambil bidang pertanian, bidang yang sama dengan rakan baiknya itu, Alyaa. Namun, apa yang membuatkan hubungan sahabat mereka lebih akrab adalah kerana mereka berkenalan disosial media dan kemudian membuat keputusan untuk berjumpa secara berhadapan.

Paling yang tidak disangka sangkakan, mereka ditakdir satu kolej! Hebat benar aturan Illahi terhadap persahabatan mereka. Benarlah kata orang, kita hanya merancang, yang menentukan adalah Yang Esa.

Dan disebabkan pertemuan tidak diduga itu, mereka merancang untuk duduk serumah bersama sama dengan beberapa orang lagi biasiswi yang mereka kenal melalui media sosial juga.

Nur Syahfiqqah, atau lebih gemar dipanggil Syaa, biasiswi yang mengambil bidang perniagaan bersama seorang lagi biasiswi yang dipanggil sebagai Amta. Mereka mengambil bidang yang sama seperti kedua senior mereka, Alyaa dan Arifah.

Mereka juga mengambil lagi tiga orang rakan serumah, walaupun masih lagi dalam umur 16 tahun, tetapi apa yang mereka perlu risaukan? Mereka telahpun berbincang dengan ibubapa ketiga rakannya atau junior mereka itu. Nurin Izzati atau dipanggil Rin, Siti Khadijah atau dipanggil sebagai Ivy dan Humaira atau dipanggil Maira merupakan rakan serumah mereka yang paling muda sekali. Mereka telah diakrabkan seperti keluarga walaupun tiada pertalian darah.

"Mama Aly, Mama nak kemana?", tanya Syaa selepas kelibat Alyaa menyapa pandangannya. Dia lebih selesa memanggil gadis itu sebagai 'mama' kerana baginya, Alyaa mempunyai ciri ciri keemak emakkan. Begitu juga dengan Arifah, Arifah memiliki ciri ciri sebagai seorang kakak. Dan disebabkan itulah, mereka memanggil Alyaan sebagai 'mama' manakala Arifah dianggap 'kakak' dalam hubungan kekeluargaan mereka.

Hampir 2 tahun mereka berkenalan, walaupun berkomunikasi dengan telefon pintar dan selama 2 tahun juga mereka tidak pernah bersua muka, mereka dapat mengenalpasti baik, buruk, suka dan duka antara satu sama lain.

Hebat benar persahabatan mereka. Inilah salah satu nikmat dan kelebihan yang Allah SWT berikan pada mereka. Walaupun tiada pertalian darah, tetapi mereka tetap dapat merasai sesuatu sama ada baik atau buruk keadaan sahabat mereka itu.

Itulah nilai persahabatan yang dicari oleh segelintir hamba Allah dimasa kini. Bukan senang, kan?

"Mama ada hal...Syaa jaga rumah ya? Harini takde kelas ke?", tanya Alyaa. Tudung selendang berwarna hitam dia betulkan untuk kali terakhir. Gadis tersebut mengenakan blaus berwarna oren dengan seluar slack hitam sambil dipadankan dengan tudung selendang hitam. Simple tapi kemas dan tertutup. Itulah yang penting. Sekurang-kurangnya tidaklah terbuka seperti perempuan-perempuan tidak cukup kain diluar sana. Agaknya, kain mahal itu yang tidak mampu mereka beli tu.

"takde...Mama keluar ni hati hati ya?", pesan Syaa, prihatin. Alyaa mengangguk dengan senyuman manis. Terharu dengan sifat prihatin 'anak'nya itu

"mama pergi dulu...Asssalammualaikum"

"Waalaikummussalam"

Share this novel

short_girl
2020-08-23 10:38:26 

hshshshs

short_girl
2020-08-23 10:38:22 

sekali dgn kita ark?

short_girl
2020-08-23 10:38:09 

cantik!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience