Rate

Bab 33 Mentua Yang Memahami

Drama Completed 203181

Setelah melihat sepupu suamiku Ikwan sudah keluar dari rumah,hatiku merasa lega. Aku memadang pada suamiku yang sedang menyuap nasi ke dalam mulutnya. Rasa bersalah pun ada bila melihat suami tetap memakan makanan yang aku masak. Aku pun cuba juga makan nasi bersama lauk dan sayur yang aku masak tadi. Memang terasa masin sedikit,itu apa yang aku rasa la. Tapi bagi orang lain tak tahu la pulak kalau makan masakkan aku ni.

Bila melihat suamiku tetap makan aku dengan terpaksa makan juga la. Sebab aku yang masak,jadi biarlah aku makan juga. Walau pun rasa macam tertelan air laut je. Suamiku melihat aku tetap makan bersamanya tiba-tiba tangannya memengang tanganku.

"Zara tak payah la makan" kata Haziq padaku. Aku terkejut kenapa pula dia tak bagi aku makan. Sedangkan dia boleh je makan walau masakan ku kurang menjadi.

"Kenapa pula Zara tak boleh makan? Abang boleh je makan", kataku agak hairan.

" Abang lain,sebab ni masakan Zara yang pertama untuk abangkan.Lepas ni Zara boleh la berlajar memasak dekat bibik ya."kata Haziq padaku.

Adui,hatiku rasa cair semacam je bila mendengar suamiku bercakap macam tu padaku.

"Abang berhentilah makan,kalau tak Zara pun nak makan jugalah," kataku.

"Dah habis dah pun" kata Haziq sambil tersenyum padaku.

Haziq bangun dari bangku sambil tangannya memengang pingan yang kosong. Aku rasa dia nak pergi singki dan cuci pingan yang ia guna tu.

"Abang pingan tu abang letak je. Nanti Zara cuci pingan tu," kataku sambil memadang pada suamiku itu.

"Tak pa abang boleh buat sendiri" kata suamiku tiba-tiba datang ke arahku lalu mencium pipiku.

Aku agak terkejut dan tergamam dengan tindakan suamiku yang tiba-tiba mencium pipiku. Aku mula rasa hati aku dah semakin cair dah ni, tapi ada juga perasaan malu.

"Itu tanda abang nak ucapkan terima kasih sebab Zara dah masak untuk abang" kata suamiku. Sambil ia pun berjalan ke arah singki untuk mencuci pingannya. Ia juga mengambil pingan aku dan Ikwan untuk di cuci sekali.

Sedangkan aku masih lagi terpinga-pinga dengan tindakan suamiku tadi. Kenapa dengan aku ni, sedangkan bila malam lebih dari ni suami aku akan buat.

"Petang ni Zara tak perlu masak tau. Nanti abang balik kerja, abang akan masak untuk isteri abang ni", kata suamiku.

"Abang pandai masak walau pun rumah abang ni ada orang gaji", kataku sambil mengaru kepalaku yang tidak gatal.

Aduh,malunya aku pada suamiku,Bila dapat tahu suami aku pandai masak. Sedangkan aku ni rumah bukannya ada orang gaji pun, tak pandai bab masak-memasak.

"Dulu kan abang sambung berlajar tinggal dekat rumah sewa. Sebab tu abang dah biasa masak. Kali pertama masak pun macam Zara juga la tak menjadi.Sebab tu abang tak kisah,sebab abang pun pernah melaluinya", kata suamiku lagi.

"Oo,terima kasih...Sebab abang tak kisah dengan masakan Zara yang tak menjadi ni. Zara nak tanya sikit boleh tak?"

"Sama-sama,nak tanya banyak pun boleh," kata suamiku sambil tersenyum sambil ia duduk di sebelahku selepas selesai mencuci pingan.

"Sepupu abang tu memang kerap ke datang rumah ni?" tanyaku ingin tahu.

"Oo,tentang tu rupanya. Ikwan jarang la nak datang sini. Tapi mungkin dia singgah nak tengok abah," kata suamiku.

"Zara pelik la, abang dan keluarga abang ada masalah dengan Ikwan tu. Tapi Zara tengok mak,abah dan abang layan dia elok je," kataku agak hairan.

"Sebenarnya masalah ni tak ada kena mengena dengan mak dan abah. Masalah ni antara abang dan Ikwan je. Mak dan abah tak masuk campur. Cuma masa abang bertunang dulu Ikwan dan keluarga dia marah dekat abang. Diorang rasa apa yang terjadi masa rompokkan tu adalah salah abang," kata suamiku menjelaskan.

"Kenapa diorang salahkan abang? Sedangkan abang pun mangsa juga. Tak fahamlah Zara" kataku sambil memadang pada suami pujaan hatiku.

"Zara tak perlu fikir sangat tentang tu. Waktu zohor dah masuk ni. Jom kita sembahyang zohor,nanti lepas sembahyang abang nak pergi ke tempat kerja balik", kata suamiku.

" Yalah,"kataku lalu bangun dan berjalan beriringan dengan suamiku ke bilik.

Selesai suamiku mandi dan mengambil wuduk. Barulah giliran aku pula mengambil wuduk selepas itu kami berdua pun sembahyang zohor berjemaah. Seperti biasa suamiku akan menjadi imamku.

Selepas menunaikan sembahyang zohor suamiku bersiap pula untuk kembali ke tempat kerjanya. Sebelum suamiku masuk ke dalam kereta, seperti biasa aku menyalami tangannya dan mencium belakang tapak tangannya. Kemudian suamiku pun akan membalas dengan mencium dahiku. Selepas itu barulah suamiku masuk ke dalam kereta.

Bila melihat kereta suamiku sudah menghilang dari pandangan mataku. Barulah aku masuk ke dalam rumah.Masuk ke dalam rumah aku terus menuju ke bilik mentuaku.Lalu aku mengetuk pintu bilik tersebut.

Tak lama kemudian kedengaran suara mak mentuaku suruh masuk.Aku pun masuk ke dalam bilik. Mak mentuaku tersenyum memadang padaku.

"Haziq dah pergi kerja balik ya" kata mak mentuaku.

"Haah,abang dah pergi kerja balik... Mak ada apa-apa yang boleh Zara tolong tak?" kataku sambil memadang ayah mentuaku yang sedang tidur di atas katil.

"Rasanya tak dak,sebab abah pun baru je boleh tidur ni" kata mak mentuaku lagi.

"Mak sebenarnya Zara nak bagi tahu... Masakan Zara tak berapa menjadi. Kalau mak lapar nanti Zara belikan dekat kedai je lah," kataku agak malu dan juga risau dengan reaksi mak mentuaku.

"Jangan risaulah tentang mak. Mak pun dah makan bubur abah kamu ni. Nanti Zara bolehlah berlajar masak dengan bibik bila bibik dah sihat nanti," kata mak mentuaku.

"Mak tak marah ke Zara tak pandai masak ni? Sebab orang kata mak mentua ni selalu banyak kerenah,"kataku sambil tanganku mula mengaru kepala.

" Tu orang yang kata. Bukan semua mentua tu sama. Lagi pun Zara masih muda dan boleh berlajar,"kata mak mentuaku.

Aku terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mak mentuaku. Tak sangka aku dapat mentua yang sangat memahamiku.Untung aku dapat Haziq sebagai suamiku. Cuma tak untungnya bila perkahwinan aku dengan suamiku kena di rahsia dari keluarga sebelah mak mentuaku.

Besar sangat ke salahan suami aku tu. Bukannya suami aku mahu kejadian tu terjadi. Dia pun mangsa juga,apa lagi Haikal abang suamiku sampai meninggal dunia.Cuma kerana suami aku tu tak selamatkan adik sepupu dia dari di rogol. Mereka begitu membenci suamiku dan tak boleh melihat ia bahagia bersama pasangannya.

"Atau pun sebenarnya ada masalah lain yang lebih besar di antara suami aku dan keluarga Ikwan ni", bisik hatiku.

Biarlah malas nak fikir. Lagi pun suami aku dah bagitahu padaku tentang masalah ia dan keluarga sepupu dia tu. Aku percaya dengan apa yang di katakan oleh suamiku.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience