Rate

Bab 1

Romance Series 2452

Kringg...

Jam dinding menunjukkan tepat pukul 7pagi.Clark atau nama sebenarnya Clawrence De Madrigas, seorang lelaki yang taksub akan foto-foto yang cantik dan unik. Biliknya yang bercatkan hitam serta ditemani foto-foto yang cantik tersusun indah di dinding biliknya.

Tiba-tiba pintu bilik Clark diketuk oleh seseorang.

Tok tok tok..

"Siapa tu!"Clark menggosokkan kedua-dua belah matanya

"Ini mak,Clark"balas seorang wanita tua.

"Kalau nak bincang pasal kerja dengan papa, tetap keputusan Clark tak setuju!"

"Sampai bila kamu nak jadi macam ni?Tak nak kerja?"

"Ada,Clark ada kerja!Photographer"

"Tu lain..Kerja tu tak jamin masa depan "

"Dah lah mak.."

"Hah yalah.. tapi bangun sekarang sarapan."

"Huuuuh...Ya..yalah...Sekejap.. 10minit."

"Tiada sekejap-sekejap!"

"Saya nak mandi mak oiii"

Selepas beberapa minit,

Clark dengan pakaiannya yang ala kadar turun dengan langkah yang malas.Tambahan lagi dengan keadaan papanya di bawah,habis conform kena bebel.

"Anak awak tu tak boleh dimanjakan seja."tegah seorang lelaki yang duduk berhadapan dengan Arlyanne.

"Clark,sedar sikit kamu tu dah besar panjang dah."sambung lelaki itu.

"Papa ni dah lah tua. Nyawa pun dah tak lama dah"kata Arlyanne selaku isteri kepada lelaki itu.

"Papa,sudahlah cakap sebegitu."balas Clark.

Clark redha aje dengan bebelan ibu dan papanya. Macam tulah dah nama anak tunggal memanglah jadi anak harapan.Tetapi impian Eric De Madrigas dan Arlyanne Rose berbeza dengan kemahuan Clark.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience