Series
1655
"Assalamualaikum, eomma"
Jeritku selepas membuka pintu rumah. Dah masuk 5 tahun aku tak balik rumah ini. Iyalah sibuk aku belajar kat sana sampai cuti semester pun aku tak balik. Jujur aku cakap belajar dekat sana memang akan stress.
"Waalaikumsalam, anak eomma dah balik ya"kata eomma sambil mencium dahi dan kedua belah pipiku. Memang aku dah nampak eomma tapi Appa mana aku tak nampak pun, abang Jaffan kata Appa dengan eomma tunggu aku dekat rumah.
" Appa dengan oppa mana, ma? " tanya ku dengan polos. Oppa tu abang aku nombor dua. Nama dia Jawwad Park Chin-Hwa. Nama Abang Jaffan pula Jaffan Park Chin-Hae.
"Appa dengan oppa keluar ada kerja. Pigonhaji anhni, chagi-ya?(Awak tak penat ke, sayang)."
"Ani, eomma. Jay tidur dari berlepas sampai flight mendarat. Hihihi" jawab ku. Memang aku ingat tak nak tidur tapi dah mata paksa tidur nak buat macam mana.
"Assalamualaikum"ucap Appa dan oppa serentak.
"Appaaaaa" aku berlari mendapatkan Appa. Senang cerita aku ini anak bapak. Dari kecil memang aku dimanjakan tapi aku bukan suka minta apa-apa. Aku cuma dapat perhatian lebih dari semua orang. Aku ini satu-satunya anak, cucu, sepupu perempuan. So aku ini special sikit. Hihihihi .
Share this novel