MAB 8: GREETINGS FROM YOUR KARMA*

Romance Completed 902469

Arianna duduk memeluk lutut, manakala Zahran berbaring dengan berbantalkan dua tangan, menatap langit yang terang dengan cahaya bulan penuh. Tiada perbualan antara mereka. Hanya diam, bermonolog dengan fikiran masing-masing kerana apa yang bermain di fikiran mereka tidak pantas dibicarakan kepada sesiapa.

“Full moon,” kata Arianna tiba-tiba.

Zahran toleh sekilas, sebelum kembali menatap langit. Kali ini matanya fokus kepada bulan yang bersinar terang di atas sana.

“You know Mark Twain?” tanya Arianna, cuba mengajak Zahran berbual kerana terasa canggung duduk berdua dan hanya ditemani sepi. Jika dia dan Zahran pasangan kekasih, suasana seperti ini sangat sempurna buat mereka. Apa lagi yang lebih romantik selain berdua di dalam bot, di tengah laut, ditemani cahaya bulan mengambang penuh.

“The American writer?”

“Yup.”

“And?” Zahran tidak dapat menangkap apa yang mahu disampaikan Arianna.

“He said, everyone is a moon, and has a dark side which he never shows to anybody.”

"He's right. But the dark side will always turn into sunny side as time goes by.”

"Yeah...It’s just the matter of time.”

“No…” Zahran tidak bersetuju. “…it’s not just the matter of time. It’s the matter of acceptance.”

Arianna diam. Kenapa kata-kata Zahran itu seperti mengena tepat dengan hidupnya. ‘It’s just the matter of acceptance.’

“Acceptance is the highest level of letting go and moving on,” kata Zahran lagi. Dia memang pandai berkata-kata, namun diri sendiri masih belum dapat menerima apatah lagi melepaskan. Dia cuma pasrah, tetapi belum reda. Entahlah. Bukan dia tidak mencuba, namun masih ada sesuatu yang menganjal yang membuat dia sulit untuk menerima.

Arianna pula diam. Namun dia akui, Zahran benar. ‘Acceptance is the highest level of letting go and moving on.’ Sebab itu tidak semua orang boleh mencapainya.

“There are things in our life we don’t want to happen but have to accept, something we don’t want to know but have to learn, and…” Arianna tidak dapat menghabiskan kata-katanya apabila Zahran tiba-tiba menyambung.

“Someone we can’t live without but have to let go.”

“Hey, how did you know? You follow siri tu jugak ke?” tanya Arianna.

“Sometimes. Not a big fan, tapi suka jugak tengok.”

Kata-kata itu adalah daripada Jennifer Jareau, watak fiksyen daripada drama jenayah, ‘Criminal Minds’.

Zahran bangun menuju ke kemudi bot, bersedia untuk pulang ke hotel memandangkan malam juga sudah semakin larut. Sudah lebih sejam mereka menghabiskan masa di sini. Arianna mengikuti langkah Zahran , duduk di bahagian belakang kemudi sambil merapatkan blazer Zahran ke tubuhnya kerana cuaca yang sudah mulai sejuk.

LIMA belas minit kemudian, mereka sampai semula ke garaj bot Zahran. Zahran turun terlebih dahulu sebelum menghulurkan tangan kepada Arianna, membantu gadis itu keluar dari bot.

“Kalau nak balik bilik, pergilah. Aku nak balik hall semula” kata Zahran ketika mereka berada di dalam lif.

“Nope. I…nak spend sikit lagi masa dekat fantasy garden tadi. Kat bilik pun bosan, tak ada apa nak buat.”

"Okey."

Ketika mereka melangkah keluar dari lif, Arianna tiba-tiba menangkap tangan Zahran supaya berhenti melangkah.

“Did you hear that?” tanya Arianna tiba-tiba.

Zahran berkerut. “What?”

“The song.”

Zahran pasang telinga, dan tidak lama kemudian sayup-sayup dia mendengar muzik waltz ‘The Last Dance’ dari dalam dewan. The Last Dance adalah salah satu muzik Dark Vampire Waltz.

“The Last Dance?”

Arianna mengangguk dengan mata yang berbinar teruja.

“Come, let’s dance,” kata Arianna.

Bulat mata Zahran memandang Arianna. “Here?” Telunjuknya dihalakan ke bawah, tempatnya berdiri.

“No…” Arianna menarik tangan Zahran ke arah taman di balkoni dewan yang dia sebut sebagai taman fantasi tadi.

“With your face exposed to everyone?”

“I have this.” Arianna mengangkat topeng yang dipakainya tadi yang berada di tangan kanannya.

“You are not allowed to ask me to dance,” kata Zahran lalu melepaskan tangan Arianna dari lengannya.

“Oh…Come on. Consider this is our last dance. Lepas ni kalau kita jumpa lagi pun, kita takkan menari kan?”

“Of course, because you’re my maid. Remember that.”

Arianna berdecit. Zahran masih belum lupa tentang itu rupanya.

“Hey, I dah mintak maaf dengan isteri you, I dah ikut you ke Langkawi, dance the Vampire Waltz with you, belum cukup lagi ke?”

“It will never enough.”

Arianna picing mata sambil berdesis geram.

“But if I...ask you to dance, you have no choice…” Zahran hulur satu tangannya ke arah Arianna.

Arianna malas melayan, menyilangkan tangannya ke dada.

“Tadi orang ajak, sombong,” gerutunya.

“As I said previously, you are not allowed to ask me to dance, but if I ask you, then you have no choice.”

Arianna menganga tidak terima. Egonya lelaki yang bernama Zahran. Namun dia menerima juga pelawaan itu lalu huluran tangan Zahran dia sambut.

“Good girl.”

Tangan kanan Zahran memeluk pinggang Arianna, manakala tangan kirinya dan tangan kanan Arianna saling bertaut lalu mereka mula bergerak mengikut irama muzik yang kedengaran sayup-sayup dari dalam dewan.

“Your wife must be a good dancer,” kata Arianna.

“Kenapa kau fikir macam tu?”

“Because you’re a good dancer. You and your wife mesti selalu menari kan?”

Tiada jawapan daripada Zahran. Pertanyaan Arianna membawanya kembali ke hari pertemuan pertamanya dengan Irdina di ball party. Irdina bersendirian ketika itu dan dia mengajaknya menari. Masih dia ingat lagu tarian pertama mereka. Love story.

“I've always d of dancing with my husband at our wedding and...he will be my dance partner for life.”

“Then find one.”

Arianna senyum. Aaron tidak suka menari tetapi lelaki itu berjanji akan menghadiri kelas tarian untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Ah, Aaron memang sosok calon suami yang sempurna untuknya. Namun hatinya belum terbuka untuk menerima lelaki itu.

“Why did you marry your wife?” tanya Arianna tiba-tiba.

Zahran diam. Dia tidak ada jawapan untuk itu. Ya, dia belum pernah berkahwin, bagaimana dia mahu menjawab?

"Love alone is not enough to be a reason to get married, right?" Arianna terus bersuara apabila Zahran diam tidak menanggapi pertanyaannya.

“My opinion is…” Zahran melepaskan tangannya dari pinggang Arianna. Arianna berputar sekali sebelum kembali mendekat dengan Zahran. “…marry someone you love with your whole heart. Someone who excites you emotionally and intellectually. Someone who gets you and isn’t out to change you.”

Terdiam Arianna dengan kata-kata Zahran. Semua yang disebutkan itu tidak ada pada Aaron. Dia tidak ada semua perasaan itu pada Aaron. Jadi, bagaimana dia mahu berkahwin dan menghabiskan hayatnya bersama lelaki itu? Kasihan Aaron dan kasihan dirinya juga. Aaron layak mendapat kebahagiaan dengan wanita yang benar-benar mencintainya. Begitu juga dia.

“Find a person you want to share things with; from the smallest detail of your day to the biggest plans of you life. Marry someone you want to be with at the end of each day and until the end of your days.” Ya, itu yang Zahran harapkan jika ditakdirkan suatu hari nanti dia ditemukan dengan wanita yang akan menjadi isterinya.

“Never get married because you think it’s time; get married because you found the right person, no matter how much time that takes,” sambungnya lagi.

Lagi-lagi Arianna terhenyak. Dia masih belum mahu berkahwin, belum bersedia untuk berkahwin, tetapi perkahwinannya sudah diatur.

Lama dia hanyut dalam lamunannya sehingga tidak sedar lagu telah tamat. Zahran juga sudah menghentikan gerakannya, namun Arianna masih dalam posisi tadi. Tangan kanannya memegang lengan kiri Zahran, manakala tangan kanan lurus di sisi. Mata merenung kejauhan tanpa sedar Zahran sedang tunduk menatapnya.

“I’ve to go back to the hall,” kata Zahran lalu melepaskan tangan Arianna dari lengan bahunya.

“Oh…” Arianna baru tersedar, namun saat dia benar-benar sudah kembali ke alam nyata, dia melihat belakang badan Zahran sudah menjauh.

Keluhan dia lepaskan untuk ke sekian kalinya. Entah untuk apa.

ARIANNA kembali ke bilik setelah Zahran meminta diri ke dewan. Semoga lelaki itu tidak mengganggunya lagi malam ini.

Tubuh direbahkan ke katil. Berbaring dengan kaki berjuntai ke bawah, matanya terkebil-kebil menatap siling.

Fikirannya melayang kepada Aaron. Perasaan bersalah tiba-tiba menyerbu mengingat lelaki itu percaya begitu sahaja dengan penipuannya. Aaron meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.

“Aaron…Kenapa you baik sangat? Cuba jadi jahat macam Zahran tu…Mesti I tak rasa bersalah macam ni…” Arianna mengeluh.

Dicapai tas tangan yang dicampak ke sebarang arah tadi lalu mengeluarkan telefonnya. Nombor Aaron dicari sebelum ikon hijau disentuh. Mungkin dengan menghubungi Aaron akan dapat mengurangkan rasa bersalahnya.

Tidak menunggu lama sebelum panggilannya bersambut.

“Hallo baby…Miss me already?”

Arianna tertawa perlahan. “No. I call you just in case if you miss me.”

“Yeah…I miss you so much. Can’t wait to see you.”

Arianna tersenyum sebelum senyum itu perlahan memudar.

“You masih kat dewan ke?”

“Macam mana you tahu I kat dewan?” Pertanyaan Aaron yang membuat Arianna hampir tercekik lidahnya sendiri.

Itulah tidak biasa menipu, bila sekali menipu, nyaris-nyaris terbongkar . Tentulah dia tahu Aaron di dewan kerana dia melihat lelaki itu tadi.

“Sebab hari tu you kata, party tu tema masquerade ball. Of course dalam dewan kan?”

“Yeah…It would be fun if you’re with me. Terpaksa I bawak Carmen. Itupun lepas I rasuah dia dengan one whole day shopping with unlimited amount.”

“Hahahaha…Carmen the Scammer.”

“Yeah. She’s good at spending other’s money.”

“That’s her specialty.”

Aaron tertawa perlahan.

Sejenak hening apabila mereka masing-masing tidak ada apa yang mahu diperkatakan. Arianna merangkai kata mahu memohon maaf, sementara Aaron cuba melengahkan masa supaya Arianna tidak segera menamatkan panggilan. Bukan selalu Arianna menghubunginya terlebih dahulu. Selalunya dia yang akan memulakan dan selepas satu minit Arianna akan menamatkan panggilan dengan bermacam alasan.

“Aaron…”

“Yeah?”

“Sorry tak dapat teman you.”

“It’s okay. I understand. How’s your photo shoot?”

“Erkk…Ermmm…Okay…Macam biasa. Penat photoshoot atas bot and annoyed with the male model.”

Aaron tertawa. Ingin saja dia meminta Arianna berhenti daripada kerjaya itu, namun dia tidak mahu dikata mengongkong atau menghalang minat bakal isterinya.

“Aaron, I’ve got to go. Nak mandi and nak tidur.”

“Okay. Take care, honey. I love you.”

“Ermmm…Okay bye.” Arianna segera memutuskan panggilan sebelum Aaron meminta dia membalas ungkapan ‘I love you’ itu.

AARON memandang skrin telefonnya dengan rasa kecewa. Fikirnya Arianna akan membalas ungkapan ‘I love you’ itu, namun lagi-lagi dia hampa. Arianna tidak pernah membalas ungkapan itu.

Nafas ditarik dan dilepas perlahan membentuk satu keluhan. Namun, dia malas terlalu memikirkannya. Arianna berinisiatif menghubunginya terlebih dahulu pun sudah cukup baik.

Menyimpan semula telefon di dalam saku seluar, dia kembali ke dewan. Bergabung semula dengan Zahran, Zahrin, dan Seelan. Carmen bersama Irdina dan Evangeline sudah lesap entah ke mana.

“Wah, berseri muka lepas bakal tunang call,” usik Seelan.

Aaron hanya tertawa.

“Bila nak bertunang?” tanya Zahrin.

“Hujung bulan depan.”

“Bagus. Jangan tangguh-tangguh. Nanti melepas.” Seelan berseloroh.

“Wedding aku nanti three of you must be my groomsmen,” kata Aaron.

“No problem la. But Zahran should be your best man because he’s single,” ujar Seelan.

Aaron dan Zahrin serentak memandang Zahran yang hanya tersenyum nipis.

“No problem,” ujarnya.

SELEPAS menamatkan panggilannya dengan Aaron, Arianna bangkit dari katil lalu melangkah ke cermin solek. Ditanggalkan hair band, anting-anting, sebelum dia membersihkan solekan pada wajahnya. Setelah selesai, dia melangkah ke bilik mandi.

Namun sebaik sahaja pintu dibuka, pemandangan di dalam bilik mandi itu membuat dia menjerit histeria. Langkahnya sontak terundur. Namun saking panik, terkejut dan takut, dia hilang keseimbangan. Lantai yang licin dengan kesan darah membuat kakinya tergelincir lalu terlentang dan belakang kepalanya membentur lantai.

Tanpa mempedulikan rasa sakit, dia bangun lalu berlari mencapai telefonnya di atas katil sebelum bergegas keluar dari bilik.

Nombor Zahran dicari. Segera benda pipih itu dilekapkan ke telinga sebaik sahaja ikon hijau ditekan. Matanya melilau sekeliling, berjaga-jaga jika ada yang memerhati.

Agak lama dia menunggu sebelum Zahran menjawab panggilannya.

“Z…Zahran, please tolong datang bilik I sekarang.” Tubuhnya yang mengigil membuat suaranya terbata-bata.

“Kenapa? Ada apa?” Zahran turut cemas apabila mendengar suara Arianna yang jelas menggambarkan ketakutan.

“Datang sekarang, please…please...Now! Now!” Arianna tidak boleh bercerita. Otaknya beku dan tepu kerana terlalu takut.

Tiada jawapan daripada Zahran, sebaliknya lelaki itu memutuskan panggilan.

TANPA pamit kepada rakan-rakannya, Zahran berlari ke lif lalu menekan butang 13, di mana dia menempatkan Arianna.

Gelisah dia menunggu lif bergerak tingkat demi tingkat. Sudahlah dia membawa anak dara orang secara haram, jika ada sesuatu berlaku, nahaslah dia.

Sebaik sahaja lif sampai di tingkat 13, dia berlari ke bilik Arianna. Dari jauh dia melihat Arianna bertinggung di luar bilik sambil menyembamkan wajah pada lutut.

Semakin dekat, semakin jelas dia mendengar Arianna seperti menggumam sendiri. Namun dia tidak dapat menangkap apa yang diperkatakan.

Matanya pula menangkap kesan darah pada lengan gadis itu yang membuat dia diserang panik tidak semena-mena.

“Arianna…”

Perlahan Arianna mengangkat muka. Sebaik melihat Zahran, dia segera berdiri lalu menerpa ke arah lelaki itu.

“Ada orang masuk bilik I. D-Dia…” Arianna tidak dapat meneruskan cerita. Suaranya tersekat dan nafasnya sesak.

Zahran menghampiri pintu bilik Arianna, namun pintu itu sudah tertutup rapat dan tidak dapat dibuka jika tidak ada kunci.

“Did he hurt you?” tanya Zahran sambil memandang Arianna.

Arianna geleng.

Zahran mengeluarkan telefon lalu menghubungi pengurus dan memintanya membawa kunci bilik.

Sementara menunggu pengurus datang membawa kunci, Zahran tidak bertanya apa-apa memandangkan Arianna kelihatan benar-benar takut. Wajahnya pucat pasi dengan tubuh yang mengggil hebat.

Sepuluh minit menunggu sebelum pengurus muncul dengan nafas yang mencungap. Kunci bilik disentuh pada kenop sebelum pintu terbuka.

“You come with me,” ujar Zahran sambil memandang pengurus yang mungkin tua beberapa tahun daripadanya.

Mereka bertiga melangkah masuk. Bekas tapak kaki Arianna dengan kesan darah mengotori lantai bilik membuat Zahran dan pengurus yang memakai tag nama Haikal itu cuak.

“Dekat toilet,” ujar Arianna.

Zahran dan Haikal menuju ke bilik mandi. Serentak mereka berdua terundur melihat keadaan di dalam sana. Darah membasahi lantai dan mengotori dinding, serta bangkai tiga ekor ayam dengan kepala terkulai di dalam tab mandi. Terdapat catatan pada cermin yang mungkin ditulis dengan menggunakan darah.

-Greetings from your karma.-

Share this novel

Noraisyah Ishak
2022-06-22 19:02:05 

sambung lg plzz


NovelPlus Premium

The best ads free experience