Rate

Bab 1

Young Adult Series 2197

“ Ya Allah, handsomenya mamat ni, ” terjerit jerit Sofea Hayni sambil memukul bahu Harina di sebelah apabila menatap permandangan indah dihadapan matanya. Walaupun wajah itu hanya mampu dilihat di dalam sebuah gajet yang bernama telefon, dia tidak kisah. Harina di sebelah tergeleng geleng kepala melihat kelakuan kawan baiknya itu.
“ Apa pasal dengan kau ni? Kalau ya pun teruja tak payah la pukul aku macam ni. Kau ingat aku ni bantal busuk kau? Tak ada rasa sakit bila kena pukul dengan tangan kau yang besar macam telapak gajah tu?” bebel Harina. Dari tadi dia melepak di rumah Sofea itu. Dari tadi jugalah kawan baiknya itu tidak henti menatap skrin telefon konon konon sedang melihat idolanya.
“ Ala, sorrylah. Kau janganlah marah aku. Marah la dia ni siapa suruh dia handsome sangat. Kau yang duduk kat tepi aku ni lah jadi mangsa. Tak kan adik aku yang duduk dekat asrama pulak aku nak pukul,” balas Sofea Hayni sambil tersengih sengih seperti kerang busuk.
“ Aku dari pagi tadi lagi duduk tercongak kat sini? Kau tahu tak? Sejak pagi tadi sampai sekarang jugak lah kau asyik sebut Syaif, Syaif, Syaif. Penat tahu tak telinga aku ni dengar. Meh sini nak tengok sikit siapa yang kau duduk tengok sampai nak telan telefon tu. Handsome sangat ke, ” Harina merampas telefon bimbit yang berada ditangan Sofea. Ditatapnya lelaki yang sedang membuat video slowmotion menggunakan aplikasi tik tok itu.
' Lerh... Itu aje ke video yang budak ni tengok sejak pagi tadi? Aku ingatkan video apa. Video cap main slow-mo yang dia tatap tak henti henti rupanya, ' diperhatikan satu persatu video yang ada di dalam ig Syaif_ itu.
' Hmm boleh la. Not bad, ' getusnya dalam hati.
“ Haa. Macam mana? Handsome kan? Mesti kau jatuh hati kan? Aku tahu. Kalau kau tak beritahu aku pun aku tahu. Memang tak normal la kalau orang yang tak jatuh hati bila tengok Syaif, " kata Sofea Hayni seraya mengambil telefonnya kembali lalu dipeluk erat sambil tersenyum senyum dengan matanya terpejam.
' Apahal minah ni. Dah tak betul ke apa?' berkerut wajah Harina melihat lagak Sofea Hayni yang sudah seperti... Seperti apa eh?
” Hmm, sorrylah Pia, aku tak minat manusia manusia macam ni. Ish, aku hairanlah. Macam mana diorang boleh famous sampai dapat followers 1M ni? Padahal buat video slowmo sambil main rambut, geleng geleng kepala camtu aje. Haish, apa nak jadi budak budak zaman sekarang ni, "
" Amboi, sedap cakap diorang tu budak. Habis kau tu dah dewasa eh? Padahal sama umur dengan aku jugak. Apalah kau ni Rina. Jangan cakap macam tu takut nanti kau pulak tersangkut dengan diorang , " balas Sofea Hayni.
“ Ye la. Aku lupa yang kau ngan aku sebaya. Aduh ni la padahnya kalau kuat makan semut, ” omel Harina
“ Euuwww, Rina kau makan semut ke? Gelilah, ” balas Sofea Hayni sambil menjuih mulut tanda kegelian.
“ Eleh. Overla kau ni Pia, macamlah semut tak pernah masuk dalam air kau lepastu kau minum, ” balas Harina sebelum menyambung sambil mencebik.
“ Belum apa apa dah over macam Si Syaif kau tu, ”
“ Dah jodoh nak buat macam mana, ” balas Sofea Hayni bersahaja.
“ Ish tak malu ambil jodoh orang, ”
“ Mana kau tahu yang dia tu bukan aku? Siapa tahu kalau Allah SWT dah tetapkan jodoh aku dengan dia, ” laju sahaja ayat tersebut keluar dari bibir Sofea Hayni.
“ Yalah, kau menang, ” keluh Harina. Dia tahu jika dia berdebat dengan Sofea pasti ada saja ayat yang gadis itu akan jawab. Senang kata asyik dia saja nak menang. Harina ketawa kecil mengenangkan perangai sahabatnya itu.
“ Tapi tak apa, aku doakan semoga Syaif bertemu jodoh dengan Nur Harina Khalisya Binti Zaidi. Amin, ” kata Sofea Hayni sambil menadah tangan lalu diraup ke mukanya.
“ Ish, asal aku pulak? Kau sajalah ambil. Aku tak nak. Tak pasal pasal aku pun joget slow mo juga dengan dia, siapa nak tanggung? kau nak tanggung?”
" Eleh, takkan sampai macam tu la Rina. kau saja yang overthinking. Haa satu lagi, kau nak duduk kat rumah aku sampai ke malam ke apa? Sekarang dah maghrib, tak takut ke ratu hati kau dekat rumah meletus sebab kau balik lewat? "
" Ya Allah, Pia, kenapa kau tak bagitahu aku dah maghrib? Matila aku, " Harina menjerit kuat apabila dia melihat jam rumah yang tergantung elok di dinding rumah Sofea itu.
" Maghrib Rina, maghrib. Tak elok la menjerit macam tu, " tegur Sofea Hayni.
" Dah la aku balik dulu, " balas Harina sambil berlari keluar dari bilik Sofea.
" Haa, baru keluar Rina? Dah nak balik ke?" soal Mak Mah, ibu kepada Sofea.
" Ya Mak Mah, kalau Rina tak balik sekarang mesti umi Rina marah. Aduh macam mana Rina boleh tak perasan dah maghrib. Rina balik dulu ye Mak Mah? " balas Harina seraya bersalam dan mencium tangan Mak Mah tanda hormat kepada orang tua itu.
" Haa, iyalah. Elok elok jalan kaki tu, " pesan Mak Mah
" Iya Mak Mah, " Harina menyahut dari luar rumah. Dia sedang kalut memakai selipar lalu bergegas pulang ke rumahnya.
Mak Mah tergeleng gelang sambil tersenyum melihat telatah Harina itu.
" Macam macam la budak zaman sekarang ni, " Mak Mah tertawa kecil.


******************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience