Rate

Lifetime's Love

Short Story Completed 26341

Aku menatap wajahnya dari kejauhan. Keluhan sekali lagi keluar dari mulutku. Apa yang perlu aku lakukan? Bagaimana caranya?

Dari kejauhan, Adam melambai kepadaku. Aku mengukir senyuman hambar sambil membalas lambaiannya. Dia berlari-lari anak menghampiriku di tepi padang. Mukanya dibasahi keringat kerana bermain bola sepak.

"Lama dah kat sini?”tanyanya sejurus duduk di hadapanku. Tangannya cepat saja mengambil buku di hadapanku dan membeleknya.

“Hmm…nice book,”komennya. Aku tetap diam. Pertanyaannya kubiarkan sepi. Lamunanku terbang disapa angin bila tangan Adam melambai dekat diwajahku. Dan untuk kesekian kalinya, aku tersenyum lagi.

“Adam teman Fan balik balik hari ni boleh?” ajakku. Fia mengarahkan jarinya ke porch motosikal di tepi pagar sekolah. Fahamlah aku yang hari ini dia datang menaiki motosikalnya. Perasaanku mendesak-desak aku untuk memintanya menemankan aku pulang sekali lagi.

“Bukan adik Fan datang jemput ke?” memang benar adikku Fahim akan datang menjemputku menaiki basikal. Sekadar peneman jika aku ada kelas tambahan atau group discussion di sebelah petang. Tetapi kali ini aku benar-benar mahu dia menemankanku sekali walaupun Fahim ada. Aku tahu yang Adam sudah maklum aku tidak suka berdua-duaan sengannya. Aku memandangnya dengan pandangan penuh berharap. Bila dia memandangku lama dan kemudian tesenyum, aku menghela nafas lega.

************

“Kiranya rumus ni salahlah?” Adam mengangguk. Aku memotong semua jalan kira yang kulakukan dan mula mengira yang baru. Walaupun aku ligat mengira, mataku tetap dapat menangkap pandangan Adam yang tepat wajahku.

“Fan,” panggilnya.

“Hmm….,”balasku endah tak endah.

“Nur Faneeha,” suaranya sedikit tegang. Segera aku memandangnya.

“Iya Adam,”dia mendengus geram seolah marah bila aku tidak serius.

“Apa yang tak kena ni? Kenapa Fan nampak pelik lately ni? Cuba Fan cerita kat Adam,”tanyanya. Kali ini nada dan postur duduknya sudah berubah. Seratus peratus tumpuannya diberikan kepadaku. Aku mula cuak. Adam perasan dengan perubahanku.

'Banyak yang tak kena Adam. Banyak yang Fan nak cerita dan beritahu. Tapi Adam boleh terima ke?'. Hatiku merintih. Terasa meronta ingin meluahkan apa yang terpendam tetapi kekuatanku hilang tatkala melihat bening matanya yang redup merenungku. Aku jatuh kasihan dan sedih melihatnya.

“Kenapa tanya macam tu? Ada apa - apa yang Fan tak patut buat ke?” aku memulangkan soalan. Adam diam seketika.

“I know you're hiding something from me. Fine!” habis berkata, dia terus keluar dari kelas. Aku makin dilanda kesedihan. 'Apa perlu Fan buat Adam? Kita dah tak sesuai bergandiangn lagi. Family Fan dah muflis!'

******************

Adam Datuk Azmi. Lelaki pertama yang berjaya mengambil tempat di hatiku selepas keluargaku. Dia lelaki yang cukup serba-serbi. Wajah, kepandaian dan kemewahannya menarik hati ramai gadis untuk mendekatinya. Tetapi, aku juga yang dipilihnya. Dan sehingga kini sudah 2 tahun kami berpasangan.

Ada kala, perasaan lucu menerjah di hati bila mengingatkan zaman awal perkenalanku dengannya. Aku, Nur Faneehah, yang sangat susah untuk didekati insan bernama lelaki. Bukan kerana aku benci ataupun takut dengan mereka. Itu adalah zahirku. Aku kurang sensitif dengan kehadiran lelaki di sekelilingku. Hinggalah Adam muncul suatu hari di hadapanku dan mengaku bahawa dia suka padaku semenjak dia terlihat aku di sebuah bus stop di bandar.

Memang melucukan. Cuba bayangkan, aku , seorang gadis yang kurang peka dengan lelaki sekelilingku disukai seorang jejaka idaman ramai. Adakah itu yang sedang terjadi?

Akhirnya selepas 3 bulan berusaha, aku menerimanya sebagai teman lelakiku. Aku jatuh suka pada kematangan dan sikap bersahajanya. Mungkin sudah terasuh dengan keluarganya yang sibuk dan bersahabat dengan ramai orang ternama. Dan apa yang membuatkan aku bersetuju juga adalah kerana dia tidak seperti sesetengah lelaki yang berfikiran sempit dan kotor. Dia hormat padaku dan tidak pernah menyentuh hal peribadiku.

Walaupun begitu, aku dan dia tetap terhubung dengan sesuatu. Perasaan yang kami sendiri tahu wujud di antara kami. Dan perasaan yang dibajai selama ini benar-benar membuatkan aku dan Adam memahami diri dan kehendak masing-masing. Di sekolah,kami digelar pasangan yang paling ideal memandangkan kami pasangan yang sangat menjaga batas dan antara pelajar yang terbaik di sekolah. Aku sukakan dirinya dan dia juga begitu. Tidak perlu untuk kami mengubah diri semata-mata untuk menjadi pasangan yang perfect.

“Adam sukakan Fan. Your way, appearance and your way of thinking is more than enough for me. That's all. I want nothing more than that. No need for Fan ubah atau berlakon. I like you,the way you are,”cebisan kata-katanya yang membuatkan aku percaya dengan keikhlasannya kepadaku. Aku tahu, Adam ikhlas padaku..dan aku juga tahu, hatiku pastinya susah mahu memudarkan namanya semula.

************

Aku mendekati Adam yang sedang memperkemaskan duduknya di atas motosikalnya.

“Adam,” perlahan suaraku. Cukup untuk pendengarannya seorang. Dia terpinga seketika melihatku. Belum sempat dia bersuara, aku cepat-cepat memotong.

“Kita jumpa esok. 5 petang dekat bus stop biasa. Kita berdua saja. Fan tunggu,” dan aku terus melangkah pergi. Pasti dia terkejut kerana ini kali pertama aku mengajaknya berjumpa tanpa ditemani adikku Fahim.'Adam kena datang! Fan akan beritahu semuanya esok. Dan sama-samalah kita hadapi hakikat yang bakal terjadi nanti'

**************

Aku sedikit terkejut bila Adam datang bersama gitarnya. Dahulu dia kerap menelefon dan mendendangkan lagu dengan gitarnya. Terasa lucu bila teringat dia pernah merajuk denganku gara-gara aku tertawa mendengar nyanyiannya. Aduhai..Adam…Adam… Bila sikap kenakannya terlihat, mudah benar dia berjauh hati dengan semua tingkahku. Walaupun dia kelihatan sangat matang, tetapi ada juga waktunya dia agak childish. Mungkinkah semua ini akan berlaku lagi?

“Adam nak nyanyikan satu lagu untuk Fan. Tapi masa nak balik nanti,” ujarnya bersama senyuman. Nafasku terasa disekat dengan kata-katanya.

“Sekarang tak boleh?” aku mencuba nasib. Aku bimbang. Mahukah dia menyanyikan lagu untukku selepas apa yang bakal terjadi nanti?

“Nope. Masa nak balik nanti,” tegas suaranya, Seperti tiada lagi kompromi terhadap permintaanku. Mataku terasa panas tiba-tiba. Terasa dia jauh denganku walaupun perpisahan ini belum lagi terjadi.

“Walau apa pun penghujungnya pertemuan kita ni, Adam akan tetap nyanyikan lagu ni untuk Fan masa balik nanti,” sambungnya lagi. Saat itu, tanpa ditunggu-tunggu lagi, air mataku serentak bertakung dan menitis keluar. Adam tetap tenang memandangku.

“Fan sayang Adam,”luahku. Tiada lagi segan dan silu dalam diriku. Dia bangun dan menghampiriku. Aku merenung matanya dalam dan menarik nafas panjang.

“Let's break,”dengan sekali nafas saja, aku sudah terasa tikamannya di hatiku. Adam apatah lagi. Matanya cukup jelas menggambarkan rasa hatinya. Inikah perasaannya bila pasangan berkasih berpisah? Tidak, aku jauh terasa lebih hebat penangannya. Kerana hubungan kami ini bukannya biasa. Kami tidak berkasih sehingga ke langit ketujuh seperti pasangan lain. Kami tidak dibuai mimpi indah bersulamkan janji-janji manis seperti pasangan yang lain. Dan kami tidak juga hanyut dengan dorongan nafsu di dalam diri.

Aku dan Adam berpijak di bumi yang nyata. Aku dan dia sentiasa memastikan kami masih di dunia nyata. Kami tidak pernah berjanji manis, kerana kami tahu bahawa janji itu tidak mempunyai jaminan di dalamnya. Kami tidak pernah membuai mimpi indah. Kerana kami tahu mimpi itu takkan menjadi nyata jika kami berterusan di dalam dunia fantasi cinta. Jadi apa yang sedang aku rasakan ini,jauh lebih hebat pedihnya dari pasangan lain. Berpisah secara baik ada kalanya lebih menyeksakan dari berpisah dengan pergaduhan.

Sedetik, dua detik berlalu. Akhirnya baru Adam bersuara.

“Betul ini apa yang Fan mahu?” aku terkaku. Terkaku dengan ketenangannya menerima semua ini.

“Adam, Fan sebenar…,”

“Betul atau tidak?” Adam memintas. Aku sudah habis daya mahu melawan apa yang terjadi. Anggukanku memberikannya jawapan.

“I accept it,”terimanya.Esakanku mula pecah. Aku sedih melihat ketenangannya sedangkan ini adalah apa yang aku harapkan selama ini. Aku tidak mahu dia bersedih. Tetapi, bila ianya menjadi kebenaran, aku pula yang terasa dirobek. Mengapa aku tidak tenang sepertinya?

“Don't cry Fan….you're hurting me…,” dia ketawa sedikit dan menggeleng. Seperti tidak menyangka ayat itu akan keluar dari mulutnya.

Aku gagahkan diri menyapu sisa-sisa air mata di pipi. Terasa bodoh bila menangisi perpisahan ini tanpa sebab yang kukuh. Dia dan aku masing-masing tahu, kami tidak menginginkan semua ini. Sedaya upaya aku cuba mengukir senyuman untuknya.

“Adam, Fan mintak maaf sangat-sangat. Fan pun taknak jadi mcam ni,”

“It's okay. Whatever it is, Adam terima sebaik mungkin. Even Adam sendiri tak tahu apa sebabnya,tapi Adam yakin Fan ada reason yang kukuh untuk semua ni,”

“I want to stand by your side forever, if I can. But, Fan nak kita bergandingan dalam keadaan yang sama. I want to stand on my own feet. Bukan di atas nama dan kesenangan orang lain. Fan harap Adam boleh faham,”aku menegaskan pendirianku. Adam merenungku lama. Cuba memahami maksud yang tersirat. Aku tahu Adam bukannya bodoh untuk memahami apa yang sedang aku bicarakan. Dengan status keluargaku yang sudah muflis sekarang, aku perlu sedar diri. Aku sudah tidak sesuai lagi dengannya. Dan sekarang, aku mahu bangun dengan segala kudrat yang ada. Bila tiba saatnya, aku akan kembali ke sisinya jika ruang untukku masih kosong. Aku tidak mahu dipandang rendah oleh sesiapa pun meskipun aku tahu Adam mungkin tidak kisah bagaimana keadaan hidupku.

"Adam faham. Tapi,satu benda Adam nak minta,”aku memandangnya. Menunggu dia menghabiskan bicara.

"Promise,”ungkapnya.

“Promise what?”tanyaku pantas.

“Adam tahu kita dah break. Tapi, Adam tahu Fan pun tak mahukan semua ni. I want Fan to make a promise. So do I. Janji kita akan bersama semula nanti. I'll always want you. Only Nur Faneeha. I want to be your lifetime's love,” aku terharu mendengar patah-patah perkataan yang Adam ucapkan.

“Jangan berjanji,”aku mengingatkan. Adam menggeleng.

“No. Adam mahukan janji ni. Adam tahu hati manusia mudah berubah. Tapi Adam tahu hati Adam. Sepanjang Adam hidup, ini first time I want something this badly. From the first moment I saw you. Fan lah perempuan pertama yang berjaya buat Adam terbuka hati. And for that, you have to take the responsibility,”aku tersenyum-senyum kelucuan. Tidak pernah Adam bermadah sebegini.

“Adam serius ni!”bentaknya bila melihatku tertawa. Sikap keanakannya terserlah benar di mataku.

“Besarnya tanggungjawab Fan. Bukan Fan pun yang suruh buka hati tu. Yang Adam memandai-mandai buka tu siapa suruh?”tempelakku. Hilang suasana sedih yang menyelubungi tadi.

“Your eyes tu yang buka hati Adam ni. Mata nampak lurus dan shining tu yang buka hati Adam ni. So, Fan kenalah bertanggungjawab. Jangan pandang orang lain, selain Adam seorang. Nasib baiklah Fan ni jenis yang tak hirau lelaki sekeliling. Kalau tak, mesti Adam tak dapat Fan sekarang,”panjang lebar ulahan Adam. Dialah orang pertama yang berkata begitu tentang mataku. Bukannya cantik tetapi kelihatan telus dan lurus. Adam..Adam…aku sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dia jatuh hati padaku. Rupa memanglah sempurna, tetapi jauh sekali untuk digelar cantik jelita.

“Emm…song dedication please….”bersahaja akumeminta lagu yang dijanjikannya.

****************

Itu semua dulu….

Dulu,semasa aku di zaman remaja..

Kini, aku di sini. Masih berpijak di bumi nyata. Dan masih menunggu kedatangan my lifetime's love ku. Menunggu Adamku.

“Cik Faneeha, our meeting's going to start,” aku segera bangun dari dudukku. Laila menghulurkan tangan untuk mengambil fail di tanganku. Aku pantas menggeleng.

“No, it's okay,”. Aku menghela nafas panjang. Hari ini, aku akan membentangkan paperwork yang bakal menentukan kedudukanku di dalam syarikat ini. Sama ada masih di takuk lama, ataupun meningkat satu tangga lebih tinggi sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah yang termuda. Seiring dengan pintu bilik mesyuarat yang terbuka, aku terasa satu kepuasan yang tak terjangka. Adam, inilah apa yang Fan mahu perjuangkan. Fan sudah mencapainya. Adam macam mana?

******************

“Nur on the way ni mak,”aku memulas stereng ke kanan bila lampu isyarat menunjukkan warna hijau.

“Sekejap lagi sampaila ni mak. Alah, mak ni tak sabar-sabar,”aku tergelak kecil dengan telatah emak yang begitu tidak sabar menungguku pulang. Selepas memberi salam, aku meletakkan handphone ku di dashboard. Aku memandang jam yang mengunjukkan pukul 6 petang. Banyak kereta bersimpang siur di kiri kananku. Masing-masing sibuk selepas pulang dari kerja. Kelihatan beberapa pasangan remaja di bahu jalan. Remaja zaman sekarang, sudah pandai bercintan-cintun. Apa kurangnya aku dulu. Cuma apa yang berbeza, aku sangat mementingkan pelajaran lebih dari segalanya. Begitu juga Adam. Kami tahu, masa takkan dapat diputarkan jika kami gagal di dalam pelajaran.

Aku menekan brek di lampu isyarat yang seterusnya. Aku menarik handbrek memandangkan lampu isyarat lambat lagi mahu membenarkan aku pergi. Disebabkan keretaku berada benar-benar di bahu jalan, aku sempat menoleh memandang gelagat beberapa orang. Ada pasangan sedang berjalan berduaan sambil berkongsi aiskrim. Di belakangnya, terdapat satu keluarga kecil yang sedang bergurau senda dengan anak mereka. Comel benar anaknya di mataku. Sempat lagi aku memandang restoran yang agak jauh tetapi sayup-sayup pemandangannya. Suasananya yang nampak suram dan romantik itu dipenuhi ramai orang dan semestinya orang yang sedang berkasih. Cara mereka berpegangan tangan dan duduk yang rapat membuatkan aku pasti mereka belum lagi halal untuk bersentuhan.Dunia…dunia…apa yang akan menyedarkan mereka? Apakah hanya bila matahari terbit di sebelah barat baru mereka mahu sedar? Semuanya sudah terlambat pada masa itu.

Bila aku memalingkan pandangan ke hadapan keretaku, mataku membulat. Beberapa kali aku menggosok mata. Adam? Aku memicingkan pandangan untuk mengenal pasti. Benar, Adam berada beberapa meter di hadapan keretaku. Separuh dari hatiku gembira yang teramat tetapi separuh lagi menghalang bila melihat gadis yang sedang berjalan seiring dengannya. Cantik. Itu perkataan pertama yang terkeluar dari fikiranku saat melihatnya. Kalau tidak, masakan beberapa lelaki tertoleh-toleh melihatnya. Pasti mereka menarik perhatian ramai orang dengan kekacakan dan kecantikan yang ada. Bagai pinang dibelah dua.

Aku hilang kata. Dalam erti kata lain, aku terasa kosong. Apa yang sedang berlaku? Adam sedang berjalan di hadapanku bersama seorang wanita lain . wanita yang kelihatan sangat mesra memaut lengannya. Benarkah itu Adam. Bukankah seminggu selepas kami berjanji itu dia pergi ke luar negara? Jadi bagaimana dia berada di sini? Mengapa dia tidak mencariku? Ya Allah…akukah yang terlalu mengharap selama ini?

Bunyi hon yang memanjang menyedarkan aku. Cepat-cepat aku beristighfar dan memberi tumpuan. Hatiku berkocak hebat dan mataku gatal sahaja mencari kelibat pasangan tadi yang kini berada di bahu jalan bedekatan keretaku.

Zapp! Pandanganku berlaga dengan mata Adam. Nafasku terasa terhenti. Matanya juga membulat terkejut melihatku. Pasti dia memandang kerana bunyi hon yang bertalu-talu di belakangku. Aku tidak tahu reaksi bagaimana yang patut aku pamerkan. Sedih atau gembira? Pantas aku memandang ke hadapan semula dan menekan pedal minyak selaju yang mungkin. Makin lama, aku makin jauh dari pandangan matanya. Tetapi hakikatnya, aku tetap tidak dapat lari dari perasaanku padanya. Sudahlah, aku memujuk hati sendiri. Apa lagi yang kuharapkan? Pasti itu temannya yang baru. Jauh sekali jurangnya jika hendak dibandingkan dengan diriku. Siapalah aku….aku cuma lifetime's love nya yang setia di sisi yang jauh. Jauh dari pandangannya walaupun dari ekor mata.

***********

Hari terasa lambat benar berlalu. Sesekali aku mengerling jam di tangan. Alahai…apasal lambat sangat wakil yang dihantar ni? Aku sudah mendengus geram. Bukan sikap aku kiranya janji tidak ditunaikan. Aku menekan interkom di atas meja. Kedengaran bunyi ganggang diangkat.

“Call kan representator dari Mewah Maju Holdings and cancel kan appoinment ni! I'm wasting my time waiting for a gentleman like that,”arahku. Aku sudah malas mahu menunggu wakil yang sepatutnya datang ke pejabatku jam 3 petang tadi sedangkan sekarang waktu menunjukkan pukul 3.30 petang. Suara deheman seorang lelaki di talian mengejutkan aku.

“Laila?”panggilku.

“That 'gentleman' is here. So, can I come in?”aku menarik nafas panjang. Memang 'gentleman' betul! Berani sungguh dia mengangkat ganggang. Pasti Laila tiada di tempatnya. Aku terus mematikan talian. Kemudian pintu bilikku diketuk dari luar.

“Masuk,” daun pintu terkuak dari luar. Aku berdiri untuk menyambut tetamu yang datang. Namun langkahku terhenti di hujung meja. Adam!

“Assalamualaikum,”Adam memulakan bicara dengan senyuman di bibirnya. Terasa cair hatiku melihatnya. Tetapi cepat-cepat aku menyekat segala kenanganku dengannya. Dia bukan Adam yang ku kenali lagi.

“Waalaikummussalam. Hi ,Adam. What a pleasant surprise to meet you here,”aku berpura-pura terkejut melihatnya.

“Come,have a seat. Let's start our discussion,”sambungku. Mukanya sedikit terkejut melihat sambutan dinginku tetapi dengan segera dia memaniskan mukanya. Sepanjang perbincangan, aku yang lebih banyak berbicara. Adam hanya mendengar dansekali-sekala ada juga dia tertangkap sedang merenungku. Hatiku terasa disayat bila melihat setiap reaksinya. Sepatutnya ini adalah pertemuan yang sangat menggembirakan. Tapi apa yang terjadi kini adalah sebaliknya.

“So Encik Adam,if there's anything, just give me a call ok,”aku menamatkan perbincangan kami mengenai usaha sama syarikatku dengan syarikat yang diwakilinya. Aku berpaling menuju ke mejaku semula.'Cepatlah pergi', hatiku berdetik. Aku sudah tidak tahan berdepan dengannya lagi.

“Fan,”panggilnya. Seiring itu,langkahku terhenti.

“Fan tak gembira Adam balik?”soalnya. Kalaulah aku bisa menjerit, pasti sudah lama ku khabarkan kepada semua orang, lelaki yang ku tunggu-tunggu selama ini sudah pulang. Tapi itu semua tidak mungkin. Suaraku tidak lagi terkeluar bila mengingatkan apa yang kulihat tempoh hari.

“I'm happy. Very happy,”jawabku sambil mengemas fail di atas meja.

“But you don't seem happy to me,”saat itu dia sudah berada berhadapan denganku di meja. Aku merenungnya lama. Betapa aku rindukan lelaki ini. Aku rindu hendak berbicara dengannya. Aku rindukan ketenangan di wajahnya dan aku rindukan segala perkara tentangnya. Tetapi layakkah aku menzahirkan perasaan itu?

“Gembira tak semestinya kena tunjuk Encik Adam. I can express it in many way,”balasku bersahaja.

“Expressing it by ignoring me?”suaranya sudah kedengaran tidak puas hati.

“Listen Fan.Kalau ini disebabkan apa yang Fan nampak hari tu, you're totally wrong. Adam baru je sehari balik and that women is my cousin,”sepupu? Jadi apa perlunya kemesraan yang ditunjukkan itu? Sepupukah begitu?

“She's beautiful. Suit you. Macam pinang dibelah dua,”uajrku perlahan. Walau terasa pedih, aku perlu mengucapkannya.

“Fan! Adam just nak Fan ok. My cousin has nothing to do with this. Even dia ratu dunia pun, hati Adam tetap pada Fan. I'm your lifetime's love. Remember? Itu yang Adam janji dan itu yang akan Adam tunaikan,”tulus Adam bersuara. Aku masih kaku di situ. Jika benar itu sepupunya, takkan sampai begitu sekali. Aku amat yakin, pasti mereka telah dijodohkan. Aku amat-amat pasti.

“Encik Adam,kita tak sesuai. That's the reality. kita tak pernah sama. Jurangnya jauh,”Adam tiba-tiba ketawa.

“That's always the point, right? Tak sesuai! Ini kali kedua Fan. Kalau kali pertama dulu Fan jadikan ini sebagai alasan, sekarang pun sama? Lapuk!”suara Adam mula meninggi. Aku sudah mula cuak melihat perubahannya.

“Encik Adam..I think..,”

“Dulu Adam, sekarang Encik Adam. Dulu Fan, and now what? Miss Nur Faneeha?”aku terpaku. Apa yang sedang Adam katakan? Aku tahu, dari nadanya,dia terasa denganku. Tapi tahukah dia tentang perasaanku? Aku juga terasa. Bertahun dia meninggalkan Malaysia tanpa sebarang khabar berita. Tiada panggilan telefon mahupun emel. Aku terkapai-kapai berpegang pada janjinya. Dan sekarang dia muncul begitu saja dihadapanku. Jadi bagaimana aku patut bereaksi?

“Yes. Call me Miss Nur Faneeha!”usai berkata aku terus keluar dari pejabatku. Sakit di hati usah diceritakan lagi. Adam benar-benar menyakitkan hatiku!

Semasa pintu lif hendak tertutup, satu tangan menahannya. Wajah Adam terjengul di balik pintu lif.

“My cousin name's Natasya. And she's going to be my fiancee next month,”dan pintu lif terus menutup. Sama seperti tertutupnya mindaku untuk berfikir lagi.

************

Aku bergegas keluar dari bilik mesyuarat. Terasa air mata akan berhambur keluar bila-bila masa sahaja. Terasa hatiku dirobek melihat Adam datang bersama bakal tunangnya. Tambah menyakitkan lagi, wanita yang bernama Natasya itu seperti sengaja menayangkan Adam adalah miliknya pada semua orang. Sepanjang bermesyuarat, aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian.

Sebelum masuk ke bilikku, sempatku berpesan pada Laila yang aku tidak mahu sebarang gangguan mahupun panggilan telefon. Aku benar-benar mahu bersendirian. Letak saja dudukku di kerusi, air mata terus menitis keluar. Sampai hati Adam memperlakukan aku sebegini. Aku atau dia yang lebih kejam sebenarnya? Mampukah aku bertahan dengan situasi begini sepanjang kontrak dua syarikat ini berjalan?

“Crying?”aku tersentak. Mengapa aku tidak mendengar sebarang bunyi? Bagaimana dia boleh masuk? Aku bergegas bangun dan berdiri di tepi jendela. Air mata yang berbaki aku kesat. Kelihatan panorama di luar yang bersimpang-siur dengan kereta dan lautan manusia. Sedetik cuma, aku terasa kehadirannya di sisiku. Bersama memandang keluar jendela.

“Your tear's hurting me,”ayat yang pernah diucapkannya dahulu. Semuanya dusta! Mengapa perlu diungkit kisah yang lama?

“I beg you, pleasae stop all this. Fan ada hati macam manusia lain,”ucapku perlahan. Dia mengeluh berat.

“Adam pun ada hati juga Fan. Why don't you understand that?”tanyanya padaku. Dia menyalahkan aku atas apa yang terjadi.

“Apa yang Adam janjikan 7 tahun dulu tetap sama. Dan Adam balik untuk tunaikan janji tu. Adam balik bila Fan dah capai apa yang Fan mahu. Bukan macam tu?”aku diam. Memang benar, aku sudah mencpai apa yang aku inginkan. Aku sudah membantu ayah membangunkan semula syarikatnya yang dahulu jatuh menjunam. Dan aku sendiri boleh berbangga dengan segala usaha titik peluhku di syarikat ini.

“You left me without any news. No calls, no emel. What did you expect me to think Adam?”balasku semula.

“Adam hormat keputusan Fan. When we broke up, I thought you really mean it. Adam tahu Fan mampu lakukan semua tu tanpa Adam. Sekarang semua tu dah terbukti. Adam balik ni memang semata-mata kerana Fan. Adam ada. Always by your side. Semua jatuh dan bangun Fan ada dalam genggaman dan pengetahuan Adam. Adam cuma taknak jadi halangan untuk cita-cita Fan,”aku sudah bertentang mata dengan Adam. Melihat kejujurannya dalam berbicara.

“Betul?”terasa bodoh bertanya begitu. Hakikatnya, aku sudah kematian idea untuk berbicara. Adam benar-benar mengejutkan kau dengan pengakuan berani matinya ini.

“Adam tahu kenapa Fan mintak break dulu?”anggukan Adam menjawab semua persoalanku. Sekarang aku sedar, betapa menggunungnya sayang dan hormat Adam padaku. Dia sedikitpun tidak menyentuh tentang semua perkara itu. Pasti dia bimbang aku malu dengan segala yang terjadi.

“I'm sorry,”pintaku. Aku memintal jari jemariku. Tidak berani kau mahu memandang Adam dek kerana malu yang terlampau ini. Terdengar tawa halusnya.

“I'm sorry too…tak patut Adam marah-macam tu hari tu and sakitkan hati Fan pasal my cousin tu,”spontan kepalaku terangkat memandangnya.

“Adam dah bertunang….,”sayu suaraku bila mengingatkan hakikat tersebut. Adam menggeleng-geleng.

“Natasya suppose to be my fiancee if……,”die berjeda seketika.

“Fan tolak Adam,”sambungnya.

“No need to calm me down. Fan boleh nampak. Dia memang sukakan Adam,”

“Kalau pun dia suka, tapi Adam tak mahu. It's still the same. Actually, my mum's letak syarat. If Adam tak dapat bawak Fan balik ke rumah jumpa dia, Natasya will automatically be my fiancee,”jelas Adam.

“Your mum knows me?”soalku sedikit terkejut.

“From the first time I met you, my dear,”terasa mahu saja aku sorokkan mukaku di bawah meja. Betapa Adam merancang dengan sangat rapi segalanya tentang kami berdua. Cuma aku seorang saja yang terpinga-pinga tidak ketentuan.

“So, Nur Faneeha…….how about our promise?”setelah beberapa detik mendiamkan diri, Adam bersuara semula.

“Lifetime's love?”Adam mengangguk.

“Fan dah janji, so mestilah Fan tunaikan,”tegasku. Darah terasa menyerbu ke muka kerana secara tidak langsung aku sebenarnya mengaku bahawa aku sukakan dirinya.

“Me too…I'll never breaks my promise. Adam Azmi will be Nur Faneeha lifetime's love till death take us apart and till Allah let us be together,”

**********

Aku hampir tersadung ditarik adikku, Hani ke depan. Entah apalah yang dikecohkan di ruang tamu sehinggakan bergema bunyi tepukan dan sorakan. Bingit telingaku mendengarnya. Sampai saja di ruang tamu yang penuh dengan saudara terdekat dan jiran-jiran tetangga beserta tetamu yang datang lewat petang, kakiku terasa berat untuk melangkah.

Adam sedang memegang mikrofon di tangannya. Fahamlah aku, mereka bersorak mendengar dia berkaraoke. Aku terasa kelainannya bila dia memberi mikrofon kepada seseorang di sebelahnya dan tangannya tiba-tiba sudah memegang sebuah gitar. Oh tidak…..aku sudah berpatah ke belakang semula. Tetapi Hani cepat benar menangkap pergelangan tanganku dan menarik aku duduk di tepi Adam. Adam tersenyum melihat tingkahku. Dia menyentuh sedikit belakang tapak tanganku.

“Stay here,”bisiknya perlahan. Kalaulah aku mampu, pasti sudah lama aku memecut lari masuk ke bilik. Tetapi memandangkan hari ini adalah hari sambutan perkahwinan kami, aku ikutkan juga kehendak saudara-saudara terdekatku yang pastilah mahukan sedikit hiburan setelah berpenat lelah menjayakan majlis ini.

Wednesday I came home from school

Did my homework in my room

then I watched some TV

I still miss you

Thursday morning went online

Got to school at half past nine

Wound up in detention

I still miss you

Everything I do

it brings me back to you

And I die

One day at a time

Cause I just cant seem to get you off my mind

No matter how I try

try to kill the time

well I think that I'm just going crazy

one day at a time

Friday I got out of bed

Tried to smile but frowned instead

Burnt some toast for breakfast

I still miss you

Saturday I turned 19

Never dreamt you’d act so mean

You didn’t even call me

But I still miss you

Di penghujung lagu, kami sudah bersama-sama mendendangkan lagu One Day At A Time tersebut. Ya, ini jugalah lagu yang didendangkan padaku pada hari janji lifetime's love kami termeterai. Insyaallah...Adam Azmi will be my only love in this lifetime.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience