ABD 5: SIAPA BAGI BUNGA TU*?

Romance Completed 1572856

SELEPAS waktu pejabat, Adrian menjemput Lora di rumah Datin Fauziah. Sebelum berkahwin dengan Miya, dia hanya datang mengambil Lora pada hujung minggu memandangkan dia terlalu sibuk dan kadang kala terpaksa ke luar negara atas urusan kerja.

Ketika mula-mula melihat Miya, fikirnya wanita itu tidak bekerja dan boleh menjaga Lora sepenuh masa. Tidak sangka pula Miya seorang yang sangat berjaya dengan kariernya. Tetapi selagi Miya boleh menguruskan Lora, dia tidak ada masalah jika Miya mahu terus bekerja.

“Teacher kata Lora good sangat hari ni. Dia bercakap dengan kawan-kawan, siap angkat tangan nak jawab soalan kat depan lagi.” Teruja Datin Fauziah bercerita sambil menghulurkan beg sekolah Lora kepada Adrian.

“Really?” Adrian teruja. Puncak kepala Lora diusap lembut. Sebelum ini dia diberitahu Lora agak pasif di sekolah, kurang bergaul dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

“Yeah.” Datin Fauziah tersenyum.

“Very good, Lora,” puji Adrian sambil memandang Lora yang tidak bereaksi.

“Mungkin dia happy ada mommy baru,” ujar Datin Fauziah dengan nada separuh berbisik.

Adrian ketawa tanpa suara. Lora tidak sukakan Miya. Mana mungkin perubahan positif Lora itu ada kena mengena dengan Miya. Walaupun dia tahu Miya mencuba, tetapi setakat ini dia tidak nampak usaha Miya itu berhasil. Lora terang-terangan memberitahunya dia tidak sukakan Miya.

“Kami balik dulu,” ujar Adrian. Kemudian dia memandang Lora dan berkata: “Say goodbye to atok mama.”

“Bye,” ujar Lora.

“Bye Lora. See you tomorrow,” ujar Datin Fauziah lalu mencium kedua-dua belah pipi cucunya itu.

PULANG dari pejabat, Miya singgah di kedai yang menjual barang-barang membuat kek. Dia memang sukakan makanan manis dan lebih suka membuatnya sendiri berbanding membelinya di kedai.

Selepas mendapatkan beberapa barang yang sudah disenaraikan awal-awal tadi, dia bergegas pulang kerana perlu memasak untuk makan malam pula. Kalaupun Adrian atau Lora tidak mahu makan, dia perlu makan kerana dia tidak menjamah apa-apa semasa rehat tengah hari tadi. Hanya mengalas perut dengan roti disapu planta yang dibawa dari rumah.

SESAMPAI di depan lif, dia melihat Adrian dan Lora sedang berdiri di situ menunggu pintu lif terbuka.

“Hai, Lora,” sapanya.

Adrian dan Lora menoleh, namun Lora tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mata Adrian pula terarah kepada beg plastik di tangan Miya.

Dia beli groceries lagi? Desisnya dalam hati.

“Biar saya bawak tu” ujar Adrian sambil menghulurkan tangannya untuk membantu Miya membawa dua beg plastik di tangannya.

Dengan senang hati Miya menghulurkannya kepada Adrian kerana tangannya juga sudah kebas.

Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka dan mereka melangkah masuk. Oleh kerana Adrian sudah memegang beg plastik, Miya berinisiatif memegang tangan Lora. Namun, Lora merentap kasar tangannya dari genggaman Miya.

“Okay, I’m sorry,” ujar Miya.

Adrian yang melihat perlakuan Lora itu, mengeluh dalam diam. Kurang senang dengan perlakuan anaknya, namun dia tidak mahu menegur Lora di depan Miya.

Matanya melirik Miya untuk melihat reaksi isterinya itu, namun Miya kelihatan biasa saja. Seolah-olah tidak terkesan dengan perlakuan kurang sopan Lora tadi.

Teringat dia pagi tadi Eryna memberitahunya, beberapa pekerja di DayMond mengangap Miya berhati kering; tidak peduli kata-kata orang dan tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekitarnya. Sekarang dia faham maksud hati kering. Baginya, Miya bukan berhati kering. Tetapi Miya mungkin sejenis yang tidak suka memikirkan perkara remeh dan hanya mengikut arus, selagi arus itu tidak melemaskannya.

SEBAIK sahaja sampai di rumah, Miya menukar pakaian dan mula memasak. Rutinnya sama seperti sebelum dia berkahwin dengan Adrian. Hanya masakan yang ringkas tetapi lengkap dengan sayur dan juga lauk. Selesai memasak, dia segera mandi dan bersolat maghrib. Selepas itu baru dia kembali ke dapur dan menghidangkan makan malam. Kemudian, dia menuju ke bilik Lora untuk mengajaknya makan. Anak itu sedang menyiapkan kerja sekolah dengan dibantu oleh Adrian.

“Dinner is ready,” ujarnya.

Adrian toleh, pandang Miya sekilas dan mengangguk.

"Okey."

Miya berlalu, Adrian kembali memandang Lora yang sedang menulis di bukunya. Kedatangan Miya tadi langsung tidak mengganggu fokus anaknya itu.

"Kita makan dulu, then we'll finish your homework."

Lora tidak membantah. Tutup buku tulisnya, dia mengekori bapanya menuju ke ruang makan.

Adrian menarik kerusi supaya Lora duduk di sebelahnya, tetapi Lora sudah pun melabuhkan punggung di sebelah Miya.

Miya menghulurkan sepinggan creamy spageti kepada Adrian dan Lora.

Terkebil-kebil Adrian memandang hidangan yang kelihatan seperti hidangan di restoran berbintang. Spageti dihidang secara berputar di dalam pinggan, dan dihias dengan taburan daun parsley. Ayam yang bersalut tepung dan digoreng garing disusun cantik di atas spageti. Pinggan putih berbentuk empat segi sama yang digunakan, menambah kesan elegan pada hidangan itu. Terlalu cantik untuk satu hidangan di rumah. Lora juga turut memaparkan ekspresi yang sama seperti daddynya.

Terpinga-pinga Miya memandang reaksi dua beranak itu yang hanya memandang makanan di dalam pinggan mereka tanpa menjamahnya.

“Kenapa? Tak suka spageti ke?” tanyanya.

“Cantiknya." Terpacul pujian itu dari mulut Lora tanpa dia sedar.

“When it looks beautiful, then it will taste good. Trust me,” ujar Miya.

"Often not," balas Lora. Malu bercampur sebal kerana terlanjur memuji Miya depan-depan tadi.

Adrian hanya tersenyum mendengar perdebatan dua orang itu. Lora yang ketus dan Miya yang bersahaja.

“Kena rasa dulu baru tahu. Lagipun selain cantik, makanan rumah lebih bersih and of course comes with complete nutrition. Ada protein.” Miya cucuk ayam di dalam pinggan Lora dengan menggunakan garpu lalu disua ke mulut anak tirinya itu. Lora tidak menolak.

“And also vegetables. I put three different colours of capsicum."

"Green." Miya cucuk potongan lada benggala hijau dari pinggan Lora lalu disua ke mulut gadis kecil itu.

"Red." Kali ini dia menyuap lada benggala merah pula setelah melihat Lora selesai mengunyah lada benggala hijau.

"And yellow." Lora juga tidak menolak saat potongan lada benggala kuning itu disua ke mulutnya.

Miya tersenyum; berpuas hati kerana Lora tidak menolak memakan sayuran di dalam spageti itu.

"You know Miss Lora, green capsicum, red capsicum, and yellow capsicum contain beta-karotene which is good for your eyes. A cup of red capsicum contains about 190 mg vitamin C, and you know what...it is three times higher than the amount of orange. The same amount of yellow capsicum provides 155 mg of vitamin C to your body. While a cup of chopped green capsicum has less vitamin C than the other two. But it still provides 120 mg of vitamin C, which is 30% higher than a cup of orange juice. Capsicum is also a rich source of vitamin A and fiber. Good for your skin and your health.”

Adrian terkebil-kebil memandang Miya dengan penerangannya yang panjang lebar itu. Lora pula hanya mendengar dan menyuap spageti itu ke mulutnya tanpa banyak soal.

“And when you eat this home-cooked pasta, you bukan dapat kenyang semata-mata, but you will get enough nutrition for your body. That’s the specialty of home-cooked food,” sambung Miya sebelum menyuap creamy spaghetti itu ke mulutnya.

Adrian ketawa tanpa suara sambil menggeleng.

This woman is really good at marketing. Fikirnya.

“Can I have some more?” tanya Lora lalu menolak pinggannya yang sudah kosong ke arah Miya.

“Sure.”

Menggunakan penyepit, Miya meletakkan spageti ke pinggan Lora. Kemudian dia memutarkan spageti itu sehingga membentuk bulatan yang cantik di atas pinggan.

“Cukup?” tanya Miya.

Lora mengangguk.

“Want chicken?” tanya Miya lagi.

Angguk. Miya meletakkan tiga ketul ayam yang telah dipotong kecil ke dalam pinggan Lora.

“Thank you,” ujar Lora.

“You’re welcome.”

Adrian hanya memerhati. Cara Miya melayan Lora nampak begitu bersahaja dan tidak dibuat-buat. Malah Miya nampak tidak begitu mengambil hati dengan kedinginan Lora. Tetap melayan Lora dengan mesra setiap kali Lora bercakap dengannya. Dia tidak tahu Miya benar-benar ikhlas atau hanya berpura-pura. Terlalu awal untuk menilai wanita yang baru sehari dinikahinya.

ESOKNYA, Miya melakukan rutinnya seperti semalam. Menyediakan sarapan, mengejutkan Lora dan membantunya bersiap untuk ke sekolah. Selesai dengan Lora, barulah dia mengejutkan Adrian. Semuanya berjalan seperti yang dirancang dan dia tidak lewat ke pejabat.

Ketika memasuki lobi pejabat, Gina memanggilnya. Miya mendengus geram. Toleh ke kaunter penyambut tetamu, Gina tayang jambangan bunga lili sekali pakej sengih kerang busuknya.

“Ugh…Lain kali tak payah bagi aku. Kau ambik je bawak balik!” rengusnya lalu mengambil jambangan bunga lili dari tangan Gina dan membuangnya ke dalam tong sampah berhampiran lif.

"Aku menjalankan amanah!" jerit Gina dari tempat duduknya.

Adrian yang berdiri di belakang, melirik jambangan lili yang telah menjadi makanan tong sampah sebelum tatapannya beralih kepada Miya yang mengggerutu dan mengomel entah apa.

“Bukan salah kedai bunga tu,” ujar Nina yang kebetulan turut berada di depan lif. Ditoleh sedikit kepalanya, memandang Miya di belakang. Namun secara tidak sengaja, dia menangkap pandangan mata Adrian ke arah jambangan lili yang baru dibuang Miya.

“Good morning, Mr Adrian,” sapanya sambil menunduk sedikit tanda hormat.

Adrian mengangguk dan membalas: “Morning.”

Miya turut menoleh. Seketika dia kaget. Tetapi dia tetap tersenyum, walaupun senyumnya terasa sumbang dan sumbing. Entah kenapa dia masih terasa kekok setiap kali bertembung pandang dengan Adrian walaupun dia dan lelaki itu tinggal serumah, tidur sekatil, dan….Ah, stop it! Stop it! Miya mula berbalah dengan otaknya setiap kali dia terfikir perkara yang berlaku antara dia dan Adrian dua malam ini. Adrian di pejabat begitu berbeza dengan Adrian di rumah. Di pejabat, Adrian adalah bossnya. Di rumah, Adrian suaminya.

Tapi, dia tetap layan kau macam orang asing, sama ada kat rumah, atau kat pejabat. Tingkah otaknya.

Errmmm..betul jugak. Dia boleh buat selamba macam takde apa, kenapa aku nak gelabah pulak? Aku pun boleh buat selamba jugak.

Ketika Miya masih sibuk bermonolog dengan dirinya sendiri, pintu lif terbuka. Dia melangkah masuk bersama staf yang lain, manakala Adrian pula masuk ke lif yang dikhaskan untuk pengerusi dan para eksekutif kanan.

Sesampai di pejabat, seperti biasa Miya akan mengelap meja, mengipas-ngipas tempat duduknya, sebelum memasang pendingin hawa. Baru saja punggungnya mencecah kerusi, telefon di dalam beg tangannya tiba-tiba berbunyi. Pantas dia mencapai beg tangannya di hujung meja sebelum menggagau mencari benda pipih yang belum berhenti berbunyi itu.

Berkerut dahinya saat melihat nama Adrian berkelip pada skrin. Tertanya-tanya tujuan Adrian menghubunginya sepagi ini, Miya segera menjawab panggilan itu.

“Helo.”

“Siapa bagi bunga tu?” Tanpa salam, tanpa mukaddimah, Adrian terus menerjahnya dengan pertanyaan itu.

Bunga? Bingung seketika Miya sambil cuba mengingat-ingat perihal bunga yang disebutkan Adrian. Beberapa detik kemudian barulah dia teringat tentang bunga yang diterimanya tadi. Tentu Adrian nampak dia membuang bunga itu ke dalam tong sampah.

“Tak tahu.”

“Jadi kenapa buang?” tanya Adrian lagi. Suaranya perlahan dan tanpa nada, namun terkesan sangat dingin. Langsung tidak ada kemesraan senagaimana selayaknya perbualan suami isteri.

“Sebab saya tak tahu siapa yang bagi. I don’t take gifts from strangers,” balas Miya.

"Lagipun kedai bunga mana buka pagi-pagi ni. Entah-entah dia rompak kedai bunga mana hantar dekat saya. Tak pasal-pasal nanti kalau dia kena tangkap, saya pun terbabit sama," sambungnya lagi. Sebarang saja dia memberi alasan.

Adrian tidak membalas. Terdengar nafasnya ditarik panjang di hujung sana.

Miya pula tidak tahu mengapa perihal bunga itu diambil serius oleh Adrian sehingga sanggup menelefonnya semata-mata untuk bertanya tentang itu. Bukan perkara penting bagi Miya.

“Miya Liany…” Jeda.

Miya teguk liur apabila tiba-tiba Adrian menyebut nama penuhnya. Ngeri. Apatah lagi nadanya terdengar sangat serius.

“…as long as you're my wife, you are not allow to get in touch with any man. You’re mine until we divorce.”

Miya membeliakkan matanya. Menggeleng dia tidak percaya dengan tuduhan yang keluar dari mulut Adrian. Bila masa pula dia ada hubungan dengan lelaki lain? Dia hanya menerima bunga tidak tahu dari siapa, kemudian dituduh ada hubungan dengan lelaki lain? Bukan salah dia bunga itu dihantar kepadanya. Miya ingin berkata sesuatu dan menafikan tuduhan Adrian itu, tetapi suaranya seakan tersekat di kerongkong. Sudahnya, mulutnya hanya ternganga tanpa berkata apa-apa.

“Ingat tu, Miya Liany!”

Tut! Adrian memutuskan panggilan membuat Miya yang masih bingung, merengus marah. Sungguh dia geram kerana Adrian menuduhnya ada hubungan dengan lelaki lain. Dia tahu perkahwinannya dengan Adrian tidak seperti perkahwinan pasangan lain. Tetapi dia tidaklah terlalu murah untuk menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika dia masih isteri Adrian. Lagipun, jika tidak kerana dia terdesak dengan hutang bapanya, dia tidak pernah terfikir pun untuk berkahwin.

"Aku yang dapat bunga, aku pulak yang dikata cari lelaki? Bencilah!"

Saat Miya masih mengomel-omel, telefonnya berbunyi lagi. Sekilas, Miya menjeling nama pemanggil. Adrian lagi!

"Dia nak apa lagi ni!"

Walaupun sebal, geram, dan bengang, Miya menjawab juga panggilan itu.

“Saya tak pernah mintak sesiapa hantar bunga pada saya.” Kali ini Miya pula menerjah Adrian tanpa salam dan mukaddimah.

“Datang bilik saya sekarang.”

Baru saja Miya membuka mulut mahu bertanya untuk apa, talian sudah terputus.

Lagi-lagi Miya ketap rahang. Geram. Skrin telefonnya dipandang sebal.

“Berapa sangatlah bil telefon itu kalau setakat call dua minit. Tak boleh tunggu orang respond dulu ke baru letak?”

ADRIAN bersandar di kerusi empuknya selepas menamatkan panggilan dengan Miya. Sejurus sampai di pejabatnya tadi, dia segera menghubungi Eryna dan menyuruh pembantu peribadinya itu menyiasat siapa yang menghantar bunga kepada Miya.

Dia cukup tidak suka ada orang mengganggu sesuatu yang menjadi hak miliknya. Apatah lagi isterinya. Dia tidak cintakan Miya, tetapi setahun ini, Miya adalah hak miliknya. Selagi Miya menjadi miliknya, selagi itu dia tidak akan membiarkan sesiapa mengusiknya. Selepas itu, terserah.

Adrian buka galeri foto di telefonnya; melihat semula gambar-gambar Dahlia yang masih disimpan. Dahlia adalah satu-satunya wanita yang dicintainya dan sehingga hari ini dia masih tidak dapat melupakan Dahlia. Semua tentang Dahlia masih tersemat kemas dalam hatinya. Suara Dahlia, senyum Dahlia, serta pengorbanan Dahlia mengandung dan melahirkan Lora, dia tidak pernah lupa.

Walaupun menikahi Miya dia rasakan seperti satu pengkhianatan kepada Dahlia, tetapi dia melakukannya demi Lora. Ya, setidaknya alasan itu mengurangkan sedikit rasa bersalahnya pada Dahlia.

Adrian meletakkan semula telefonnya ke atas meja. Tiada gunanya mengenang orang yang telah pergi. Hidup perlu diteruskan. Dia masih ada Lora yang sangat memerlukannya.

Beberapa minit kemudian, ketika dia mula sibuk dengan pekerjaannya, terdengar ketukan pada pintu biliknya.

“Come in.”

Pintu dibuka perlahan dan Miya melangkah masuk. Adrian yang sedang mengadap Mac Book, menghentikan pekerjaannya. Bersandar pada kerusi, dia menyilangkan tangannya ke dada sambil menatap Miya dengan tatapan tajam.

“Ada apa Encik Adrian nak jumpa saya?” Miya cuba bersikap seprofessional mungkin. Benar, Adrian suaminya, tetapi cuma di rumah. Atau tepatnya di ranjang? Ya, mungkin boleh disimpulkan begitu.

Beberapa minit berlalu, Miya terus berdiri di depan meja Adrian dan menunggu lelaki itu bersuara. Namun Adrian terus diam; menatap Miya dan memerhatikannya dari atas ke bawah dengan tatapan dan riak wajah yang sungguh sukar ditebak.

Miya pula mula rimas kerana tatapan Adrian itu seolah-olah dia tidak memakai baju.

“Encik Adrian call saya semata-mata nak tengok saya atas bawah macam tu ke?” Akhirnya Miya bersuara apabila Adrian tidak ada niat untuk berkata apa-apa.

Dia tidak tahu apa tujuan Adrian memanggilnya. Jadi, dia membawa fail draf bajet untuk pelancaran koleksi terbaru DayMond Jewels. Pelancaran itu akan melibatkan kos jutaan ringgit kerana melibatkan pelantikan house ambassador, model, dan juga perbelanjaan untuk majlis itu nanti.

“Nope. Saya tengah buat anggaran ukuran beberapa bahagian badan awak,” balas Adrian selamba membuat rona merah menular ke seluruh wajah Miya. Ternganga mulutnya mahu mengatakan sesuatu, tetapi seperti ada bongkahan besar menyekat kerongkongannya sehingga dia tidak mampu bersuara. Bongkahan besar yang bernama bengang. Saking geram, sehingga Miya tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Mahu menyumpah, Adrian adalah suami dan juga bossnya.

Adakah Adrian memanggilnya ke sini semata-mata mahu membuat dia malu begini?

“Nampak ukuran macam dah lari sikit.” Adrian nampaknya masih belum puas.

Miya ketap bibir. Mata dipicing memandang Adrian.

Adrian jongket kening. Terhibur melihat reaksi Miya. Menegakkan tubuh, laci dia tarik sebelum kad kredit yang diberikan kepada Miya semalam dibawa keluar. Miya tidak mengambil kad itu. Pagi tadi dia melihat kad itu masih terletak elok di atas almari solek. Diambil semula kad itu dan menyimpannya. Bukan buruk siku, tetapi pantang dia apabila barang yang diberi dibuat tidak berharga oleh penerima.

“Kenapa tak ambil kad ni?” tanyanya sambil meletakkan kad itu di atas meja dan menggeserkannya ke arah Miya.

‘Kad tu buat saya rasa macam pelacur. You enjoy my body and then you give me your black card to pay my service.’ Ah, kata-kata itu hanya bergema dalam hati Miya saja. Mana berani dia meluahkannya langsung.

“Bila saya bagi awak sesuatu, saya nak awak terima,” ujar Adrian apabila melihat Miya diam tidak menjawab.

“Kalau tidak, ia macam satu penghinaan pada saya,” sambung Adrian lagi sambil bangun dan perlahan melangkah ke arah Miya.

“I’m sorry, saya…lupa nak ambik semalam sebab nak cepat.” Miya beralasan sambil cuba mengambil kad kredit itu di atas meja sebelum Adrian semakin mendekati dan membuatnya lemas. Namun, Adrian lebih pantas mencapai kad itu terlebih dahulu. Disepit kad itu di antara dua jarinya.

“Tadi suruh ambik,” gumam Miya.

“Dah terlambat.” Tangkap lengan Miya, Adrian mendekatkan wajahnya ke wajah Miya. Spontan, Miya menjauhkan mukanya dari Adrian.

“Awak nak ambik kad ni dan beli barang awak sendiri, atau saya yang belikan lepas saya ukur awak cukup-cukup sekarang.” Adrian mengugut sambil dengan sengaja menekan suaranya saat menyebut ukur.

“I’ll take it.” Cepat-cepat Miya menjawab lalu mengambil kad kredit itu dari celah jari Adrian.

“Good,” ujar Adrian lalu melepaskan tangan Miya selepas memastikan isterinya itu kembali berdiri dengan stabil.

Miya menghembuskan nafas lega. Huh, lelaki ini benar-benar menyesakkan dada. Aneh ya. Ada juga manusia yang memaksa orang menggunakan duitnya. Ingin saja Miya bertanya, berapa kekayaan bersih Adrian supaya senang dia membuat kira-kira berapa banyak yang dia perlu habiskan dalam tempoh setahun ini. Ya, bimbang juga jika dia terlebih belanja dan selepas bercerai, disuruh bayar semula. Boleh mati terduduk jika itu berlaku. Terlepas hutang lintah darat, ah malah mencipta hutang dengan duda keparat pula.

“So, what’s that?” tanya Adrian apabila menyedari Miya membawa fail bersamanya.

“Oh, draf bajet untuk pelancaran koleksi terbaru tu nanti,” ujar Miya. Berterbangan segala lamunannya tentang Adrian sebentar tadi. Perlahan-lahan kakinya mula jejak ke bumi.
Hilang sedikit rasa sebalnya apabila Adrian mula bertanya tentang fail di tangannya.

“Duduklah,” ujar Adrian apabila melihat Miya hanya berdiri dari tadi.

“Thank you.” Miya melabuhkan punggung di kerusi di depan meja Adrian sebelum dia mula menerangkan draf bajet itu kepada Adrian. Daripada bayaran untuk beberapa calon house ambassador yang masih di peringkat pemilihan, sehinggalah kepada bayaran untuk dua belas orang model yang akan memperagakan set barang kemas pada majlis pelancaran itu nanti. Miya juga turut menjelaskan konsep yang akan digunakan untuk majlis pelancaran itu serta cadangan bajet yang dibuat oleh dia dan ahli kumpulannya.

“Bajet ni adalah tiga kali ganda daripada peruntukan yang diberi kepada jabatan awak untuk pelancaran koleksi tahun lepas,” ujar Adrian selepas mendengar penerangan daripada Miya. Bersandar pada kerusinya sambil menyilangkan kaki, dia memandang tepat ke arah Miya.

Miya agak serius ketika bercakap hal berkaitan kerja. Malah apabila bercakap tentang kerja, Miya seakan terlupa bahawa mereka adalah suami isteri dan kerap memanggilnya encik. Malah hilang semua kegugupan yang selalu dia tunjukkan setiap kali berdepan dengannya.

“Yeah. Pelancaran koleksi tahun ni adalah yang terbesar yang kita anjurkan sebab kita tak pernah lancarkan koleksi dengan dua belas jenis permata sekaligus. Tahun lepas kita cuma lancarkan koleksi berlian sahaja dan majlis pelancarannya tidak dibuat secara besar-besaran. And tahun lepas jugak kita guna khidmat local model sebagai house ambassador. Tapi tahun ni saya terfikir nak guna international model yang ada pengaruh besar dalam industri,” balas Miya.

“Who's your first choice?” tanya Adrian. Miya ada menunjukkan beberapa calon kepadanya tadi dan dia tertarik kepada salah seorang model itu. Namun dia mahu bertanya pendapat Miya. Jika Miya berminat dengan orang yang sama, dia akan terus bersetuju.

“I was thinking about Arianna Chan. Tapi dia jarang ada di Malaysia sebab dia banyak buat modelling di London.”

Bingo! Dia juga berminat dengan Arianna Chan atas satu sebab.

“That’s not a big problem,” ujar Adrian.

“Really?”

“She’s my cousin,” ujar Adrian.

“Really?” Miya kelihatan terkejut dan teruja. Tetapi kemudian, dia kelihatan berfikir-fikir.

“What’s the problem?” tanya Adrian.

“Doesn't it seem like a conflict of interest when choosing your cousin as a house ambassador?” soal Miya.

“I don’t think so. Kita boleh mintak diskaun bayaran.” Adrian berseloroh.

“Lebih baik mintak free,” tingkah Miya. Namun, sesaat kemudian dia rasa seperti mahu menampar mulutnya sendiri kerana celupar. ‘Model antarabangsa, Miya. Kau boleh mintak free. Otak mana otak?’

“Sorry, just joking,” ujarnya.

“Kalau awak berminat, saya boleh aturkan temu janji dengan dia,” ujar Adrian, tanpa mengambil serius kata-kata Miya tadi.

“Seriously?!” Miya teruja. Bukan senang hendak bertemu dengan model bertaraf antarabangsa seperti Arianna. Tambahan pula dia jarang berada di Malaysia kerana banyak menjalankan kegiatan modelling di London.

“Yeah, I’m interested,” ujarnya.

“Anything else?” tanya Adrian.

“No.”

“I’ll take a look at this budget, then I’ll let you know,” ujar Adrian lalu mengambil fail yang dibawa oleh Miya tadi.

“Okay. Thank you.” Miya bangun dan beredar.

Adrian memerhatikan Miya sehingga isterinya itu keluar dari biliknya. Seketika dia terfikir, mengapa gadis yang muda dan secantik Miya tidak mempunyai teman lelaki? Tanpa perlu menggoda, Miya boleh memikat mana-mana lelaki dengan mudah dengan kecantikan dan keayuannya. Bunga yang diterimanya setiap hari itu juga menunjukkan ada lelaki yang berminat dengannya, tetapi Miya langsung tidak menghargai atau mengambil endah pemberian itu. Kalaulah dia menjadi lelaki yang menghantar bunga itu, sudah tentu dia akan rasa sangat terhina.

Adakah Miya benar-benar tidak mengenali pemberi bunga itu, atau dia tahu tetapi sangat bencikan orang itu? Ah, sekarang dia tidak sabar-sabar pula mahu tahu siapa yang menghantar bunga kepada Miya. Bolehkah dia sebut pemberi itu sebagai pesaing? Ah, mungkin pengganggu lebih tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience