Rate

BAB 1

Romance Series 1027

BAB 1


“ YA Allah Zara Fathya binti Shahed! Kau ni cepatlah sikit bersiap. Kau tahukan yang kita ni memang dah lambat sangat ni? Lekas la sikit.Buat apa la touch up lama sangat. Kita ni kat maktab je pun, bukannya nak kena pakai make up ke apa macam dekat universiti.” Bebel Fifi pada aku yang sedang membelek diri di hadapan cermin.

Zara Fathya. Ya, itu nama aku. Nama yang cukup istimewa pemberian mama dan baba. Saja nak bagitahu aku ni seorang yang agak berani tapi pemalu. Fizikal aku? Hmm, tidaklah terlalu rendah tapi tak juga terlalu tinggi, tak terlalu kurus tapi tak juga berisi bersesuaian dengan nama aku, Tya. Aku suka dengan nama aku. Aku belek wajah dengan jari-jemariku yang runcing. Iris mata aku adalah antara anggota badan yang paling aku suka sekali. Iris aku berwarna hazel, mirip mata baba. Aku tenung wajah putih bersih aku dihadapan cermin. Aku senyum. Terserlah lesung pipit yang aku warisi dari mama. Aku tersenyum sendiri mengenangkan mama dan baba di rumah. Aduh, sudahlah cuti semester lambat lagi. Kena tunggu lagi sebulan baru aku boleh balik rumah jumpa mama dan baba. Huwaaa boleh mati tercekik kerinduan aku kat sini.
Ok Tya kau dah boleh lek-lek kot jangan nangis kejap lagi kena pergi class. Fuh,Malulah kalau orang tahu head girl maktab nangis kesenduan macam ni sebab homesick. Omg that’s not so cool okay,Tya !
Tudung yang senget aku betulkan sedikit. Bibir yang sedikit kering aku calit sedikit lip balm jenama Innisfree. Hmm, barulah nampak macam hidup sikit. Kening aku yang sedang elok berbentuk dan nipis aku sikat dengan jari. Minyak wangi aku capai. Baru saja nak sembur ala gaya macam iklan Dior tu, Fifi sudah berbunyi semula.
“Woi Tya kau tengah berangan ke apa ni? Kau ingat apa? Tutorial make up? Mukbang? Kau tahu tak yang kita ni memang dah betul betul terlambat sangat dah ni.Aku memang tak nak kena denda dengan LDP tau kalau terlambat masuk assembly hari ni. Aku tak mau rekod bersih aku untuk tahun terakhir ni tercalar ok.Boleh tercemar integriti tau kalau warden tahu kita lambat kali ni.” Aduh, Fifi ni membebel terus potong stim aku nak berangan sikit dengan diri sendiri dalam hati.
“Haa yalah aku amik blazer kejap.Hesy kau ni tak boleh orang nak berfantasi di pagi hari kejap,kau dah potpet-potpet.” Aduh sikit sikit takut LDP. Bukannya lembaga apa pun yang nak ditakutkan sangat. Lembaga Disiplin Pelajar je...
“Banyaklah kau nak berfantasi di pagi hari. Dah cepat. Nanti cikgu Epul marah pulak.” Siapa tak kenal dengan cikgu Epul. Cikgu disiplin aka guru penasihat BWP yang berbadan tegap dan berwajah garang. Ada misai seciput di dagu, cukup membuatkan pelajar termasuklah Fifi terketar lutut ketakutan.
Blazer aku capai dan pakai secepat mungkin. Kalau lagi lambat lagi la si Fifi ni bising tak henti-henti. Dia ni dah lah kalau sekali dapat membebel, mesti ketagih susah nak berhenti.
Aku dan Fifi berjalan keluar dari pintu Girls’ Dormitory. Aku capai kunci dari dalam poket blazer dan kunci pagar GD dengan penuh hati-hati. Muka gelisah Fifi aku pandang. Muka cuak la tu sebab tak pernah-pernah dia lambat sebelum ni ke assembly. Hehe. Rekod bersih katanya tadi.

“Asal kau tersengih-sengih macam kerang tak cukup zat pulak ni?” tanya Fifi.
“Kau kena tengok muka kau weh dah macam cemberut apa entah aku tengok!” Aku gelak. Fifi dah pandang aku tak puas hati. Dia rentap tangan aku mungkin sebab dah hilang sabar kut aku asyik buang masa saja dari tadi.
Disebabkan badan Fifi yang sedikit sasa tu merentap, kunci yang aku pegang tadi terpelanting ke tengah jalan. Aku terus saja nak capai sampai tak perasankan kereta yang lalu.
“Tya tepi ada kereta!” Jerit Fifi. Terus aku berganjak. Wow! Rasa nak pecah pembuluh jantung aku! Nasib baik tak kena heart attack. Dan nasib baik juga aku pantas bergerak tadi lepas Fifi jerit kalau tidak memang sah aku dah jadi katak penyet kat tengah panas tu.

Wow Audi kot. Siri apa aku tak tahu yang pasti bukan kereta cikgu-cikgu kat sini. Mungkin mak ayah pelajar sini lah kut. Tapi perlu ke laju macam tu memecut kat dalam kawasan sekolah? Macam nak bunuh semua orang aje. Huh. Orang kaya mana kisah!

“Tya kau ok tak ni? Muka pucat.”

“Ok je. Dah jom pergi Dewan Budiman. Nanti aku beritahu Cikgu Epul atau Cikgu Ayu punca kita lambat nanti.”
Fifi hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience