Rate

Short Story Series 321

Rasuk

“Adikkkk…turun…”.Rayuan sang Ibu.
“Turun laaa dik…”suara cemas dari abang.
“Adik…turun!”Tegas arahan si ayah.
Aku melihat satu2 wajah Ibu,ayah dan tiga abangku.
Tidak ada perasaanku sama sekali. Melihat mereka merayu dan cemas.
Aku berada di atas tebing rumah. Entahla apa yang merasuk diriku sehingga bole berada setinggi itu. Yang pasti,aku cuma mengikut arahan badanku.
Tanpa berlengah abang Amir menarik tanganku dengan cepat.
Aku tersungkur jatuh.
Ibu memelukku. Aku masih begitu kaku. Ayah berkumat kamit dengan bacaannya.
Abg Amir,abang Aziz dan abang Adam membaca surah. Masing2 penuh khusyuk sekali sekala mengerling ke arahku.
Ibu pula mengusap2 kepalaku.
“Adik nak nasi”…suaraku memecah keheningan.
Pukul 1 pagi,aku meminta nasi.
Dengan satu lirikan mata dari Ibu,abang2 ku segera menyediakan makanan.
“Minum air dulu”..ayah masih dengan suara tegasnya.
Aku menolak air dan mula menyuap..makanan.
“Nak nasi lagi”… suaraku kecil lembut dan merinding.
“Sudah la nak, esok kita makan lagi.”ibu cuba memujukku.
“Nasiiiiii….”..makin nyaring suaraku.
“Minum air dulu,baru sambung makan”…ayah makin hilang sabarnya.
Aku menoleh dan memandang tajam mata ayah. Seketika kemudian aku tidak ingat apa2 dan rebah begitu sahaja.

****

Aku rasa murung, tak berguna , sempit dada yang amat. Semua yang aku lakukan serba tak kena. Semua rasa kosong. Aku akur dengan ujian ini. Masih ada iman dan hampir tewas tatkala mendengar bisikan yang menyuruhku menghabisi nyawa sendiri. Memang gila. Siapa yang gila?aku?

“Kau sihat”..aku membaca kiriman sahabatku.
“Sihat,alhamdulillah”.
“Jom kita keluar”.
Ajakan yang entah kali ke berapa. Seorang yang tidak mudah putus asa. Kadang2 datang ke rumah membawa segala macam makanan. Bercerita dengan lawak bodohnya. Aku melihat dan memerhati dengan pandangan kosong. Anis tetap ceria dengan ceritanya. Cemburu dengan Anis tidak seperti aku. Tersenyum jarang sekali, apa lagi bercerita sakan.
“ esok2 la, malas jalan hari ni”.
“Engkau hari2 malas. Bukan aku ajak kerja berat pun. Kita jalan2 ,makan2 ,shopping..tengok wayang ka…jangan risau yang pasti duit engkau …hahahaha”.. ketawanya bukan main ,kena betul di hatinya lawaknya sndiri.
Aku membiarkan pesanan suaranya. Sama sekali tidak berjawab. Aku suka suara gelak anis. Dan aku mengulang2…
“Hahahahahha,hahahaahhah,hahahhaa
….!!!
Aku gelak dan gelak. Rasa puas hati dapat gelak semau2nya.
“Adik!”
Pappppp! Pintu bilik aku di buka dengan kuat. Ibu dan abang2ku datang menerpa.
“Hahahhahahah,hahahahhaa….!!!”
Aku tak mampu berhenti. Aku rasa sangat2 bahagia dapat ketawa.
“Sudah adik..sudah”!
Aku diam dan melirik ke arah abang Amir.
Aku jadi pemberontak..kenapa suruh aku diam. Aku menampar wajahku sendiri. Berkali kali aku menampar wajah sendiri.
Ibu dan abang cuba menahanku.
Kekuatanku yang luar biasa, Abg Adam sedikit terpelanting aku tolak.
Begitulah keadaanku bila sudah di rasuk.

****

Abang Aziz,Abang Amir dan abang Adam begitu khusyuk menonton filem kegemaran mereka. Abang Adam walau berselubung dengan selimutnya dan menutup sebahagian wajahnya masih kelihatan dua biji matanya. Ketiga tiga mereka cukup akrab apabila melibatkan cerita seram.

Lariii laaa cepattt….
Alahaiii cepat laaa
Mana akal?mana akal?…
Guna la otakkk tuuuu bro..
Ehhh ehh aku sepak juga ni karang..
Mulut si abang Adam memang tak reti diam. Penghayatan sungguh.

Abang Aziz macam biasa terlalu relax. Tiada sikit pun yang buat dia terkejut mahupun takut. Sekali sekala menghirup kopi panasnya. Savage sungguh. Ini la yang membuatkan ramai dari hati2 wanita cair dengannya. Jenis penampilan yang tenang dan mempunyai aura karisma. Sesuai dengan kematangan dirinya abang Aziz juga seorang sangat2 menjaga ibu dan diriku.

Dahulu, semasa aku masih waras dan sihat kawan2 yang pernah ku ajak ke rumah tidak pernah ketinggalan menyampaikan salam kepada abang Aziz sebagai tanda nak berkenalan.
Abg Aziz hensem la,abang Aziz pandai masak la abang Aziz rajin la. Abang Aziz ja yang di pandang. Dua lagi abang tu tidak sedikitpun menarik perhatian mereka. Apa lagi abang Adam. Jenis mulut celupar.
“ sudah makan, sila basuh ya adik2, di sini tiada orang gaji …terima kasih”…
Begitu la sikap abang Adam selamba ja memerli.
Walaubagaimanapun, abang Adam la yang boleh berborak rancak dengan mereka. Sehingga aku terfikir ini kawan2ku ka kawan abang Adam. Suka betul mereka melayan abang Adam.

Kedengaran bunyi enjin kereta di matikan. Abang Adam cepat2 mematikan tv. Sebelum di timpa nahas. Itu menandakan ayah balik. Betapa abang abangku sangat menyegani ayah. Ayah walaupun tidak banyak bicara, anak2 lelakinya sangat patuh dan taat. Berbanding aku, kiranya anak manja dalam keluarga. Tapi itu dulu, kini aku hilang tawa dan menjadi pendiam yang sentiasa di pantau mereka.

***
“Ada orang yang sengaja menghantar barang dengan budak ni..”
Ibu dengan ikhtiarnya mencari mana2 pusat rawatan yang boleh menyembuhkan aku. Pantang sahaja dengar dan usulan mana2 orang, ibu tanpa berlengah dan abang2ku akan bergegas ke tempat itu. Dan, pelbagai kesimpulan yang tak masuk akal menurut pawang2 ini. Ayah tidak pernah tahu kegiatan ibu. Ayah sangat2 menentang keras cara rawatan seperti itu.

“Aku perlu rawat dia sendirian…yang lain keluar..”
“Baiklah kami tunggu di luar”.. balas ibu.
Abang Aziz menarik tanganku…dengan laju. Dari riak wajahnya nampak menahan kemarahan yang Amat sangat.
“ Ibu,kita balik”.
Semua rasa terkejut dan aneh.
“Ibu, kita balik sekarang”..
Abang aziz mengulang ayatnya dan sedikit tegas. Matanya yang sangat tajam memandang tepat ke arah pakcik yang mahu merawat aku sendirian. Sedikit pun abang Aziz tidak mengalihkan matanya. Seolah2 dia masih menahan diri dari melakuakan sesuatu dari hilang pertimbangan.
Ibu cepat2 mengikut arahan abang Aziz dan kami pun berlalu pergi.

Seketika semua dalam kereta diam. Ibu senyap, semua senyap.
“Ibu, kita ikut la nasihat ayah. Cukup2 la bu. Ini bukan ikhtiar merawat adik. Takut2 kita yang menyesal nanti. Ibu mahu jawab apa pada ayah Kalau apa2 jadi pada adik?”soal abang Aziz.
Ibuku diam. Terlihat air matanya deras. Sekali sekala ibu melihat ku dengan sayu dan memelukku. Terasa hangat pelukan seorang ibu. tapi badanku sangat2 kaku untuk memberi respon. Seorang ibu yang terlalu terdesak ingin melihat anaknya kembali sihat sehingga hampir lari dari landasan keimanan dan memakan diri.

***

Beginilah kehidupanku. Kadang aku merasa seolah2 normal dan berbual seperti biasa. Aku masih bole menguruskan diri sendiri . Aku masih melakukan kewajipan sebagai seorang Islam.Tapi hidupku tidak seceria dulu. Aku banyak termenung .kadang2 aku mendengar bisikan2 yang cuba untuk aku berbicara dengannya. Aku melihat banyak kelibat. Dan aku rasa takut sndirian. Mujurla ibu ,ayah dan abang2ku banyak memberi sokongan dan tidak pernah jemu. Aku sangat bersyukur mempunyai mereka di sisiku .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience