SELEPAS menghantar Lora ke sekolah, Adrian membuka mac book dan memeriksa emel yang dihantar Eryna berkaitan agenda mesyuarat Lembaga Pengarah yang akan dihadirinya hari ini di DayMond Jewels.
“Tuan, itu nampak macam kereta Puan Miya,” ujar Akram.
Adrian mengangkat muka. Matanya melilau sebelum dia melihat kereta Miya di bahagian kiri jalan. Diparkir di laluan kecemasan dengan hazard light sedang menyala.
Kelihatan seorang lelaki sedang berkata sesuatu kepada Miya yang masih berada di dalam kereta dengan wajah tegang. Tangannya memegang kunci stereng dan tidak semena-mena lelaki itu menghayun benda di tangannya itu ke cermin depan kereta Miya.
“Akram, stop!” jerit Adrian. Panik dia melihat lelaki itu yang bertindak seperti orang hilang akal dan mungkin akan mencederakan Miya.
“Call Richard. Suruh dia datang sini. As soon as possible,” ujarnya lalu membuka pintu kereta dan berlari keluar.
“Hey!” jeritnya. Serentak itu juga sebuah penumbuk hinggap di muka lelaki itu. Miya yang ketakutan di dalam kereta terjerit melihat tindakan Adrian.
Dengan tangan yang terketar-ketar, dia membuka pintu kereta dan menghampiri Adrian apabila melihat suaminya itu menghayunkan satu lagi penumbuk ke muka lelaki itu sebelum sempat lelaki itu berdiri.
“Adrian, stop it!” ujarnya lalu menarik tangan Adrian dan menahan Adrian daripada terus menumbuk lelaki itu. Bimbang jika tidak dihalang, mati lelaki itu dikerjakan Adrian.
Adrian menghentikan perbuatannya namun wajahnya masih kelihatan berang. Diambil kunci stereng yang terpelanting tidak jauh lelaki itu.
"No...Adrian No!" Miya menjerit. Fikirnya, Adrian mahu menghayunkan kunci stereng ke kepala lelaki itu, namun mereka silap. Adrian melangkah ke arah kereta milik lelaki itu yang diparkir di depan kereta Miya lantas menghayunkan kunci stereng ke cermin depan. Berderai kaca membuat bahagian hadapan kereta itu melohong tanpa cermin.
Miya menjerit kaget. Tindakan Adrian benar-benar menakutkannya.
Balqis yang baru sampai juga terkejut. Beberapa minit tadi Miya menghubunginya dan memberitahu dia terlibat dalam kemalangan. Dia yang baru sampai ke pejabat, bergegas datang ke sini.
“Kau siapa, hah?!” tempelak lelaki itu sambil cuba menggagahkan dirinya untuk bangun. Kepalanya berpinar. Mulut dan hidungnya pula berdarah akibat tumbukan Adrian.
“I’m her husband. I will pay for all your losses, and you don’t have to pay for all her losses. But, if I find one single scratch on her because of you, you’ll die,” ujar Adrian.
Ketika itu juga sebuah BMW 5 series berwarna hitam sampai dan seorang lelaki berbadan sasa keluar dari kereta itu.
“Ada apa boss?” tanya Richard.
“Bring this bastard to the hospital and pay for all his losses,” arah Adrian.
“Okay boss,” jawab Richard.
Adrian memandang Miya yang kelihatan pucat. Kemudian dia memandang Balqis yang tergamam. Ketakutan jelas terpancar pada riak wajah kedua-dua wanita itu.
“Balqis, you boleh balik office. I bawak Miya” ujar Adrian.
Balqis tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk. Tidak berani berkata apa-apa setelah melihat keberangan Adrian tadi.
Adrian kemudiannya menuju ke kereta Miya, mengambil semua barang-barang Miya, dan menarik tangan isterinya itu ke keretanya. Miya yang masih kebingungan, hanya menurut. Dia takut. Takut dengan lelaki tadi dan takut juga dengan Adrian.
Adrian memerhatikan tangan Miya yang masih menggigil. Miya yang selalunya tenang, kali ini kelihatan benar-benar takut dan gementar. Wajahnya pucat pasi dengan air mata membasahi pipi mulusnya.
“What happened?” tanyanya perlahan.
"Saya mengantuk, lepas tu saya...tak tahu macam mana boleh terlelap. Saya cuma tersedar bila saya rasa saya langgar sesuatu,” ujar Miya tersekat-sekat.
Adrian memejamkan matanya dan melepaskan keluhan panjang. Kematian Dahlia akibat kemalangan membuat dia trauma. Dia tidak mahu Miya mengalami perkara yang sama.
“Did you get hurt?” tanyanya sambil memandang Miya yang sedang bersandar pada tempat duduk dengan wajah yang tidak bermaya.
Miya menggeleng. Namun, Adrian dapat melihat kesan lebam pada dahi Miya.
“Nak balik rumah rehat?” tanyanya lagi. Melihat keadaan Miya, dia tak rasa Miya boleh bekerja hari ini.
“No...no. I’m fine. Saya cuma... terkejut...takut...” ujar Miya.
“...dan awak buat saya makin takut,” sambungnya lagi.
Adrian merenung Miya. Lama. Beberapa detik kemudian baru dia bersuara. “Why?”
“Sebab awak pukul orang tu,” jawab Miya perlahan sambil menundukkan wajahnya. .
“Lelaki tu ugut dan hampir cederakan awak! Dan sekarang awak bagitahu saya yang awak takut dengan saya?” Suara Adrian mula meninggi
“Tapi awak tak perlu pukul dia kan? That was...wrong....”
“So tell me, what’s right?!” Adrian sudah mula berang. "Awak accident , then ylawak call Balqis instead of me, your husband. Macam mana kalau saya tak datang tadi? Lelaki tu akan cederakan awak, awak faham tak?! Tak perlu risau tentang lelaki tu and fikir tentang diri awak! And you shouldn’t drive if you’re sleepy!! You understand that?!!”
Suara Adrian yang melengking itu membuat tangis Miya pecah. Dia bukan perempuan yang manja dan mudah menangis. Tetapi kemalangan tadi benar-benar membuatnya trauma kerana tindakan pemilik kereta yang dilanggarnya itu terlalu agresif dan hampir mencederakannya. Apatah lagi ini kali pertama dia melalui situasi seperti ini. Dan sekarang Adrian marah dan meninggi suara padanya.
“I’m sorry...Saya bukan fikir tentang lelaki tu. Tapi saya takut awak masuk penjara kalau dia mati...Nanti macam mana dengan Lora..." Tergagap-gagap percakapan Miya berselang-seli dengan tangisannya.
Kata-kata Miya itu membuat Adrian tersedar dengan keterlanjurannya. Dia tidak berniat untuk menengking Miya. Cuma dia tertekan dan marah apabila melihat lelaki tadi cuba mencederakan Miya.
"Lap air mata tu," ujarnya sambil menghulurkan sapu tangan kepada Miya yang lantas disambut oleh isterinya itu.
“Abang Akram, nanti berhenti dekat gate belakang,” ujar Miya apabila Akram mula membelok masuk ke persimpangan menuju DayMond Jewels. Dia tidak mahu sesiapa nampak dia keluar dari kereta Adrian.
“Baik, puan,” jawab Akram.
“Akram, terus berhenti depan lobi,” ujar Adrian pula.
Miya toleh, pandang Adrian dengan wajah protes. Namun dia tidak berani berkata apa-apa. Bimbang Adrian naik angin dan meninggikan suaranya lagi.
“Erk…” Akram mula serba-salah. Melalui cermin pandang belakang, dia memandang Miya dan Adrian silih berganti.
“You work for me, Akram." Adrian mengingatkan apabila melihat Akram serba salah.
“Ya...Ya Tuan,” balas Akram serba-salah sambil melirik Miya di belakang.
Miya yang melihat pandangan Akram itu mengangguk dengan senyum nipis. Isyarat tanpa suara yang menjelaskan dia faham situasi Akram.
Sebaik sahaja sampai di depan lobi bangunan DayMond Jewels, Miya tidak segera keluar kereta. Setelah Adrian agak jauh dan suasana di depan lobi sedikit lengang, baru dia akan keluar.
Adrian yang menyedari Miya belum keluar dari kereta, berpatah balik. Buka pintu bahagian belakang, dia menjenguk ke dalam. Miya masih tidak berganjak dari tempat duduknya.
"Kenapa tak keluar lagi?" tanyanya.
"Erm...takpelah. Awak jalan dulu. Nanti saya keluar."
Adrian mendengus sebal. Boleh mengagak kenapa Miya enggan keluar.
"Keluar sekarang kalau tak nak saya seret awak. Elok tak ada orang tengok, satu bangunan keluar nanti."
Miya berdecit. Dengan sedikit protes, dia membuka pintu kereta lalu keluar. Berjarak beberapa langkah di belakang Adrian, kepalanya menunduk sambil ekor mata mengawasi sekeliling. Bimbang ada mata yang memerhati menyebar cerita bukan-bukan tentangnya.
Saat dia sibuk mengawasi, tidak sedar Adrian tiba-tiba menghentikan langkah dan memusingkan tubuh ke arahnya. Berdesis dia saat wajahnya membentur dada Adrian.
“Tak boleh tunggu balik rumah ke nak peluk?” kata Adrian.
Miya bengang. Cepat-cepat dia menjauhkan tubuhnya dari Adrian. Dengan satu jelingan tajam, rambut dikibas ke belakang sebelum dia meneruskan langkah meninggalkan Adrian.
Tidak peduli dengan reaksi Miya itu, Adrian memanjangkan langkahnya mendekati Miya. Beberapa pasang mata yang memandang tidak dia endahkan. Biarlah mereka bercakap apa sahaja. Semua itu hanya menjadi bahan cerita dan khabar angin yang akan berlalu begitu sahaja setelah semua orang sudah puas memperkatakannya.
“Go straight to my office,” bisiknya ketika Miya berdiri menunggu lif sebelum dia memasuki lif yang dikhaskan untuk atasan.
Miya mendengus sebal. Dia tidak tahu apa tujuan Adrian menyuruh dia pergi ke pejabatnya. Tetapi dia tahu dia terpaksa akur. Tiada ruang untuk dia membantah, memprotes atau mempersoalkannya.
Melangkah masuk ke lif, Miya menekan nombor untuk ke pejabatnya terlebih dahulu. Jika terus ke pejabat Adrian, bimbang mengundang curiga pula.
Ketika semua yang berada di lif itu keluar di tingkat 9, barulah dia menekan butang lif ke tingkat 14.
Sesampai di pejabat Adrian, lelaki itu mengarahkannya duduk di sofa yang terletak di bahagian kanan pintu.
Sofa yang mengadap floor-to-ceiling window itu membolehkan dia melihat pemandangan seluruh bandar Kuala Lumpur.
Adrian datang beberapa minit kemudian dengan membawa kotak pertolongan cemas. Dahi Miya berkerut hairan. Dia tidak cedera, kenapa pula Adrian datang dengan kotak putih itu?
“Saya tak cedera,” ujar Miya.
Adrian tidak membalas. Melabuhkan duduk di sebelah Miya, dia mengeluarkan satu tiub krim dari kotak pertolongan cemas. Dipicit sedikit krim itu pada hujung jari telunjuknya sebelum menyapukannya pada dahi Miya yang lebam.
Miya mengelak dengan menjauhkan mukanya dari Adrian.
Adrian pasang tampang serius. Tangan kirinya menahan belakang kepala Miya, menghalang Miya daripada menjauhkan wajahnya. Kemudian, tangannya yang satu lagi menyapu krim pada dahi Miya yang lebam dengan tiga jarinya menyibak rambut Miya yang menutupi dahi ke belakang.
Miya berdesis sebaik sahaja Adrian menyentuh bahagian dahinya yang lebam. Baru dia terasa sakit di bahagian itu.
“Sakit?” tanya Adrian.
“Erm....Sakit..Erm…Tak..” Miya tergagap-gagap. Dia tidak tahu mengapa dia menjadi gugup tiba-tiba. Suara Adrian yang lembut itu membuat seluruh sarafnya lemah lumpuh. Baru sekejap tadi Adrian menengking dan memarahinya. Tetapi sekarang Adrian melayannya bak puteri. Mood lelaki itu boleh berubah dalam beberapa minit sahaja tanpa sebarang amaran atau petanda.
"Sekejap sakit, sekejap tak," omel Adrian sambil terus menyapu krim pada dahi Miya dengan berhati-hati. Setelah selesai, dia menyimpan semula krim itu dan memandang Miya. Lama. Membuat Miya tidak tahu harus bertingkah seperti apa.
“Why did you call Balqis, instead of me?” tanyanya tiba-tiba.
Miya terkebil-kebil. Adakah perkara itu yang membuat Adrian marah dan menengkingnya? Dia menghubungi Balqis kerana dia tidak mahu menyusahkan Adrian. Sementelah dia takut Adrian akan marah kerana membuatnya terlewat ke pejabat. Lagipun dia tidak fikir Adrian akan melindungi atau mengambil berat tentangnya. Hubungan mereka hanya sebatas suami isteri yang terikat dari segi hukum tanpa melibatkan perasaan.
“Bila saya tanya, saya nakkan jawapan, Miya Liany.”
Miya menggigit bibir. Dia tidak tahu sama ada dia perlu memberi jawapan yang sebenar, atau berbohong sahaja.
“Miya!” Adrian meninggikan suaranya apabila melihat Miya seolah-olah tidak berniat mahu menjawab pertanyaannya.
Miya tersentak sehingga terjongket bahunya. Adrian dipandang dengan tatapan kosong. Seketika dia terpinga-pinga dan terlupa dengan soalan Adrian tadi.
“Listen here, Miya Liany. Saya akan beritahu awak sekali ni saja dan saya nak awak ingat sampai bila-bila. First, kalau awak dalam masalah, jangan call orang lain selain saya. Second, don’t drive when you’re sleepy. You got it?”
Miya mengangguk. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, Adrian menyambung lagi. “As long as you’re my wife, you are my responsibility. I don’t want you to get hurt.”
"Okey..." Perlahan dan hampir tidak terdengar. Dia terharu. Sungguh. Kata-kata Adrian itu membuat dia rasa benar-benar disayangi dan dilindungi. Biarpun mungkin perasaan ini hanya akan bertahan setahun ini sahaja, tetapi biarlah. Dia mahu menikmati rasa bahagia ini selagi dia berhak.
“Good.”
“Can I go now?” tanya Miya.
“Yeah.” Adrian mengangguk.
"Thank you," ujar Miya lalu bangun. Mahu keluar dan kembali ke pejabatnya.
Adrian turut bangun. Pergelangan tangan Miya ditangkap dan dipegang kejap membuat langkah Miya terhenti. Dengan menggunakan telunjuknya, dagu Miya diangkat supaya memandangnya.
Tindakan Adrian itu tidak gagal membuat jantung Miya berdegup kencang semula. Riak wajah Adrian yang dingin dan serius itu membuat dia takut. Adakah dia tersalah cakap? Bukankah dia hanya mengucapkan terima kasih?
Melihat Miya yang kelihatan berfikir-fikir itu menimbulkan satu idea nakal dalam kepala Adrian.
“That thank you makes me feel like a stranger. Am I a stranger to you Miya?” tanyanya sambil membelai wajah Miya dengan jemarinya. Miya tidak menepis sebaliknya hanya mengundurkan sedikit wajahnya. Suara Adrian yang perlahan itu benar-benar membuat
adrenalinnya merembes dengan banyak.
“I need to go,” ujar Miya dan ingin segera berlalu.
Tetapi Adrian pantas mengejapkan genggaman pada pergelangan tangannya. Miya tunduk, memandang tangannya yang di dalam genggaman Adrian sebelum kembali mengangkat muka memandang suaminya itu.
Menyedari Adrian sedang merenungnya, cepat-cepat Miya mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tetapi telunjuk Adrian pantas mengarahkan dagu Miya supaya terus memandangnya.
“Answer me. Am I a stranger to you?” Adrian mengulangi pertanyaannya. Suka dia melihat Miya dengan muka cuaknya itu. Comel. Seperti seekor arnab yang sedang ketakutan melihat harimau yang mahu menerkam.
“No...” jawab Miya.
“So, who am I to you?” tanya Adrian lagi. Melihat reaksi Miya, membuat dia semakin seronok mengusik.
“Erk...Erm..My...My...Husband..” Miya teragak-agak.
“Why are you hesitating?” tanya Adrian.
“No...I'm not...”
“Yes..You are.”
Miya menggigit bibir. Apa sebenarnya yang lelaki ini mahukan?
“If I’m your husband, why'd you say thanks? Important rule between husband and wife...never say thank you.”
Kata-kata Adrian itu membuat dahi Miya berkerut dalam. Betulkah ada peraturan begitu?
“Jadi saya nak cakap apa? You helped me and saved me. Tak salahkan kalau saya nak ucap terima kasih?” tingkah Miya. Telunjuk Adrian yang menjalar di wajahnya membuat dia rimas dan mahu segera keluar dari situ.
“Hmm..There’s another way to thank your husband.”
Miya mengerutkan dahi. "How?"
“Kiss me.”
“W…What?” Miya membulatkan matanya. Mukanya mula terasa panas. Tanpa melihat cermin, dia tahu wajahnya sudah kemerahan saat ini. Sudah hilang akalkah lelaki ini? Bukankah ini pejabat?
Ketika itu juga pintu bilik Adrian diketuk dan kedengaran suara Eryna meminta izin untuk masuk. Miya ingin segera keluar, tetapi Adrian pantas memaut pinggangnya.
"Adrian, lepas..." Keras nadanya walaupun separuh berbisik. Sedaya upaya dia cuba melepaskan tangan Adrian daripada pinggangnya. Tetapi semakin kuat dia berusaha, semakin kemas pelukan Adrian.
“Do it,” ujar Adrian.
“No.” Miya berkeras. Dia takkan melakukan perkara seperti itu di pejabat walaupun Adrian adalah suaminya.
“Now!” Adrian mendesak.
“No.”
“If you keep refusing, I’ll ask Eryna to come in and kiss you in front of her.” Adrian mengugut. Semakin seronok mengusik Miya. Apatah lagi melihat wajah Miya yang cuak, bercampur dengan rasa malu dan geram.
“You won’t do that.”
“Yes, I will.”
Melihat wajah Adrian yang serius, Miya mula kaget. Bibir bawahnya digigit dengan kedua-dua tangan terkepal erat. Enggan, tetapi dia tiada pilihan. Bimbang jika Adrian benar-benar melakukan apa yang diperkatakannya.
“Hurry up, Miya. Eryna dah lama tunggu dekat luar. Jangan sampai dia….”
“Fine..Fine..” Miya akhirnya bersetuju, walaupun tidak sepenuh hati.
“Good.” Adrian tersenyum.
Sakit hati Miya melihat senyuman itu. Menjengketkan kakinya, dia mencium pipi Adrian.
“Done. I’m leaving now,” ujar Miya sambil cuba melepaskan tangan Adrian yang masih di pinggangnya.
“That’s not a real kiss Miya,” ujar Adrian, enggan melepaskan Miya.
Miya terasa seperti mahu menangis. Sekarang dia benar-benar menyesal mengenali dan berkahwin dengan lelaki ini.
“I count to three.” Adrian mengugut lagi.
Miya masih enggan. Tidak cukupkah emosi dan mentalnya terdera tadi? Kenapa Adrian perlu menambahnya lagi?
“One…” Adrian mula mengira.
“Please..I’ll do it at home.” Miya merayu. Walaupun dia tidak tahu sama ada dia akan melakukannya di rumah atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya dia terselamat pagi ini.
“Two.” Adrian tidak menghiraukan rayuan Miya.
“Okey...Okey...” Miya tahu dia takkan mampu menolak permintaan Adrian. Sesak sungguh dadanya dengan lelaki ini.
Bertopang tangan pada bahu Adrian, Miya menjengketkan sedikit kakinya dan mengucup bibir lelaki itu. Ah, sungguh dia tidak percaya dia akan melakukan perkara seperti ini dengan bossnya di pejabat, walaupun boss itu adalah suaminya.
Setelah bibirnya menyentuh bibir Adrian, dia ingin segera melepaskannya. Namun satu tangan Adrian yang menahan belakang kepalanya dan satu tangan lagi masih di pinggangnya membuat dia tidak mampu bergerak saat Adrian mengucup bibirnya lebih lama. Ciuman dominan itu membuat Miya hampir kehabisan nafas. Ditolak bahu Adrian supaya segera melepaskannyan namun sia-sia.
Selepas beberapa ketika, barulah Adrian melepaskan bibir Miya. Diusap bekas ciumannya pada bibir Miya sambil menatap lekat wajah cantik itu.
“Next time, if you really want to thank me, do it that way,” ujarnya.
“Got it,” balas Miya sambil merengus geram dan terus melangkah keluar dari bilik itu sambil kaki sengaja dihentak kuat tanda protes.
Ketika dia membuka pintu bilik Adrian, dia melihat Eryna sedang berdiri di luar.
Eryna yang sedang menggeser-geser skrin tablet, terkejut melihat Miya keluar dari bilik Adrian. Tidak memerlukan waktu yang lama untuk dia mentafsirkan apa yang baru sahaja berlaku di dalam. Melihat lipstik Miya yang comot itu sudah cukup memberikan jawapan. Seulas senyum dia lorekkan. Tetapi melihat wajah Miya yang tegang, dia menarik balik senyumannya. Kemudian, dia terus melangkah masuk dengan wajah yang tertanya-tanya.
“What’s wrong with her?” tanyanya kepada Adrian yang sedang duduk di mejanya meneliti beberapa dokumen.
“Nothing wrong with her,” balas Adrian selamba tanpa memandang Eryna.
“Apa yang you dah buat pada dia?” tanya Eryna. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Jika tidak, masakan Miya keluar dengan wajah tegang. Apatah lagi, dia berdiri di luar hampir lima minit sebelum pintu dibuka.
“I just taught her a lesson,” jawab Adrian sambil tersenyum membayangkan wajah Miya sebentar tadi.
“You’re so mean,” gumamnya.
“Mana ada. I layan baik sangat.”
“Kesian dia kahwin dengan you." Kata-kata Eryna itu membuat Adrian melotot.
“I’m sorry, but I really mean it. She’s beautiful, smart, very soft spoken. You rasa dia okey tak lepas you ceraikan dia?”
Adrian tercenung sejenak. Dia tidak rasa Miya akan terpuruk selepad diceraikan kerana sejak awal dia sudah tahu tentang itu. Lagipun selama mengenali Miya, dia tahu Miya bukan wanita cengeng yang akan meratap dan menangis kerana kecewa. Miya ada karakter sebagai 'survivor' walaupun terlibat lembut dan naif.
“I rasa dengan kecantikan dia, pembawaan diri dia, dia akan jumpa lelaki yang baik untuk jadi suami dia. She'll get married and will have many children. Yeah...she'll be fine I think.” Eryna kelihatan menggumam sendiri, namun kata-kata itu sampai juga ke telinga Adrian.
“Now it’s not the time to talk about it,” balas Adrian walaupun kata-kata Eryna itu agak mengganggu fikirannya.
Share this novel