BAB 5

Drama Completed 4613

Shila menguntum senyum.

Dia segera berlari ke bilik Puan Wardah. Selepas berbincang dan menjawab beberapa soalan mengenai lawatan pelajar tahun akhir selepas tamat pengajian, Shila menuju semula ke meja kerjanya.

Encik Zaquan dan failnya tiada. Dia panik seketika.

“Sorry ya Shil, tadi ada pelajar panggil minta tolong. Jadi saya kemas dan bawa sekali fail awak. Maaf buat awak cemas ya. Nah, ni harta karun awak.”

Malam itu, sedang Shila teruja menggayakan blaus batik yang sudah siap dijahit, dia mendapat panggilan telefon daripada.

Terbawa-bawa dengan rasa teruja dan gembira, Shila terus bercerita tentang baju batik yang sudah siap dijahitnya. Namun secara tiba-tiba tiada angin tiada rebut, Adrian menyatakan hasrat untuk berpisah.

Katanya, Shila sudah tidak ada masa lagi untuknya. Dia cuba memahamikesibukan Shila hingga menyebabkan mereka jarang berjumpa.

Tapi, lama kelamaan, dia berasa dirinya tidak penting lagi pada Shila, dia jarang dipeduli.

Dia kecewa. Jadi daripada terus-terusan makan hati dengan sikap Shila yang sudah tidak menjadikan dia prioriti, lebih baik dia memutuskan hubungan mereka dan meneruskan hidup membawa haluan masing-masing.

Alangkah terkejutnya Shila memimirkan hubungan yang sudah terjalin lebih empat tahun itu berakhir begitu saja tanpa sebarang peluang untuknya membetulkan keadaan.

Perpisahan tersebut benar-benar membuat Shila terpukul.

Dek kerana kecewa, Shila lebih banyak diam dan termenung dan gemar menyendiri.

Sifat ceria dan ramahnya bagai sudah hilang dari dalam dirinya. Dia sudah tidak lagi bersemngat untuk ke kelas. Fikirannya lebih banyak menerawang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience