Bab 15

Horror & Thriller Series 22725

BAB 15

Selepas membantu seorang ibu mengandung ke tandas jam 4.30 pagi itu, saya pun berjalan menuju ke kaunter. Dalam perjalanan itu mata saya tertangkap semula kelibat wanita mengandung yang duduk di kerusi luar wad sambil termenung jauh. Raut wajahnya sedih.

Entah kenapa rasa ingin tahu malam itu sungguh tinggi dan keberanian saya untuk bertanya perkara-perkara pelik yang berlaku di sekeliling pula sangat tebal. Saya pun berjalan biasa menuju ke arah wanita itu.

Saya berdehem apabila berada di sebelahnya. Sedikit pun dia tidak mengalihkan pandangan. Kemudian saya bersuara.

"Kenapa puan ada di sini pada waktu begini?" tanya saya.
Dia tidak membalasnya dan hanya mengukir senyuman dari pandangan sisi mukanya.

"Saya selalu juga lihat puan suka duduk di sini dan termenung. Kenapa? Ada masalah ke? Boleh saya bantu?"

Melihat dia tidak pun menoleh saya teruskan bertanya soalan.

"Suami puan mana? Dia ada sekali ke? Atau puan nak saya tolong panggilkan? Puan sepatunya tidur maktu ni. Supaya tidaklah penat nanti jika tak mendapat cukup rehat. Sebab saya lihat puan pun menungggu masa untuk bersalin saja kan?"

Puan, puan dengar ke saya cakap ni?" sata tanya lagi kerana tidak puas hati. Wanita ini masih tidak menoleh ke arah saya walau apa pun saya tanyakan kepada dia. Dalam hati geram juga dibuatnya. Saya cuma mahu membantu dan berbuat baik namun tidak diendahkan. Bagi saya itu tidak patut berlaku. Tapi apakan daya.

Ketika saya mahu meletakkan tangan ke bahu wanita itu, saya dengar ada suara menangis di dalam wad. Lalu saya bergegas masuk ke dalam. Mahu melihat apa yang berlaku. Tinggallah wanita itu di luar. Tapi dalam hati saya masih mahu kembali kepadanya untuk bertanya lebih lanjut biar pun dia tidak hiraukan.

Belum sempat menuju ke arah punca bunyi suara menangis itu, jururawat lain menjadi kelam-kabut kerana mahu mententeramkan seorang pesakit yang tiba-tiba menjerit ketakutan.

Hampir sejam jugalah kami mententeramkan pesakit yang seperti histeria itu. Doktor yang bertugas juga bergegas ke lokasi itu.

Setelah kembali tenang, pesakit itu menceritakan sendiri apa yang berlaku. Di biliknya mempunyai katil kosong bersebelahan. Pada malam tersebut dia tidur seperti biasa setelah diberikan ubat oleh jururawat.

Dalam sedang enak beliau tidur, dia terdengar seperti seseorang menangis teresak-esak, sayu dan terlalu dekat dengannya. Dia tersedar tetapi tidak membuka mata dan cuba untuk tidur kembali. Setelah beberapa minit, tiada bunyi yang kedengaran.

Dia memberanikan diri untuk membuka mata. Setelah matanya terbuka luas, dia terkejut dan menggigil ketakutan setelah melihat sesusuk tubuh putih berambut panjang berbaring di sebelah katil beliau dan memandang tepat ke arahnya dengan matanya yang merah menyala itu. Dia terus menutup mata dan berpaling ke arah yang bertentangan sambil mulut terkumat-kamit.

Setelah beberapa minit berada dalam keadaan terkejut, susuk tubuh itu berdiri dihadapannya. Itulah sebabnya dia menjerit dan mahu keluar tetapi badannya seperti ditahan.

Saya kembali mahu melihat jika wanita itu jika masih di kerusinya tetapi seperti biasa dia hilang tanpa dapat dijejaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience