1

Romantic Comedy Series 589

Seorang gadis berlari dengan sambil membawa sekeping kertas di tangan.Mulutnya tidak henti henti memanggil kedua dua nama kawan kawannya.

"Di! Liya! "jerit gadis bernama Zara Qistina.

Selepas mendengar mereka di seru, mereka berhenti dan melihat kearah kawan mereka yang sedang berlari seperti di kejar anjing.

Zara berhenti selepas sampai ke tempat kawannya. Naik turun naik turun bahunya kepenatan.

"Kau ni dah kenapa? Lari macam dekat balapan ni? "tanya Aliya Aulia. Bukan main laju kawannya lari. Tapi bila di minta untuk wakil rumah sukan, gadis itu lah yang lari dulu.Lari dari di minta menjadi wakil.

"Tadi.... Aku... apa..."Zara masih tercungap cungap sehingga ingin bercakap pun tidak mampu.

"Kau boleh tak rilek dulu.Jangan nak gelabah sangat boleh tak"Kata Diana dalam nada serius.

Dengan pantas Zara tenangkan dirinya. Gadis bernama Diana Arissa tu memang menakutkan bila marah. Tak payah cakap pun wajahnya sudah menakutkan.

Dalam masa beberapa minit akhirnya Zara dalam keadaan tenang. Dia sempat mengemas awning tudung sekolah miliknya.

"So apa yang hal yang kau excited sangat nak cerita tadi? "tanya Diana.Dia berdiri tegak menunggu berita yang kononnya hangat seperti pisang goreng itu. Yalah kalau tak takkan ler kawan dia tu nak berlari macam kena kejar anjing.

Zara menghulurkan sekeping kertas berisi poster itu kepada kedua kawannya. Dengan pantas Diana mengambil kertas tersebut.

Mata Diana fokus membaca tajuk besar yang tertera di atas kertas berwarna pink peach.

"Kenapa dengan poster ni Zara? "tanya Aliya yang masih belum faham apa maksud kawannya itu membawa poster itu kepada mereka.

"Kamu tak nak join ke? Jom lah join. Bukan selalu"Jawab Zara dengan nada semangat.

Diana memberi poster itu kepada Aliya.Diana memeluk tubuh.

"Hari Manisan peringkat sekolah? Tak pasti. Tapi aku rasa boleh cuba kot" Ujar Diana. Dia pun teringin juga mahu menyebokkan diri ikut aktiviti sekolah.

Tiba tiba Aliya teriak.Hampir tercabut jantung dua gadis di tepinya. Dalah suara nyaring teriak lagi memang boleh pekak orang ditepinya.

Diana memandang kearah Aliya yang sedang menunjuk wajah terkejut. "Kau dah kenapa? Kena sampuk?"

"Giler bapak hadiah pemenang.Sepuluh ribu sepa nak bagi.Jadi apa lagi jom join"Teruja Aliya selepas nampak ganjaran yang bakal di berikan kepada pemenang. Beliau sudah menarik tangan kedua kawannya itu kearah bilik guru.

"Jom Jom Jom"Teruja Aliya.

Diana melepaskan tangan gadis itu dari lengannya. "Dah kita jumpa cikgu lepas sekolah. Sekarang kita masuk kelas dulu.Nanti menyinga Cikgu Ruhaila"Diana memberi peringatan bahawa selepas ini adalah masa cikgu kegemaran mereka masuk ke kelas untuk mengajar.

Aliya dan Zara menepuk dahi. Hampir mereka terlupa bahawa Hari Selasa ada Subjek Cikgu Ruhaila. Subjek Bahasa Melayu.

"Dah tu, jom lah naik.Yang korang masih tercegat kat sini buat apa? "Tanya Aliya. Dia sudah sedia meninggalkan kawannya dibelakang. Jika tidak takut nanti dia pun di denda nanti.

--------------------------------------

Akhirnya waktu pembelajaran untuk hari itu sudah pun tamat. Semua murid kelam kabut mengemas barangan mereka masuk ke dalam beg.

Tidak lupa juga pada tiga gadis ini. " Cepat lah kemas. Cepat kita jumpa cikgu, cepat kita balik. Boleh lepak."Teruja Zara.Dia sudah mengalas beg miliknya. Memang tak sabar sangat dah ni.

Diana mengangkat beg dan letak di bahu."Dah jom"

Mereka pun bersama sama berjalan menuju ke bilik guru.

Setibanya mereka di bilik, mereka bertiga melihat banyak murid yang berbaris di situ. Mereka pun terdongak dongak mencuri curi tengok barisan yang panjang itu.

"Banyaknya orang"kata Zara terkejut. Dia fikir tak ada orang yang nak join. Ni banyak mengalahkan pemberian bantuan.

"Mestilah banyak kalau hadiah besar.Kalau hadiah kecik,Manalah orang nak ikutkan"jelas Aliya. Tangan masih memegang poster dan mata nya masih tidak lari dari melihat nilai ganjaran tempat pertama.Fikiran sudah boleh membayangkan apa yang dia boleh buat dengan duit sebanyak itu.

Diana menghembus nafas berat. "Lambat lah kita balik jawabnya"Ngeluh Diana.

Akhirnya giliran mereka bertiga. Lama juga mereka tunggu sampai terduduk duduk mereka di lantai koridor depan bilik guru itu.

"Finally our turn" teriak Zara. Matanya yang tadi layu terus menjadi segar.

Diana bangun lambat. "Dah jom cepat"kata Diana. Sudah mahu petang baru lah giliran mereka tiba.

Mereka masuk perlahan lahan ke dalam bilik guru dan berjumpa dengan cikgu yang bertanggunjawab dalam pertandingan itu.

Cikgu Ruhaila memandang kearah tiga tiga anak murid di hadapannya. Dia tersenyum. "Finally ada juga wakil dari kelas 1-2.Fikir tak ada tadi lama juga tunggu"Luah Cikgu Ruhaila. Memang dia menanti nantikan kelas itu selepas kelas miliknya.

Ketiga tiga gadis berbaju sekolah itu hanya tertawa. Terasa bangga pula mereka apabila cikgu itu menunggu kedatangan mereka.

Cikgu Ruhaila mengisi nama tiga perempuan di hadapannya. "Ini aje ahli kumpulan? Kamu bertiga tak baca posterr dengan baik ke? "Tanya Cikgu Ruhaila. Mode Singanya sudah hampir mendekati.

Tiga gadis itu terdiam. Terhenti segala kata kata yang ingin di keluarkan.

"Cikgu tak dapat nak masukkan penyertaaan kamu kalau kamu tak cukup orang"Ujar Cikgu Ruhaila.

"Kalau kamu betul betul nak ikut pertandingan ini, esok pastikan kamu datang dengan ahli kumpulan kamu. Kalau kamu tak tahu nak ajak siapa, ajak aje senior kesayangan kamu semua."sambung Cikgu Ruhaila.

Mereka bertiga beredar selepas mengucap terima kasih pada cikgu mereka.

Keluar sahaja dari bilik guru Aliya orang pertama yang menunjukkan reaksi kecewa.

"Punah harapan,hancur impian"kata Kata Diana memberikan peringatan kepada dua kawannya.

Diana terus berjalan meninggalkan kedua kawannya. Aliya dan Zara saling berpandangan baru teringat bahawa mereka mempunyai kerja rumah yang perlu di siapkan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience