Diari Tentang Kamu 16

Short Story Series 1331

Kau mohon maaf kerana mungkin kau akan jarang menghantar pesanan pada aku lagi selepas ini.

Kau mahu aku faham kau itu orangnya yang tidak mahu membalas pesanan.
Jika perlu sahaja.

Tapi tetap juga kau mahu aku untuk menghantar pesanan pada kau. Baca atau tidak, lambat atau cepat kau balas itu terserah kau. Atau perlu, kau akan menghubungiku.
-katamu.

Andai saja kau tahu apa perasaanku.
Berkecamuk.
Berguling-guling ketawakan diri sendiri. Itulah siapa suruh mengharap kan sudah menyembah bumi.

Tapi syukur, separuh kesedaran lagi pujuk aku;
"Tak perlu lah marah, kau cuma kawan bukan teman istimewa".

Lalu aku sampaikan pada kau,
"Aku baik-baik saja"

Cuba untuk telan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience