BAB 1

Romance Series 2310

IRIS MIRANDA.Sebaris nama yang cukup indah. Seindah wajahnya. Tapi sayang wajah yang cantik belum tentu selari dengan akhlaknya.Gadis itu diibaratkan seperti bunga derdap,cantik tetapi busuk.
Tengku Zaynn Ibrahim Shah mendengus.Dia meramas-ramas rambutnya kuat.Kusut.Fikirannya benar-benar kusut. Dia tak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini hidupnya menjadi kacau-bilau.Semuanya bermula semenjak pertemuan dia dengan perempuan itu.Perempuan yang dikategorikan sebagai murahan dan low class.

"Shit!!! Damn!!! Tak guna punya perempuan.Apa yang kau dah buat kat aku hah?! Kenapa kau tak habis-habis muncul dalam hidup aku? Dasar perempuan murahan. "Tengku Zaynn Ibrahim melepaskan amarah yang terbuku di hati.

Satu persatu peristiwa yang berlaku pada malam itu bermain di fikirannya. Berulang tayang seperti wayang gambar. Dia masih ingat peristiwa yang berlaku pada malam itu. Malam yang merenggut terunanya yang cukup dijaga selama ini.Tapi semuanya musnah sekelip mata sahaja gara-gara perempuan murahan itu.

Tengku Zaynn Ibrahim Shah mengetap giginya kuat.Kemudian kepalanya diangguk-angguk beberapa kali.

"Tak apa. Tak apa.Bukan aku sorang yang rugi. Kita sama-sama rugi Iris Miranda. Cuma yang membezakan kita, aku dari keturunan terhormat.Kau pulak entah dari keturunan apa-apa aku pun tak tahu.Kau memang perempuan murahan Iris Miranda. Kau saja nak kenakan aku ya. Kau perangkap aku dengan cara kotor. Kau tunggulah balasan kau nanti.Betina sial! " Tengku Zaynn Ibrahim Shah menumbuk kuat meja kerja di hadapannya. Dia bertekad untuk membalas dendam pada perempuan itu.Apa nak jadi, jadilah.

***********************************

"What's wrong with you, Zaynn? Monyok semacam je mama tengok. Kau ada masalah ke? Cuba cerita dekat mama. Mana tahu mama boleh tolong. Mama tengok kau moody je sehari dua ni. Kau kenapa? Putus cinta ke? Bagitahu la mama. "Tengku Rose Khalida, mamanya bertanya sambil melabuhkan punggung di sofa empuk bersebelahan anak bujangnya itu.

Tengku Zaynn Ibrahim Shah menggeleng-geleng kepalanya perlahan. Tangannya memicit-micit pangkal hidungnya yang mancung.

"Tak ada apalah, ma. Zaynn mana ada girlfriend. Masalah kerja je, ma. Mama jangan risaulah. "

"Itulah kau.Mama suruh cari girlfriend kau tak nak. Mama nak kenalkan anak-anak kerabat kita kau tak nak. Macam-macam alasan kau bagi. Kalau ada girlfriend kan seronok. Tak sunyi. At least tak adalah kau nak stress macam ni. "Leter Tengku Rose Khalida.Masak betul dengan perangai degil anak bujangnya itu. Maklumlah Tengku Zaynn Ibrahim Shah adalah anak tunggalnya kerana Tengku Rose Khalida disahkan tidak boleh hamil lagi akibat keguguran beberapa kali selepas dia mengandung dan melahirkan Tengku Zaynn.

"Buat apa Zaynn nak cari girlfriend ma? Zaynn kan dah ada mama. Zaynn sayang mama sorang je. Zaynn tak nak perempuan lain dalam hidup Zaynn selain mama. Zaynn rasa lepas ni mama tak payah cakap pasal ni lagi Zaynn malas nak dengar. Zaynn naik atas dulu mama. "

Tengku Zaynn Ibrahim terus menapak menuju ke biliknya di tingkat atas. Tengku Rose Khalida hanya memandang anak bujangnya berlalu pergi. Dia mengeluh perlahan.

"Like father like son. Anak dengan bapak sama je perangai. Degil. " Tengku Rose Khalida berkata. Dia menggeleng-geleng perlahan.

*******

Tengku Zaynn Ibrahim Shah berbaring di katilnya sambil sebelah tanggannya di letakkan di bawah kepalanya. Sebelah tanggannya lagi diletakkan di atas dahi seperti tanda berfikir. Dia teringat kata-kata mamanya sebentar tadi.

'Kenapa mama tak habis-habis suruh aku cari girlfriend? Aku dahla benci perempuan. Semua perempuan sama je. Kecuali mama. Aku tak mungkin ada girlfriend dan takkan ada girlfriend sampai bila-bila. 'Monolog Tengku Zaynn Ibrahim Shah dalam hati.

Tiba-tiba dia teringat pada perempuan itu. Siapa lagi kalau bukan Iris Miranda. Hanya perempuan itu yang dia ingat. Itupun kerana dendamnya terhadap perempuan itu. Tengku Zaynn Ibrahim Shah bangkit dari perbaringan. Dia berjalan menuju ke tingkap kaca biliknya yang tergambar pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur. Rumahnya berada di atas bukit.

"Iris Miranda. Aku akan cari kau dan balas dendam kat kau. Aku akan seksa kau cukup-cukup sama macam kau seksa aku. Aku akan buat kau merana sampai kau tak nak hidup lagi. Matlamat aku adalah untuk melihat kehancuran hidup kau. " Tengku Zaynn meluahkan tekad dalam hati.Dia sudah bersedia dengan rancangannya untuk perempuan itu.

*******

Turpsy-turvy. Upside Down. Messy Life.

Iris Miranda berdiri di hadapan cermin.Dia mengoleskan lipstick merah Ruby Red berjenama Dior di bibir mungilnya. Mekap yang dikenakannya simple sahaja.Wajahnya sudah cukup jelita jadi dia tidak perlu bermekap tebal-tebal. Lagipun dia tidak suka mekap tebal berlapis-lapis. Baginya simple lebih menarik dan bergaya.

Dia memerhatikan pula pakaian yang membalut tubuh badannya yang langsing dan seksi itu. Iris Miranda bertuah kerana memiliki bentuk tubuh yang menawan dan menggiurkan. She is perfectly beautiful-Itu tanggapan bagi sesiapa saja yang melihatnya. Setiap mata yang memandangnya tidak berkelip dan tiap kali dia berjalan, mana-mana lelaki pasti akan memberikan pandangan kedua kali.

Malam itu dia mengenakan dress senteng paras paha yang berwarna putih dan bertali halus yang berkain jarang. Ya, gadis itu sememangnya gemar berpakaian seksi dan menjolok mata. Sebab itulah setiap kali dia keluar ke mana-mana, mata lelaki tidak lepas memandangnya.

Iris Miranda tersenyum di hadapan cermin. Sesaat kemudian senyumannya mati tiba-tiba. Dia teringat pertengkarannya dengan papanya sebentar tadi.

*******

"Papa tak kira sama ada Iris suka atau tak, papa tetap nak Iris bekerja dengan papa. Papa tahu Iris mampu dan serba berkebolehan.Lagipun Iris ada kelulusan dari luar negara. Jadi, apa salahnya kalau Iris kerja dengan papa. Syarikat tu nanti kan akan jadi milik Iris juga. "Dato' Rizman meluahkan hasrat hatinya terhadap anak perempuan tunggalnya yang hanya diam tak berkutik.

"Iris dengar tak apa papa cakap? "soal Dato Rizman apabila melihat Iris Miranda leka melihat handphone di tanggannya. Gadis itu sibuk membalas Whatsapp kawan baiknya, Tiara.
Mereka berjanji untuk pergi ke kelab malam, malam itu.

"Ya, pa Iris dengar. Iris malaslah pa. Iris tak minat. Lagipun syarikat tu bukan jiwa Iris la. "Iris menjawab malas. Dia tahu balik-balik hal itu juga yang dibahaskan oleh papa kesayangannya.

"Habis tu apa jiwa Iris? Clubbing? Sosial sana-sini? "Soal Dato' Rizman bertubi-tubi. Iris berdecit. Dia tahu papanya sudah mula marah.

"Pa, Iris bukannya apa. Iris cuma tak minat nak kerja kat situ. Lagipun, Iris ada minat Iris sendiri. Iris nak jadi model. So, Iris harap papa faham. Tolong jangan paksa Iris pa. Iris dah besar. Iris bukan budak-budak lagi yang boleh papa tentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Come on, papa. I have my own rights and my own decision okay. So, please papa. Jangan paksa Iris kerja kat situ kalau tak papa sendiri tahu kan apa yang Iris akan buat. "Iris menjawab dengan tenang walaupun nadanya berbaur marah.

Datin Aliyah yang duduk berdiam diri sedari tadi mula tidak senang duduk dengan cara percakapan anaknya itu. Dia hendak bersuara tapi terbantut apabila Dato' Rizman bersuara terlebih dahulu.

"Okay, fine. Kalau macam tu Iris buatlah apa yang Iris suka. Iris dah besar kan. Iris bijak. Iris pandai buat keputusan sendiri.Iris dah tak perlukan
nasihat papa lagi. Siapalah papa ni kan. Orang tua yang suka membebel dan suka memaksa. Sorry Iris,papa lupa yang papa dah tak ada hak nak tegur Iris lagi. Papa lupa yang anak perempuan papa yang dulu manja sekarang dah berubah bila dewasa. Iris dah berubah. Papa kecewa. Kecewa sangat-sangat. "Suara Dato' Rizman mulai kendur. Hati tuanya benar-benar terasa dengan sikap Iris yang sudah jauh berubah.Tidak manja dan cengeng seperti dahulu. Iris yang sekarang sudah pandai mengugutnya. Dato' Rizman berlalu pergi meninggalkan kedua beranak itu di situ.

"Iris, apa yang Iris dah buat ni?Papa dah merajuk tahu tak? "Marah Datin Aliyah. Iris hanya memandang mamanya dengan rasa bersalah.

"I'm sorry,ma.Iris tak niat nak sakitkan hati papa. Tapi mama dengan papa kena faham Iris. Iris tak nak kerja dengan papa. Bukan jiwa Iris,ma.Iris dah lama nak jadi model. Mama pun tahu kan. So, please ma jangan paksa Iris"Tegas Iris.

"Suka hati Iris lah. Tapi ingat, apa-apa jadi Iris kena fikir dulu masak-masak. Mama tak nak Iris menyesal nanti. "Ujar Datin Aliyah kemudian dia terus berlalu pergi. Iris Miranda memerhatikan mamanya berlalu pergi.

*******

Iris Miranda tersentak dari lamunan bila tiba-tiba handphonenya berbunyi tanda ada Whatsapp yang masuk. Tiara.Pesanan itu dibuka lalu dibaca.

"Babe, kau kat mana? Aku dengan Bella dah sampai. Kitorang tunggu kau dkt lobby. "-Tiara.

Jari-jemari runcingnya mula menaip mesej satu-persatu.

"Ok, babe. Kejap lagi aku sampai. "-Iris Miranda.

Iris Miranda mencapai clutch hitam miliknya dan bergegas turun ke bawah. Dia harus cepat kerana kawan-kawannya sedang menunggunya di kelab malam itu.Iris Miranda segera masuk ke dalam perut kereta Audi A8 miliknya dan terus menekan pedal minyak menuju ke destinasi.

*******

Heaven Club.

Crowded place as usual. Kelab malam 5 bintang yang gah dan dikunjungi oleh kebanyakkan artis dan golongan ternama itu sentiasa dipenuhi dengan manusia yang dahagakan hiburan malam.

Rata-rata manusia yang datang adalah pasangan muda-mudi yang saling berpengan tangan dan ada juga yang berpelukan tanpa segan-silu. Perempuan-perempuan yang berpakaian seksi dan menjolok mata menjadi perhatian lelaki-lelaki miang di situ. Itu satu pemandangan yang biasa dilihat di situ sementelah tempat itu adalah tempat berhibur.

Bunyi dentuman muzik yang kuat diiringi dengan gelek tarian penari-penari di pentas tarian. Dari jauh, Iris Miranda ternampak dua orang kawannya iaitu Tiara dan Bella duduk di sofa di lobby.Iris Miranda segera mendekati kawan-kawannya.

"Hye Girls. Sorry lambat. Aku ada hal tadi. "Iris segera berpelukan dengan kawan-kawannya dan saling berlaga pipi.

"It's okay,Iris.Kitorang dah biasa dengan kau. Always late. Kau memang tak pernah nak tepati masa. "Ujar Tiara disambut dengan ketawa Bella. Iris Miranda mencebik.Kemudian dia tersenyum manis.

"Em, jomlah masuk. Aku dah tak sabar nak menari. Yuhuu!!! "

"Jom!! "

Ketiga-ketiga mereka terus melangkah masuk ke dalam kelab malam yang bingit dan dipenuhi manusia itu.

Iris Miranda menari terkinja-kinja mengikut rentak muzik di pentas tarian. Sebijik seperti kera terkena belacan.Dia tak peduli pada mata-mata liar yang memandangnya. Dia sudah biasa menjadi perhatian di situ. Tiara dan Bella juga ikut menari sakan.Meliang lentuk tubuh mereka mengikut rentak.

Setelah 15 minit menari,Iris Miranda pergi ke bar minuman dan memesan segelas jus oren.Walaupun dia bebas, dia tidak pernah sentuh minuman yang memabukkan itu. Tiara dan Bella juga sudah berhenti menari dan mendapatkan Iris Miranda bersama segelas air di tangan masing-masing.

Mereka duduk si satu sudut yang terselindung sambil memerhatikan manusia-manusia yang masih lincah menari. Ada juga pasangan yang sedang berbual sambil bermesra.

"Dah lama kan kita tak berkumpul macam ni sejak Iris pergi overseas. Sekarang dia dah balik baru kita boleh berkumpul macam biasa. "Kata Tiara sambil menghirup jus orennya.

"Aah. Betul tu Tiara. Kalau tak kita dua jelah.Kau tengok muka aku. Aku tengok muka kau. Boring. "Jawab Bella pula. Mereka bertiga sama-sama ketawa.

"Ala, korang ni tak payahla nak sedih-sedih. Aku kan ada. Lagipun aku pergi overseas kejap je. Tu pun sebab papa aku suruh aku belajar kursus perniagaan dekat sana. Kalau tak, tak ada nya aku nak pergi. "

"Eh, apa cerita? Jadi ke kau kerja dengan papa kau? "Soal Tiara. Dia sudah tahu akan hal itu kerana Iris Miranda telah memberitahunya sebelum ini.

"Wait... Let me guess. Aku rasa tak kan. Sebab Iris kan nak jadi model. Betul tak, Iris? " Bella mencelah. Iris Miranda mengangguk.

"Pandai pun kau.Siapa cakap aku akan kerja dengan papa aku? Hell no. Ini Iris la. I know what's best for me, okay. "Iris menjawab, angkuh.

Tiara dan Bella saling berpandangan sebelum ketawa mereka meletus. Iris Miranda memandang kedua-dua sahabat baiknya itu, hairan.

"Laa.. apasal korang ketawa pulak? Aku cakap betulla. Eee.. korang ni kan saja nak buat aku panas tau tak. "Ujar Iris Miranda, geram. Dia mengerling kedua-kedua sahabatnya itu.

"Ala, rilekslah Iris. Kitorang gurau jelah. Well, macamlah kitorang tak kenal kau. Kau kalau sembang pokok pun boleh tumbang tau. Tapi, habuk pun tarak. "Tiara dan Bella ketawa. Iris Miranda berdecit dan berpeluk tubuh tanda protes. Dia sudah masak dengan perangai kawan-kawannya. Suka benar menyakat dia.

"Okaylah. Aku nak pergi ladies jap. "Iris Miranda bangun lalu berjalan lalu meninggalkan kedua-dua kawannya.

"Opsss, sorry. Tak sengaja. "Ucap Iris Miranda setelah dia terlanggar bahu seseorang.Dia pun mengangkat muka. Alangkah terkejutnya dia melihat wajah gadis cantik dan berpakaian seksi di depannya.

"Wow... Iris Miranda! Tak sangka jumpa You dekat sini. Wait.. tak pelik pun sebenarnya kalau jumpa You dekat sini. You kan memang kaki clubbing.. so no wonder la I boleh jumpa You dekat sini. " Gadis itu tersenyum sinis dan memandangnya atas bawah.

Iris Miranda buat-buat tak dengar. Dia pantas masuk ke dalam ladies.Tak semena-mena tangannya dipegang oleh gadis itu. Iris Miranda memandang gadis di hadapannya itu dengan sebal.

"Apa hal kau ni, Darlina? Apa pegang-pegang tangan orang ni? Lepaslah. "Iris Miranda menarik tangannya semula. Gadis bernama Darlina itu bukan orang lain. Dia mengenali gadis itu 10 tahun lamanya semenjak mereka bersekolah menengah lagi. Gadis itu adalah musuh tradisinya.

"Wow.. I'm speechless. Look at you.You've changed a lot. How come an ugly duckling turns to a swan. You makin cantik sekarang. Tapi sayang, perangai kau taklah secantik mana. "Darlina ketawa sinis. Perasan akan riak muka Iris Miranda yang mula merah kerana marah akan kata-kata gadis itu yang menghinanya, Darlina menutup mulutnya dengan hujung jarinya.

"Opss.. sorry... Tersengaja. "

Iris Miranda hendak marah tetapi dia tiba-tiba bertukar fikiran. Dia senyum manis dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Darlina.

"Well, you know me. Macam mana cantiknya muka I, macam tu la cantiknya perangai I.At least, aku cantik. Bukan macam kau. Mulut kau sama hodoh macam muka kau. "Iris Miranda tersenyum sinis sebelum berlalu pergi. Darlina menghentak kaki, geram.

"You, bitch! Kau tunggu Iris. Aku akan kenakan kau cukup-cukup!"Bisik Darlina bersama dendam yang berlingkar di hati.

*******

"Woi, Iris. Lamanya kau pergi tandas. Kau buat apa dalam tandas tu lama sangat? Kau berangan ek? "Soal Tiara bertubi-tubi. Bella hanya diam menunggu jawapan sahabatnya.

Iris Miranda berdecit sebelum menjawab."Aku jumpa perempuan tu tadi. "Dia menghirup air orennya yang berbaki separuh di dalam gelas.

"Perempuan mana pulak ni? Kau jumpa siapa tadi? "Soal Bella pula.

"Minah sewel tu la. Si Darlina tu tadi. Tak berubah perangai perempuan tu. "Iris Miranda menjawab kesal dengan sikap dan kata-kata yang dilemparkan Darlina terhadapnya tadi.

"What?! Seriouslah? Dia pun ada kat sini jugak? "Soal Tiara dan Bella, terkejut dengan kehadiran gadis itu di sini.

"Ni kan tempat public. Sape-sape pun boleh datang sini. "Jawab Iris Miranda, selamba.
"Yelah, yang tu kitorang tahulah. Dia cakap apa kat kau? "soal Tiara.

"Macam biasa. Dia dengan aku kan pantang berjumpa mesti kitorang jadi macam anjing dengan kucing. Tapi dia tu anj***,aku pulak Barbie Princess. Huhu. " Iris sempat memuji dirinya sendiri. Dia mengenyit mata pada Tiara dan Bella. Mereka berdua hanya mencebik.Seketika kemudian mereka bergelak sakan.

Dari kejauhan, sepasang mata memerhatikan gelagat ketiga-ketiga gadis itu dengan perasaan sebal dan meluat. Darlina mengetakkan giginya, geram. Matanya tajam terarah pada gadis yang paling cantik dalam kumpulan itu, iaitu Iris Miranda.Dia merancang untuk mengenakan perempuan perasan bagus itu.

Tiba-tiba Darlina mendapat idea jahat bisikan iblis laknatullah. Darlina tersengih dengan kejahatan yang tersembunyi.

'Padan muka kau, Iris! Rasakan! ' Bisik hatinya.

Novel ini ditulis dari idea asal saya sendiri. Tiada ciplakan daripada mana-mana karya penulis sedia ada.Apa yang terlintas di hati, terbayang di mata sy lakarkan di sini agar menjadi sebuah karya cinta yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Segala babak yang ditulis dalam cerita ini adalah rekaan dan imaginasi saya semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah mati. Saya menulis dari hati kerana dari hatilah akan terbit sebuah keikhlasan yang akan mencerminkan keperibadiaan seseorang penulis. Someone's told me, write from your heart. Only there, you can find happiness.Kerana kebahagiaan itu terletak dalam hati. Ini adalah sebuah karya picisan dari seorang wanita biasa yang berfikiran biasa-biasa dan hidup biasa-biasa. Saya harap agar ada yang sudi membaca tulisan saya yang tidak seberapa. Akhir kata, "Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan." Assalamualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience