Rate

Pembuka Bicara

Drama Series 1125

Assalammualaikum kepada semua pembaca “Kau Kawan TERAGUNGKU",

Cerita ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dimana saya hampir ingin memusnahkan ikatan persahabatan saya.

Saya hanya ingin mengenangkan beliau jadi saya buatlah cerita ini untuk dia. Saya harapkan dia baca juga tapi saya tahu ianya mustahil sebab hubungan antara kami sudah musnah.

Kehadapan Ana,

Terima kasih sudi jadi kawan terbaik buat aku. Aku ikhlas berkawan dengan kau dalam tempoh yang agak lama ini. Tarikh 11 Disember dimana tarikh kita meleraikan ikatan persahabatan ini.

Aku maafkan segala kesilapan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maafkan aku jika aku ada buat silap pada kau.

Aku anggap kau macam adik ada walhal aku lagi muda dari kau. Aku sayang kau dan aku rindukan kau. Tolong rendahkan ego dan maafkan aku. Tolong jangan buat benda bodoh yang boleh lukakan hati aku.

Aku selesaikan sehabis baik masalah kau tapi ini yang kita dapat. Aku redha. Mungkin Allah dah tarik balik nikmat kemanisan persahabatan ini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Alhamdullillah, penyakit aku semakin berkurang dan pulih. Aku harap kau baik-baik dekat sana. Aku nak jumpa kau ,kalau ada rezeki InsyaaAllah...

Ana,

Kau kawan TERAGUNG aku. Aku takde kawan macam kau dalam dunia ni. Moga kau bahagia...

Akhir kata dariku,
Ana... Positiflah selalu dan dekatkan diri dengan Allah sebab dunia ni dah hampir kiamat. Aku sayang kau...


Sahabatmu,

Sofea Wirdani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience