Rate

Prolog

Other Series 233

Di sebalik hutan yang gelap dikala malam, terdapat sesosok gadis sedang melarikan diri.

"KEJAR GADIS ITU!!!!"

Sekumpulan lelaki bersenjata yang lengkap dengan sejata seperti keris dan tombak dengan lincah bergerak melintasi halangan di dalam hutan demi mengejar gadis itu. Sebab apa dia dikejar, hanya dia sahaja yang tahu. Dia dengan sedaya upaya tanpa menghiraukan rasa penat yang teramat sedang cuba untuk lolos dari pandangan kumpulan lelaki tersebut.

Namun tanggapan beliau meleset kerana dari jauh terdengar bunyi kuda berlari pantas cuba mengejarnya. Gadis tersebut ingin melihat siapakah yang mengejarnya dengan kuda namun ia telah terlambat. Dia telah tersandung akar pokok lalu dia jatuh masuk ke dalam perigi buta.

"Aduh. Sakitnya kakiku."

Gadis itu cuba terseliuh akibat terjatuh. Namun nasibnya begitu baik kerana perigi buta itu tidaklah begitu dalam.

"Nasibku baik perigi ini tidak dalam mana. Kalau tidak sudah lama ku pengsan dengan kecederaan yang lebih parah."

Sedang gadis itu ingin memulihkan pancainderanya, terdengar suara lelaki berteriak. Gadis itu tidak sangka sudah jauh bagini pun, mereka masih mengejarnya. Bunyi erangan kuda pun terdengar lalu menghampiri kumpulan tersebut.

"Adakah kalian semua berjaya menjumpai gadis itu?"

Tanya seorang lelaki berusia 20-an di atas kuda kepada salah seorang kumpulan lelaki itu atau lebih tepat pengawalnya.

"Kami kurang periksa Tengku. Kami telah kehilangan jejak gadis itu."

Lelaki itu ataupun Tengku telah turun dari kudanya untuk bertentang mata dengan pengawal itu. Tanpa semena-mena, dia menampar pengawal itu satu per satu.

"BODOH! KALIAN MEMANG BODOH! GADIS SEBEGITU PUN KALIAN TIDAK MAMPU KEJAR. MEMANG KALIAN NI TAK BOLEH DIHARAP. Kalian sedar atau tidak? Gadis itu telah mencuri harta yang paling berharga bagi bapakku. Tapi aku bodoh kerana aku percaya pada orang seperti kalian. Harta sebegitu tidak mampu kalian jaga elok-elok. Lihat apa sudah terjadi?"

Para pengawal hanya menundukkan kepala dan terima sahaja amarah tuan mereka. Ketika gadis tersebut masih berada di perigi buta, mulutnya telah ditekup oleh seseorang. Namun ianya sudah terlambat dan tiada sebarang tanda yang ditinggalkan seperti hilang tanpa dikesan. Tengku beserta pengawalnya turut beredar dari situ kerana sudah menganggap gadis itu telah berjaya melarikan diri.

[2022]

*bunyi ketukan pintu*

"ALONG! Bangun long. Dah pukul berapa ni? Tak nak solat subuh ke."

Seorang gadis berusia 15 tahun menjerit memanggil abangnya untuk menunaikan solat subuh. Namun begitu panggilannya langsung tidak mendapat sahutan dari sang abang malahan dia masih dibuai mimpi. Gadis yang asyik mengetuk pintu bilik abangnya hanya pasrah dan pergi ke biliknya.

Berbalik di bilik tadi, remaja lingkungan 20-an yang masih tidur mengalami mimpi yang aneh seolah-olah dia turut berada di sana. Kelihatan dia berada di tengah hutan yang gelap gelita dan hanya bercahayakan sinaran bulan purnama. Kelihatan seorang gadis sedang menghampiri remaja itu sambil merayu meminta pertolongan.

" Hamba merayu. Bantulah hamba. Hamba dah tiada siapa-siapa lagi untuk pertolongan. Hanya tuan hamba sahaja yang mampu."

Remaja lelaki itu terpinga-pinga dengan permintaan gadis itu, namun secara tiba-tiba munculnya banyak tangan manusia yang diselaputi darah menangkap gadis itu dan mengheretnya ke dalam kegelapan. Remaja lelaki itu tanpa berfikir panjang ingin mengejarnya namun dia telah jatuh ke dalam lubang yang muncul entah dari mana. Dia menjerit sekuat hati dan akhirnya terjatuh dari katilnya.

"Aduh! Hissss, sakitnya belakang aku."

Adiknya yang terdengar bunyi bising dari bilik abangnya datang lalu mengetuk pintu biliknya.

"Along. Apa yang bunyi bising tu?"

"Takde apa-apalah alang. Jatuh dari katil je."

"Hhmm, ingatkan apa bendalah tadi. Along cepat solat. Nanti nak kena berkemas. Alongkan nak pergi universiti."

"Ya, ya along tahulah."

Sang adik hanya pergi meninggalkan bilik abangnya. Walaupun begitu, lain bagi sang abang yang hanya termenung dengan mimpinya tadi.

"Rasa macam reallah. Tapi apa kaitan dengan aku. Huh, lantaklah lagipun mimpikan mainan syaitan. Buat apa nak fikir. Dahlah lebih baik aku solat subuh kalau tak habis kena bising tak pasal-pasal."

Lalu sang abang pergi ke bilik mandi untuk menyegarkan diri dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience