Rate

Sahabat Dalam Kenangan

Romance Completed 1252

Senja mula menguasai langit
Angin bertiup dingin sayu
Dedaun berdesir dibuai bayu
Kesunyian malam yang masih muda
Sepi tanpa suara bicara.

Tubuhku kaku di dermaga
Bertemankan cahaya bulan purnama
Deruan ombak menghempas pantai
Sayu berlagu di halwa telingaku
Tapi aku...
Hanyut dalam khayalan.

Detik demi detik
Waktu kian berlalu
Atmaku masih dihiris sembilu
Perit mencengkam jiwaku
Luka yang tiada penawar
Meninggalkan parut yang kekal.

Sahabatku
Kadang senyumku manis terukir
Kala air mataku mengalir dipipi
Bibirku terbungkam seribu kata
Mengimbau kenangan kau dan aku
Terus berputar di kotak fikiranku.

Sahabatku
Disaatku gembira atau derita
Kau... setia disisiku
Disaatku dalam kegelapan
Kau... penyuluh merungkai kesuraman
Disaatku jatuh ke bumi
Kau... bawaku terbang ke langit.

Sahabatku
Kini... kau pergi meninggalkanku
Pergi jauh dari duniawi ini
Tiada lagi suara tawamu
Sekelip mata kau hilang dari hidupku.

Wahai sahabatku...
Hanya sekadar doa yang mampu kutitipkan
Tapi kau...
Tinggalkan harta yang berharga
Harta yang tiada tolok bandingnya
Iaitu kenangan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience