Rate

Dear You|| Part 1

Romance Series 747

"ARISSA... Hei, Arissa!"

Astagfirullah, Ya Allah... Apa ni? Kenapa dia ada dekat sini pula?

Aku endahkan panggilan dia dan cuba tumpukan fokuskan sendiri sepenuhnya pada laptop di hadapan mata. Malas nak layan. Malas sangat-sangat! Boleh gila tau layan dia ni nanti.

"Arissa! Pandang la sini!"

"Arissa!"

"Arissa sayang."

Ah, sudah.

Aku palingkan muka ke belakang sebelum melepaskan geram.

"Apa awak nak ni, Naail? Boleh tak jangan sibukkan saya sehari. Sehari je. Bagi saya rasa free. Saya penat tau!"

Mukanya yang tadi seakan bersinar dengan senyum lebar yang tertayang mula berubah. Mendung. Senyum yang mati cuba disorokkan dengan satu senyum kecil sebelum dia labuhkan duduk di hujung katil menghadap aku.

"Awak... Penat?"

"Iya! Saya penat! Saya penat dengan awak. Dengan semua benda ni. Dah! Saya nak tengok drama. Jangan kacau saya!"

Setelah puas hati menghambur geram, aku berpaling menghadap laptop semula. Papan kekunci aku tekan laju-laju menaip semula tajuk drama tadi.

Geramnya! Waktu orang nak tengok drama la dia sibuk nak panggil. Daripada tadi aku duk termenung fikir nak buat apa taknak panggil pula!

"Okey la. Awak tengok la drama dulu. Saya keluar kejap. Nanti dah habis marathon drama awak, rehat la."

Aku buat tak dengar. Mata masih melekat pada skrin laptop. Muka mula berkerut-kerut menahan geram. Papan kekunci aku tekan lagi laju-laju.

"Jangan lupa makan minum. Saya pergi dulu."

Aduh la... Nak pergi tu pergi je la. Aku taknak tahu pun. Shuh shuh!

Bunyi pintu yang tertutup perlahan cukup untuk memberitahu aku yang Naail tiada lagi dalam bilik. Bagus! Akhirnya, ini la kali pertama aku rasa aku faham apa makna freedom selepas berkahwin. Rasa free, rasa bahagia!

Tapikan Arissa... Kau tak rasa macam kau kasar sangat ke?

Hati mula membisikkan perasaan serba salah. Tapi laju aku tepis dengan gelengan kepala sebelum memusingkan badan ke belakang.

Segenap euang bilik aku perhatikan.

Sunyi.

Tak! Aku tak kisah. Ini apa yang aku nak. Duduk seorang diri dalam bilik, tak ada sesiapa. Lepastu, marathon drama sampai puas. Bila dah rasa taknak tengok drama, aku boleh 'telan' pula novel-novel yang ada dekat rak buku. Semua tu aku boleh waktu aku sendiri je. Bukan waktu ada orang yang sibuk duk panggil aku.

Serius... Aku tak kisah kalau dia nak merajuk pun, pergi la tidur rumah kawan ke, balik la rumah mak ke... Eh, jangan la dia buat yang ini. Kalau dia buat, mahu mati aku kena sebat dengan ibu. Ha! Kalau tak pun, pergi la ajak girlfriend dia keluar. Dia tipu aku kalau dia cakap dia tak ada girlfriend.

Ah, lantak la dia ada girlfriend ke tak... Bukan masalah aku pun.

Malas nak melayan diri sendiri yang hampir merapu, aku pusingkan badan menghadap laptop semula. Cerita True Beauty mula bermain di skrin laptop. Snek Twisties yang tersedia di tepi laptop aku capai dan tangan aku terbenam di dalam plastiknya sebelum segenggam Twisties dikeluarkan dan disumbat masuk ke dalam mulut.

Aku mula ketawa beria-ia bila sampai scene mask muka Ju Kyung terbang waktu dia buka tingkap dan mask tu jatuh atas muka Su Ho yang baru lepas keluar dari kedai komik. Disebabkan ketawa tak ingat dunia, aku hampir tersedak. Air kotak ais lemon teh yang aku dah sedut airnya sedikit tadi, aku capai dan diminum.

Fuh! Lega.

Dan seterusnya, aku teruskan sesi marathon to-be-watch drama aku yang dah lama terbengkalai sebab assignment.

Ya. Ini la yang aku maksudkan dengan freedom.

Naail patut faham aku.

   SELESAI menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba kepada Pencipta-Nya, aku mula bersiap cantik-cantik untuk keluar. Senyum lebar tertampal di wajah sendiri bila aku asyik teringat janji temu aku hari ini. Tudung bawal aku letakkan di atas kepala sebelum dipin di bawah dagu. Bahagian sebelah kanan yang terjuntai aku tarik naik ke atas kepala dan dipin dengan peniti sementara bahagian sebelah kiri aku pinkan di bahu.

Aku senyum puas. Ala... Arissa cantik macam biasa la!

Sebelum keluar dari bilik, sekali lagi aku tilik diri sendiri di hadapan cermin besar di penjuru bilik. Dengan dress labuh berwarna putih yang dipadankan bersama tudung bawal berwarna beige, wah... Aku nampak cantik!

Okey, sudah-sudah la tu puji diri sendiri. Nak pergi teman Wardah breakfast depan office dia aje pun. Beria siap cantik-cantik macam nak keluar dating pun sebab... Dah lama gila tak jumpa dia! Aku malas nak dengar dia membebel kata aku tak macam perempuan sebab keluar rumah 'tak siap'.

Seingat aku, kali terakhir aku jumpa dia waktu majlis repsepsi aku dua bulan lepas. Lepastu, dah tak ada. Dia sibuk dengan outstation sana sini, aku pula sibuk dengan kehidupan selepas berkahwin.

Huh, sibuk sangat!

Sling beg berwarna hitam diatas katil aku capai sebelum dipakai. Sambil berjalan menuju ke pintu bilik, beg aku check lagi sekali. Telefon, ada. Dompet, ada. Kunci kereta, ada.

Okey, completed!

Pintu bilik aku tarik perlahan. Taknak Naail yang tidur di bilik sebelah sedar. Aku malas nak layan kalau tiba-tiba dia keluar dan terjah aku dengan soalan-soalan dia. Bukan aku taknak jawab, cuma... Aku takut aku termarah dia pula.

Haih, Naail patut bersyukur dapat isteri macam aku. Dah la cantik, baik pula tu. Bersungguh-sungguh mengelak daripada berjumpa supaya aku tak termarah dia tanpa sebab.

Wah... Bagus sangat la tu, Arissa?

Niat aku untuk tutup pintu tanpa sebarang bunyi tak berjaya bila aku tertarik pintu laju sedikit daripada apa yang dirancang. Mungkin sebab terlalu excited dapat keluar rumah. Bunyi pintu tertutup mula menembus masuk ke telinga aku dan aku juga yakin yang Naail akan dengar. Dengan keadaan ruang tamu rumah yang sunyi sepi ni, tak mustahil la kalau tiba-tiba Nazmi buka pintu pintu bilik dia tu lepastu hujankan aku dengan soalan dia.

Aku pejam mata. Mulut mula terkumat-kamit berdoa supaya Naail tak keluar dari bilik.

Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...

Aku celikkan mata dan... Kosong.

Naail tak ada.

Wah, ini keajaiban ke apa? Serius la dia tak keluar bilik? Tidur lagi ke tengah mandi?

Jam di pergelengan tangan aku pandang. 8.30 pagi. Hm, tak mungkin la Naail mandi. Selalunya dia mandi sebelum subuh. Eh Arissa... Tahu nampak? Ambil berat ke?

Aku geleng kepala sekali sebelum julingkan mata ke atas. Malas nak layan bisikan hati yang sejak dua menjak ni, derhaka dengan aku. Niat nak jenguk bilik Naail pun aku batalkan. Kang tak pasal-pasal otak pula menderhaka.

Aku pandang ruang tamu rumah sekilas. Setelah rasa puas hati dengan keadaan ruang tanu yang bersih, aku mula berpaling dan menuju ke pintu rumah. Kasut di dalam almari kecil di tepi pintu aku capai sebelum disarung pada kaki.

Akhirnya, selepas dua bulan aku kahwin, ini kali pertama aku keluar dari kondo ini seorang diri.

Yeay!

Arissa, enjoy yourself!

   WARDAH pandang aku macam nak tembus. Aku larikan anak mata aku ke segenap kafe ini. Pandang aje la mana-mana pun, asalkan bukan pandang Wardah. Dalam diam, sempat aku puji tema yang kafe ini gunakan. Cantik. Kena sangat dengan minat anak muda sekarang.

Aesthetic orang kata.

"Arissa."

Liur aku telan. Cuba buat-buat tak dengar dengan panggilan Wardah yang menakutkan tu. Dah la pandang aku macam nak tembus. Lepastu, panggil pula macam dah sedia nak telan aku. Memang tak la aku nak pandang! Cuba la panggil lembut-lembut sikit, mana tahu aku pun rasa lembut hati ke nak pandang.

Aku dengar Wardah mengeluh sebelum gelas air lobak susunya dicapai dan diminum. Sempat aku pandang dia sekilas sebelum laju-laju, aku pandang tempat lain semula.

Haih... Tengah minum tu cuba fokus dengan minuman je. Tak payah la multitasking sangat nak buat dua kerja! Sambil minum, sambil perhati orang.

Ugh, Wardah ni scary la...

"Apa kau buat ni, Arissa? Sedar tak ni? Nak aku tamparkan kau ke macam mana?" Wardah mulakan sesi bebelannya apabila gelas air lobak susu tadi dah selamat mendarat di atas meja.

Aku buat muka toya.

"Kau tahukan, seorang isteri yang dah ada suami, kalau nak keluar rumah kena bagitahu suami dia dulu. Ish, kau ni! Kau call Naail sekarang, bagitahu dia yang kau keluar dengan aku!" Wardah jegilkan matanya dengan jari telunjuk dihalakan pada sling beg yang ada di atas riba aku.

Aku tayang muka tak puas hati. "Taknak. Biar aje la. Dia tak kisah pun."

"Sekarang ni, bukan masalah dia kisah atau tak. Yang bermasalahnya sekarang ni, kau tu isteri orang. Aku ulang eh, takut kalau kau dah pekak ke kan? Kau tu, isteri orang! Kau patut beruntung tahu tak yang kau tu dapat suami baik macam dia." Wardah bulatkan matanya. Nadanya cuba ditahan daripada meninggi. Takut kalau mengganggu ketenteraman pelanggan kafe yang lain la tu.

Dalam membebel dekat aku pun, sempat lagi dia mulakan sesi memuji Naail. Haih, tak payah pelik. Wardah memang macam ni. Waktu mula-mula aku bagitahu dia yang aku kena kahwin dan dia dah tahu calonnya siapa sebab ibu bagitahu, dia terus video call aku sebab nak cakap tahniah walaupun waktu tu dia sibuk dengan outstation.

"Tak payah la puji dia sangat. Bukan kau yang kahwin dengan dia boleh la cakap. Tahu tak aku yang duk hadap muka dia hari-hari selama dua bulan ni. Aku tak boleh la..."

Aku masamkan muka sebelum dipalingkan daripada memandang dan dipandang Wardah. Tiba-tiba rasa sebal. Rasa geram. Rasa sedih. Aku keluar dengan dia hari ni sebab nak luangkan masa sama-sama, nak release tension, nak rasa free. Bukannya nak dengar dia membebel dan puji Naail tu.

Walaupun hakikatnya, aku tak menafikan apa yang Wardah cakap tadi. Aku tak nafikan yang Naail baik. Sangat baik. Dia layan aku baik aje. Cakap pun lembut-lembut. Kalau aku marah dia pun, dia senyum je. Lepastu menghilang daripada pandangan aku dua tiga jam untuk bagi aku reda.

Ah Arissa. Dah-dah. Apahal kau pula yang puji dia ni?

"Arissa yang aku kenal tak macam ni tau. Sejak bila kau suka memberontak ni? Kenapa jadi macam ni, Arissa?"

Aku diam. Muka mula berkerut lagi. Kalau tadi aku geram dengan Naail je, sekarang aku geram dengan Wardah juga. Dia ni nak salahkan aku ke apa?

"Kau memberontak macamni sebab kena kahwin dengan Naail? Sebab kau tak suka dia? Sebab ibu kau yang suruh?"

Aku masih cuba mengabaikan Wardah. Gelas air oren yang airnya dah tinggal separuh aku capai dan airnya aku sedut. Sabar, Arissa. Jangan marah-marah. Jangan rasa serba salah.

Eh? Kenapa pula aku kena rasa serba salah?

"Arissa, aku tahu kau tak suka dengar aku membebel macamni. Aku tak ada niat nak masuk campur hal kau pun..."

"Kalau tak ada niat nak masuk campur, abaikan je la Naail tu. Kita keluar berdua ni nak luangkan masa sama-sama tau. Bukan nak cakap pasal dia," gelas tadi aku letak semula diatas meja.

"Aku ke dia kawan baik kau sekarang ni?" badan aku sandarkan kasar pada belakang kerusi. Biar Wardah tahu aku protes.

"Ha! Protes la, protes. Kita cakap ni dia taknak dengar. Tahunya nak tunjuk protes aje!" Wardah jeling aku sekali. Aku cebikkan bibir.

Wardah mengeluh lagi. "Arissa, sebab aku ni kawan kau la, aku nasihatkan kau. Aku taknak kawan aku jadi isteri yang derhaka dekat suami dia."

Nada Wardah mula lembut. Nafas aku tarik sebelum dihembus perlahan. Tak. Aku tak rasa serba salah...

Haha. Aku rasa serba salah sebenarnya...

Padan muka, Arissa. Padan muka. Derhaka dengan suami lagi!

"Naail tu baik tahu? Baik sangat dah. Kau boleh bayang tak dua bulan kau buat perangai tak semenggah ni, dia boleh sabar. Kalau orang lain, aku tak tahu la. Haish, tak payah orang lain... Kalau aku pun, aku cubit-cubit je isteri aku tu!"

"Ah, Wardah! Scary la kau harini! Apa kau ni?" Aku mula buat muka menjengkelkan. Meremang bulu roma aku. Kurang asam betul Wardah ni.

"Ha, tahu pun takut. Sebab tu, aku suruh kau bersyukur. Tahu, Arissa? Bersyukur." Wardah bangun dari tempat duduknya dihadapan aku sebelum beralih ke kerusi kosong yang berada di sebelah kanan aku.

Beg di atas riba aku diambil sebelum dibuka. Telefon aku ditarik keluar dan dihulur kepada aku. Aku angkat kening tanda 'kenapa', tapi dibalas dengan kening yang cantik terangkat juga daripada Wardah.

Keluhan aku terlepas. Aku faham apa yang Wardah suruh buat. Dia nak aku call Naail bagitahu yang aku keluar teman Wardah breakfast. Dia nak aku bagitahu Naail sebab taknak Naail risau. Dia nak aku bagitahu Naail sebab dia taknak aku jadi isteri derhaka.

Ya... Aku tahu Wardah kawan yang baik. Tapi...

"Arissa."

Anak mata aku naik memandang Wardah.

"Ambil ni. Call Naail."

Tanpa berfikir panjang, aku tolak huluran telefon tadi sebelum betulkan duduk. Gelas air oren aku capai sebelum airnya diminum. Tapi malangnya, minum air oren sekarang ni pun rasa macam telan kertas pasir.

Tenang, Arissa. Tenang. Kau rileks je. Kalau kau rileks, Wardah tak syak apa-apa. Rahsia tu pun tak akan terbongkar. Okey? Rileks...

"Arissa... Kau ni dah kenapa?"

"Tak ada apa. Tak apa, nanti aku call dia. Dah, kau cepatlah habiskan air tu. Kejap lagi nak masuk kerjakan?" Aku cuba tukar topik. Serius, aku taknak dengar Wardah 'membebel' lagi. Bukan tak hargai, tapi... Wardah buat rasa serba salah dalam diri aku menebal.

Rasa serba salah ni... Sakit tau.

"Okey...," Wardah leretkan suaranya. Nada tak percaya aku seratus peratus. Separuh hati aku mula lega. Wardah masukkan telefon aku ke dalam beg semula dan beg aku dihulur kepada aku. Aku sambut cepat-cepat.

Dia bangun dari kerusi di sebelah aku dan kembali ke tempat duduk asalnya. Baru aje separuh lagi hati aku nak rasa lega, soalan daripada Wardah buat dunia aku berdentum.

"Arissa, kau tak save nombor Naail. Kan?"

Okey... Tak... Itu bukan soalan. Apa yang Wardah cakap tu, statement dia. Dia tambah 'kan' dekat belakang tu sebab itu cara dia nak trick orang yang tak pandai menipu macam aku ni, bercakap jujur.

"Kan? Arissa?"

Lambat-lambat, aku angguk perlahan sekali.

"Haih...," Wardah ambil telefonnya yang terletak elok diatas meja sebelum jemari laju menari atas skrin telefon. Tak lama, bunyi notifikasi menandakan ada Whatsapp masuk di telefon aku berbunyi.

Laju, aku capai telefon dari dalam beg. Nama Wardah terpampang di pop-up Whatsapp bila aku on-kan telefon. Dia hantar contact number. Dan nama contact number tu...

Isyraq Naail?!

"Mana kau dapat nombor dia weh?" daripada skrin telefon, aku mula memandang Wardah dengan riak terkejut. Wah, ekstrem! Aku yang isteri dia pun tak simpan nombor dia tahu?

Tak... Jangan salah faham. Aku bukan cemburu. Wardah ni pun dah ada yang punya dah. Taken bak kata orang. Aku cuma rasa, wow. Rajin juga Wardah ni duk save nombor orang.

"Ah, kau. Tahunya nak gaduh dengan Naail je kan. Ha, gaduh la lagi. Tak payah ambil tahu langsung pasal dia."

"Wardah... Cakap la..."

Wardah menggeleng malas dengan muka penat melayan aku sebelum dia menjawab.

"Naail tu dua pupu aku."

"Ha?!"

"Iya, Arissa. Kita ni kiranya dah jadi sepupu punya sepupu? Eh, yeke? Entah la. Aku pun tak faham. Tapi yang penting... Haa, begitu la."

Eh Wardah ni, ada kena hempuk free je dengan aku kang.

"Tak payah buat muka terkejut sangat ya, Puan Arissa. Lepasni, cuba rajinkan diri sikit kaji latar belakang suami kau. Buatnya kau kahwin dengan anak raja lepas tu tak selidik pula latar belakang dia... Pergh! Rugi betul!"

Aku jeling Wardah sekilas. Malas nak layan. Makin dilayan, makin merapu pula dia.

"Nanti call Naail tau. Bagitahu juga. Walaupun aku ni sepupu paling cantik yang dia ada dan dia percaya aku, tapi, bagitahu dia juga! Dia tu suami kau tahu. Kesian dia...," Wardah mula berdiri tegak. Telefonnya tadi masukkan ke dalam beg tangannya.

"Dah, aku nak masuk kerja ni. Taknak peluk aku ke?" Wardah angkat keningnya tinggi. Tangannya didepakan.

Aku yang masih elok duduk di atas kerusi mula mencebik. Ala, dia ni! Sengaja la tu nak buat aku sedih.

"Tak payah la buat muka sangat. Ingat sikit eh suami kau dua pupu aku. Nanti balik raya kau kena jumpa aku juga. Haa, waktu tu kau jangan muak pula."

Aku jeling dia malas sebelum bangun. Tangan aku hulur untuk bersalaman. Wardah tak sambut salam aku sebab...

"Jaga Naail baik-baik, Arissa. He is a nice... Very nice guy."

Wardah eratkan pelukan dia. Aku senyum segaris walaupun Wardah tak nampak.

"In Sha Allah, I will."

Arissa... You need to, actually.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience