Rate

Hidup Dan Pilihan

Fanfiction Series 1765

"Hidup memiliki pilihan sama ada memilih ataupun dipilih".Ya kata-kata itulah yang selalu diungkapkan oleh ibuku yang selalu bermain dalam minda dan ingatan aku."Jika memilih jadi pilihlah yang terbaik untuk kita dan jika dipilih jadilah yang terbaik dari yang terpilih"maka pahamlah aku dengan kata-kata ibu.

Kelihatan seperti anak kecil yang datang kepadaku bersama ibunya,apa lah hairan pada ku,sudahku tahu pondok ini sememangnya menjadi tumpuan pada para pengunjung disini.

"Pakcik apa pakcik buat disini? sorang pula tu..tidak bosankah pakcik".Aku hanya tersenyum dan mendongak kepala keatas sambil menikmati permandangan senja,kaki ku simpul dan tangan memaut lutut sebelah kanan.."Amri jangan kacau orang,jangan dikacau pakcik itu" keluh ibunya yang risau akan kelakuan anak nya yang nakal..aku masih tersenyum.

Melihat aku tersenyum membuatkan Amri beranikan diri untuk mendekatkan dirinya kepadaku."pakcik adik tanya,buat apa disini seorang diri? pakcik? pakcik???" heh dalam senyuman aku mengusap kepalanya."dik..dik berapa umur kamu? buat apa disini dik?"..budak itu terdiam,barang kali dia tidak tahu berapa umurnya"mari dik..mari duduk disebelah pakcik,melihat kamu teringat akan pakcik sewaktu kecil-kecil dahulu..kalau pakcik cerita kisah pakcik,apa kamu mahu mendengarnya??" Amri mengangukkan kepalanya tanda setuju.kelihatan seperti ibunya berjalan menghampiri kepada kami dan diiringi beberapa orang lagi barangkali ahli keluarganya mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience