Chapter 8

Humor Completed 17853

Bab 8

'Kak Ngah! Buka la pintu ni! Kak Ngah!!'

'Pergilah Firas!'

'Abang..'

Kenapa dengan adik aku seorang ni?? Dia ada masalah ke?? Mama dengan Papa ada kat London lagi. Boleh ke aku handle masalah Sara ni??

'Sara sayang, cuba buka pintu ni. Kalau ada masalah, kamu boleh berkongsi dengan abang. Manalah tahu, abang boleh tolong selesaikan??'

'Mampu ke abang?? Mampu? Sara sendiri tak mampu!'

Apa yang tak mampu dia selesaikan sendiri??

'Bukalah dulu pintu ni..!? Abang akan cuba. Abang tak tahu, sama ada abang mampu atau tak kalau Sara sendiri lari dari abang!'

KLAKK

Akhirnya!

'Abang!'

Kenapa ni?? Dia jarang menangis. Peluk aku, lagilah jarang.

'Kenapa Sara?? Apa masalah Sara tu??'

'Abang, Sara, disukai oleh dua orang sahabat baik, abang..'

Wahh! Baru 15 dah disukai, disayangi dan dicintai?!!

'Okey..'

'Diorang putus kawan sebab Sara, Abang.'

'Okey..'

'Diorang berlawan, untuk lihat, sama ada, Sara memilih siapa. Siapa yang bakal disayang dan siapa bakal dibenci, abang. Sara tak mampu sebab, Sara sayang keduanya. Sara..'

Dua-dua?? Biasanya seorang jer..

'Baik, kenapa Sara suka dua-dua??'

'Megat, sebab getaran hati Sara. Hati Sara bergetar kerana dia. Dan, Wafi, sebab, Sara suka untuk bertemu dia. Berborak dan bergurau dengan dia. Dia seorang yang lebih tenang berbanding Megat.'

Patutlah. Seorang bising, seorang lagi kenalah pendiam.

'Jadi??'

'Apa yang jadi?? Abang kata boleh beri nasihat!! Sekarang dia tanya kita pula!!'

Maaflah Sara. Abang ni, pelupa sikit.

'Nilai diorang.'

Apa aku merepek ni??

'Nilai?? Nilai macam mana?? Abang!!'

'Okey, okey. Kamu buat penilaian, yang mana kamu suka dan yang mana kamu sayang.'

'Apa ni abang?? Kan dua-dua Sara sayang dan suka!'

'Okey, dengar. Kamu cakap, Megat buat hati kamu bergetar, betul?? Dan, Wafi, kamu suka untuk berborak, bergurau, dan bermain dengan dia, betul?? Mengikut penilaian ringkas abang, kamu lebih kepada Megat. Tetapi, abang tak tahu rasa hati kamu macam mana pula.'

Hmm, penjelasan yang baik.

'Abang? Abang tak beri penjelasan yang sempurna pun!! Apa maksud sayang bagi abang?? Dan apa maksud suka bagi abang??'

Ehh, tahu pula dia!

'Sayang bermaksud, sehingga mati, kamu sayang seseorang itu. Kamu juga takkan pernah sayang orang lain sekuat kamu sayang dia. Hanya dia di dalam hati. Suka, seperti cinta. Kamu cakap kamu suka dia, tetapi selepas kamu berjumpa dengan seseorang yang lebih kacak atau matang, kamu lupa suka kamu pada orang sebelum itu. Begitu juga dengan cinta, cinta hanya seketika, tetapi, sayang itu lama hingga ke mati. Suka sekejap, tetapi, sayang terlalu lama hingga tidak dapat dihitung. Buat dulu penilaian ke atas mereka. Biar hati kamu, beritahu, yang mana kamu suka dan yang mana kamu sayang.'

Tangisannya, makin menjadi-jadi.

'Abang..!'

'Sara.'

Pelukannya terasa dingin. Begitu dia sayang kedua-duanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience