PROLOG

Action Series 130

3 tahun yang lalu..

Aroma kopi yang pekat memenuhi ruang kafe , namun Flora Aurelia tidak dapat menikmatinya seperti biasa. Di hadapannya, Zarelle Zaffyriel hanya duduk dan mendiamkan diri, matanya hanya tertumpu pada secawan kopi yang sudah sejuk.

"I want to say something." Zarelle akhirnya membuka mulut, nadanya perlahan tetapi masih mampu didengari oleh Flora.

Flora mengetap bibirnya. Sudah beberapa hari dia merasakan sesuatu yang aneh dengan hubungan mereka. Hubungan mereka dahulu yang penuh dengan gelak tawa kini terasa seperti asing.

" Apa yang awak nak cakap ? " Flora cuba mengawal nada suaranya.

Zarelle menarik nafas panjang sebelum mendongak memandang wajah Flora. "Saya rasa...saya nak akhiri hubungan ini. "

Laju sahaja Zarelle melontarkan ayat itu seperti petir yang menyambar. Flora terkedu, tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

"Akhiri?" Dia mengulang, nadanya penuh dengan ketidakpercayaan. "Maksud awak.. putus? "

Zarelle mengangguk perlahan. " I can't do this anymore, Flora. Saya rasa macam... dah berikan harapan dan 'cinta palsu' dekat awak."

Flora terkaku, dunianya seperti terhenti buat seketika. Matanya mencari-cari jawapan di wajah Zarelle, namun lelaki itu memalingkan wajah seolah-olah tidak sanggup menatapnya.

"Ini semua prank sahaja kan? Awak sebenarnya main-main sahaja kan?" Akhirnya Flora bersuara, cuba menahan air matanya yang mula bergenang. "Kenapa tiba-tiba? Kita ada masalah ke? Atau saya ada terbuat silap dekat awak? Kalau saya ada buat salah dengan awak tolong maafkan saya, Zarelle. Tolonglah saya dah tak ada sesiapa lagi kecuali awak, Zarelle..!" ucapnya dengan nada yang pedih.

"It's not your fault, Flora." Zarelle menggeleng perlahan, nadanya penuh dengan rasa bersalah. " Awak tak buat apa-apa salah, Flora. Masalahnya adalah...saya. Saya bukan lelaki yang awak perlukan, saya tak mampu beri awak apa yang awak mahukan."

" Awak nak tahu apa yang saya mahukan? "I want you.. Zarelle." Flora memandangnya dengan air mata yang akhirnya jatuh juga. "Saya cuma mahukan awak. Itu saja."

Zarelle menghela nafas berat, menundukkan pandangan. "Maaf, Flora. Tapi mungkin ini keputusan yang paling terbaik untuk kita."

“Keputusan terbaik untuk kita?” Flora tertawa kecil, namun nadanya pedih. “Atau untuk awak sahaja, Zarelle?”

Zarelle tidak menjawab. Dia hanya bangun dari kerusinya, menatap Flora untuk kali terakhir sebelum melangkah pergi dari kafe tersebut.

Pada waktu yang sama...

Di luar kafe, Zarelle berjalan sendirian menuju ke keretanya. Kepalanya penuh dengan keputusan yang baru sahaja diambil, hati kecilnya berbisik, mungkin ini kesilapan terbesar yang pernah dia buat dalam hidupnya.

Dia membuka pintu kereta, memandang sekilas cermin pandang belakang. Di sana, kelihatan wajah Flora yang masih duduk di dalam kafe, menangis dalam diam. Tangannya menggenggam stereng erat, tetapi dia tidak mampu kembali. ' I'm sorry, Flora. Your name will always be in my heart, but.."

BAM !

Saat keretanya memasuki jalan utama, satu detik malang berlaku. Dari arah kiri, sebuah lori besar hilang kawalan, merempuh sisi keretanya dengan kuat.

Dentuman itu bergema di jalan raya yang sibuk, mencetuskan jeritan orang ramai di sekitarnya.

Beberapa Hari Kemudian

Flora memeriksa telefon, berharap ada mesej atau panggilan daripada Zarelle. Namun, semuanya sunyi. Malam itu terasa panjang dan menyakitkan, tetapi dia tetap menunggu, berharap lelaki itu akan kembali.

Di hospital, Zarelle terbaring dengan balutan di kepala. Doktor berdiri di sisi katil, bercakap dengan Aaron dan Mikhael yang kelihatan risau.

“Tuan Zarelle mengalami amnesia akibat hentakan kuat yang berlaku di kepala,” jelas doktor itu. “Dia tidak mengingati banyak perkara, termasuk dirinya sendiri dan orang-orang di sekitarnya. Proses pemulihan mungkin mengambil masa, atau...” Doktor berhenti sejenak, suaranya lebih perlahan, “…ingatan itu mungkin tidak akan kembali.”

Aaron dan Mikhael saling berpandangan, wajah mereka penuh kerisauan. Namun, mereka bersepakat untuk tidak memberitahu Flora tentang perkara ini.

“Fkora tak boleh tahu tentang hal ni.” kata Mikhael perlahan, memandang Zarelle yang masih tidak sedarkan diri. “Kalau Flora tahu, mesti akan jadi lebih rumit untuk diorang berdua.”

Aaron mengangguk setuju. “Untuk sekarang, biarkan dia terus percaya yang Zarelle tinggalkan dia dengan sengaja. Mungkin ini lebih baik.”

Dan sejak itu, rahsia itu terus terkubur, membawa mereka semua ke arah takdir yang penuh misteri dan kesedihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience