---
Bab 1: Budak Paling Menyakitkan Hati di Dunia
“Hoi, jalan tu ada orang nak lalu lah!”
Humaira menjeling tajam ke arah suara garau yang menyapa telinganya sejak pagi tadi. Suara yang sudah cukup dia kenali, sebab inilah suara yang paling menyakitkan hati di seluruh dunia: Razin.
Dengan beg sandang yang hampir terlucut dari bahu, Humaira ketap gigi. Mata mereka bertembung seketika pandangan penuh benci bertukar di udara macam sinar laser. Tapi seperti biasa, Razin hanya senyum sinis, dengan gaya angkuhnya yang menyakitkan hati.
"Kalau nak jadi lalat yang suka hinggap merata pun agak-agaklah tempat, Mai," katanya sambil menyeluk poket seluar. "Kau ni macam traffic cone berdiri je tengah jalan, tak berguna."
Humaira menghela nafas panjang, cuba tahan sabar.
“Kalau aku traffic cone, kau tu tong sampah bising dan busuk,” balasnya, tidak mahu mengalah.
Budak-budak lain yang lalu lalang mula menjeling. Ada yang senyum-senyum, ada yang dah bosan dengan drama dua manusia ni. Razin dan Humaira dua nama yang kalau disebut dalam satu ayat, pasti diiringi dengan konflik. Mereka tak pernah sekepala sejak hari pertama tingkatan satu. Dan kini, masuk tahun akhir sekolah, semuanya masih sama. Malah makin teruk.
Razin. Pelajar lelaki paling popular di sekolah. Muka ada rupa, pointer tak pernah jatuh, aktif sukan dan ya, sombong tahap dewa. Anak orang kaya, sentiasa berpakaian kemas walaupun hanya baju sukan. Paling menyakitkan hati, semua cikgu sayang dia.
Dan Humaira? Pelajar biasa yang keras kepala, berdikari, dan selalu jadi mangsa usikan Razin. Dia bukan tak cantik dia tahu dia ada kelebihan. Tapi dia benci perhatian. Dan Razin, entah kenapa, suka sangat cari pasal.
Hari tu mereka ada pertandingan debat peringkat sekolah. Razin dan Humaira… satu pasukan.
“Kita kena menang esok. Aku tak nak kalah sebab kau,” Razin berkata sambil duduk di hujung meja bilik gerakan.
Humaira mengetap bibir. “Aku patutnya cakap macam tu. Jangan buat lawak masa sesi pembukaan nanti.”
Razin mengangkat kening, sinis. “Lawak aku lagi bernas dari point kau yang macam karangan darjah tiga tu.”
Humaira dah tak tahan. Dia bangun dan bergerak ke depan meja Razin, berdiri dengan tangan bersilang. “Dengar sini, Encik Sombong. Kita memang tak suka satu sama lain, tapi kalau kau ganggu rentak aku masa berdebat esok, aku sumpah aku cucuk pen kat lengan kau.”
Razin gelak kecil, buat tak kisah. Tapi dalam diam, dia terdiam sekejap. Ada satu benda yang pelik dalam mata Humaira hari ni marah, ya, tapi juga berani. Dan entah kenapa… dia tak benci sangat.
Malam sebelum pertandingan, Humaira duduk menghadap cermin. Rambutnya diikat longgar, dan dia sedang berlatih skrip sambil meniru gaya debat. Dia memang tak nak kalah lebih-lebih lagi sebab dia tak nak dengar Razin perlekeh dia lagi.
“Aku boleh buat ni,” katanya perlahan. “Aku tak perlukan dia pun untuk bersinar.”
Keesokan pagi, dewan sekolah penuh. Suasana riuh-rendah, semua pasukan lawan dah sedia. Bila nama sekolah mereka diumumkan, Razin dan Humaira melangkah ke pentas dengan gaya penuh yakin walau sebenarnya mereka benci sangat nak berdiri sebelah.
Pertandingan bermula. Seperti dijangka, Razin mula dengan gaya confident dan nada yang teratur. Tapi yang mengejutkan… dia ikut skrip. Dia tak potong Humaira, tak sindir, tak buat lawak pelik.
Dan bila tiba giliran Humaira, Razin diam dan fokus. Dia angguk perlahan bila point Humaira tepat. Dan bila mereka tamatkan sesi, Razin tunduk sedikit ke arah penonton sambil sebelah matanya mencuri pandang ke arah Humaira.
Mereka menang.
Untuk pertama kali, mereka berpandangan tanpa sindiran. Tiada senyum sinis, tiada jelingan tajam. Hanya… sepasang mata yang bertanya dalam diam: "Kau pun rasa pelik macam aku, kan?"
Tapi tentu saja, itu tak bertahan lama.
“Kau bernasib baik ada aku dalam team,” Razin kembali kepada gaya lama sebaik turun pentas.
Humaira menjeling. “Ya lah, kau tu macam microphone kuat tapi takda isi.”
Razin ketawa. Tapi kali ini… tak sekasar selalu. Dan Humaira pun tak rasa nak baling kasut sangat.
Mungkin… sikit je. Tapi cukup untuk permulaan.
---
tak tahuu
Share this novel