Chapter 1 : Sidang Gelap Reaper Unit

Action Series 18

Ruang mesyuarat itu kelihatan mewah, namun suram dan dingin. Lampu gantung kristal yang mahal tergantung tepat di atas meja panjang kayu hitam, membiaskan cahaya samar yang hanya cukup untuk menerangi wajah-wajah yang duduk di sekitarnya. Tirai tebal berwarna merah gelap menutup rapat tingkap, menambahkan lagi suasana sendu yang menyesakkan dada.

Tujuh kerusi diletakkan mengelilingi meja — menandakan bahawa akhirnya, Reaper Unit telah berkumpul lengkap. Namun meski berkumpul, aura mereka tetap berbeza-beza, masing-masing tenggelam dalam dunia gelap sendiri.

Nagashi bersandar malas di kerusi, senyum nipis terukir pada bibirnya sambil jari bermain-main memutar karambit berkilat.

“Aku sangka kita takkan dipanggil serentak lagi lepas misi Poland dulu,” katanya selamba.

Tidak jauh darinya, Pyrus berdiri sambil api kecil lighter-nya berkelip-kelip, seolah-olah mencerminkan kegelisahan yang tersembunyi dalam hatinya.

“Kau tak pelik ke? Kenapa kita dipanggil secara mendadak macam ni?”

Onyx pula hanya memandang tajam dengan mata berkilau, gincu merah pekatnya menyerlah di bawah cahaya malap, menambahkan aura bahaya pada wajahnya yang sudah sedia menggoda.

“Kau patut rasa bertuah, Pyrus. NIGHTFALL tak main-main panggil kita semua sekali kalau bukan masalah besar.”

Sementara itu, Viole dengan tenang merapikan glove putihnya, senyum nipis terukir di bibir bak seorang diplomat yang sentiasa berhati-hati.

“Kita dibayar untuk patuhi, bukan untuk soal. Lagipun siapa sanggup tentang ‘mereka’ di atas?”

Sable hanya duduk bersilang kaki, kelihatan separuh bosan. Namun jarinya tetap ligat bermain dengan pisau kecil di tangannya, seakan bersedia menyembelih sesiapa sahaja bila-bila masa.

“Kau cakap pasal High Table ke, Viole? Hah… kita ni cuma alat. Tapi selagi darah mengalir, aku tak kisah.”

Crane pula duduk paling hujung, menatap tajam fail yang dibuka di hadapannya. Keningnya berkerut, jelas dia memikirkan sesuatu yang lebih dalam.

“Tapi kalau kau fikir logik... Kalau kita silap langkah, boleh jadi perang politik. Itu kalau bukan High Table sendiri yang tarik tali.”

Nagashi hanya mengangkat bahu, senyuman sinis masih tidak lekang dari bibirnya.

“Hei bertenang la... jangan membahaskan benda yang tak perlu. Kita ni seperti sebuah keluarga kan.”

Onyx kemudian meneguk wain merah perlahan sebelum meletakkan kembali gelas kristalnya ke meja, matanya memerhati satu persatu anggota Reaper Unit.

“Jangan lupa. Kita bukan sekadar pembunuh upahan. Kita simbol. Bila nama NIGHTFALL disebut… dunia tunduk.”

Tiba-tiba, lampu dalam bilik itu malap sedikit, menambah beban tekanan pada suasana yang sudah gelap. Dari hujung meja, muncul seorang lelaki misteri. Dia berjalan perlahan, setiap langkah seakan bergema dalam diam, wajahnya separuh tertutup topeng kelabu pekat. Dialah utusan Nightfall — pembawa mesej, suara langsung dari entiti yang lebih tinggi.

Dia berhenti betul-betul di hujung meja, berdiri tegak memerhati mereka semua.

“Maaf kerana sudah lama menunggu, terima kasih sebab sudi menunggu. Saya gembira dapat melihat anggota Reaper Unit dari Nightfall berkumpul,” suaranya datar tapi cukup kuat untuk mengisi ruang.

Sable mengerling tajam, suara dia masih dingin penuh curiga.

“Di sini hanya ada enam orang. Di mana Drako?”

Pyrus segera mencelah dengan nada acuh tak acuh.

“Dia selalu tidak datang kalau ada apa-apa perjumpaan.”

Nagashi pula hanya mengukir senyum nakal.

“Mungkin dia lupa.”

Sable menjeling lagi.

“Rasanya tak lupa.”

Utusan Nightfall tidak membuang masa. Dia mengeluarkan beberapa keping gambar dan satu dokumen misteri lalu membentangkannya di atas meja panjang itu. Tangannya bergerak perlahan, seolah memberi masa untuk setiap mereka melihat dengan jelas bukti yang dibawa.

“Akhir-akhir ni ada seseorang yang membunuh agen dari organisasi Nightfall dan meninggalkan dokumen misteri,” katanya tegas.
“Kami memerlukan bantuan kalian untuk segera menyelesaikan masalah ini. Dengan membawa nama NIGHTFALL.”

Dan saat itu, semua pandangan di meja itu menjadi lebih tajam, lebih gelap, seakan mengesahkan dalam diam — malam berdarah akan segera bermula lagi.

Bersambung.

Haii Readers, saya merupakan seorang penulis baharu. Cerita ini dibuat berdasarkan satu scene yang mungkin readers tahu. Saya akan usaha untuk membuat cerita yang lebih baik. Semasa membuat cerita ni juga saya keliru saya sedang mangarang cerita berkaitan apa. Saya berniat untuk menulis cerita yang realistik tetapi bila baca balik seperti cerita anime atau kartun. Tapi bagi saya mungkin ia boleh menjadi cerita yang unik mengikut pemikiran atau bayangan readers semasa membaca. Saya harap cerita ini mendapat sambutan daripada pembaca walaupun sedikit. Sebarang komen dan pendapat akan saya terima untuk meningkatkan lagi isi cerita yang dibuat. Selamat membaca kepada semua.????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience