BAB 1

Romance Series 340

Tahun 2015......

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Dia mengemas buku-buku di atas mejanya dan dimasukkan dalam beg galas.Bahunya di tepuk oleh Kayla iaitu kawan baiknya.Dia memandang kawan baiknya itu.

"Kau ni... kalau tak pakai eyeliner memang tak boleh hidup ke?"soalnya.Kayla tersenyum sambil menambah bedak dimukanya dengan bedak jenama Pixy.

"Ni nyawa aku tau... lagipun barulah gadis k-pop.Kau nak?.Aku boleh buatkan.."soal Kayla.

"Tak nak aku...kau nak mampus.Abah aku nampak mahu dia pancung kepala aku"ucapnya yang tahu tindakan akan dikenakan sekiranya dia melanggar peraturan sekolah.

Nasiblah kalau jadi anak guru disiplin.Semua kena kawal ketat.Kayla gelak disebelahnya.

"Maaf-maaf aku lupa pulak kawan aku ni anak Komander Zaina...l"ucap Kayla sebelum mulutnya ditekup Uzma.

"Jangan sebut kuat-kuat...tak pasal muncul pulak..."

"Kenapa berdiri tengah jalan ni?"soal suara garau dibelakang mereka.Mereka terkejut melihat Cikgu Zainal atau Abah Uzma.

Uzma memandang insan itu.Kayla sudah menundukkan wajahnya kerana dia takut Cikgu Zainal perasan matanya yang hitam itu.

"Tak ada apa... Abah....kami nak pergi kantin nak makan...kami pergi dulu...."Uzma menarik lengan Kayla pergi dari situ.

"Kantin sebelah sana! Itu padang bola!" jerit Cikgu Zainal.Uzma menukar arah sebaik dia sedar tersalah jalan.Kayla dah geli hati melihat gerak geri Uzma yang cukup takut dengan abahnya.

Cikgu Zainal menggelengkan kepalanya sebelum menyambung untuk meronda sekitar sekolah.

Dia meletakkan sepinggan nasi lemak dan air teh ais dimeja.Kayla duduk didepannya sambil membuka balutan roti Gardenia.

"Roti je? Kenyang ke?"soal Uzma menyuap nasi lemak dalam mulutnya.

"Kenyang... lagipun aku tengah train diri aku untuk makan cara idol k-pop less but...fit"ucap Kayla sambil terpandang ke arah sebelah belakang tempat mereka duduk.

"Wei....tu crush kau dekat belakang..."ucap Kayla memalingkan muka Uzma menghadap ke belakang.

Uzma memandang Kayla kembali.

"Mana ada crush aku"soal Uzma.

"Alah Uzma orang lain kau boleh tipu tau tapi aku tidak...aku tahu kau crush dekat Azfar tu...cuma kau takut nak bagitahu aku kan..."ucap Kayla.

Dia meletakkan sudu.

"Kejap macamana kau punya yakin cakap aku crush dekat Azfar.Mulut aku tak pernah cakap apa-apa.Lagipun kita ni 17 tahun SPM pun belum lagi...tak payah berangan nak bercinta.."ucap Uzma menidakkan.

Kayla memandang Uzma dan tersenyum.

"Uzma aku bukan kenal kau semalam tau...aku tahu kau dah lama syok dekat Azfar tu...kalau kau suka dia just bagitahu jelah..."ucap Kayla.

Uzma menggelengkan kepalanya.

"Kalau aku suka dia pun Kayla...dia tak suka aku...nak buat macamana...Azfar tu banyak peminat tau...dari tingkatan 3 sampai sekarang ni...aku rasa dah berapa ramai kejar dia...mustahil dia suka orang macam aku yang biasa ni"ucap Uzma merendah diri.

Kayla mencebik.

"Uzma aku tahu kau punya pendirian.Tapi kita ni tak bolehlah mengharapkan jodoh tu datang sendiri.At least kita usaha yang lain belakang cerita.Kau jangan sampai aku sendiri carikan jodoh untuk kau.Kau dah janji nak target kahwin umur 23 tahun"ucap Kayla.

Uzma menguis nasi lemak depan matanya.Dia faham apa yang cuba Kayla sampaikan.Kayla cuma risau dia akan hidup sendirian sampai tua.

"Macam nilah Kayla...doa banyak-banyak untuk aku.Mana tahu dalam banyak doa kau tu..ada yang sangkut dengan aku.Kalau jodoh tu datang dengan cara bergolek pun boleh jadi kahwin juga kan"ucap Uzma untuk menenangkan Kayla.

"Aku doa jodoh kau datang bergolek tertonggeng depan kau"ucap Kayla.Mereka berdua tergelak besar.

***********

Uzma tersenyum sendiri bila teringat kenangan zaman dia sekolah.Aihh....pejam celik dah 27 tahun dah aku.Dan masih seperti dulu tiada apa yang berubah.Uzma berdiri di tiang depan pejabatnya sambil menunggu pesanan makanan yang akan sampai sekejap lagi.

Bunyi motor berkuasa tinggi memasuki kawasan pejabat itu dan membrek secara mengejut depan Uzma menyebabkan penunggang tergolek ke depan.

"Allah!!!"ucap Uzma melihat penunggang Grab itu terjatuh betul-betul depannya.

Uzma berlari anak ke arah lelaki itu.Dia gelabah.

"Encik! okay tak?"soal Uzma bertanya keadaan penunggang itu.Penunggang itu bangkit perlahan dan terhincut.

"Saya okay ..."ucapnya berjalan ke arah motor berkuasa tinggi itu dan menongkatnya.Badannya sakit dan malu apabila tergolek depan pelanggannya.

Uzma memandang.

Lelaki itu mengeluarkan pesanan dalam beg dibelakang motornya dan menyerahkan pada Uzma.

"Terima kasih...tapi Encik betul ke okay ni?"soal Uzma lagi.

Lelaki berhelmet itu memandangnya dan menunjukkan isyarat "Ok".

"Saya okay je...tadi tu saya test brek okay tak..tak sangka terpelanting ke depan Cik Uzma"ucap lelaki itu.

Uzma pelik.

"Macamana Encik tahu nama saya?"soal Uzma.

"Tu pada resit...ada nama Cik Uzma"ucap lelaki itu.Uzma melihat pada resit itu.

"Takpelah saya gerak dulu.Jemput makan"ucap lelaki itu sebelum menunggang kembali motor berkuasa tinggi itu sebelum berlalu pergi.

Uzma memandang sehingga lelaki itu hilang dari pandangan.Uzma menggelengkan kepalanya dengan membawa makanan yang ditempah ke dalam pejabatnya.

"Harini bungkus je Uzma..."ucap Grace yang sedang duduk sambil menikmati waktu rehat dengan menonton filem.

"Bungkus je....malaslah nak beratur panjang dekat kedai...sekarang semua hujung jari...tinggal bayar je ..tak macam dulu..."ucap Uzma membuka makanannya.

"You kalau kahwin kan boleh masak bawa bekal datang kerja"ucap Grace.

"I kalau tak kahwin pun boleh masak apa.You nak makan apa? cakap je ..."ucap Uzma.

Grace mendekatkan diri ke tempat Uzma.

"Uzma kawan I melayu ada yang masih single tau...you nak tak I kenalkan dengan you ..doktor tau...dia baik...yang penting bukan suami orang...macamana?"soal Grace cuba membuka ejen cari jodoh untuknya.

"Jemput makan Grace....baca doa makan"ucap Uzma buat tak tahu dengan kata-kata Grace.

Ada matanya yang memerhati mereka.Dan susuk itu mendekati.

"Grace...you tak payahlah nak jodoh Uzma dengan sesiapa...dia ni memilih sangat....mungkin dia nak orang kaya....agaknya...atau pun...taste dia orang tua...senang nak kaut harta..."ucap mulut pedas Saiful.

Grace merenung tajam pada Saiful.

"Eleh....you ni Saiful tak baik cakap macam tu dekat Uzma...sebenarnya you tu sakit hati sebab Uzma tak pilih you jadi boyfriend dia kan?"soal Grace.

Saiful mengetap bibirnya.

"I tak hamaklah Grace...setakat Uzma ni..."

"Setakat apa?.Macam ni lah Saiful...aku tak pernah kacau hidup kau..okay...jadi just jaga hidup kau...tak perlu risau pasal hidup aku..."ucap Uzma pedas pada Saiful.

Saiful terus berlalu dari situ.Uzma memandang tajam.

***********

"Aduh....habis motor aku ...boleh pulak tertonggeng depan perempuan ...buat malu betullah" desisnya membelek keadaan motornya yang bercalar.

Sedang dia membelek keadaan motornya ada seseorang duduk mencangkung menghadapnya.

"Kau buat apa ni? "soal Kamal kawan serumahnya.Dia menjelingkan mata.

"Tak nampak aku...tengah masak-masak"ucap Nadim.Kamal mengerutkan dahinya.

"Kelakar sangat....asal dengan motor kau ni...bercalar teruk...kau langgar apa?.Jangan cakap kau langgar lepas itu lari"ucap Kamal sambil mencekak pinggang.

"Tadi tengahari aku pergi buat penghantaran....aku boleh pulak jatuh masa brek depan pelanggan apa lagi tergolek ke depan aku"cerita Nadim.

Kamal terkejut.

"Kau jatuh tergolek depan lelaki ke perempuan?"tanya Kamal.

Nadim mendengus.

"Perempuan...."ucapnya perlahan.

Kamal gelak besar.Nadim panas hati dengan gelak tawa kawannya itu.

"Dahlah dari aku layan kau ni..kerja aku tak siap...aku pergi mandi dulu..."ucap Nadim terus berlalu masuk dalam rumah.

************

Uzma masuk ke dalam keretanya sebaik sahaja kerja harini selesai.Dia menghidupkan enjin keretanya dan duduk sebentar melepaskan hela nafas.

Ting!

Tangannya mencapai telefon pintarnya dan membaca mesej dalam group WhatsApp sekolah menengah.

*JEMPUTAN PERKAHWINAN*

Mukanya berubah dengan ayat pertama itu.Rasanya ini sudah kali ke berapa dia dapat jemputan kawan sekolahnya kahwin.

Telefonnya berdering tertera nama Kayla.Dia menjawab.

"Asalamualaikum...."
"Walaikumusalam....Uzma...kau dah habis kerja kan...jom lepak kejap tempat biasa...."ajak Kayla.

Uzma mengeluh perlahan.

"Okay...jumpa dekat sana..."

********

Uzma berjalan ke arah Kayla yang sudah menunggu di meja cafe.Dia menarik kerusi dan duduk didepan Kayla.

"Apa yang penting sangat ni?"soal Uzma.

Kayla tersenyum.

"Macam ni aku ada calon terbaik untuk kau..."

"Wait...Kayla....kali ni je dah 3 kali kau bagi aku blind date tau...masalah sekarang semua tu ada agenda sendiri...kali kau nak panggil siapa pulak"ucap Uzma.

"Dengarlah...kali ni kawan suami aku...Dia business man...ada rumah...kereta dua...kelengkapan semua lengkap...kau nak...apa-apa mesti dia bagi punya"cerita Kayla.

Uzma menghentikan Kayla.

"Kay... aku tak pandang semua tu..lah...kalau ada orang yang ikhlas dengan aku...aku bersyukur sangat...Kay...aku bukan tak sudi dengan pertolongan kau...tapi aku harap sangat kau berhenti..okay...Jangan risau pasal aku..."ucap Uzma.

Kayla terdiam.

"Aku bukan apa...aku cuma nak tolong je...aku tak nak kawan aku hidup sorang-sorang..."ucap Kayla bermain dengan jarinya.

"Aku tahu niat kau baik...aku tak marah kau"ucap Uzma.

Selesai pertemuan dengan Uzma tadi dia memandu balik ke rumah.Tiba-tiba keretanya mengalami kerosakkan dan dia memberhentikan kereta ditepi jalan.

"Kenapa pulak ni? Dah nak sampai dah rumah..."ucap Uzma cuba menghidupkan enjin sekali lagi.Dia mengalah dan menggenggam stereng.

"Kenapa hidup aku macam ni?.Lepas satu-satu masalah..cukuplah orang sibuk dengan hidup aku...kau pun sama nak buat perangai..."marah Uzma pada keretanya.

Tanpa sedar air matanya mengalir.Dia penat sebenarnya dengan apa yang dia hadap.Belum lagi kalau dia balik ke kampung.Pertanyaan ibubapanya bila nak kahwin?.Dah ada calon?.

Letih! memang letih.Ini hidup aku! Tak payah sibuk! jeritnya hanya mampu dalam hati.

Tuk! Tuk!

Satu ketukan ditingkap cermin keretanya.Dia mengangkat wajahnya terkejut dengan lelaki berdiri di liar keretanya.

"Cik okay ke?"soal lelaki itu dengan nada cemas.Uzma memandang lama.Ni bukan mamat yang tergolek depan aku siang tadi ke?.

"Cik!!!" jerit lelaki itu.Uzma menurunkan tingkap.

Lelaki itu memandang padanya.Dia macam kenal gadis didepannya ini.

"Cik Uzma yang kerja dekat pejabat Wisma Razak tu kan?"soal lelaki yang berkumis dan berjambang sedikit.

Ya Allah apakah semua ini?.Kenapa mamat ni yang selamatkan aku malam ni?.Aku dah mati ke?.

Ya Allah apakah semua ini?.Kenapa mamat ni yang selamatkan aku malam ni?.Aku dah mati ke?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience