Izzah Casandra sudah merancang dengan dua orang bodyguard nya, mereka akan berjumpa dengan wanita itu dan akan memalukan Sofea Ariana di depan orang ramai.
Semua yang Izzah Casandra lakukan ini kerana seorang lelaki yang hampir-hampir mati di laut gara-gara di fitnah oleh bekas isteri.
"Izzah, kau yakin ke nak memalukan dia di depan orang ramai ni.?" Diandra sedikit berbisik.
"Of course, mesti itu hal pertama yang I nak dia rasakan di depan semua orang."
"Di sebabkan dia juga lah lelaki bernama Faid Azhari tak nak hidup lagi tau." Izzah tersenyum senang.
"Bagus Izzah, apa yang you pendam selama ni mesti you kena luahkan pada orang itu."
"Biar dia rasa macam mana sakitnya hati seseorang itu." Monica mengangguk kepala menyetujui cadangan Izzah itu.
"Let's go gurl." Izzah berjalan mendahului ke-dua dua bodyguard nya ia tahu apa yang dia nak lakukan kepada Sofea tak lama lagi.
"Baik." Mereka pun berjalan mengiringi Izzah dari tepi.
Izzah Casandra mendekati Sofea Ariana dan beberapa rakan wanita itu di dalam cafe yang semakin padat dengan pelbagai bangsa dan kaum.
Ia duduk di sebelah kiri Sofea Ariana dan ia mencuit bahu wanita itu, rakan-rakan Sofea Ariana agak terpesona melihat raut wajah Izzah Casandra di sebelah Sofea Ariana.
"Hi.. i'm sorry sebab mencelah, i'm Izzah Casandra rakan kongsi Papa you Sofea."
"Izzah Casandra.?" Faezah mencelah.
"Yeah.. I juga pernah jumpa you all bertiga semasa mesyuarat bulan lepas dengan Dato Zainal. Betul ke.?"
"Ha'ah betul, you yang sign kontrak dengan kitorang." Dayah juga teringat perkara itu.
"Ops.. bukan I yang sign kontrak tu tapi Bapa dia yang sign." Terang Izzah lagi.
"You kenal dengan Papa I.?" Sejak tadi Sofea mendiamkan diri, kali ini baru ia ada ruang untuk bertanya lagi.
"Mesti lah, Papa you datang jumpa I dia cakap dia nak lelong rumah milik isterinya dekat bank."
"Tetapi I cakap untuk apa nak lelong dengan harga Rm20.000 macam murah sangat lebih baik jual dekat I dapat harga sebanyak Rm100.000 tau."
"Papa I lelong rumah Mama I.. What.?" Sofea menggeleng kepala ia seperti tak percaya apa yang wanita cantik ini berkata-kata.
"Biar betul Papa you lelong rumah Mama you Sofea.?" Harris juga terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh Izzah.
"Gurl.. korang jangan lah terkejut macam ni I takut lah, sebenarnya itu lebih baik dia lelong rumah tu pada I."
"And dia beli saham dari I untuk bina zon selesa yang baru."
"Ia Ia tahu bapa you dah takde duit I okay jer untuk bantu dia." Izzah mencuit bahu Sofea.
"Apa Papa you bankrup ke Sofea.?" Bella mendekat.
"Stop'it! I tak percaya dia berani jual harta Mama I, tak mungkin." Sofea mula berang.
"Tapi I rasa Papa you memang lelong rumah tu pada Izzah lah, sebab hari tu kitorang nampak Papa you sign kontrak."
"Ya lalu mereka berdua ni bersalaman." Balas Dayah dengan suara perlahan.
"Memang Papa you bankrup Sofea, you perlu pastikan lepas ni you dapat duit belanja lagi ye.. sebenarnya Papa you ada mention nama you pada I sebelum ini."
"Hurm dia buat macam ni sebab you tak pernah hidup susah, and dia takut jatuh miskin juga.." Izzah memeluk bahu Sofea dengan erat.
Sofea Ariana terus bangun dari duduk ia beredar pergi meninggalkan rakan-rakannya yang masih berada di situ, hatinya benar-benar panas.
Ia masih tak boleh berfikir dengan waras kenapa wanita cantik itu mengatakan hal begini di depan rakan-rakannya.
"It's okay guys, korang makan ye biar i'm belanja kesian Sofea. Mesti Sofea sedih sangat-sangat sebab hal ni."
"Hurm I ingatkan dia dah tahu Papa dia dah jual harta Mama dia bagi ke I.. tapi." Izzah segera bangun dan beredar dari cafe tersebut.
"Aku ingatkan Sofea masih kaya macam dulu, rupa-rupanya bapak dia dah jatuh muflis." Dayah menggeleng kepala.
"Itulah tu, kesian juga.. aku ingatkan Bapa dia dapat projek baru ke dari Izzah sampai Rm100.000 rupa-rupanya jual harta hurm." Harris pun tak menyangka hal ini akan berlaku pada Sofea.
Bella hanya menundukkan kepala, ia kembali minum air di sediakan sejak tadi. Ia juga turut berduka hati dengan apa yang berlaku kepada rakannya itu.
Izzah Casandra mengejar langkah Sofea Ariana yang sudah jauh dari orang ramai ia mahu tunjukkan pada semua orang yang Sofea Ariana bukan anak orang kaya lagi, dan selayaknya anak orang miskin yang mengemis simpati pada dirinya.
"Sofea, wait I nak cakap dengan you, Hye Sofea." Izzah mengejar langkah Sofea hingga ke depan pintu Mall.
"Tepi lah, you nak apalagi.?" Sofea menolak tangan Izzah menjauhi dirinya.
"Hye gurl kenapa you nak marahkan I huh.? I bukannya nak buka pekung miskin you Sofea." Izzah bersuara lantang.
Orang yang berada di sana turut memerhatikan gelagat Sofea Ariana dan Izzah Casandra di sana., dan itu amat di gemari oleh wanita berkarisma seperti Izzah Casandra.
"You! Kenapa you cakap Papa I jual harta Mama I di depan kawan-kawan I huh cakap, you nak memalukan keluarga I ke apa sebenarnya ni.?"
"Salah ke I cakap macam tu.? I fikir Bapa you bagitahu you yang dia sendiri berurusan dengan I selama ni Sofea."
"No.. dia tak pernah cakap apa-apa pun di depan I tak mungkin ia sanggup nak menjual harta Mama I pada you faham tak.?"
"You masih tak percayakan I ke Sofea.? Come I tunjuk pada you dokumen mana yang dia dah tandatangan." Izzah menarik tangan Sofea ke keretanya.
Izzah Casandra membawa Sofea Ariana ke keretanya dan bodyguard nya juga membuka pintu untuk mereka Izzah Casandra menunjuk beberapa sign lelaki itu kepada Sofea Ariana depan-depan.
"Ini tandatangan Bapa you bukan.?" Izzah tersenyum sinis.
"I-ini.." Sofea tak berkata-kata lagi, ia memang mengenali tandatangan itu.
"Rakan-rakan you pun turut tahu hal ini, sepatutnya mereka memberitahu perkara penting ni pada you Sofea."
Sofea Ariana menangis kerana ia di tipu dengan kawan-kawan sendiri, ia benar terasa malu kerana hanya dirinya saja tak tahu apa Papa ia lakukan di belakangnya.
"I simpati dengan nasib you Sofea." Izzah memberi tisu kering kepada Sofea.
"Tapi kenapa diorang tak bagitahu I.. isk, jujurnya I benar-benar malu dengan Papa." Sofea menangis.
"Kawan-kawan you memang tak boleh di harap, Sofea. Sepatutnya you buang saja rakan macam tu, tak di bawa untung satu sen pun tahu tak.?"
Sofea Ariana mengaku ia benar-benar di bodoh kan oleh bapa sendiri. Adakah ini karma untuk dirinya sendiri kerana membuat seseorang jatuh kerana dirinya.?
"You pulang and you tanyakan pada Bapa you adakah hal ni betul atau salah,."
"Jika hal ni betul you boleh suruh Bapa you call I and I sendiri akan pulangkan geran tanah rumah itu pada you ye." Izzah menepuk bahu Sofea lagi sekali.
Sofea menggeleng kepala, ia takut jika ia melakukan kesilapan lagi. Tetapi egonya menolak jauh-jauh rasa itu.
"I akan minta semula geran tanah ni dari Papa I itu bukan hak dia, semua itu hak I dia tak patut buat semua demi diri dari. No I tak benarkan.."
"Tapi." Izzah melihat raut wajah Sofea.
"Tapi apalagi you.?" Sofea juga menjadi serba-salah.
"Mungkin lepas ni nama Bapa you akan di banner untuk selama-lamanya, sebab dia akan di kategorikan sebagai Muflis. You okay ke.?"
Sofea Ariana terus keluar dari kereta Alfalfa ia segera berlari jauh dari Izzah Casandra, ia amat malu jika dirinya berada di bawah tapak kasut wanita itu.
"Sri.." Monica beralih ke belakang.
"Semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang permasalahan pun, and now I akan pastikan hidup mereka akan menderita lebih dari Faid."
"Itu janji I." Izzah tergelak kecil.
Share this novel