Lelaki bertopeng yang mereka sangka sudah mati kini berdiri di hadapan mereka. Kali ini, dia tidak bersendirian. Beberapa orang lagi muncul dari kegelapan, menghalang segala jalan keluar.
Rayyan menggenggam erat tangan Liana, bersedia untuk bertarung jika perlu.
“Kau masih tak faham, kan?” suara lelaki bertopeng itu penuh sindiran. “Semua ini bukan tentang Ariana sahaja. Ini tentang kau, Liana.”
Liana terkedu. “Apa maksud kau?”
Lelaki itu ketawa perlahan. “Ariana hanya sebahagian daripada cerita. Orang yang mereka mahukan selama ini... adalah kau.”
Liana merasakan darahnya berdesir. Rayyan semakin tegang di sisinya.
“Kau ada sesuatu yang lebih berharga daripada diari itu,” lelaki bertopeng itu menyambung. “Dan kami takkan benarkan kau pergi begitu saja.”
Sebelum mereka sempat bertindak, sesuatu berlaku. Seseorang muncul dari belakang lelaki bertopeng itu dan menumbuknya hingga tersungkur.
“Rafael?” Liana terkedu melihat kelibat lelaki itu.
Dengan wajah yang penuh luka, Rafael tersenyum nipis. “Aku dah cakap, aku takkan biarkan mereka menang.”
Share this novel