Completed
22191
JAM di dinding menunjukkan pukul 7:23 pagi. Terlihat Harin awal pagi lagi, sudah sibuk di dapur sambil tangan kanannya ligat mengacau nasi goreng di dalam kuali. Bau bawang dan cili memenuhi ruang rumah sewa mereka. Sementara tangan kirinya pula menjawab telefon bimbitnya yang asyik mendering sejak tadi.
“Okey, okey. Aku datang. Sepuluh minit lagi.” Harin mendengus lalu menamatkan panggilan sebelum sempat suara di hujung talian membebel lebih panjang.
Telefon dicampak ke atas meja.
“Oi… stres betul hidup.” Dia mengeluh sambil menyauk nasi goreng ke dalam pinggan. “Bos tak datang office pun tapi tetap nak orang datang awal. Dunia ni tak adil.”
Pintu bilik terbuka perlahan.
“Aduh… sakitnya badan ni.” Rintihnya, sambil merenggangkan badannya. Lara muncul dengan rambut diikat longgar, mata separuh tertutup.
Seketika deria baunya menangkap aroma yang membuatkan perutnya keroncong.
“Sedapnya bau. Mesti Kak Harin masak nasi goreng ni.”
Lara lantas berjalan menuju ke arah dapur seperti zombie yang kelaparan.
“Good morning, Kak Harin,” sapa Lara sambil berjalan ke arah meja makan, lalu melabuhkan punggung di kerusi.
Harin menjeling sekilas. Keningnya serta-merta terangkat.
“Bangun pun budak bertuah ni. Semalam mesti baca novel sampai tak ingat dunia, kan?. Tengok tu. Eye bag boleh masuk duit syiling. Dah macam panda.”
“Hitam sangat ke?.” Soal Lara sambil mengusap bawah matanya.
“Hitam sangat. Kalau Lara asyik macam ni, nanti takda siapa nak. Takut tengok muka Lara.”
Lara terus tersenyum lebar, tak ambil hati langsung.
“Kalau takda siapa yang nak, akak dan abang Imankan ada. Lagipun, Lara masih muda. Terlalu awal untuk fikir tentang cinta. Betul tak, kak?.” Soal Lara sambil mengenyit matanya.
Sejak Harin berhenti dari menyauk nasi, lalu memandang Lara lama sebelum tersenyum sinis.
“Akak sokong seratus peratus. Jangan sia-siakan hidup kamu dengan cinta. Tengok akak sekarang.” Harin meletakkan tangan di dada sendiri dengan gaya dramatik. “Disebabkan percaya sangat cinta, tak pasal-pasal jadi janda.”
“Eh, jangan merendahkan diri sangat. Janda sekarang laku tau, dari anak dara. Katanya berpengalaman, pandai urus rumah tangga. Tengoklah akak, nak masuk 35 tahun, tapi masih muda. Body ramping gila, pandai masak, rajin kerja. Siapa juga tak nak jadikan akak isteri.”
“Amboi… puji lebih nampak. Mesti ada mahunya nikan.” Harin meneka, faham akan perangai adiknya.
Lara terus mendengus, buat-buat muka tersinggung.
“Lara cakap benda betul kot. Akak ni ingat Lara mata duitan ke?”
“Mana tahukan.”
“Akak bagilah tips. Macam mana nampak kekal muda macam akak?.”
Harin tersenyum bangga.
“Akak ni simple je. Minum jamu. Setiap pagi keluar jogging. Jaga makan. Manjakan diri.” Sekilas dia menjeling ke arah Lara dari atas ke bawah. “Tak macam Lara. Asyik baca novel je. Kang betul-betul masuk dalam novel, baru tahu.”
“Tak mungkin terjadi.”
“Takdir siapa yang tahu.”
Harin pun meletakkan sepinggan nasi goreng panas di hadapan Lara. Siap dengan ayam goreng rangup di tepi.
“Wah…” Mata Lara bersinar. “Nampak sedap. Siap ada ayam goreng lagi. Thanks, akak. Akak yang terbaik.”
“Akak always yang terbaik. Lara je baru perasaan.” Kata Harin lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Lara. “Ni… dah gosok gigi ke?.”
“Akak ni buat malu je. Lara dah mandi tau. Tengok muka Lara, freshkan. Macam baby baru lahir.”
Tidak lama kemudian.
Huuaahhh !!
Lara menguap besar tanpa rasa bersalah. Membuatkan Harin tergelak sambil menggeleng kepalanya.
“Nampak sangat menipu.”
“Akak tak percaya ya terpulang. Tak merugikan Lara.”
“Pandai ya sekarang. Ni… macam mana kerja?. Okey?.”
“Okey sangat. Senior semua ramah. Cuma tulah, bila customer ramai, ada yang banyak songeh. Banyak ragam. Tulah buat penat.”
“Biasalah tu. Tapi kalau ada yang melampau, bagitahu akak. Pandailah akak kerjakan dia.”
Lara tersenyum sambil mengangguk.
“Akak pula tak pergi kerja lagi ke?.”
Sekilas Lara memandang kearah jam.
“Dah akhir ni. Kang bos akak marah.”
“Lara lebih penting dari kerja akak. Kalau bos akak pecat pun, akak tak kisah. Akak boleh cari kerja lain.”
“Aw… Terharu kita. Love you, akak.”
“Love you more, sayang,” balas Harin spontan.
Lara menyuap sesudu nasi goreng itu sebelum bersuara.
“Tapi Lara dengar-dengarlah… bos akak tu dingin plus kejamkan. Akak tak takut ke kalau dia marah?.”
“Bos akak jarang masuk office. Kalau masuk pun, terus naik tingkat 15. Jadi akak selamat. Well, betul apa yang Lara dengar. Bos akak tu ada gila-gilanya. Dia sukakan kesempurnaan. Aura dia seram. Hanya dengan tengok bayang dia dah rasa seram sejuk. Apatahlagi face to face. Sekali dia buka mulut, boleh trauma orang.”
Mata Lara terus bersinar.
“Seseram tu?. Dah macam hero dalam novel yang Lara baca. Dia dah kahwin ke?. Biasanya CEO dingin ni jatuh cinta dengan assistant dia.”
Harin ketawa besar.
“Nilah akibatnya suka sangat baca novel.” Dia menggeleng kepalanya. “Kalau cakap pasal dia dah kahwin ke belum. Akak dengar, dia dah pernah kahwin. Dua kali lagitu. Tapi takda satu pun bertahan. Tak tahu kenapa.”
“Dah dingin sangat, siapa juga yang tahan. Kalau dalam novelkan, biasanya ceo akan jatuh cinta dengan asisstant dia, dan mula berubah diri. Pada akhirnya kekal bahagia.”
Harin tergelak lagi.
“Assistant bos akak dah kahwin. Yang single cuma Ken. Lagipun bos akak tu tak romantik langsung. Tak sama macam hero yang Lara baca. Takda siapa yang berani dekat. Kalau ada pun, memang sial hidup perempuan tu, dapat suami dingin macam Tuan Arvin. Ke, Lara suka lelaki macam bos akak?.”
Lara terus menggeleng laju.
“Sorry to say, Lara memang peminat cerita CEO. Tapi hanya dalam novel. Dunia nyata?. Tak nak. Kalau CEO macam bos akak tu, baik Lara single sampai mati daripada kahwin dengan lelaki macam patung. Tak reti senyum.”
Harin menaikkan kening.
“Tapi bos akak kaya tau. Pewaris lagitu. Lara betul-betul tak nak ke?. Kalau nak, akak boleh carikan posisi kosong dekat dengan Tuan Arvin. Lara pikat dia.”
“Tak nak!.” Lara menjawab pantas. “Walaupun gaji besar, Lara tetap tak nak. Lara dah bahagia dengan hidupan yang sekarang.”
“Sombong.”
“Bukan sombong. Lebih kepada nak selamatkan masa depan.”
Harin bangun.
“Yelahtu. Dah makan, habistu mandi.” Arah Harin sambil mencapai beg tangannya. “Nak akak hantarkan tak?.”
“Tak payah. Lara boleh pergi sendiri. Oh… sebelum Lara lupa, akak jangan tunggu Lara malam ni. Lara mungkin tidur rumah kawan.”
“Kawan yang mana?. Jangan macam-macam. Kalau abang Iman tahu…”
“Abang Iman takkan tahu kalau akak tak bagitahu.” Lara pantas memotong.
“Walaupun akak tak bagitahu. Tapi abang Iman banyak spy tau.”
Lara berdiri, memegang tangan kakaknya.
“Lara janji. Tak macam-macam. Please… rahsiakan dari abang Iman.”
Harin mengeluh panjang sebelum mengangguk.
“Okey fine. Tapi ingat, jaga diri. Jaga maruah keluarga kita.”
“Thanks, akak. Akak yang terbaik.” Girang Lara.
“Dah, jangan memuji sangat. Habiskan sarapan tu.”
“Baik bos.” Balas Lara, lalu lahap menghabiskan nasi gorengnya.
•
THE A.A GROUP,
Di tingkat lima belas The A.A Group, sunyi seperti biasa, bukan kerana tidak ada pekerja, tetapi kerana semua orang tahu bos mereka tidak suka bunyi bising. Jika ada yang melanggarnya, bersiap sedialah di panggil masuk ke ruang ‘Putra Danish Aryan Arvin’, yang mereka anggap neraka dunia.
“Good morning, tuan.”
Ros menyapa dengan suara yang paling sopan yang dia mampu. Bahunya menegang, tangannya menggenggam erat fail di dada. Jujur, walaupun sudah bertahun-tahun bekerja di samping bosnya, namun setiap kali berhadapan dengan lelaki itu, jantungnya tetap berdegup laju. Bukan kerana kagum atau suka, melainkan takut. Lebih-lebih lagi, kalau bosnya senyap… itu lagi menakutkan. Biasanya, kalau dah senyap. Ready jelah angkat kaki keluar dari company ni.
Arvin melangkah masuk tanpa menoleh. Tubuh tegapnya dibaluti sut hitam kemas, langkahnya tenang. Akan tetapi, oleh kerana aura dinginnya yang kuat, membuatkan suhu ruang pejabat seolah-olah jatuh beberapa darjah.
Dia berhenti di hadapan meja. Meletakkan telefon bimbitnya. Barulah dia mengangguk, sebagai jawapan. Namun seketika mata Arvin menajam, menikam tepat ke arah Ros.
‘Dah kenapa dia pandang aku macam nak telan aku hidup-hidup ni. Apa salah aku kalini. Ya Allah, tolonglah hambamu ini.’ Katanya dalam hati.
Membuatkan Ros terus menunduk ketakutan.
“Ni… Lain kali jangan guna minyak wangi tu lagi. Aku tak suka.” Arvin melangkah lebih dekat. “Menyengat sangat. Kau datang sini kerja, bukan mengatal.”
Ros menelan air liur.
“Atau… kau memang ada niat nak mengatal?.”
Ros cepat-cepat menggeleng.
“Kalau itu niat kau, tempatnya bukan dekat sini. Tapi pusat pelacuran.”
Kata-kata itu menikam tepat ke hatinya. Jari-jarinya menggenggam erat fail di tangan.
“Maafkan saya, tuan. Saya janji, tak guna lagi.” Suaranya jelas bergetar.
Arvin pun berpaling, kembali ke kerusinya.
“Ini peluang terakhir. Buat lagi, blah dari sini.”
Ros menarik nafas lega bercampur takut.
“Terima kasih, tuan.”
“So...”
Arvin pun melabuhkan punggungnya di kerusinya.
“Kalau ada perkara penting, bagitahu sekarang. Lepas ni aku busy.”
Ros pantas melangkah ke meja dan menyusun beberapa fail.
“Ini senarai calon interview harini, tuan. Untuk isi kekosongan di setiap department.”
Arvin mencapai fail-fail tersebut, membeleknya satu persatu. Seorang demi seorang. Namun, tidak ada satu pun yang menarik hatinya. Akhirnya…
PAP!
Fail-fail itu dibaling ke atas meja.
“Semua budak mentah. Tak satu pun berkualiti.”
Sejenak Ros meneguk air liurnya.
“Macam ni jelah. Kau yang interview. Kalau jumpa yang betul-betul berguna, baru bawa jumpa aku.”
“Baiklah, tuan. Kalau takda apalagi, saya minta diri dulu.”
Arvin hanya mengangguk.
Ros pantas mengutip fail, lalu berjalan keluar hampir saja dia tersandung. Namun, sempat mengimbangkan diri.
“Entah minyak wangi apa dia guna… dah macam bau kemenyan.” Arvin mengomel.
TOK. TOK. TOK.
“Masuk.”
Pintu di buka.
Terlihat seorang gadis melangkah masuk dengan senyuman ceria, mengenakan dress merah, sepertinya dari brand berjenama.
“Abang… sibuk ke?.”
Dengan hanya suara itu saja sudah cukup membuatkan ekspresi Arvin berubah, yang tadinya dingin kini tersenyum.
“Sya. Buat apa datang sini?.”
“Saja. Tak boleh ke?.” Sya pun melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan abangnya dengan selamba.
Arvin menyilangkan tangan di dada.
“Tak mungkin. Mesti ada apa-apa ni. Nak berapa ribu kalini?.”
Sya menjeling tajam.
“Abang ingat Sya ni mata duitan ke?.”
Dia menolak bekal bertingkat yang ia bawa tadi ke depan tepat di hadapan abangnya.
“Ni. Mama buatkan sarapan untuk abang. Abang tulah, dah tak ingat nak balik.”
Arvin terdiam seketika.
“Abang busy. Cakap dengan mama, jangan susah-susah.”
“Mama rindu abang tau. Sekali-sekala tu baliklah. Takkan kerja sampai 24 jam.”
“Nantilah abang fikirkan lagi. Buat masa ni, abang busy. Nanti kalau abang free, abang balik. Okey?.”
“Okey.”
Seketika mata Arvin liar menyapu tubuh adiknya dari atas ke bawah.
“Apa?.”
Sya menjeling.
“Kenapa pandang Sya macam tu?. Dah macam nak telan Sya hidup-hidup je.”
“Sya pakai apa ni?.” Nada Arvin kembali dingin.
“Apa!?.” Soal Sya pura-pura tak tahu yang abangnya maksudkan.
“Abang dah cakap banyak kali. Jangan pakai pakaian tak cukup kain macam ni.”
“Alah abang ni. Tak faham fashion. Patutlah tak laku.” Perlinya.
“Fashion tak semestinya terbuka. Sya tu anak dara. Bahaya.”
Sejenak Sya memutarkan matanya.
“Jangan sampai abang suruh Kak Asnah buang semua baju tak cukup kain Sya dalam almari tu. Abang tak main-main.”
“Abang ni posesiflah.”
Sya mengeluh pasrah.
“Okey fine. Janji, tak pakai lagi.” Pasrahnya.
“Good girl.” Puji Arvin, bibirnya kembali terukir senyuman.
“Oh ya, Sya sebenarnya nak minta izin abang. Malam ni, nak menginap dekat villa abang. Dengan kawan. Boleh?.”
“Tak.” Jawab Arvin pantas.
“Please, semalam je.” Rayunya.
“Abang cakap tak boleh, ya tak.” Tegasnya.
Mata Sya berkaca-kaca. Arvin hampir saja ketawa, tapi ditahan. Trik ini sering kali adiknya lakukan. Meskipun ia tahu adiknya berpura-pura, tapi dia suka akan reaksi itu.
“Abang tak sayang Sya lagikan.”
“Mulalah drama. Okey fine. Tapi jangan jangan usik barang-barang abang.”
“Yesss!. Thanks abang. Sya janji tak kacau barang abang.” Girangnya, sehingga melompat kecil.
Arvin mengangguk sambil membuka laci, mengeluarkan baju dan seluarnya, lalu di letaknya di atas meja.
“Tukar. Sebelum abang tarik balik persetujuan kita.”
“Siap bos!.” Sya pantas mencapai pakaian tersebut dan berlari keluar.
Membuatkan Arvin menggeleng kepalanya saja.
Share this novel