“Apakah komen Tengku Quraisy tentang hubungan cinta anda yang terputus beberapa hari yang lepas?” tanya salah seorang wartawan.
“Saya tak ada komen tentang cerita itu. Saya cuma hendak komen yang mungkin saya dengan dia dah tak ada jodoh.” balas Tengku Quraisy tenang.
“Macam mana dengan Cik Aryana pula? Apa dia yang memutuskan hubungan?” tanya wartawan itu lagi.
“Yang itu kamu semua boleh tanya dengan Cik Aryana sendiri…”
“Opsss!!! Guys!! Sorry for this time! Kali ini Tengku Quraisy kena mula shooting balik! Sorry guys! Quraisy! Jom!” Tengku Quraisy melangkah mengikut jejak Amzi menuju ke location shooting.
“Derr…kau boleh tahan bila kena aju soalan macam itik ang dok kuek kuek! Hesy…kalau aku dah tak tahan doo!” ujar Amzi sambil kepalanya tergeleng-geleng macam kena renjat elektrik.
“Depa dah soal aku bro. Takkan aku nak buat bodoh je macam artis-artis glamour kekwat dekat luar tu?” Tengku Quraisy membalas.
“Kalau ya pun cakaplah no comment! Kan senang? Lepas tu blah!”
“Derrr…itu dikatakan sombong tak bertempat derr! Kita sebagai artis yang tak terkenal ni pun tak bolehlah sombong dan kekwat sangat!” Amzi mengeluh.
“Yelah…kau semuanya betul!” Amzi memakirkan keretanya di tempat shooting. Semuanya sudah menunggu kehadirannya.
“Dah sampai pun artis kita ni!” sampuk director, Encik Azmi.
“Mestilah samapi…hari nikan hari first shooting dia. Mestilah dia nak!” balas Amzi.
“Ok…dah bersedia Tengku Quraisy?”
“Isy…tak payahlah panggil saya dengan tengku tu sekali…panggil je Quraisy.”
“Boleh ke? Seganlah…”
“Apa yang nak segannya? Di sini director kan bos?” Encik Azmi mengangguk.
“Baiklah Quraisy…kita akan mulakan shooting ya tapi tunggu lagi 5 minit boleh sebab pelakon wanitanya belum datang.”
“Hmmm…sapa heroin nya?” tanya Amzi. Maklumlah…dia belum baca maklumat tentang sapa heroin nya. Tengku Quraisy pun tak tahu.
“Director! Ku Reen dah sampai!” laung Razman, runner di set.
“Hah?! Ku Reen?? Artis yang kekwat dan gedik tu? Yang banyak gossip dengan banyak artis tu? Aduh…habislah kau Quraisy! Kena gosiplah kau dengan Ku Reen nanti!” Amzi menepuk dahinya bertalu-talu.
“Nak buat macam mana? Watak tu sesuai dengan Ku Reen. So, nak buat macam mana kan?” ujar director. “Oklah Quraisy…kau pergi bersiap-siap apa. Ku Reen tu pun nak kena disiapkan. Lagi 30 minit, kita mulakan shooting!”
“Ok…” Amzi membawa Tengku Quraisy ke bilik persalinan.
Di bilik persalinan…Tengku Quraisy sedang memakai baju yang harus dipakainya. Hanya T-shirt polo dan seluar jeans dipakainya. Menampakkan wajahnya yang tampan. Badan berotot macam Syarul Ridzwan! Muka pun lebih kurang sama!
“Derr…kau serius ke nak berlakon dengan Ku Reen?” tanya Amzi lagi.
“Kenapa dengan kau ni bro?” tanya Tengku Quraisy.
“Yalah! Tak pasal kau termasuk sekali dengan hot gossip Ku Reen di visit my IG! Kau rasa?”
“Alah…lantaklah! Aku dah cemuh dengan semua tu. Dunia retis derr. Apa yang kita boleh buat? Dulu aku pun kena gossip kata cinta di set dengan Zahirah Zira walhal aku dengan dia hanya kawan kan? Alah…buat bodoh je then lama-lama benda tu hilang. Simple as awan!”
“Banyaklah hang simple as awan! Ku Reen ni bukan calang-calang orang tau! Oh…by the way dah hang kata Zahirah Zira kan? Dia ada sekali dalam shoot ni. Tapi, dia akan shoot as best friend kau dalam story ni.”
“Oh…” Tengku Quraisy hanya menganguk.
“YOU excited ke nak sekerja dengan Tengku Quraisy? Yalah…dahlah dia hero and you as heroin dalam cerita tu…” usik Delly, PA Ku Reen.
“Eiii! Of course I excited ok! Ini first time I kerja dengan Tengku Quraisy tau! He’s so handsome and smart! I dah lama idam nak berlakon dengan dia!” balas Ku Reen.
“Oh…tak apa! Janji lakonan you mantap!”
“Eh! Of course!”
Delly sibuk mengurus rambut Ku Reen. Rambut yang panjang dan licin tanpa kerosakan rambutnya membuatkan rambutnya senang diurus.
Di lokasi shooting…
“Ok…kita mula sekarang ya? Camera ready?” tanya Encik Azmi. Mereka hanya mengangkat thumbs up tanda dah sedia.
“Ok…pelakon! Steady, ready…and action!”
“You nak apa jumpa I Elina?” Tengku Quraisy memainkan peranannya sebagai pelakon.
“I cuma nak mintak maaf dekat you. I tak sangka sebab lelaki tu I jadi bodoh macam ni!” Ku Reen memegang tangan Tengku Quraisy tapi hanya dalam lakonan.
“I dah tak percayakan you lagi Elina. Stop making funny on me! I dah tak heranlah you nak dengan sapa-sapa pun! I tak kisah!”
“Tapi…”
“Cut! Ok…good job! Kita masuk scenes yang tadi untuk kali kedua ya? Sekarang ni rileks and baca skrip..” director mengagihkan skrip kepada mereka. Tengku Quraisy menyelak. “After 20 minutes…datang sini balik! Kita akan start balik!” mereka mengangguk.
Tengku Quraisy merehatkan diri di bawah pohong yang agak teduh untuk dia membaca skrip. Ku Reen yang melihatnya mula merancanakan sesuatu. Dia menghampiri Tengku Quraisy.
“Emmm…boleh I join you?”tanya Ku Reen. Tengku Quraisy memandang lalu mengangguk. Ku Reen duduk di sebelah Tengku Quraisy dengan perasaan berbunga-bunga.
Tengku Quraisy kembali membaca skrip. Secara senyap-senyap, Ku Reen mengambil gambarnya bersama Tengku Quraisy. Kebetulan waktu itu muka Tengku Quraisy beralih ke kiri sikit seperti melihat Ku Reen. Diletaknya di dalam akaun Instagram nya. Diletak caption.
With Tengku Quraisy at the set! He’s so smart in acting! I like him! He’s wanna look at me!
#handsome!
#like him! @Tengku_Quraisy with @ KuReEn
Post! Dah siap masuk instagram! Tak lama kemudian, terdengar bunyi notification. Mesti dari Instagram! Dia membuka.
@echa_99: What?! He’s with Tengku Quraisy?? Oh gosh!
@rafina_fina: She’s to lucky! Entah aku ni bila nak boleh jumpa dengan Tengku Quraisy. Untunglah pelakon…
@Haziq_Rahim: Lucky! Bersama dengan handsome man.
@Chacha_Shackell: @Tengku Quraisy with @KuReEn langsung tak sesuai! Sesuai dengan @ZahirahZira je!
Isy! Baca komen minah Chacha ni buat sakit hati je!
“You tak hafal skrip ke? Asyik dengan fon you je?” tanya Tengku Quraisy.
“Kejap lagi I bacalah…” hesy! No! Zahirah Zira? Langsung tak sesuai! Dia sesuai dengan aku je! Ku Reen menyimpan telefonnya lantas buku skrip disemak.
“Nia…ada pelanggan depan tu!” ujar Nada. Teman sekerjanya yang hampir bekerja setahun bersamanya.
“Ok!” Qisrania menuju ke meja yang belum diambil pesanan. Dia memberi buku menu. Dia menunggu untuk mengambil pesanan. Dia mengamati wajah tersebut.
Eh? Ini bukan ke Zahirah Zira? Si pelakon yang dulunya terkenal dengan gossip bercinta di set dengan Tengku Quraisy?
“Dik? Dik?” Zahirah Zira memetik tangannya di hadapan Qisrania.
“Eh? Apa ye kak? Maaflah…saya ralit pulak…” Qisrania tersengih. Duh! Buat malu je!
“Hmmm…tak apa. Bagi saya spaghetti carbonara dengan jus oren ya?” Qisrania tekun menulis menu yang dipesan Zahirah Zira. Memang banyak pelakon makan dekat kedai ni. Yalah…western katanya. Jumpalah jugak Nazim Othman hari tu!
“Itu saja?” Zahirah Zira mengangguk.
“Saya mintak diri dulu ya?” Qisrania segera beredar menuju ke kaunter lalu memberi pesanan Zahirah Zira tadi.
“Weyh…perempuan yang depan tu retis kan?” tanya Nada. Qisrania hanya mengangguk.
“Kedai ni selalu famous dengan artis kan?”
“Yelah!”
“Weyh! Cuba tengok tu! Ada camera man apa bagai! Depa nak buat shooting lah weyh!”
“Eleh kau ni! Buat excited pulak! Macamlah kau tak pernah nampak orang buat shooting kan?” Qisrania mencebik. Apa sangatlah retis ni!
Orang ramai memandang ke luar. Qisrania dan Nada rasa pelik.
“Apa hal weyh??”
“Entahlah…usha lah!” ujar Qisrania sampailah kelibat seseorang mampu menarik minat pelanggan dalam restoran tersebut.
“Tengku Quraisy!!!” jerit Nada teruja.
“Tengku Quraisy?? Hmmm…apa-apa jelah!”
“Nia!” panggil Tuan Rizalman.
“Ada apa tuan?”
“Kamu boleh tolong ambik order dekat meja tu? Yang ada artis tu? Tolong mereka berlakon!”
Qisrania menggaru kepalanya. Duhai…tak pasai aku involve sekali! “Tuan…tak boleh ke bagi Nada je? Dia excited nak tengok tu Tengku Quraisy! Bagi Nada jelah!”
“Mana boleh! Kang dia tergedik-gedik…susah pulak! Boleh ya?”
“Hmm…yelah!”
“Bos? Dapat orang tak lagi?” tanya Encik Azmi.
“Dah!”
“Bawak dia ke sini!” segera Tuan Rizalman membawa Qisrania kepada kru-kru tersebut.
“Ini orangnya…”
“Sure ok?”
“Ya…ok!”
“Nama apa?” tanya Encik Azmi.
Eh pak cik ni! Nak tanya nama aku pulak! Macamlah aku ni kena offer nak berdrama dengan depa dua ni!
“Nia…” nama pendek sahaja yang diberi.
“Oh ok. Jadi macam ni…kami akan buat shooting dekat sini so boleh Nia tolong kami? Nia tolong ambik order diorang ni.”
“Boleh je pak cik.”
“Good. Kalau runner panggil, tolong datang cepat tau!”
“Ok…”
“Awak boleh pergi…” Qisrania melangkah pergi. Waktu itu dia ternampak Zahirah Zira dan Tengku Quraisy sedang membaca skrip.
“Untunglah kau free dapat masuk tv!” ujar Nada cemburu.
“Banyaklah kau! Kau ingat aku hengen ke nak dapat free masuk tv? Aku tak ingin langsunglah! Lagipun aku dah cakap dekat bos suruh pilih kau tapi dia nak pilih aku jugak. Nak buat macam mana??”
“Hmmm yelah…”
“Ok? Boleh kita mulakan shooting?” tanya Encik Azmi. Mereka hanya mengangguk.
Zahirah Zira dan Tengku Quraisy mengambil tempat masing-masing. Sedia untuk berlakon.
“Camera ready?” tanya Encik Azmi. Camera man mengangkat thumbs up tanda dah sedia.
“Runner and standby…dah?” thumbs up diangkat.
“Ok pelakon…steady…ready and action!”
Tengku Quraisy berjalan menuju ke arah Zahirah Zira.
“Hey Zafran! Apa kes you nak jumpa I?” tanya Zahira Zira atau wataknya sebagai Dayang.
“I bosanlah Dayang…tiap-tiap hari I diganggu Elina! Tak tahan kot!” ujar Tengku Quraisy atau wataknya sebagai Megat Zafran.
“Lah…takkan pasal tu pun you nak cemus…eh! Salah! Sorry…”
“Cut…” director memberi skrip kepada Zahirah Zira.
“Ok…ok…”
“Kita standby dari percakapan you balik Zahirah. Ok…camera ready. Pelakon steady…ready and action!”
“Lah…takkan pasal tu pun you nak stres macam ni?”
“Mahunya I tak stres? Huh! Pusing kepala I!”
“Dah dah…apa kata you hilangkan stres you tu dulu. Order air erkk?? Waitress!” panggil Zahirah Zira dalam watak lakonannya.
Runner segera memanggil Qisrania. Qisrania bergegas ke meja artis tersebut bersama buku menu dan bulu catatannya.
Buku menu diserahkan. Dia sabar menunggu Tengku Quraisy memesan air. Pesan air pun lembab!
“Saya nak Cappucino with latte satu!” ujar Tengku Quraisy sambil memandang Qisrania.
Allahu…cute betul budak ni!
Qisrania buat mencatit menu tersebut. “Itu je ke?” Tengku Quraisy mengangguk.
Buku menu diambil lalu segera beredar. Mereka kembali sambung berlakon. Pesanan tadi ditampal di meja buat air.
“Untunglah kau ada muka kau!” sengaja Syafiq mengusik”.
“Kau kalau cakap macam tu, aku sepak muka kau Syafiq!” geram Qisrania dibuatnya.
“Alah..aku gurau jelah!”
“Dah siap! Pergi hantar!” halau Syafiq.
“Yelah!” Qisrania mengambil air tersebut lalu menuju ke runner tersebut. Manalah tahu mengganggu kan?
“Boleh saya pergi letak?”
“Pergilah…” Qisrania menuju ke arah artis tersebut.
“Maaf mengganggu…” Qisrania tersenyum. Air diletak lalu segera beredar.
Sopan je budak ni tapi pakaian dia macam lelaki! Dengan kasut sneakers nya.
“Fuh! Selamat! Habis dah kerja aku!!” Qisrania menghembus nafas kuat.
“I nak pergi toilet kejap…” ujar Tengku Quraisy lalu bangun menuju ke tandas. Waktu itu Qisrani turut menoleh.
“Nia…!” baru sahaja Syafiq menegur, Qisrania dah terlanggar Tengku Quraisy.
“Errr…sorry. Saya tak sengaja! Sorry…”
“Tak apa…saya ok.” Tengku Quraisy segera berlalu ke bilik air.
“Tulah kau! Nak jalan tak pandang dulu! Kan dah terbelah anak orang!”
“Manalah aku tahu dia nak lalu!” Qisrania mencebik. Mamat ni aku sekeh gak kang!
“Macam manalah kau tak perasan budak tu nak lalu Quraisy? Kan dah terlanggar free je!” Tengku Quraisy membetulkan bajunya.
Share this novel
test_account